Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, February 17, 2010

Falling in love is not by finding a perfect person but seeing an imperfect person as perfect ♥

Memandangkan macam dah agak lama saya tak layan blog sebab saya dah ada 'kawan baru', jadi sekarang ini macam dah tiba waktu untuk saya mengalih perhatian kepada blog ini pula. Kasihan pula akan blog ini kan? :)

Baiklah, kawan baru yang dimaksudkan ialah ;












Letak panadol takpun gula pasir untuk panjangkan umur dia :)







Tadaaaaaaaaa..

Cantik kan? Bau dia pun sangat nice. Inilah dia my beloved 'Sundal Malam'. Saya tak berapa suka akan roses dan mungkin beberapa jenis bunga yang lain but I only prefer Sundal Malam. Beli dekat pasar hari ahad semasa di Cameron Highlands dengan harga RM10 bagi 5 tangkai. I am sooooo into this flower. Saya belai dia macam baby. Tiap-tiap selepas bangun tidur and sebelum tidur, saya peluk cium dia. Kadang-kadang saya berbual dengan dia. Saya tahu dia dengar apa yang saya repekkan. Dia macam nak layu dah. Saya cadang nak beli benih dia and tanam dekat depan rumah. Bunga ini juga wajib ada di majlis sekali seumur hidup saya nanti, insyaAllah :')


Saya sekeluarga ke Cameron Highlands pada hari Sabtu yang lepas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Sangat memenatkan. Theres jammed everywhere. Kami semua dah tension dah. Alhamdulillah selamat sampai di hotel penginapan dalam pukul 8 malam. Sheeeezzzz..


Pagi Isnin 15 Februari, merupakan pagi yang tersejuk pernah saya alami sepanjang 18 tahun saya hidup ni, HEHE. Suhu mencecah 15 degree pada pagi tersebut. Saya cuma memakai cardi je. Cardi tu pun nipis pulak tu. Bayangkan betapa crampnya saya. Lepastu bila cakap-cakap sikit lalu keluar asap dari mulut, semua dah bajet-bajet dah. Padahal bukan tak pernah pun, masa dekat Seoul dan Gold Coast pun begitu juga.




Bajet pengantin, haha





♥ ♥ ♥





Tangan saya cramp masa ni. Kebas semacam. Terpaksa redha. Siapa suruh tak bawak baju super tebal?




Ada banyak lagi gambar yang sudah selamat diupload di Facebook juga Myspace. Malas rasanya nak susun gambar dekat blog ni. Leceh dan lambat pula tu sebab saya belum lagi jumpa software image resizer terbaik.






Sampai di sini sahaja.














Oh cop. Ibu Naurah baru saja text saya tadi.











Iqa, Naurah demam. Rindu Iqa kot. Dia asyik tanye Iqa je..

Me: Ala kesiannye. Kne jumpe Naurah ni.. Dah lame ke dia demam?

Baru pagi tadi. Cik Yana cakap Kak Iqa sekolah. (Masa ni saya dah tacing dah, sebab biasenye kalau kita tipu pasal ni dia percaya lalu dia mesti akan cakap macam ni, 'Oooo.. Kak Iqa kolaaa..'.)

Cuti balik kampung pun dia sibuk ajak pergi umah Kak Iqa. Tadi Cik Yana cakap Sabtu ni kite pergi umah Kak Iqa yee.. Dia angguk.




Teringat gambar saya yang hampir lunyai Naurah kerjakan sebab terlalu rindukan saya. Hari-hari minta ibu dia ambilkan gambar saya yang ibu dia sorok dalam almari lepastu dengan rakus dia gomol gambar tersebut sampai dah takde rupa Kak Iqa dah kut. Huehue.

Tapi kadang-kadang dia bosan juga dengan saya sebab saya tak berapa nak layan sangat kehendak dia lalu dia berpaling kepada Rah, haha. Bila dah bermanja dengan Rah, langsung dia lupa saya. Pernah dia kata begini dengan Rah,

'Kak Iraaaa... Kak iqa puk adiiikk...' Mulut dia cebik-cebik. Padahal siapa tah yang puk dia. Dia memang suka mengadu macamtu. :')


















Kak Iqa sayang Naurah sangat. Nanti birthday Naurah Kak Iqa belikan make up olok-olok sebab Kak Iqa tahu Naurah suka make up, hehee..



------------END-----------