Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, February 5, 2010

Histeria

First of all, kalau kau rasa kau boleh baca pasal cerita-cerita hantu neh, bolehla teruskan membaca. Kalau rasa macam sekeliling kau sunyi sepi, dengan bulu roma-roma kau dah meremang, better kau jangan baca. Sebabnya, kalau aku sendiri pun, ada cerita hantu-hantu ni biasanya aku tak baca. Walaupun naaakkkk sangat baca, tapi aku ni jenis yang tak berapa berkeyakinan sangatlah. Nadnod pun haritu ada buat entry paranormal yang macam seronok je nak tengok muka hantu tu kan, tapi sampai hari ini aku takdak kekuatan nak baca lagi dan tengok muka hantu tersebut jelas-jelas. Huu.



Okay, cerita yang bakal diperceritakan oleh aku sendiri ini adalah kisah benar. Memang real, sumpah real! Aku takde cerita kat siapa-siapa lagi sebab aku memang memerlukan persediaan yang sangat rapi untuk mempublishkan cerita ini di blog aku sendiri. Tambahan lagi, suasana keliling aku sekarang ni sangat tak sesuai untuk perasaan cam meremang-remang ke apa ke kan, haha, sebabnya jiran baru selang dua buah rumah sebelah kiri rumah aku ni tengah buat renovate rumah dia kut tu yang bising semedang, takdak langsung sound efek seram-seram ke apa ke yang mungkin boleh menerencatkan penulisan aku tika ini. Moga begitulah hendaknya.





Sebagai prolog, sejak menjak hari pertama aku dengar perihal kisah ini, time-time aku cam sorang-sorang ke kan, aku mesti pasang bacaan surah Yasin kuat-kuat. Bacaan surah Yasin tu pun memang ada je dalam henpon ni hah. Pasang dan pasang sampailah bateri aku habis cam semalam. Yelah, mana taknya, surah tu aku setting dia repeat all songs kan, so selagi aku tak tutup, selagi tulah dia ulang-ulang berapa kali suka hati dia selagi bateri henpon tak habis (again, macam semalam). Sebelum tidur, adalah kewajipan untuk berbuat demikian juga sampailah esok pagi aku bangun, tengok-tengok, bateri henpon dah habis (selagi lagi aku ulang). Saje je ulang-ulang cakap mende yang sama supaya kau tahu apa yang nak aku tekankan di sini ialah, surah Yasin tu buat aku rasa sangat tak penakut sangat. Ceh. Lebih kurang macam tulah selain buat aku rasa macam aku sedang tidur dalam iman, hehe, insyaAllah C=








Baiklah, mari ke garisan permulaan.









Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu langsung bahawa terdapat sebuah sekolah dia area-area tempat aku menetap ni, yang pelajar-pelajarnya kerap diserang histeria sampai masuk paper sume. Tahu? Tak tahu? Takpelah, aku nak cerita jugak.



Masatu, cerita-cerita yang aku dengar dah cukup menakutkan, antaranya 'benda-benda' tu ada yang ikut student sampai balik rumah. 'Dia' dah berani ikut-ikut balik rumah en. Ingat 'buat hal' kat sekolah jek..



Beberapa minggu selepas tu, aku dengar sekolah tu senyap dah. Takde lagi dah kes histeria. Mengikut salah seorang member aku yang bersekolah di sekolah tersebut, 'benda' tu sume dah blah sebab dah panggil ustaz suruh halau 'dia', camtu aaa, aku pun tak berapa sure sangat ah. Tapi, memang dah clear lah kaann..





Walaubagaimanapun, disebabkan salah seekor daripada 'mereka' dah takde tempat tinggal, kau tahu dia menetap di mana sekarang ni??


Kat rumah kawan ibu, merangkap anak kawan ibu tu adalah member aku goks. Dia form 4 tahun ini... Aku panggil dia Jira je. Oh ye, Jira bersekolah di sekolah tersebut. (cukup heh keterangan tu? hehek)



Tapi lebih tepat, 'ada' yang tinggal kat dalam almari bilik Jira.......... Almari tempat simpan segala cadar-cadar juga kain-kain langsir.




Suatu hari tu, masa Jira baru balik sekolah, bibik dia yang bukakan pintu. Bibik dia nampak ada 'seseorang' kat belakang Jira berbaju hitam dan berambut panjang. Bibik ni wat dunno jelah since Jira pun selalu bawak member stay ruma dia...

Bila dah petang tu, bibik ni tanyalah ibu Jira merangkap kawan ibu aku tu.

'Eh, Jira tadi bawak kawan. Mana kawannya?' -Bibik.

'Hah? Jira ada bawak kawan ke? Jiraaaaaaa (memanggil Jira). Jira bawak kawan eh tadi?' -ibu Jira.

'Taklah. Mana ada..' Jira menjawab.






Haaaaaaaaaa.......













Siapa yang ikut Jira balik rumah tu??









To be continued....




Penulis belum solat Zohor. He He He..