Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, November 27, 2009

Aidil Adha

Ceh. Geli gila kut start entry je dah muka dia ni. Euwrghh









Takde apa-apa yang best sangat nak cerita since kekok gila dah nak tulis blog even menulis blog pernah menjadi hobi setia satu ketika dulu. Sob sob. <--kononnya ini tengah sedih lah kan.



Tambahan lagi, ayah pula tiada di sisi. Ibu pun masak dua jenis lauk je. Ayam masak merah bersama lodeh. Takde ketupat. Saya ulang, TAKDE KETUPAT. Tanpa ketupat, siapalah raya. Dan begitulah sebaliknya. Ketiadaan ketupat pada raya kali ini bersama dengan ibu yang buat dua jenis lauk je adalah disebabkan ayah yang tiada di sisi. Sob sob again... Kalau ayah ada..... Lauk mesti banyak sebab ayah suka bila raya ada banyak lauk. Pastu, takde ketupat sebab dalam femili kitorang, ayah je yang terror isi ketupat. Tadi makan ketupat orang, keras semacam jeh.Tiba-tiba terkenang akan ketupat buatan ayah yang marveles and lemah lembut pulak tu.



Ayah kata dia dah selesai rukun haji. Tinggal hendak melontar pada hari tasyrik jeh. Dia kata, kepala dia dah gondol. Mesti comel. I missed you ayah... Badlyyyyyyyy. Macam biase, sob..sob... Tiba-tiba teringat pula akan soklan Pendidikan Islam SPM berkenaan dengan tiga jenis jamrah, dan pada bilakah hari melontar jamrah? Suka betul aku soklan tu haha. Tapi masih rasa macam siot sikit ah sebab buat penat je menghafal jenis-jenis ajaran sesat serta ciri-cirinya yang berlambak tu tup-tup bahagian akidah dia tanya pasal khurafat je. Phewwhhh. Lega gila. Mudah. InsyaAllah A1. ;p
AMINKAN SEKARANG.


Okay berbalik kepada cerita Aidil Adha.





Alamak malas pulak ah nak taip lebih-lebih.

















Nah, tonton phototistas. (geli-geli je eja camni)






Rah, dengan bangganya.

Fa, dah besar, dah baligh dah. Dulu macam ...... sekarang pulak macam ........ Haha.
Dia ni annoying sebab paling suka carik gaduh. Ggrrr..















Lembu ni baik hati. Tak ngamuk pun sebab dia lembu pertama yang kena korban. So dia tak tahu apa-apa. Redha jelaaaaa...

Ini dia lembu bahagian kami. Lembu kedua. Aku tak tahu why orang tu sebut nama aku dengan sebutan huruf 'Q' yang sangat pekat! Urghh..

Bytheway, lembu ni ganas kut. Sebab dia nampak kawan dia kene semelih tadi. Siaann. Patutnya jangan bagi kawan-kawan dia tengok kawan dia kene semelih. Mesti dia nervous gila kan. Paham, paham...







Aku tahu mungkin ada yang sensitip tengok gambar-gambar camni tapi aku peduli apa. Haha. Mungkin ada yang tak boleh tengok darah lalu pengsan, tapi aku tetap tak pedulik.
HOHAHAHAHAHAHA
ketawa satan.










Handsome, Mr. Blackie.
Lembu ketiga.


Okay, time untuk lapah dia. Excited jugah ah dapat tengok upacara korban secara live pulak tu. Tapi cara berpakaian macam tak sesuai dengan tempat kejadian. Information seterusnya, Rah dia nak pengsan, haha. Dasar takleh jadi dokter. Dokter gigi bolehla. Tapi kalau tengok gusi berdarah pun kau pengsan, memang nak lempang sekalik.

























Masa untuk gambar paling ye-ye-poyo.
You'll get annoy. Beware baby.


















Di hari pernikahan ku..




Bermesejan dengan bakal laki tercinta..



Phewitt, ini dia the hottest bride of the decade :-)



Setelah selesai majlis..

Sunday, November 8, 2009

7 November 2009 dalam duka bercampur hanya sekelumit suka

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.


*Tak boleh menghalang diri dari berperasaan ingin tersangat mengepost entry yang macam entry kali terakhir sebelum 18 November 2009. (omg)

*Tak suka nak tengok pandangan sinis ibu tika aku ada kat tempat aku duduk sekarang. Aku harap kau orang tahu apa yang aku maksudkan dengan 'tempat duduk aku sekarang'. I mean lah kan, currently. AND I mean ianya adalah NOW. Kalau tak paham lagi, aku tak tahu ah.


Okay dah niat awal-awal nak buat express entry so kita tunaikan niat itu sekarang.



Dipendekkan cerita (kata nak buat express entry kan tadi?), ayah tercinta kini telah selamat tiba di Jeddah lebih kurang jam 8 pagi tadi. Jumaat petang (6 November) we all gerak from Johor Bahru->Melaka->Shah Alam. Sabtu malam balik semula ke Johor Bahru. Singgah Melaka saja je nak makan ikan bakar tertiptop pernah dijumpai. Dekat situ aku memang akan ingat sampai bila-bila ah ada sign board 'Lembu Dilarang Melintas'. KETAWA AH SEKARANG sebab first time aku nampak sign board ni jeh aku gelak sakan. Tahulah tempat tu nama dia Kampung Kandang jadik memang ah banyak lembu kan tapi tolonglah, lembu kat situ reti baca ke? Tolonglah pleaseelaahh..

Fine. Fine. Enough tentang LEMBU. Ini dia serba sedikit phototistas yang telah sempat diambil sepanjang semalam.



Baiklah tidak lupa, my anak-anak ni wajib ikut. Tanpa mama siapalah anaknya.

Ibu ayah.
Buat masa ni aku tokleh ingat apa-apa pasal ayah. Nanti hidung aku rasa gatal lepastu empangan air mata mulalah macam nak runtuh namun ku tahan jua.

Oh, semasa breakfast. Budak ni sibuk sangat tumpang peha mama dia. Nampak sangat lemak di bahagian itu macam berganda saja.

Tapi lemak kat peha mama kedua dia ni taklah banyak sangat. Emmm, macam takde lemak langsung. Tapi Piya tetap suka. Mungkin kerana pada hari tersebut, mama kedua dia ni seakan malah seiras serta saling tak tumpah dengan si Fiona, si isteri Shrek.

Oh ayah.. :'(









Di tepian swimming pool. Muka Naurah camtu sebab dia macam mengalami kekeliruan.
'Nak mandi taknak, nak mandi taknak, nak mandi taknak..'
Safiyyah si penakut memang awal-awal dah cakap, I DON'T WANT.

Mandi jelaahh. Katanya di dalam hati.
Tapi macam confused lagi je Naurah?

Once ibu dia (mama sebenar) celup dia dalam air je, means, macam masukkan dia terus dalam air, terus dia kata, Ibu.. taknakkkk.. ibu.. taakknaakk... ibu.. adik taknaakkkk....
Okay, dah tahu dah jawapan di sebalik kekeliruan sebentar tadi.. -__-"





Melepak sebentar di bilik Kakak Iqa and Kak Zeera.











COP! Sempat gak ah gua sumbat videos neh di dalam entry kali ni.
♥ Naurah ♥ Piya.

1)


Abang Iki (Fikri) tutupp..
Ha ni sume akibat dah mula terpengaruh dengan permainan sorok-sorok. Haihh..




2)



:)










Parent sebenar Naurah & Piya.


Bergambar kenangan kali terakhir sebelum bertolak ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Belum sampai Kelana Jaya, aku dan nangis dulu. Sampai sana konon ego ah taknak nangis sume, apa ayah cakap sume buat cam everythings will be okay, ayah. Sekali jeh, bila tiba masanya, banjir kilat secara sangat tiba-tiba terus happened. Habis eyeliner keling RM1.60 cair seiring dengan airmata yang gugur (ewah dia).


Balik JB terus ah convoi dengan Naurah's family and terus balik rumah kitorang. Die orang nak balik Kota Tinggi dah jauh dah so join ah serumah semalaman. Bestbest. Pagi-pagi masa tengah terbongkang, Naurah datang menyeru Kakak Iqa, Kakak Iqa.... Bangun tidur, mesti Kakak Iqa. Ibu dia kata kalau dah rindu sangat, dia dah macam kena sampuk menyeru Kakak Iqa berulang kali. Aku macam agak terharu and tak tahu juga why aku sayang dia too much.





Baiklah. Di dalam kedukaan dengan pemergian ayah menunaikan rukun Islam ke lima, masih ada sebesar kuman yang aku rasa macam gumbira ah sepanjang menginap di Concorde, Shah Alam. Sebabnya aku jumpa dia ni. Sila scroll kalau berani.
























































































































































































































ZAQUAN ADHA!

Aku yakin aku tak salah orang SEBAB pasukan pemain bola sepak Negeri Sembilan memang menginap sama tempat penginapan dengan aku. Buktinya, aku nampak bas Yayasan Negeri Sembilan kat luar Concorde and masa breakfast memang diorang ni sume ada sekali.

Mula-mula aku tak tahu langsung yang mereka sume ni pemain bola sepak Negeri Sembilan. Memang tak tahu langsung! Kitorang turun masa breakfast time around 8.45 pagi camtu, dah nampak dah macam ada group lelaki-lelaki yang bermain bola sepak kerana mereka pakai jersi. Takpe ah, abaikan. Pikir aku hairan ah. Tapi muka mereka macam hot hot. Takpe, abaikan jua!

Seusai je breakfast tu, mesti ah nak naik bilik kan. Okay, menuju ke lift and menunggu lift sehingga dibuka. And lift pun terbuka. Aku pun nak masuk lift ah.
Jeng jeng jeng..


Aku rasa ada sebuah aura yang menakjubkan di sebelah kiri aku kurang dari satu meter. Aku toleh..
Whutttaaaaaa??
Oh God, si kacak bertahi lalat di pipi! Oh myyyyyyyy...... Dalam hati ni tak habis-habis Oh my and Oh my and Oh my.. ^^

Why must aku dukung Naurah masatu! Tsk Tsk Tsk!

Malangnya aku terus melangkah masuk lift and biarkan dia bersandar di tiang mana ntah yang penting kat sebelah lift and sebelah kiri aku. Dia tak masuk lift. Macam tengah berangan terkenangkan Ayu Raudhah. HAHAHA.

Dalam lift baru aku macam apa tah, EH TADI IQA NAMPAK ZAQUAN ADHA!

Lepastu barulah mereka cerita pasal tadi tu sebenarnya pasukan pemain bola Negeri Sembilan. Aduh aduh.

Lepas kejadian tu, ada ah gak terserempak beberapa kali tapi buat tak tahu je ah. Nanti dia pikir dia hot sangat pulak. Gelimat. Camera memang always dengan aku tapi still ego taknak amek gambar dia walaupun lepastu boleh tunjuk kat member-member sekolah. KAHKAH.

Untuk pengetahuan ah, (taknak tahu aku peduli pulak) aku dah lama minat dedua ekor ni ha. Aidil Zafuan and also Zaquan Adha. Tapi sejak si Rita tu dah kidnapped si Aidil, aku rasa chance untuk bersama dengan Zaquan masih ada walaupun aku kena bersaing dengan Ayu Raudhah dan mungkin beberapa wanita lain. Ah peduli pulak gua. Best woman win baby. HEHEHE.

Walaubagaimanapun, tahniah buat team Negeri Sembilan. 3-1 kan sayang? Okay, again, Congrats, moga ketemu di lain hari. ;')





*Baru dapat tahu Zaquan Adha injured. Salam takziah ah nampak gayanya. Haha.














Salam sayang hanya untuk si Zaquan Adha ♥