Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, January 13, 2010

School's sweet sweet moments

Memang aku tak sangka sekolah aku ni ada blog lepastu terdapat beberapa gambar yang ada muka aku yang sedang melakar kenangan manis di mana ketika ini, kenangan manis itu telahpun terpahat utuh di hati aku. Sumpah manis like cotton candy yang mencair dalam mulut dengan hanya satu gigitan!

Sebagai contoh, telahpun aku copy gambar semasa solat hajat PMR dan SPM masa bulan berapa entah. Memang kelakar masa solat hajat neh. Aku pun tak berapa pasti aku sedar ke tidak semasa gambar ini diambil memandangkan aku cuma amek port pasal Nani dengan Mila tengah cite apa entah. Aku tumpang gelak jeh, kebetulan je gambar ni aku tengah diam wahaha.

Aku sangat harap you alls sume dapat cam mana satu aku. Klu dia, tudung dalam warna merah, haha. Aku macam rasa je cikgu yang amek gambar ni sebenarnya saje je nak focus kat bebudak yang mulut dia tak reti diam dan sedang berbincang sesuatu yang tak sepatutnya. Memang ah kitorang terasa. Takkanlah Farhana kut walaupun dia tengah ketawa (depan aku).

Yang tak bestnya aku rasa kan, solat hajat kitorang masa malam tu memang tak diterima kut, hehe. Sebabnya kan kan kan.... Kena cerita ke? Eh bukan kitorang kentut. Bukan, bukan, haha. Nani, kalau kau baca mesti kau gelak kan? HAHAHA.

Okay cerita dia macam ni. Sebelum solat hajat tu, kitorang kan solat maghrib duluu. Aku ni memang alergik sikit carpet surau ni. Hidung aku ni pun dah cium dah carpet tu masa sujud solat maghrib tadi. Jadi, dia pun mulalah buat hal. Hidung mancung takpe. Muahaha. Masa baru nak start solat hajat, hidung aku ni boleh menten lagi. Start-start jeeeeee 'Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala'.. Allahu akbar.
Haaaiiiisssyyiiiuuuuuwwww!

Aku bersin. Aku rasa air liur aku terpancut keluar kut. Tak pastilah hingus ke apa kan. Aku buat line clear. Solat cam biase. Ingatkan takde sape nampak sekali je Mila ketawa. Bila Mila dah ketawa, aku ketawalah bahalul! Lepastu Nani pulak ketawa. Sumpah perot aku sakit gila masatu sebab tahan ketawa! Confirm-confirm ah orang sebelah menyebelah dengar kitorang tahan ketawa macam nak meninggal dah. Tapi menten je ikut imam solat sedangkan tak stop-stop ketawa hanya sebab aku terbersin keluar air liur. MIAHAHAHA. Nasib baik belakang kitorang bebudak pom three. Taklah segan sangat bila dorang nampak akak-akak ni menggigil-gigil tahan ketawa. Memang loser punya kakak-kakak. Bikin solat aku tak khusyuk jeh. Hohahaha.

Memang ada lagi kenangan lucu masa di surau ni. Masatu ada study group kut. Aku tak solat masatu, duduk je belakang surau. Dorang-dorang sume tengah solat kat depan nun. Tiba-tiba aku dengar dorang ketawa macam apa entah. Nak tahu sebab apa? Sebab kepala Nanad terhantuk kat dinding masa dia tengah rukuk lalu dia tercakap 'Adoi!'. Sumpah lawak. Hahahaha. Tulah sape suruh solat betul-betul depan dinding hah? :P

Dekat blog sekolah tu ada juga gambar aku tengah present apa entah masa tu. Time ceramah motivasi kut dekat Kolej Komuniti Pasir Gudang. Masatu pun best. Aku suka betul present-present ni. Depan member-member sekolah bestlah kut. Haha.


I missed you guys. Aku baru sedar kita tak lepak-lepak lagi kan? Jomlah. Jomlah. Jomlah. :')