Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, March 19, 2010

Hangpa la boh tajuk. Hehe.

Okay mari mula.


Sejak saya dah tak sekolah ni, saya selalu sangat spend time dengan ibu. Makan dengan ibu, lepak bilik ibu, bergossip dengan ibu, bergelak sakan dengan ibu, dan macam-macam lagi. Dulu-dulu saya tak rapat sangat dengan ibu. Tak tahulah kenapa ek. Sejak saya berada dalam tingkatan lima ni, barulah saya kerap mengendeng dengan ibu.

So,aktiviti yang paling selalu kami buat bertiga (saya, ibu, Rah) ialah, duduk dapur (sambil kunyah biskut atau cicah biskut dalam susu atau orang jawa kata mengeteh), lalu bergossip. Seronok. Ketawa-ketawa sampai bergegar lantai rumah.


Lepastu baru-baru ni, topik terhangat yang saya kerap cerita dekat ibu adalah berkenaan Si Penyebok. Si penyebok ni kan macam ; Selama ni tak pernah pun tegur aku, tanya khabar pun tak lepastu tiba-tiba dok menyibuk nak tahu aku punya result SPM. Aku hangen betul lah.


Terutamanya yang takda pun dalam friendlist di FB mahupun Myspace lepastu tiba-tiba hantar message dekat FB nak tahu result aku. Jangan haraplah nak direply memandangkan saya ni pun memang pantang sangat dengan orang yang suka menyibuk.

Haritu cousin saya sendiri dah kena sound tepek. Dia tanya saya punya keputusan bagaimana, saya jawab yang A sajalah. Lepastu dia tanya camni pulak ; Bagitaulah aku kau punyer full result...

Eeee penyeboknya! Kalau nak tanya pun, tanyalah dekat badan pertanyaan berlesen macam formspring ke kan? HAHA okaylah promote sekejap.


Memandangkan saya ni pun adalah jenis yang tak suka nak menyibuk-nyibuk, maka itulah saya tak suka orang yang busybody dan meyibuk-nyibuk dan mensemakkan fikiran sahaja. Kecuali kalau saya betul-betul nak tahu dan soalan tu penting bagi saya, memang saya akan tanya. Yang rasa-rasa soalan yang bertemakan busybody, memang avoid dah jauh-jauh.


Seterusnya, haaaaaa. Harini kita bukak entry untuk gossip-gossip santai je kay? Takda kena mengena dengan yang hidup atau sebaliknya.


Ni nak cerita semasa hari mengambil keputusan SPM haritu.


Nak ambil keputusan SPM kah atau nak pergi birthday party kah?

Inilah persoalannya. Rugi tak bawak camera. Boleh amek gambar kenang-kenangan kan? Seronok tengok persekitaran sekolah yang macam ada majlis hari jadi. Padahal ada sesetengah yang sedang dag dig dug menunggu keputusan. Well. Inilah diaaaa antara hari yang orang sekarang sebut hari untuk 'berplacing' (berplessing errr taktau ah mana-mana je ah) sakan. Inilah harinya untuk show off dekat kawan-kawan berkenaan sejauh mana kegorgeousan masing-masing. Peh. Memandangkan masa hari itu saya hanya berbaju kurung pahang kain cotton bunge-bunge kecik warne merah tanah hitam, so, saya rasa saya patut pun buat entry ini kan? :p


Hari tersebut, saya tak rasa langsung nak nampak gorgeous. Saya tak rasa langsung nak kelihatan seperti nak pergi prom nite. Sebab saya tahu, saya nak pergi sekolah dan ambil keputusan SPM yang saya tak tahu apakah keputusannya. Pagi-pagi saya minum fresh orange. Tak lalu makan. Tiba-tiba masa mandi saya muntah. Saya rasa lemah gila. Bila Farhana datang rumah saya dan kami pergi sekolah bersama, baru saya rasa okay. Kami bertukar-tukar cerita. Lupa sekejap perihal slip peperiksaan yang bakal berada di telapak tangan tak lama ja lagi.


Beberapa minit selepas itu, saya mula rasa macam akan ada birthday party je kejap lagi. Haha. Melawakkan. Nasib baiklah takde yang bergown ke, berdres labuh ke, kalau tak dah macam nak ke prom. Sedap tengok. Kejap-kejap saya dan Farhana dan beberapa rakan lain tersengih-sengih.


Takdalah. Pergi sekolah dan ambil keputusan je pun. Tak perlulah begitu. Tak sedaplah. Dah aku dapat dosa sebab sengih-sengih kan you alls. Errr. Belajar-belajarlah berkenaan dress code. Cewah. Walaubagaimanapun, saya suka sekali berfikiran positif. Memandangkan ramai antara mereka yang bekerja sambilan lalu mungkin akan terus ke tempat kerja selepas itu, maka perlulah bagi mereka untuk berpakaian ala-ala gorgeous begitu. Dan mungkin juga mereka hendak hilangkan debaran yang menggila dengan berpakaian indah-indah. Ya. Mungkin begitu. Lain orang, lain style.


Nasib baiklah aku ni reti nak berpakaian mengikut tempat dan situasi. :)

4 comments:

Husna Ali said...

waahahhaha, dah boleh komen. i sangat eksaited tiba tiba HAHA.

Afeeqa Hazwani said...

HAHA saye pun turut sama eksaited! :P

cik EPAL said...

nasib baik pakai baju :D

Afeeqa Hazwani said...

HAHA ye ye. Untung lagi dorang pakai baju ;p