Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, February 7, 2010

Koleksi kecintaan Afeeqa Hazwani dan Nadzirah Hazwani :')

Sejak menjak ni, aku dengan Rah macam kena sampuk. Taktak, hantu Jira tak datang rumah kami, insyaAllah.. He Hee


Kena sampuk sebab tengok sekarang ni ramai naa orang sibuk buat bisnes, lalu kami pun macam sibuk nak buat bisnes gak. Tak lain tak bukan, jual shawls la apa lagii! Ho Ha Ha


Selendangs mendangs dengan tudungs mudungs kami ni memang berlambak sangat dah sampai ayah kata dah boleh bukak kedai dah. Bakul tempat isi segala jenis selendang dan tudung ni pun dah sarat benar sampai menjejeh-jejeh (melimpah ruah) hingga ke tempat suar kecik. Yek ah, beli beli dan beli tapi tak pakai-pakai pun. Duk pakai yang sama je ulang-ulang tak habis-habis tudung ni, tak habis-habis selendang ni. Tudung-tudung lain sume duduk kat bawah-bawah je kena hempap-hempap tu yang malas nak korek tudung yang kat bawah-bawah lalu duk grab yang kat atas jeh.


Tetapi hakikatnya memanglah begitu, hakikatnya lagi, betapa semua selendang dan tudung itu punyai nilai sentimental mereka yang tersendiri. Tak sampai hati nak jual. Sayang sangatt. Antara koleksi yang sangat disayangi oleh kami selain koleksi anak patung Barbie dan Myscene :')





Tudung Ekin atau lebih tepat kalau panggil dia Tudung Malas. HE HE HE. Ye ah, kan sarung je kan, tudung malas ah.. Ada lagi yang tiada dalam gambar, yang Rah letak bersepah, yang ibu pinjam...




Longgokan selendang. Ada gak yang sumbat dalam beg plastik sebab dah takde tempat nak letak sampai dah plan nak bagi orang dah. Tapi kami still simpan mereka dengan tulus sekali :)



Tak pernah pakai langsung! Semua beli dekat Makkah & Madinah. Ada lagi empat helai yang tak masuk dalam gambar. Semua masih tak berkesempatan nak pakai lagi. Sob sob..




Tudung feveret buat masa ini iaitu tudung Syria! Huraayayyayy. Jatuh cinta dengan tudung ni. Tapi aku lebih jatuh cinta dengan anak tudung dia je since aku lebih memilih untuk melilit selendang daripada main sarung pakai je. Kang daripada tudung Syria jadi tudung malas gak kang. He He. So, pakai anak tudung ni tapi lilit selendang dekat luar. Nampak lagi sofistikated. CEH.
Ada order lagi dengan Kak Finaz tapi dia ada kat Bangkok sekarang ni.. Baru nak melaram sakan masa Raya Cina nanti. Huu.
*Lupa nak pakai lip gloss sebelum gambar diambil :P :P








Betapa kami menjaga kesemua tudung dan selendang ini dengan terbaik sekali sampai tiap satu daripada koleksi kami ni tak pernah langsung pun masuk dalam washing machine. TAK PERNAH. Semua hand wash. Betapa sayangnya kan? Basuh pun dengan sangat hati-hati, dengan penuh kasih sayang, siap rendam dengan Downy Antibac takpun Vanish. Biar dia wangi selalu.. Takpayah nak sibuk-sibuk spray perfume banyak-banyak since tudung lagi berbau segar bugar dek Downy mahupun Vanish. Huehue.


Ya, semua tudung kami kongsi bersama. Aku pakai kau punya, kau pakai aku punya. Memang share. Sharing is loving. Tapi tak lama lagi, kalau aku dah pi sambung stadi ke, tudung sume dah tak share dah. Sedih gak ah sebab most of tudung-tudung kami kira cam aku suka, Rah pun suka. Mesti susah dah nak timbang mana aku punya, mana Rah punya. Huu.


















I Love You Rah. HAHA tiba-tiba sangat.