Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, February 6, 2010

Histeria Episod 2

Masuk bulan ni, dah empat bulan dah rasanya sejak kes Jira bawak 'kawan' dia balik rumah tuu. Tapi, baru sebulan kebelakangan ini Jira mula berperangai aneh-aneh. Hal ini kerana, mengikut bomoh yang ditemui keluarga Jira, tubuh Jira sebelum ini telah 'dijaga' serta terdapat Jin Islam juga Puteri Bunian di dalamnya. Tu yang 'kawan' dia tu tak berani nak kacau. Aku pun tak tahu ah betul ke tak. Ikut kepala otak, memang tak dapat diterima dek akal langsung pun.


Tapi pikir-pikir balik, kenapa 'kawan' Jira yang duduk dalam almari bilik dia tu baru nak kacau dia sebulan kebelakangan ni. Kenapa tak seminggu lepas dia balik sekolah tu ke, sebulan lepas tu keee. Rupa-rupanya, tubuh Jira ni 'dijaga'. Dan 'kawan' Jira tu pun masatu bosan agaknya lalu dia pun dok sibuk kacau adik Jira yang bongsu sekali. Baby tu asyik meragam lepastu tengah tidur terkejut-terkejut macam ada 'benda' usik.


Bila 'dia' dah bosan, 'dia' pun mungkin buat discussion dengan makhluk yang 'menjaga' tubuh Jira supaya 'dia' pulak yang nak duduk dalam tubuh Jira. Pendekkan cerita, makhluk dari sekolah Jira tu pun berjaya menduduki tubuhnya.....



Jira berperangai aneh. Kerap kali diserang histeria. Selalu sangat menjerit nampak puntianak laa apa laaaa.. Dalam rumah sendiri pulak tu..








Next,


















Jira ada sorang adek perempuan. Okaylah, nama dia Nana. Jira ni tidur sebilik dengan Nana. Kira macam aku dengan Rah la kan.

Satu malam tu, Nana tersedar dalam pukul 2 pagi, tengok-tengok akak dia dah takde kat katil. Dia pun duk carik-carik. Dalam kegelapan malam (ceh), Nana nampak almari dia berkeadaan pelik. Dia pun pergi kat almari tu. Naluri seorang adik agaknya.. Dia pun bukak pintu almari tu.. Tengok-tengok, Jira sedang bercangkung dalam almari sempit tu sambil merenung Nana dengan tajam sekali. Sekali je Jira bersuara, 'TUTOP!' Suaranya kasar dan besar.


Nana cuak. Dia tutup almari tu and terus tidur. Esok pagi baru dia cerita kat ibu dia. Kalau aku jadi Nana, mencicit aku lari pergi bilik ibu malam tu jugak!







Lagi cerita,












Pakcik and makcik Jira tidur rumah dia satu malam tu. Diorang tidur dekat tingkat atas. Malam tu, pakcik dia pun pi dapur, nak minum air, dahaga lah of cos kan. Sekali je, nampak bini dia. Dia tegur, bini dia diam. Dia pelik sebab bini dia sakit, tak boleh bangun. Dia pun buat bangang je ah kut-kut bini dia PMS ke apa kan. Bila naik atas, dia nampak bini dia kat atas katil. Dia pun cakap camni,

'Eh tadi awak kat bawah, sekarang dah kat atas?'

'Mana ada saya turun...'





Well.. Dah banyak naa aku jumpa cerita camni.. Hmm..













Dengar cerita family Jira tak duduk rumah tu sekarang ni. Diorang duduk rumah lama diorang tapi dekat-dekat sini gak ah.. Tak tahan diganggu agaknya.. Sekarang ni mereka masih dalam proses untuk membaik pulih apa yang sedang berlaku. Takut siak.



Cerita betul weh sape tak takut. Terngiang-ngiang suara Jira yang cukup aku kenal sebut TUTOP dengan suara yang besar. Urrghhhhh..


Lain macam je aku tengok rumah Jira tiap kali aku lalu depan rumah dia. Yelaaa, rumah dia tepi jalan besar.. Nak pergi Jusco Tebrau jalan tu, nak pergi class bahasa pun ikut jalan tuuuu..






Tiba-tiba teringat lagi satu kisah benar. Mesti ah cite mistik-mistik gak an.


Beberapa hari sebelum musim persekolahan bermula, adelaa sorang pakcik aku ni datang rumah.. Saje jalan-jalan bersama bini dia dan anak-anak dia dan makcik aku dan atok aku.. Diorang datang petang. Malam dah kelam kabut nak balik, katanya nak tidur kat Pahang malam tu rumah pakcik aku yang satu lagi. Tambah-tambah, lusa dah naik sekolah kan. Macam tulah lebih kurang, katanya lagi, dia dah nazar nak bawak atok aku (ibu dia juga ibu kepada ibu aku) jalan-jalan pergi sume rumah anak-anak atok aku merangkap adik beradik ibu aku dan pakcik aku lah kan.



So, malam tu diorang pergi gak Pahang ikut jalan Segamat-Kuantan. Fuyoh, jalan tu sumpah scary mary weh. Ayah sendiri takut nak lalu jalan tu malam-malam dan sorang-sorang pulak tuh. Sebab ayah tahu kawasan tu sangat 'hard' atau dalam BMnya bermaksud keras.


Jalan punya jalan, dalam pukul 1 pagi camtu kawasan tu dah langsung takde kereta dah. Sunyi.... Sepi.... Hanya ada kereta pakcik aku tu jeh.


Pendekkan ceritaaa (aku dah lenguh nak menaip dah ni haha), ada satu makhluk bersayap dan berwarna putih sedang berada betul-betul atas kereta tu. Duk ketuk-ketuk cermin kereta. Kitorang sume syak mende alah tu kalau tak langsuir pun, cam biase, cik pon..


Dia kacau konsentrasi pemandu. Patutpun kawasan tu banyak eksiden. Hanya arwah-arwah mangsa kemalangan je yang tahu apa yang mereka TELAH nampak sebelum mereka terbabas dan sebagainya..


Pakcik aku nak bukak tingkap kereta (taktau apa motif dia nak bukak tingkap). Makcik aku tak bagi.


Makcik aku cuba berdiplomasi dengan makhluk tersebut.


'Kami tak kacau hang, hang jangan kacau kami.. Hang pi main jauh-jauh..'


Pastu pakcik aku pun duk azan lah, baca ayat kursi lah, dalam 10 minit lepastu baru mende alah tu blah dan mereka pun meneruskan perjalanan dengan aman damai....







Lagi kisah di kawasan yang sama...


Kawan ayah, nama dia Haji Ali. Ikut jalan tu malam-malam buta dan sorang-sorang juga. Tengah-tengah drive ni, ada satu makhluk berbaju putih dengan wajah mengerikan sedang terbang dari arah depan menuju ke kereta yang sedang dipandu oleh Haji Ali.






KALAU KAU, KAU NAK BUAT APA HAH?!


Tapi Haji Ali ni sempat jerit ALLAHU AKBAR sebelum benda tu pun terbang melepasi cermin kereta dan lesap.




-Aku rasa kisah pakcik aku dan kisah Haji Ali ni, aku macam pernah cerita dalam blog ni. Sumpah aku rasa macam aku pernah cerita.. Ke aku mimpi je hah? Adoihh lantaklah dah penat aku taip ni hahh-




Dah ah maleh ah nak layan mood horror-horror neh. Tak kuasa I. Buat aku jadi penakut je sampai mandi pun nak kena bukak pintu. Wakakakaka. Okay bye.