Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, October 27, 2009

I am waiting for you sayang



Yes you!
Bukan you lah.
I mean dia ni.



Ala yang tu.
No. Bukan yang tu.
Tapi yang ni..



Adoi yang haritu tu kan.
Yang hensem like gila tapi tak gila sangat.
Haa, yang tu lah.



Siapa?
Isy you ni. Dia tu lah!












































SPM










Come on baby. I tunggu dengan ghairah like sooo horny.
HAHAHAHAHAHA

Tuesday, October 20, 2009

Dear my mwahs mwahs!





Raudhatun Naurah.

Aku malas nak cakap lebih.











Sayang kau, Safiyyah & Naurah. Naurah jangan menangis kat rumah tuh. Gambar-gambar Kak Iqa ada. Buat tidur pun takpe, jangan tumpah susu basi sudah. Lain kali Kak Iqa datang lagi. Bila Kak Iqa & Kak Zeera nak balik kang, Naurah jangan nangis and taknak lepas dari dukungan Kak Zeera sebab taknak ibu amek Naurah macam semalam. Jangan buat muka sedih bila kitorang dah say byebye dalam kereta. Nanti Kak Iqa buatkan susu and mandikan Naurah yek. Jadi tabah macam Kak Safiyyah yek.. -_-"


Tapi jangan jadi pembuli macam Kak Safiyyah! Naurah macam dah ada potensi je nak buli Kak Iqa. Isk Iskk.. Asyik nak dukung je. Bila Kak Iqa kata penat, Kak Safiyyah kata, Piya tak penat punnnn.. Memang ah Piya tak penat. Piya sedap kena dukung sampai peluh-peluh kitorang. Piya dahlah gendut. Ops, ni ibu Piya & Naurah sendirik yang kata. Bukan Kak Iqa....











I Love Ya All. Teheeee :D

Wednesday, October 14, 2009

Alangkah seksa menjadi pungguk yang rindukan bulannya

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Lama gak ah tiada entry dalam blog ni kan. LAMA JUGAK AH. Ini disebabkan oleh (dalam karangan Bahasa Melayu, jangan sesekali mulakan ayat dengan ini). Okay kita teruskan ayat.... Ini disebabkan oleh mood untuk berblogging memang ah zero, kata pemilik blog kepada pembacanya. Mood memang tiada I TELL YOU. YES YOU! Apsal pandang belakang pulak? DUH.

Sekarang rasa macam sakit kepala. Berdenyut-denyut like tet tet tet tet tettt. (mungkin sound effect dia macam ni, aku hentam je). Sekarang pulak aku rasa macam bosan dengan blog nih. Hampir je expired tumbuh kulat cendawan sume sebab dah lama tak bukak dia.

Boringnya ibu takde.. Hampir seminggu dah ayah jadi bapa tinggal sementara. Tak sure ah ibu balik bila lagi. Atok sakit kuat. Badan dah tak mampu membuat apa-apa termasuk makan. Asyik-asyik kena cucuk, lama-lama takde tempat dah nak cucuk. *Sedih. Sebab tu ibu pergi Sungai Petani and jaga atok. And kitorang pun kat rumah terkontang-kanting menelan apa yang bibik masak. Macam sedap, macam tak sedap. Aku bedal je, asalkan boleh telan ah.

Beberapa hari sebelum hari ini, masa aku baru nak mandi and masatu maghrib, aku dapat message dari Auntie Yana.

Naurah rindu iqa. Asyik tengok iqa je dalam gambar. Dia da kenal iqa kat gambar.

Masatu aku dah rasa sebak gila dah sebab aku memang sentiasa merindui budak comel adik saudara aku yang sorang neh. Aku pun balas lah apa adanya. And Auntie Yana replied.

Dia asyik sebut kakak iqa je. Cik Yana pelik..

Masani lah aku dah mula menangis macam waterfall. Rah tengah mengaji tiba-tiba dia tengok aku macam PEH, APSAL KAKAK AKU NI NANGIS MACAMNIH?! Tersedu-sedu. Muka dah merah, sana sini merah macam apa entah. Kelopak mata dah tebal sebab mata tersembab dengan pantasnya.

Naurah tengok dalam majalah ada muka ala-ala iqa pun dia kata kakak iqa..

Ayat kat atas ni lagilah buat aku menangis macam orang gila. Embarassing gila ah nangis camtuh. EUW. Lepastu aku replied lah message yang kedengaran macam menyentuh hati. Bagi touching-touching sikitt..

Mungkin tadi Naurah tidur, dia mimpi iqa peluk cium dukung dia kutt..

Lepas je aku balas macamtu, Cik Yana terus call and tiba-tiba dengar suara Naurah, KAKAK IQA!!! Dia sebut dengan pelat sekali tapi memang jelas sebutan tu. Cik Yana kata, dia asyik keluarkan album yang ada gambar aku. Asyik sebut-sebut je Kakak Iqa tak habis-habis. Memang comel ah dia ni. Sayang, I Love You..






Naurah kena tahu, Kakak Iqa and Kakak Zeera sampai beli sabun and syampu Carrie Junior and minyak yuyi cap limau biar hari-hari bau Naurah taw. Masa Kakak Safiyyah awak tu baby-baby dulu pun korang punyai bau yang sama. Hari-hari Kak Iqa and Kak Zeera rindu taw. Tak dapat peluk cium korang, dapat bau korang pun jadik. Kak Zeera lagilah, tiap-tiap mandi mesti pakai sabun carrie junior. Kak Iqa tau sebab bau sabun tu kuat sangat. Datanglah ruma Kak Iqa yek, nanti Kak Iqa mandikan, lepastu korang boleh bedal make up Kak Iqa sampai ibu korang marah pun takpe. HEHEHE. *Teringat Safiyyah patahkan eyeliner maybelline Kak Iqa :P






Okay close cerita sedih ni.


Ada lagi cerita sedih ah lupa pulak.




Jealous nya dengan bebudak PMR yang dah boleh freely move like gases particle. Boleh bernyanyi riang seriangnya. Ingat lagi an, masa last day PMR, camera digital aku kena rampas. Padanlah cikgu suruh tinggal bag dekat dataran perhimpunan before start paper Geografi masatu. Tuptup, dah habis paper lalu menuju ke bag yang diletak di dataran tadi, tengok-tengok camera dah takde. MEMANG GELABAH AH GUA. Tau cikgu amek je, aku punya ah mengamukkan diri. Tak professional gila tiba-tiba je buat tindakan poyo macamtu. Meragut kegembiraan aku untuk menyambut kemerdekaan. Masatu je aku amuk, sekarang aku cool je. HEHEHE. Nani best ah. Dia bawak masuk camera dia dalam dewan. Tinggal sarung camera je dalam bag. Nasib baik ah camera dia digital je. Kutnya dia bawak Nikon D60, D80 ke, macam-macam D lagi, nak sorok kat mana siak. HAHA. Melainkan kalau kau cukup berani dengan relaxnya masuk dewan dengan camera tergantung di leher. Okay, tak comel buat macamtu. Muahahaha.






SPM cepat ah kau datang. Derita gila batin aku. Meronta-ronta nak kau blah dari hidup aku. Dengan berambusnya kau, aku akan bahagia sebahagianya. Walau bagaimanapun, dengan berambusnya kau juga, kau telah menghadiahkan aku sekeping kegembiraan yang mahal semahalnya! Terima kasih SPM. Kerana kau juga nanti, aku bakal masuk terus universiti. Amin..... Aku taknak matrix. Paham-paham lah kau. Kahkah.


:)

Sunday, October 4, 2009

Saat Fee dan Fea Dipertemukan

Sehari sebelum tibanya hari ini yakni pada tarikh 3 Oktober 2009, saya selaku Afiqah Hazwani Binti Md. Nordin merangkap pemilik blog ini, telah memilih untuk menemui kekasih hatinya yang bernama Ain Sofea Binti Sardan yang sangat teringin sekali ingin berjumpa.

Berkenalan lebih kurang setahun lamanya di laman web komuniti yang diberi nama Myspace oleh si Tom, akhirnya bertemu juga merpati dua sejoli ini bertempat di alamat 3, Jalan Ara 5, Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor. (address dia I am not sure whether dia Pasir Gudang or Masai,hehe)


Mula-mula tengok dekat MySpace dia ni macam small & tiny je. Rupanya dia tall. Gambar atas ni jangan ah percaya saya lagi tinggi dari dia. Dia tinggi & kurus. Berketinggian lebih kurang 164 sentimeter bersamaan dengan 50 kilogram.


See? I am rendah, haha okay tipu, saya telah memendekkan diri sebab kalau saya meninggikan diri, camera tak dapat catch gambar saya.

Dia mempunyai lesung pipit di pipi kanan. Sangat comel sebab saya takde langsung lesung pipit.

Bonding kami sangat kuat. Persamaan terlalu banyak. Walaupun semalam kali pertama bertemu, tetapi untuk pengetahuan, kami sering berborak di talifon. Dia ni muka je ayu and nampak macam diam HAHA tapi kalau dah bercakap, memang tak stop. Kadang-kadang saya kena selit-selit je nak cakap dengan dia sebab dia cakap takde noktah. :'P

Antara persamaan kami ialah;
Nama kami mempunyai dua perkataan. Ain Sofea & Afiqah Hazwani.
Nama start dengan huruf yang sama.
Saya panggil dia Fea. Dia panggil saya Fyqa. Dua-dua huruf 'F'.
Lahir pada bulan yang sama yakni June & berbintang Gemini juga sama.
Tak suka subjek Additional Mathematics malah markah trial exam subjek Add Math pun lebih kurang sama cuma beza satu markah.
Berangan nak join Pencarian Covergirl Dara.com. (okay ini geli)
Berangan nak join Pencarian Gadis Melayu TV 9
(LAGI GELI!)
Banyak cakap especially bila jumpa orang sama kepala. (sama kepala?)
Suka pakai trench coat.
Tak boleh hidup tanpa eyeliner. Tak pakai bedak takpe, tanpa eyeliner siapalah kami.
Ops, sebelum terlupa, ketinggian pun lebih kurang sama.
Minah menggelabah alias cepat gelabah, hehehhh
Cakap laju kadang-kadang orang tak faham.
Adik beradik 2 perempuan 2 lelaki.
Pakai jam kat tangan kiri.
Pemakai setia Safi Balqis dah bertahun-tahun. (tu yang gedik nak join Pencarian Covergirl Dara.com tuuu, HAHA)

Walaubagaimanapun, antara kami masih juga terdapat perbezaannya.
Fea anak kedua, saya pertama.
Fea budak akaun, saya science.
Fea gebu, saya tidak, hahaha
Fea kurus, saya tidak kurus sangat, kahkah
Fea sekolah dekat sekolah kawalan, saya sekolah biasa jah :p
Fea pergi sekolah naik bas, saya pergi or balik sekolah ayah or ibu anta amek tapi kadang-kadang jalan kaki jeh.
Ibu Fea cikgu, ibu saya suri rumah sepenuh masa.
Fea ada lesung pipit, saya takde langsung!
Fea ada taik lalat atas bibir, saya taik lalat kat idung.
Kadang-kadang Fea guna Garnier tapi saya kadang-kadang guna Oxy.
(walaubagaimanapun, Safi Balqis masih yang utama!)


Sebelum terlupa, pakwe dia nama Syafiq tapi pakwe saya nama Shahir. Takkan pakwe pun nak sama kut -___-
Walaubagaimanapun, pakwe pun nak start dengan 'S'.















Fyqa happy sangat dapat jumpa Fea. Walaupun terlambat hampir satu jam nak sampai rumah Fea, Fea layan Fyqa baik sangat! Thanks buatkan Mi kari yang sedap sangat. Siap ada fishball tuuuu, hehe.



Semoga ada jodoh kita lagi untuk berjumpa sayang. Fea seorang sahabat yang hampir sempurna buat Fyqa. Terima kasih kerana menjadi seorang yang memahami and baik and banyak cakap pulak tuh. Hehe.













Dengan penuh rasa sayang dari Fee buat Fea,
:)

Friday, October 2, 2009

Aidilfitri part 3

Semalam hari, 1 Oktober 2009



Kali ni kita raya with kawan-kawan masa sekolah rendah dulu. Lebih tepat, sejak dari darjah satu lagi! Specially Aza, C-la, Maiza and Kecik. It was exciting baby :)



Melihat gambar, silakan sayang.

The rumah of mine. Die orang datang lambat. Around 4 sumting. Lepastu start beraya about 4.30. Memang lambat.
Haha

Ha, baju pink itu Venicia. I am not sure dia bangsa apa tapi cool ah dia ikut all the malays pergi beraya and dapat duit raya, hihi

Ini dekat rumah Izzat. My ex-boyfriend, HAHA. Tak ah, ex scandal, heee.
Oraite, baju bluish purple tu C-la, tudung biru tu Kecik (sebab dia tiny je orangnya) and bertudung hitam tu adalah Maiza.

Afiqah Hazwani Md Nordin & Siti Assila Nor Asyikin Kamarozman

Berbaju hitam tu adalah Aza & yang pink tu Veni.
Saya jauh cinta dengan Aza punya canon.
Gambar dia macam lagi class dari nikon saya, haha


Aza ada candid masa saya tengah makan lalu saya candid dia pula! HaHaHa



Ha, ini dia si Izzat, haha. I mean, yang berbaju putih. Dia kata kami hampir berpakwe makwe dulu sebab masa sekolah rendah duduk sebelah-sebelah lepastu dia suka main cubit-cubit peha saya. Selalu gaduh tapi selalu baik jugak. Saya pernah merayu nak tiru dia punya math masa exam tapi dia kata, 'okay, aku tiru B.I kau, kau tiru math aku, deal?'
Tapi sekarang dia dah ada makwe cun. Saya pun dah ada pakwe handsome. Kahkahkah..

Wah, meriahnya warna.
Tapi slack siak nampak kenderaan sape entah park cam hagham, asal boleh je, HAHA.

I Love You Aza, fewit fewit. Abang dia nikah hari ni. Bestnya, heee tiba-tiba.

I Love You Kecik :)



I Love You Alls.




Zup zap zup zap, sampai rumah 7.30 p.m. Bila lagi ah dapat macam ni dengan you alls. Moga-moga, reunion tu menjadik ah. Tapi kesian ada budak dua orang tak dapat pergi sebab PLKN, haha. 4 bulan? Sekejap kan Kecik? Sekejap kan Mai? HEHEHE..







♥♥♥♥♥
Afiqah Hazwani :)