Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, January 10, 2010

Qasrina Nur Amina Aryanna

Wow. Memang tak sangka langsung hari Ahad merupakan hari yang sungguh boring. Tekankan perkataan boring tersebut. Inikan hari-hari biasa pun dah boring dah apatah lagi Ahad dengan cuaca yang membahang serta mata yang selalu nak rasa mengantuk. Tak sabar nak tunggu petang. Beriadah di hadapan rumah bersama keluarga dengan cuaca yang harapnya tolonglah jangan windy sangat karang aku pulak yang salurkan kebahangan apabila pukul bulu tangkis lepastu dia masuk rumah jiran sebelah yang aku tak gemar langsung dengan cucu dia yang suka jelir lidah dia dekat adik lepastu aku suruh adik bukak seluar tunjuk bontot dia dekat budak tu. Aku geram betul budak suka jelir-jelir lidah ni. Comel pun tak guna. Ada sehari tu dia jelir lidah dekat adik tapi aku sempat tengok si budak tu lepastu muka dia cuak dah sebab aku jeling dia plus buat muka garang. Keesokan harinya dia sibuk nak buat muka manja dengan aku, aku macam biasa, jeling dia macam kata mendeh, kau ingat kau comel sangat ah, nenek kau tak ajar heh haaaaaa... Memang comel pun tak guna. Dahla ada motorbike bateri tu lepastu memekak main motor tu dengan abang dia 'encik.. berhenti kat sini encik kite tengok bunga dulu encik! okkkkk boleh jalaannn.. encikk jom kite jalaaannnn...' Bahang bahang. Haha. Tapi adik buat tak layan. Aku je yang emosi.

I can't even wait for my language classes that might be start on this february. Ceh tetibe sangat. Semalam dia ada buat test untuk menguji kebijaksanaan aku dalam English HAHA. Hey aku taklah bodoh sangat English malah itu merupakan subjek kegemaran sejak darjah satu lagi sampailah aku tingkatan lima tahun lepas okeh. Kau tahu aku dapat berapa dalam test tu? OKAY. Tampe segan silunya, aku dapat 18 1/2 per dengan 30. (-__-")

Aku banyak salah dekat pronunciation. Eh betul ke eja? Okay sebutan dia camni, pronaunzesyen (agaknyelah). Aku rasa aku terbaik dalam sebut menyebut ni. Memang aku rasa terbaik. Itulah dia akibat berlagak sangat. Ke aku gelabah sangat atau suka sangat dengan subjek physic sampai dia tulis PSYCHIC pon aku sebut PHYSIC. Buta hati agaknya aku ni, huuu.

Lepastu dia tulis PIZZA. Aku cakap ah PIZZA (tapi kita buat slang Europe lah sikit kan haha). Rupanya salah. Kau tahu apa sebutan betul dia? PIT SE. Kau sebut cepat-cepat taw. PIT SE.
Sakit betul hati aku.

Sebut RELATIVE PUN BOLEH SALAH. Aku sebut riletif. Sebutan betul dia relatif rupanya.

Dan setahu aku SERTA selama apa yang aku belajar dekat sekolah sepanjang 13 tahun aku bersekolah ni, selepas TO akan jadi root word kan? Tapi, ianya salah juga. To meet jadi to meeting. Pathetic. Dasar kurang ilmu pengetahuan sungguh aku neh.





Okay dah. Aku join mandarin class juga. Start from beginner. Kalau mandarin aku tahulah sikit bahasa-bahasa kesat dia. Haha kotor gila hati. Ci Xe. Tap Pien. Xe Cin Ping. Xi Bai. Lebih kurang macamtulah sebutan dia, aku hentam je hohahaha.

*Title takde kena mengena dengan nama budak jelir lidah. Nama dia Izzati kut tak silap aku sebab nama abang dia Izzat kahkahkah.