Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, January 5, 2010

Sunsilk Impian. Ceh dah lama aku tak pakai sunsilk

Baiklah semua, hari ini cerita kita akan berkisarkan tentang masa depan. Ya, masa depan. Masa depan yang macam sedikit menjengkelkan sebabnya cerita ini akan sangat menjurus kepada perkahwinan idaman. Ohmy ohmy tak bestnya bila kadang-kadang kita menjadi terlalu straight to the point. Serupa juga seperti karangan Bahasa Melayu SPM yang tiada pendahuluan.

Tak sangka betul macam mana boleh TERada idea untuk buat entry ini. Memang tak sangka. Kadang-kadang asyik menjaja cerita tentang apa yang berlaku kepada diri sehari-hari pun boleh jadi bosan juga. Ceh, menjaja heh? Sangat tak humble ayat sebelum ini. Isy buruk laku.
*Padahal entry ini pun lebih kurang macam menjaja cerita juga.

Idea nak buat entry ini muncul bila kita duduk rumah lepastu bosan gila babas lepastu rasa diri ni bangang gila sebab duduk rumah macam loser astaghfirullah. Okay ah pendekkan cerita, disebabkan asyik layan Kak Mariah je malam-malam, tiba-tiba memang terpacul terus idea ini dari kepala otak ini. Yela, faham-fahamlah kalau layan Kak Mariah memang ah romantic mode aku memang cepat sangat on lepastu bling-bling kaler hijau keunguan tande LOVE MODE IS ON BABY. *Tak main ah pink-pink walaupun aku suka pink sikit.

Okay, berbalik kepada tujuan utama entry ini. Aku, dengan suka hatinya, dengan bersahajanya ingin berkongsi tentang perkahwinan idaman aku yang memang aku idam-idamkan serta kalau tak jadik sangat pun takpe sebab do I care? Haha taklah dah namanya impian kan, mestilah kita mahu ianya berlaku, mintak-mintaklah Ameeennn. Lebih kurang begitulah yek.

Pertama-tamanya, tak kahwin dengan lelaki pilihan pun takpe as long as mak bapak aku sedara mara aku sume suka akan dia sebab dia tak hensem tapi baik hati rendah diri berbudi pekerti pandai berpidato tak merepek punya wawasan serta pembersih. Ini penting sekali. Wajib pembersih. Aku tak berkira. Aku tak memilih sangat *CEH! INI DAH ENTRY LELAKI IDAMAN! -Potong perenggan ini, tak baca pun takpe, dah baca lagi bagus-




Mari bergerak lurus.




Aku suka akan perkahwinan yang comel. Ya, COMEL. Taknak grand, taknak mewah sangat dan taknak grand (tak tahu dah nak letak apa hahaha). Aku suka tema putih. Putih dan tak kisah bergandingan dengan warna apa sekalipun asalkan bukan hitam dah macam majlis perkabungan dah ish ish ish.


Lepastu aku mahu garden wedding. Tak semestinya MESTI DALAM TAMAN TAW instead buat depan rumah pun boleh tapi kita decorate dia sebijik macam Taman Tergantung Babylon eceh taknak kalah langsung. Dia mesti ada red & white roses di mana-mana. Setiap meja mesti ada roses. Tetamu pun kita bagi dia roses tapi roses tipulah mana boleh bagi real punya..banyak cantik muka tetamu? Kah Kah Kah

Ini part paling penting! Lagu-lagu yang dimainkan hendaklah lagu-lagu favourite pengantin perempuan, hohahaha. Antara contoh lagunya ialah, My All, My Heart Will Go On, Love Story, How Do I Live Without You, You Belong With Me, Seindah Biasa-Siti Nurhaliza, Cinta Ini-Siti Nurhaliza, Impian Kasih-UNIC, Kenangan Terindah-Samsons, Fallin' For You-Colbie Caillat, Ketika Cinta Bertasbih, Pastikan-Siti Nurhaliza DAN BANYAK LAGI. Taknak ah main lagu-lagu yang biasa kita dengar kat rumah pengantin-pengantin tuuuuu. Tak mau Tak mau.

Aku nak semua tetamu yang datang tu akan merasakan kehadiran cinta ketika itu. Sebabtu suasana serta lagu yang dimainkan tika majlis berlangsung merupakan elemen terpenting sebuah perkahwinan. Bagi akulah (-_-")

TAKNAK NASI MINYAK! TAKNAK NASI BERIANI! Wajib ada laksa penang kat wedding aku nanti. Asam pedas, tempoyak, belacan, ulam-ulaman juga wajib ada. *Aku lapa neh.
















Ini namanya muka ketat ketika berhadapan dengan orang lembab ketika beli buku semalam, haha.


Kadang-kadang tu teringin juga nak jadi wedding planner tapi aku ni jenis tak beridea sangat. Aku banyak idea kalau pk pasal aku jeh. Maklumlah kan. Sekali sekala seronok juga 'jual ikan' kah kah kah. Tapi tengoklah, mana tahu kalau ada rezeki untuk aku suatu hari nanti kan. Apa salahnya jika mengembangkan bakat. Cey, bakat apa siak tiba-tiba je cakap pasal bakat.


Sahabat wajib hadir masa wedding nanti. From left, Kecik, Aza, C-la juga Maiza :')
*Baju merah tak kira heh. Dia bride wanna be. Bhahaha.
Aza mungkin sebagai jurugambar, kan Aza kan? :D
p/s; Aza, sorry aku curik gambar neh huuu













Okay close entry ini.
Mari share cerita perkahwinan impian dengan aku kay.
I am glad to read about it.
I promise, I'm gonna love it.
(: