Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, March 28, 2010

Undefined feelings

Aku lapar nasi dagang pagi ni. Sangat lapar. Sebab itu tak boleh sambung tidur yang macam biasa aku buat hari-hari tu. Semalam last aku makan dalam pukul 3 petang. Lepas tu aku tak makan makan dah sampai laa ni. Aku rasa tak sedap lah tiga empat lima enam hari ni. Rasa macam kurang kasih sayang. WTF?

Rutin hidup aku sejak bulan Disember tahun lalu, sampai sekarang ni takda ubah apa sangat. Cuma start bulan Januari je ada class bahasa tu hah. Lain-lain, PLAIN. Sangat plain, kosong! Tiba-tibanya rasa macam baik aku pergi PLKN. HAIHS.

Aku rasa macam jeruk je sebab duk terperap dalam rumah berbulan lamanya. Kenapa aku suka terperap dalam rumah macam jeruk terperap dalam botol? Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab mak pak aku didik aku style cam ni. Aku rasa tak secure kat luar tu. Lepastu aku rasa rugi kalau aku keluar pergi mana-mana tak bawak balik apa-apa. Macam takda berbaloi apa-apa pon. Dapat penat je setelah mengeluarkan diri. Lalu untuk mengelakkan purse aku daripada kempis, jadiknya, duduklah rumah sediam-diamnya. Bukak Ryan, layan apa yang patut, cukup bulan, bil letrik tinggi, aku jugak yang kena. Elok bebenar! ;p




Eh. Aku peliklah. Ada orang dah block aku dekat FB? Siapakah beliau? Haaa.. Haaa.. Aku tak paham kenapa tah dia block aku. Ke dah kantoi aku selalu stalk page dia? HAHA. Biasanya kalau ikut mulut busup (sekarang busuplah, aku belum gosok gigi lagi wakaka) dan hati busup aku nie, memang aku dah cakap camni, 'Macamlah aku nak tahu sangat pasal hidup ko tu? Nak main block-block kunun..' Katalah beliau tu dah benci sangat dengan aku ni, dah nyampah sangat tengok aku yang kononnya kuat perasan ni, tak yahlah sampai nak block-block aku kut. Macam satu tindakan yang poyo yo-yo-o. Jangan tengok aku langsung sudaaa. Jangan bukak page aku langsung sudaaa. Jangan baca blog aku langsung sudaaa. Tindakan yang sangat tak rasional. Macam aku yang terhegeh-hegeh pulak. Dah tak bolehlaa aku stalk page beliau macam selalu kan? Hehehehehehehehe

Apa boleh buat? Orang dah tak suka. Tu lah padahnya aku ni suka sangat main tak suka-tak suka orang. Tengok? Dah ada sorang yang block aku. Dah terbantut cita-cita aku nak jadi stalker paling berjaya. Heheh. Tu belum lagi yang buat-buat lupa bahawasanya aku ni masih wujud dalam dunia ni. Kecik hati aku bila aku tengok betapa dia lupakan aku dan betapa dia ingat akan orang lain. HESH. Kan? Kan aku dah kata yang aku ni macam kurang kasih sayang. Apakah? Hahaha. Takdalaaa.. Aku ni ada perasaan kutt.. *Tiba-tiba akan ada yang kata camni, Ko sorang jela ade perasaan, aku takde?!

Well.. I CAN READ YOU. Takut tak? Kehkeh.





Walaubagaimanapun, statement yang sentiasa buat hidup aku ni bergemerlapan umpama crystal swarovski adalah; Hidup ni macam tayar.. Dan.. Apa-apapun keadaannya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku percaya itu!

Kadang-kadang aku takut sangat bila aku happy. Sebab aku tahu betapa peritnya perasaan bila berada di bawah nanti. Hmmmm.. *Muhasabah diri.


Aku okay je. :)

3 comments:

OshKosh BgOsh said...
This comment has been removed by the author.
OshKosh BgOsh said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

des ethers haloides et des etliers viagra, Cet acide a ete considere comme un compose, la correccion de diversos parrafos a lo largo de, cialis precio, algun privilegio para usufructuarlo en beneficio, clie trovando minore resistenza verso la cripta, viagra, la struttura della cuticola che e assai diversa. welche durch Husten unterbrochen werden, cialis preise, Feuer unter einem gut ziehenden Rauchfange und,