Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, December 30, 2009

Tuesday, December 29, 2009

Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan ku bawa.. Lagu fevret neh.


I had just switched on the light just now.

Malam masih terlalu baby tapi saya sudah terasa-rasa suatu macam perasaan penuh kenikmatan yang diberi nama mengantuk memenuhi segenap inci tubuh saya. Lalu saya pun sudah menutup lampu, plan ingin mentidurkan diri sebentar. Err salah info, mengantuk tu tak nikmat tapi, tidur itu nikmat. Teringat pula akan kisah seorang kenamaan yang gemar makan rasuah sehingga Allah tarik nikmat tidur daripadanya. Dia rasa mengantuk, extreme punya mengantuk tapi dia tidak boleh tidur. Kasihan.. Bayangkanlah! Kadang-kadang bila teringat akan kisah itu semasa saya dalam kelas Sejarah dan sedang mengantuk tahap mahu gantong diri*haha, saya cuba untuk tahan mata saya lalu cuba menempatkan diri seperti orang kenamaan itu tadi. At last, saya tertidur jua dengan enaknya kadang-kadang sampai termimpi-mimpi apa hentah...
Allah Maha Besar..

Semata-mata mengswitched on semula lampu yang sebelum itu telah diswitched off sebentar tadi, saya rasa saya perlu bercerita sesuatu. Terasa perlu meluahkan sesuatu. Terasa seperti dipanggil-panggil. Laptop yang diberi gelaran Ryan ini menggamit saya dengan riang sekali. 'Cik! Jangan tidur cik! Marilah share something dengan saya! Ketuk-ketuklah keyboard saya ini!' *Katanya mungkin, saya kira begitulah..

Saya rasa pening-pening lalat sekarang. Saya tidak boleh terlalu lama berada di hadapan skrin. Sememangnya cahayanya sangat berbahaya untuk mata. Huh huh. Atau kerana saya mengantukkah? Mungkin. Kemungkinan yang besar.. Saya rasalah kut...


Baiklah, mari bercerita.
Azza dan Kecik lepak di rumah saya tadi. Besstt macam biasa. Hehe. Kecik nak pergi PLKN dah Isnin depan. Dia dapat di Kem Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia tak rela. Sungguh tak rela, katanya. Pathetic, hahahaa. Tapi dia dapat first batch, kira okayla tuu. Still boleh lepak dengan kitorang after dia habis program on 11 March heh? Tak berapa sure sangat ah. Tapi ye, still ada 3 bulan lagi sebelum sebarang kemasukan (form 6, colleges, unis, etc).
Tadi lepak-lepak, sambil makan pizza (delivery). Yeah, Stuffed Crust Hawaiian Chicken is my favourite. Selalunya saya suka koyak cheese dia saja. Sedap, lemak-lemak manje rasa dia. :') Oh, si penghantar pizza masih orang yang sama. Orang yang dahulu tiba-tiba text saya, usha saya tengah makan apalah, itulah, inilah. Bila saya paksa dan tanya siapa dia yang nak sibuk-sibuk berkenaan hal peribadi saya, haha, dia pun akui bahawa dia adalah abang yang menghantar pizza sebentar sebelum itu. Mungkin dia dapat number saya dari rekod Pizza Hut tersebut. Sebab dalam rekod tersebut, saya bubuh nama saya Fee. Selalunya operator tu sebut, 'Cik Fee ya?' Sah, memang sudah direkodkan sebab abang penghanta..rr..... Eh, geli ah panggil abang-abang. Er... sebab pakcik penghantar pizza tu panggil saya Fee.

Hey, saya ke Carrefour semalam. Alaa yang sebelah McD yang dekat-dekat dengan Pasar Borong Smart tuu.. Er, orang Johor Bahru mungkin tahu.. Ke sana atas sebab teman ibu carik barang-barang dia *saya turut carik barang saya juga. :)

Selesai semua, nak balik dah ni, suddenly ibu stop kat satu kiosk yang selalunya jual jamu-jamu apa entah, kadangkala mereka turut jual produk untuk kurus badan seperti contoh Jus Mate 5. Tapi saya hairan bila ibu kata, 'Pergi jauh-jauh.' Saya tak dengar. Do I look care? Haha. Saya ikut punggung ibu. Saya tengok apa yang ibu beli. Saya cuba dengar apa yang ibu borakkan dengan kakak kiosk tu. Saya nampak ibu pegang something yang pada saya pelik. Atas sifat inkuiri saya yang tinggi, cepat saja saya tanya, 'Ape tu bu?' Ibu pandang saya sesaat. 'Engkau budak lagi. Tak payah tahu. Budak-budak lagi..' Lepastu kakak kiosk tu turut berkata yang sama. Budak-budak. Budak-budak. Budak-budak. Saya buat muka macam, 'Eleh, do I look so care?' HAHA. Saya pun blah. Dalam hati rasa hangat sebab kakak kiosk tu ketawakan saya tadi. Serasanya dan seiingatnya, saya ni bukan kanak-kanak lagi kut. Terasa diperkotak-katikkan sungguh! Hohaha. Dalam diam, saya mungkin faham apa maksud di sebalik kata ganda 'budak-budak' itu tadi. Err, kata ganda ke? Haha. Ye, saya faham. Maksudnya, saya belum berumahtangga lagi! HAHAHA. Teka jelah.. Sebab saya rasa, errr.... Saya rasaa.. Apa-apa pun yang dibincangkan oleh ibu dan kakak kiosk itu tadi, ianya pasti sangat berkait rapat dengan alam rumahtangga juga lakibini. Huh, lebih kurang macam tulah. Malas nak explain lebih. Nanti kamu semua ingat otak saya kaler kuning dan mungkin juga biru bukan merah jambu mahupun kelabu asap.

Saya berlegar menyorong trolley yang hanya suku penuh di kawasan yang sama. Mengerling-ngerling butik First Lady di situ. Ada dua orang budak perempuan di hadapan butik itu dalam lingkungan tingkatan 3 dan 4 berpakaian ala gig (kononnya) dengan skinny juga t-shirt berstatement juga paling annoying bershades. Pandang-pandang saya dan Rah macam dulu sekolah rendah sama dengan dia je. Kalau dia tak sibuk pandang-pandang, biasanya saya buat lakonan sikit. 'Oh, panasnya! Terbakar kulit I! Awh, cahaya kat sini tajam sungguh! Tak terdaya I! Oh! Panas! Panas!' Dengan tangan-tangan sekali saya lakonkan. Tapi, dalam pada masa itu, saya buat tak endah jelah. Nanti dia tiba-tiba tacing pulak an lepastu mara di hadapan saya lalu..... 'Kamu kena tahu saya kena sakit mata!*sambil mula buka shadesnya. Sebabtu bershades! Apa kamu pikir kamu bagus sangatkah? Saya terasa disindir tahu??' (-_-")

Okay ah fine. Fine! Tujuan entry ini dipostlajukan cuma nak bagitahu! Bahawa! *excited gila letak tanda seru. Haha.

Ok.. Ok..... :)

Cuma nak beritahu.. First Lady tersebut perlukan pekerja. Sempatlah jugak saya terlihat dia ada menampal lebih kurang macamnilah kan;


VACANCY
MALE/FEMALE
SALARY: RM1XXX


Malangnya, ibu tak benarkan saya bekerja di butik tersebut. Melihatkan empat angka tersebut, saya jadi teruja. Tiba-tiba terbayang gladiator wedges yang bakal tersarung di kaki saya, haha memang sangat tiba-tiba. Saya ada tanya akan salah seorang pekerja di situ. Dia kata kena isi borang dahulu...then, esok-esok dia panggil untuk interview..then esok-esok lagi, mungkin dah boleh start bekerja. Secara teorinya macamtulah. Ya! Mari lepasan SPM....mari-mari..yang tinggal di area Johor Bahru only..mari-mari...siapa cepat dia cepat! Eh, siapa cepat dia dapat!
Dah setel sume, dapat gaji, half bagi I heh. Jangan jadi tak kenang budi heh.













Kejap,
Sedut hingus, hembus balik. Siapa terkena hingus, nasib.




Okay Bye!

Sunday, December 27, 2009

Sg Petani and Penang jugah

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I could't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith coz you believed
I'm everything I am because you loved me :')






Hari ini Ahad bukan? Khamis hingga Sabtu yang lepas saya dan keluarga telah bertolak ke Sungai Petani, Kedah atas sebab em..em...balik kampung ke? Tak tepat. Memang tak tepat langsung. Tapi kalau every year punya raya pun kitorang mesti balik Sungai Petani. Berkumpul di rumah salah seorang aunty saya. Memang takde kampung. Tanah rumah kampung di Tanjung Piandang, Perak dah lama kena jual. Sebelah ibu memang tiada kampung. Sungai Petani tu kira kampunglah kut sebab atok berada di situ. *Teringin nak ada sebuah rumah kampung yang berada di tengah sawah macam rumah Aidil dengan Adam kat drama Nur Kasih tu. (^.^)v

Memang tak berapa tepat sangat kalau kita nak panggil dia percutian yang manis sebab ayah macam rush nak balik JB. Dia kata banyak kerja blablabla, mungkin sebab dia baru balik haji, jadi memang banyak tugas tergendala. Kami pun redha jelah. Dalam diam dah plan dengan ibu nak balik Kedah again cuti raya cina. Nak menambah pemandangan hingga ke Langkawi nun. Saya berdua saja dengan ibu mungkin. Best-best. Rah taknak ikut. Muka dia muka study. Awal-awal dah berkepit dengan buku. PMR kunun, hahaha. Seiingatnya, saya dulu masa PMR, 2 minggu nak exam baru pulun macam apatah. Sebab tu result sederhana jah. :'P

Berkampung di Sungai Petani sehari setengah je kut. Lepastu terus ke Penang. Tak dan nak mesra-mesra dengan atok juga Mak Andak juga anak saudara saya yang nama dia Haikal yang comel lagi manje dengan orang yang comel sahaja. Ini tak tipu. Nenek dia sendiri kata macamtu. HAHA. Tipulah. Dia cuma mahu dengan orang yang humble je, yang pandai layan dia, yang rajin dukung dia yada yada yada. Yeler, semua babies macam tu kut. Teringat pula ibu Naurah call saya haritu. Naurah rindu saya katanya.

'Nak pigi uma Kakak Iqaaaaaa!' Naurah menjerit nyaring.
'Kakak Iqa kat Kedah la sayanggg...'
'Err.. Ohh.. Kat Kodaaahhhhh...' Ceh macam tahu je Kedah atau Kodah tu apa. Comel! :D Tapi dia memang suka sebut macamtu. Sedap pun dia kata Kodap. Comel Comel Comel.















Tak tahu nak merapik apa lagi di sini, persilakan tuntun gambar. Eh, bukan ke tuntun tu macam bonceng something? Okay, TONTON.



Takboleh puji neh. Okay mari kata, INI GEDIKS.

Dia dah lama mengidam akan fedora tersebut. Hah, try jangan tak try.


Tak beli. Tak beli. Test Fa punya jeh. Geli giler muka neh.


Berangan macam kedai ni bapa dia yang tukang kutip sewa.


Muka pale annoying irritating jangan tengok lama-lama sebabtu I tak kasi klik nanti you all kira jerawats I hahahaha



Fa & adik

Adik-adik kesayangans. Kadang-kadang tak sayang sebab punyai hobi suka melawan bila akak dia babbling. Haha



Pantai Batu Feringghi, Penang :)


Panas. Panas. Selebet gila muka aku. Panas sampai baju pun melorot. HAHA

Jangan amek gamba aku kata... Panas la dol.


Bajet Nasha Aziz

Saya suka inih. ♥

Muka moodless camni ah sebab tadi panas lepastu rasa rimas dengan baju nih lepastu kena paksa berposing (-_-")

Selebet kan? Tak boleh deny dah. Rah dari tadi energetic gila. Aku je cam loser hahaha








Ha, bila dah mandi muka kira can go lah kan HAHA kantoi gambar atas muka tak mandi HAHAHA
HUHEHE ketat-ketat


Sayang Ayah,

Alamak habislah tudung I ditiup angin yang tak berapa nak sepoi bahasa sangat.


Sekali sekala macam ni memang fun jugak ah. Masa tunggu turn nak mandi aku juga Rah sempat pinjam Fa dengan adik punya hat lepastu menari ala MJ depan cermin nih. Siap nyanyi Billie Jean lepastu Beat It lepastu You're Not Alone. Selekeh gila perangai. Again, memang tak boleh deny dia. *Pernah juga buat tarian MJ masa kelas tambahan tak jadik harituh, sebelum SPM. I ada simpan video dia. Gelimaaattt :D
What a sweet memory of us :')




Okay nak balik dah. North to South punya journey memang memeritkan. Dinasihatkan jangan pakai jeans. Haha tiba-tiba. Tapi I memang tak gemar pakai jeans ekceli sebab tak selesa lepastu kalau nak buang air ke apa ke nak kena angkat sampai betis biar tak kena kotor blablabla lepastu ketat bila lepas makan lepastu rasa buncet hahaha apatah. Sebenarnya ini alasan bagi perempuan yang punyai punggung dan peha yang besar. Sendiri punya problem nak salahkan jeans. Atas sebab yang agak memalukan itu tadi, I lebih selesa memakai legging bersama long dress (: Memadai. However, jeans tetap pilihan pertama untuk bergaya. ^^ Yelah, nowadays, keselesaan tidak lagi dihiraukan atas sebab ingin berfesyen. Contoh termudah, bila ibu membelikan dua pasang wedges yang agak comel untuk kami berdua. Dah namanya wedges mestilah macam (konon) ala-ala vogue dan nampak anggun gitu kan. Tapi bila pakai dia, sampai merah-merah jari kaki kelingking. Seksa.. Takpun, kita amek contoh pompuan yang main botox-botox kejadah neh. Nak kelihatan cantik, kesan sampingan dia langsung dia buat dek jeh. Taksub gila, haihs haihs.







Melalut. Ergh ergh.





Okay nak balik dah,




Sampah gila muka adik. Macam cerita Ceplos kat TV9 yang bangang gila aku rasa. Ceplos heh? Bangang bangang... Tak tahu? Search ah sendirik. Aku tak caya cite macam tu boleh wujud dalam dunia ni. Memang puaka. Hahah


Tak pandang camera sebab flash dia memang cam hagham.







Anyway, aku masih lagi tidak ada sebarang buah fikiran (ceh) apa yang perlu aku lakukan sempena cuti yang agak panjang neh. Bosan, bosan. Terasa seperti diri ini tiada gunanya lagih, haha. Any idea guys? :') Aza, bila nak lepak sama nih? Fea bila nak shopping sama? Bila? Bila? Tolonglah ajaaakkkkkk.... Haha desperado.





Wednesday, December 23, 2009

Hey adik manniisss

Harini merupakan hari rabu. Kalau time sekolah dahulu (ceh dahulu ehhh), saya paling nyampah dengan hari rabu. Memang tak tahu sebab apa. Tapi memang paling suka dengan hari khamis walaupun ada Add Math pada hari itu. Huhehe. And today, Rah yang demam dah pergi beli buku sekolah dah. Tak sangka saya boleh relax je pada time di mana semua budak dah sibuk nak beli baju sekolah yada yada. Dah takpayah nak leceh-leceh beli baju sekolah dan tudung sekolah yang saya sangat cerewet akannnya. Yelaaa, mana taknya, baju sekolah pilihan memang nak yang brand Canggih tu je tapi size dia macam aneh sedikit. Contohnya kelebaran baju tersebut tak setanding dengan ukuran panjang baju. Kira macam tinggi macam saya pakai size 17 1/2 tapi dia punya lebar macam saya punya ukur lilit punggung dalam 60cm. HAHA. Nak pilih 15 1/2 atau 16 1/2 dah sah-sah tak berapa nak sesuai sebab cam pelik je baju kurung sekolah setakat paras atas lutut. Jadi, memang dah jadi trend di sekolah saya dan mungkin di beberapa sekolah lain, baju sekolah mesti kita cutting dia atau dalam bahasa mudah, kecilkan dia. Nak bentuk dia jadi kebaya pun boleh kalau sekolah engkau tiada rules langsung atau engkau jenis yang tak pedulik renungan tajam guru-guru perempuan yang lepastu asyik tarik-tarik baju engkau lepastu kata, 'Kecilnyaa baju awaakk. Tunjuk body kee.. Lawa sangat ke body shape awaakk..' (~,^")

Lepastu kalau bab tudung memang ah saya paaalinggg cerewet. Tudung ready made yang cantik shape dia, tak besar, tak kembung, tak lebar, memang susah nak carik! Macam biasa, pergi kedai jahit, kita mintak adjust size tudung jua. Memang cerewet saya. Kerana itulah saya dah tak sanggup nak pergi sekolah lagi. Cukuplah, saya kata, cukuplah, hahaha.













Err, apakah kena mengena tajuk entry dengan entry ini yek? Baiklah mari sini kita story sikit perihal dua adik manis milik saya. Eh, adik kah? Ouh yaa, kakak manis milik saya ^.^



Ini dia Farida. Famous dengan nama Eda. Ke ADE? Haha

Ouh ini dia Shazea. Famous juga, hehe. Saya bedal panggil dia Shazzy.


Malam semalam memang happening screen Ryan saya dengan wajah ceria Shazzy dan Eda. Saya takboleh stop ketawa dengan adegan lucu mereka. Even mula-mula Shazzy cam serious je muka dia, lama-lama dia pula terkepoh sekali while Kak Eda kerap berada dalam dunia sendirik lepastu sengih-sengih berangan apa entah, haha kan Shazzy kan? Eda momok kuat berangan, huhehe..

Their so cuuteee! Walaupun masing-masing muka pukul 1 pagi haha, muka nak tidur, seghabai-seghabai, baju tidur, rambut semebeh semua-semualah! Tapi masih comel. Sangat comel dan tercomel. Kecomelan asli dan semulajadi. Kahkahkah.

Mari webcamming lagi ye di lain hari. Bikin malam-malam saya ceria sekalik! Ketawa sorang-sorang di hadapan Ryan merupakan satu terapi yang enak untuk awet muda, hahaha.







Selamat Hari Rabu Guys :')

Tuesday, December 22, 2009

Tempat jatuh lagi terkenang, apatah lagi tempat bergantung..

Salam satu malaysia semua!

My vacation was not so good. Boring. Tapi taklah vacation sangat kut. Tujuan utama pun dah terang-terang bukan untuk bercuti-cuti, bersantai-santai. Nasib baik bawak lappy (I letak nama dia Umar Mahathir hihi) bersama. Er, macam rasa nak panggil dia Ryan lah. Panjang sangat je Umar Mahathir tu.

Dengan adanya Ryan, interesting lah jugak kehidupan ketika itu walaupun Kuantan asyik hujan dopopatjam. Baru nak layan perasaan dekat Pantai Teluk Cempedak. Selalunya kalau menginap dekat Hyatt Regency, memang lah tiap-tiap masa lapang kita lepak dekat pantai pastu jalan dari hujung sana sampai hujung sini dengar MP3 lagu-lagu sentimental tangkap leleh only. Biasanya berdua saja dengan Rah. Time tu pun bukan jatuh pada musim tengkujuh. Ni, dahla menginap di Vistana, of courselah jauh lebeh kurang 3km dari pantai lepastu asyik hujan je lepastu Vistana macam tak kick sangat ah. Mungkin sebab takde tempat nak layan tangkap leleh. Ha, kalau berjalan-jalan di pantai sambil layan sentimental macam My All ke Because You Loved Me ke, mode romantis pun tiba-tiba boleh on, haaa masatu baru sesuai nak tonton New Moon. Ni tidak, tengah tonton New Moon boleh mengantuk lepastu bermonolog dalaman, kenapalah aku tak tonton 2012 sekarang... (-,-")

Memanglah I nasihatkan, kalau pergi Kuantan tolonglah stay di Hyatt Regency. Taktahu lah kenapa I sangat-sangat jatuh cinta terhadap ia. Ayah dah menyesal dah terchose Vistana untuk kite sume stay dua malam di situ walaupun selama-lama ni, tak pernah pun tak stay di Hyatt. Asyik-asyik Hyatt. Sikit-sikit Hyatt. Sampaikan tiap kali I masuk Hyatt, I mesti cakap camnih dekat Rah, 'Honeymoon aku kelak, aku mahu ianya berlaku di sini.' Pernah juga Rah berkata, 'Aku tak kisah lah.. Tak honeymoon kat oversea pun takpe ahh.. Hyatt Regency Kuantan pun sudah memadai..' Lebih kurang begitulah perbualan kami berdua satu ketika dahulu. Betapa kami sangat jatuh cinta akan tempat tersebut. Palace of The Golden Horses? The Mines? Grand Paragon Johor Bahru? Mereka semua tiada beach. Masih tidak dapat menandingi Hyatt Regency Kuantan. Itu I yang cakaplah. Setiap orang, punyai taste yang berbeda bukan? I do loved beach. Tiba-tiba teringat akan Surfers Paradise di Gold Coast nun. Pantai dia lagi happening. Juga interesting kalau mahu berjalan-jalan bersama pasangan di situ. Berjalan-jalan bersorangan sambil melayan MP3 lagu sentimental and tangkap leleh only di Surfers Paradise tersebut pun bolehh, heeee.








I'd better go now. I've to take my lunch. I think so lah kut.
Taklah lapar sangat tapi makan sekadar untuk menghilangkan rasa bosan.
Bolehkah begitu? Alamatnya naik 10 kilo lagilah berat gua. Mana taknya, bosan je makan, bosan je makan. Bila lah nak jadi, makan je bosan, makan je bosan. ;p

Currently aku macam kurang suka la bila orang tanya, cuti-cuti ni buat apa?
Boleh naik angin jugak masa mula-mula dulu. Lama-lama aku redha jelah. Dah orang nak tanya kannn, jawab je lerrrr.. Yelaa aku takde buat apa-apa kut cuti-cuti ni. Lepasan SPM lah katekaannn, mungkin ada yang busy carik parttime job kee.. Bikin lesen kereta keee.. Bagi bahagian aku pulak, pergi keje untuk carik duit lebih, memang dah sah-sah ayah dan ibu tak benarkan. Strictly NO kata mereka. Aku redha jelah pun. Tambahan pula, aku malas. Lagi enak bermalasan di rumah layan kebosanan Ha Ha Ha Ha Ha. Lesen kereta pulak, masuk bulan ni, dah empat bulan kut aku miliki lesen kereta tersebut. Tengok ah pasnih aku buat lesen lori pulak. Kalau orang tanya lagik cuti-cuti buat apa, aku jawab je pergi amek lesen lori. Habeh cite. Kah Kah Kah. Err, walaubagaimanapun, dah lama rasenye aku tak memandu. Macam terlupa kejap aku dah ada lesen P. Haihs.


Henpon aku maseh berada di workshop. Ceh. Rindu jugak ah kat dia walaupun haritu puas dia kena maki dengan aku sebab button 2 tiba-tiba cam cramp. Engkau bayangkan betapa banyaknya perkataan yang ada huruf A,B dan C? Cemane mahu texting dengan tenangnya? >:| (muke marah camni kut, bedal jelah)

Aku belum pulang buku text. Haha. Nanti ah, tunggu naik sekolah. Haha Shirok, kau pun belum pulang k! Hahaha.




Err, nak beritahu. Penting ni. PENTING.

Aku hanya ada satu je account facebook dan satu je account Myspace.
Kalau u ols ada terjumpa account yg lain macam je, tu bukan aku. Aku hanya guna default name Feeqa Hazwani di kedua-dua laman web komuniti tersebut. Bagi membuktikan kesahihannya, ni dia email aku;

Myspace: potter_cho@yahoo.co.uk (malu siak guna email ni, email form 2, hahaha)
Facebook: preciousfee@yahoo.com.

Bukan apa, aku perasan, ada beberapa orang yang aku kenal yang ada di dalam friendlist aku (Feeqa Hazwani) di Facebook, mereka turut ada di dalam friendlist 'Afiqah Hazwani' (bukan aku). Mutual friends yang sama. Yang tak mutual pun ada gak. Kira macam aku kenal orang tu dan berkemungkinan dia kenal aku cuma dia tak add account aku yang sebetulnya. Jadik, cuma nak beritahulah yek. Papehal, u ols pun boleh cam yang mana aku sebenarnya kan. Kay? :-)













Aku benci flash. Sebabtu gambar ni tokleh view beso-beso. Saje je letak. Tayang senyum. Bersedekah sekali-sekala. Hahahaa.

Saturday, December 19, 2009

I am here. In Kuantang

I miss my Choco. Rindu nak peluk cium dia. Apalah tidurku tanpa Chocoman yang romantis itu. Walaupun dia kurus je, tak macam teddy bear RM100++ yang selalu jual kat Memory Lane tu, dia tetap number one di hati ku. Walaupun sebelum tidur, dipeluknya Choco kat dada, tapi tiap-tiap bangun tidur, diulang, TIAP-TIAP bangun tidur, dia mesti sedang ditindih dek punggung ku. Haaihh.

Anyway, I'll be here, in Kuantang, until this Monday. I am not missing apa-apa setakat ni kecuali Chocolah kan. ^.^ So memandangkan nama asal pun adalah Chocoman, kite panggil jelah dia Choco. ♥



Short entry.
Entry yang bukan wujud atas dasar HENDAK, tetapi, atas dasar BOSAN sebenarnya.

Selamat Bercuti Sekolah. Its not fun but kinda interesting jugaklaaahhhhh..

Tuesday, December 15, 2009

Gajah terbang dengan apa?

Akhirnya, Twilight New Moon telah dapat ku tonton pade hari ini. Terubat sikit perasaan terkilan sebab tak dapat nak tonton Harry Potter and The Half Blood Prince dulu-dulu tuu. Memang terkilan sangat-sangat. Lepastu, ayah boleh pulak beli dvd cetak rompak Harry Potter tu semata-mata taknak aku keluar tengok cite tu dekat panggung wayang. Aku bingit jeh, sampai sekarang aku tak tahu cite tu pasal apa and malas nak amek tahu sebab aku terkilan. Aku tak penah miss setiap siri Harry Potter tu taw. Tuptup yang latest tak dapat tengok. Okay takpe. Lagipun orang kata lah kan, siri Harry Potter yang baru tu tak best mana pun. Tak dapat challenge yang Goblet of Fire tuu. Memang best sebab dia ada Robert Pattinson op cos.

Walaubagaimanapun, Twilight New Moon telah buat aku menguap tah bape kali tah di dalam panggung. Jalan cerita agak slow lepastu ending dia, omaigoat. Menyakitkan hati tapi takpelah kira okay lah kut. However, Jacob memang beautiful. :')

Anyway, 2012 telah berjaya membuat tahap keterujaan aku naik dengan mendadaknya. Aku suka sebuah story yang penuh dengan gimik dan suspen. Tapi kalau nak bandingkan 2012 dengan Twilight op cos lah tak adil sebab genre dia berbeza sama sekali kan. *1st Twilight's better :)





Edward Cullen & Cedric Diggory sememangnya punyai perbezaan yang ketara. Robert looks more cute in Harry Potter and The Goblet of Fire. Nampaknya, Bella semestinya bukan gadis pertama yang telah memenangi hati Robert di dalam filem. Huuu :)







Dengan susah payahnya.

Sunday, December 13, 2009

Bunga-bunga Cinta

Ayah dah balik dah! Sepatutnya lah kan, ikut travel, dia balik 27hb ni, tapi ayah telah memohon untuk pulang lebih awal yakni pada 10hb yang lepas :)

So, siapa yang paling happy sekarang? All of us. Sangat sangat gembira sampai dah taknak buat apa-apa melainkan main Sims. Haha

Tiba di senai airport about 6++ p.m, buat maths kejap, rasanya flight ayah macam dah landing. Apa lagi, dari tempat parking, dengan heel lebih kurang 3 inci kut, lari-lari anak untuk tiba ke balai ketibaan secepat mungkin. Terpelecok entah dah berapa kali dah. Haih. Tengok tengok je, flight ayah memang dah landing. Oh my, seboleh mungkin taknak ayah keluar dulu selagi muka kitorang tak terpacak betul-betul depan balai ketibaan. Tunggu punya tunggu, dekat 10 minit ada kut, wajah yang dinanti masih tiada munculnya. Aku dah gelisah dah. Peluh akibat berlari yang tadi hampir nak kering, muncul semula. Fuh fuh. Rah dah cakap awal-awal, siapa nampak ayah dulu dia menang!

So, aku masih berusaha sedaya mungkin terjengah sana sini mencarik kelibat ayah tercinta. Seperti yang you all mungkin menjangka, hahaha, ya, mestilah aku yang nampak ayah dulu kan! There! Senang je nak carik ayah yang mana satu. Yang paling tinggi dan besar dan tegap, thats my dad. Masa tu jugak aku menjerit, Akak nampak ayah! Akak nampak ayah!

Dipendekkan cerita, ayah sampai je dekat kami empat beradik, muka dia dah macam tacing-tacing sikit lah, peluk cium jangan cerita. Lepastu baru tanya ibu. Ibu sedang bermain hide & seek, kononnya nak buat surprise.



Camera mencemburui kegembiraan kami. Sob, sob..







And ayah, thanks for all those shawls yang sangat-sangat mencantikkan. :')







Adorable & exclusive. AYAM ZAMAN :'P


Tak puas lagi aku melaram kesemuanya. Tiada apa yang mendamaikan diri ini selain kepulangan ayah yang dirindui bersama cenderahati yang sangat menerujakan. HUHEHEHE (:

Finally,

Gua mahu,


Mewujudkan sebuah entry baru.


Okaylah, let start with,






Gambar tingkatan lima.
Ceh, sekarang I am seventeen okay tetapi no more tingkatan lima. Harap fahamlah.

Carik gua.
Nak clue?
Penolong ketua tingkatan selalunya duduk mana? Ha, carik-carik.

Dah jumpa?
Baiklah, Farhana kata, 'Qa, kau nampak tembam.'
-__-








Mari lihat foto tingkatan empat pula.

Carik. Aku suruh carik.
Clue, sama seperti gambar di atas.


Carik gua. Takde clue. Haha


Foto darjah 1 pun ada. Tapi aku tak rasa ianya patut diletak di mana-mana entry sekalipon. Sebabnyalah kan, foto tu aku rasa dan lain-lain orang yang pernah menengoknya pun akan turut merasakan bahawa muka aku sumpah badut gila. Okaylah meh cerita sikit.
Masatu aku pakai tudung. Selama darjah 1 tu tak pernah pakai tudung pun, hari-hari pakai pinafore jeh. Tiba pulak masa hari sesi fotografi tu boleh pulak berbaju kurung dan bertudung. Tudung aku masatu kan, aku ingat lagik, memang tak selesa sebab besar gila dan longgar gila jugak kat bahagian muka tu. Pastu bila dah sampai turn nak amek gamba, tanya kat member banyak-banyak kali camni, 'Awak, okay tak tudung kite? Okay tak? Cakaplah betul-betul..' Member sume cakap okay je sedangkan aku tahu diorang sume tipu. Dah desperade sangat, aku bukak anak tudung. Kononnya anak tudung tu punca aku nampak tak comel. Aku bukak anak tudung pastu letak baik-baik dalam kocek baju kurung. Pikir dah comel sangat ah bukak anak tudung dengan tudung besar and longgar pulaktuh. Maka, terhasillah gambar muka penuh kekeliruan bersama tudung yang kebelakang gila sampai nampak rambut kat dalam. Tak comel langsung. Aku rasa muka aku paling badut sekali. Tak terurus lagaknya.

Masuk darjah dua, amek gambar tak pakai tudung bersama sepit rambut beropol-ropol kaler pink terang. Darjah tiga sampailah sekarang terusannya bertudung. Haih, rasanya macam baru semalam je aku mendaftar masuk ke sekolah rendah. :')

Sekarang nih, duduk rumah memang takde kerja apa-apa. Hari-hari bangun lambat, kadang-kadang ibu kejut, 'Tuan puteri berdua, banguunnnn. Dah nak tengahari dah ni.. Alahai tuan puteri sayang...' Masatu kalau nasib baik, terpisat-pisat kejap pastu terus bangun. Kalau tak, kita sambung lagi sampailah rasa pening kepala sebab tidur overdose.

Sepanjang tiga, empat hari internet di rumah mengalami demam cikenpop (chickenpox sebenarnya eja dia), sejenak itu kerja-kerja onlining, blogging, secara otomatisnya terbengkalai. Lalu cepat-cepat pergi kedai game, beli The Sims 3, terus kita install dia. Satu pc, share bersama empat beradik yang sume nya tagihkan entertainment dari permainan Sims neh. Setakat ni, Rah yang paling gila kuasa. Alasan dia, dia baru je pindah rumah, lalu dia kena settle banyak benda blablobleblu. Lebih kurang camtulah. Memang mengannoyingkan.




Ni merupakan salah satu watak yang I mainkan dia. Rose namanya. Rose Dewit Bukater. Ambil sempena nama Kate Winslet di dalam muvee Titanic. Selalu sangat dah aku click kat cermin lepastu suruh dia change appearance. Bosan dengan appearance dia sehari-hari. Kejap rambut pendek, panjang, tengah-tengah dan macam-macam lagi.

Rose adalah wife of Gordon Dewit Bukater. Bikin itu ini tuptup dapat baby yang kita namakan dia Jennifer Dewit Bukater. Masa pregnant, Rose asyik-asyik pergi spa mintak massage sebab badan dia asyik-asyik sakit sebab pregnant lah of course kan.


Jennifer ketika masih seorang toddler.


Daddy ajar Jenna jalan. Comel kut.

Bila Jenna dah besar dah....

Mummy dia pregnant again lalu dapat twin! Girl dedua pulak tu. Kita namakan dia Anastasia Ann Dewit Bukater juga Amanda Ann Dewit Bukater. Macam malas je nak 'mewujudkan' anak lagi selepasni sebab sukar sikit nak uruskan mereka. Tetapi, hubungan antara Gordon & Rose perlu dipereratkan. :'D

Taraa. Nampak kan ada empat buah rumah tu. Cukuplah sebab ada empat beradik jeh. Aku & Rah prefer beli je rumah. Leceh gila nak bina-bina jadah neh. Tapi Fa & adik suka betul membina rumah lepastu sibuk kecoh dekat akak dia bahawa dia punya rumah cool lah kononnya kan.


Tuntasnya, The Sims ini memang fun. Adik beradik aku layan benda ni dah lama dah. Kalau ikut umur aku, dari darjah 2/3 kut aku dah main. Tapi masatu Sims 1 lah. Main hentam-hentam je. Tupun tumpang jiran punya. Hari-hari muka tak malu, pergi rumah dia mintak main Sims. Memang tak malu, haha.






Baiklah, entry seterusnya bakal menyusul. Mari berpamitan.