Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, January 11, 2010

Happy Birthday Dear Songbird alias The Voice of Malaysia :)

Alias juga satu-satunya wanita pujaan aku dan Rah. Taknak dah orang lain. Taknak Angelina Jolie, taknak Megan Fox dah, taknak Shakira dan semestinya taknak Fasha Sandha!

Aku sememangnya dibesarkan dengan peribadi beliau serta lagu-lagu beliau. Boleh dikatakan semua lagu-lagu nyanyian beliau aku tahu dan mungkin fasih juga mendendangkannya (cehhhhhhhhhhhh). Kau bayangkan betapa aku addicted menyanyi lagu-lagu beliau sedari aku berumur 5 tahun lagi!

Tu aku umur empat tahun (kiri sekali). Selekeh, berlemuih sume ade. Takyah tengok lama-lama. Yang kasut pink tu adalah Rah. Hahaha














Siapakah beliau yang digembar-gemburkan itu tadi?






















Taraaaa, cantik tak cantik tak? Cantik kan? Siapa kata tak cantik memang dia cemburu sebenarnya! Sebab aku kalau cemburu memang macamtu. Dia cantik macam mana pun aku cakap tak cantik. Contoh termudah Fasha Sandha. Dia cantik apa, tapi aku tetap kata tak cantik. Hahaha. Takpelah. *Semua ciptaan Allah S.W.T tu cantik-cantik belaka :)

WALAUPUN, isu tudung beliau atau selendang beliau itu menjadi antara isu yang paling hangat sekali sehingga kat mana-mana ada gambar beliau, comment-comment sume TAK SAH kalau takde yang complaint soal tudung beliau, tapi pada aku, LANTAK BELIAULAH. HA! Cemburu sebenarnyaaa sebab dia cantik pakai macamtu sedangkan kau tak pun. Haha apsal bahasa aku sinis sangat harini? Mana pergi kehumblean aku yang aku pertahankan selama ini?? Well, mestilah aku backing beliau kan. Wanita pujaan pun kaann. Tapi aku pun sebenarnya musykil, susah sangat ke tutup terus? Sebab contohnya macam semalam, persembahan pembukaan AJL, beliau pakai tudung memang suku terbuka je pun. Rambut beliau nampak siiiiikiiiittt je kat depan tu. Jadi, apa salahnya tutup terus ek? Musykil. Tapi beliau ada alasannya yang tersendiri. Apa beliau kisah? Asalkan tiap-tiap album beliau aku beli. Kahkahkah.



Beliau sudah semakin matang di dalam industri yang beliau ceburi sejak 15 tahun yang dulu. Ini dapat dibuktikan dengan lagu-lagu beliau yang semakin elegan dari hari-hari. Bermulalah dengan lagu yang agak keanak-anakan macam Es Lilin ni (klik untuk dengar atau download pun boleh hehe). Sehinggalah yang terbaru, duet bersama Kris Dayanti yakni Amarah. Tak best mana lagu ni pada aku tapi sesuailah lagu ini dengan personaliti beliau yang anggun dan elegan (klik untuk dengar lagu Amarah atau nak download pun of cos boleh ngeee).


Salah satu album beliau yang aku suka sangat ialah album Cerita Cinta Siti Nurhaliza. Sebab dalam album ni, dikumpulkan sume lagu loving-loving nyanyian beliau memandangkan album tersebut diterbitkan lebih kurang selepas beliau melangsungkan perkahwinannya. Lagu dekat blog aku ni merupakan salah satu lagu yang terdapat di dalam album tersebut. :')






Aku memang malas dah nak cakap banyak-banyak sebab aku lapar sekarang. Memang kering gila idea heee.

Baiklah, Selamat Hari Ulangtahun Ke 31 Dato' Siti! Saya dan Rah akan sokong Dato' Siti selamanya selagi hayat dikandung badan! Dato' Siti memang hot semalam! Saya suka! Suka berkali-kali!