Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri part 2

Entry ni supposed to be yesterday punya entry, lalu hari ini baharu mahu post. Macam biasa, kita curik masa je ler. :)

I pun takde idea sangat nak type apeh. Macam blank jek. Mengantuk kut, hehe. So, melihat gambar jelah yek.

For short, kite orang beraya semalam. Ke rumah Nani & rumah Cikgu Khatijah, our form teacher. Ingatkan satu class join, rupanya, yang ada dalam gambar jelah yang join. So far, enjoy kut sebab dari pagi I sengaja tak makan or minum apa-apa, petangnya baru kita main sumbat-sumbat. Best! Menyesal tak mintak cikgu suruh tapaukan mihun goreng dia semalam. Nyummy yaw.


Isi kereta semuanya termasuk driver ada tujuh orang.


Ini dia driver yang mula-mula macam tak yakin je nak drive. Lagi-lagi masa nak pickup Shiro dekat rumah dia. Nak keluar dari kawasan rumah Shiro tu, adeh, so many banyak banyak and banyak kereta bertali arus tanpa henti. I dah terfikir untuk melintas pada tahun seterusnya. HAHAHA. Selama lebih kurang 3 minit atau lebih kut, barulah dapat mencilok dengan jayanya. Fuh..

Amoi ni nama dia Farhana (:

Ini nama dia Nadia Ezza Binti Nama Sama Dengan Bapak I.

Nak masuk kawasan rumah cikgu kite orang, guard dia mintak license lepastu dia bagi visitor pass. Macam gedik je mintak-mintak license. Dahla gambar license cun, nasib baik dia tak mandrem. KAHKAH.

Syauqi & Hafiz

Yang berbaju Puma tu lah form teacher I. Yang dekat sebelah budak tengah melahap tu, Cikgu Mimi. Dia cantik tapi garang, hee. Dah kahwin for sure.

Makan, makan, makan


Euww.

Lagilah euw, haha

Super euw.


EUWRGHHHH






Bila lagi dapat keluar ramai-ramai macamni. Sesekali dapat mengeluarkan diri, memang fantastic. Harap-harap, lepas SPM, jadiklah kita nak buat trip ke Australia. Peh, confirm I tak balik.


Hee, percayalah engkau.

Sunday, September 27, 2009

Tanggal 26 September 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-19 Muhammad Syahmi Bin Ruhaizat (:


Mie, apa-apapun, I mintak maaf ah berdas-das sebab rembat gambar you yang ni. I rasa gambar ni macam comel sebab kalau I jadi junior you kan, confirm I tulis surat mintak biodata HAHAHA. (I macam rasa you marah I curik gambar nih) -__-"

I mintak maaf again sebab terlewat sehari post entry paling bermakna buat you (moga begitulah hendaknya). LEWAT SEHARI. I mintak ampun Mie. Mesti you dah taknak kawan dengan I lagi. Wo Pu Yao Ke Ni Fee! (bak kata you esok hari nanti)
Walaubagaimanapun, I dah ingat birthday you berbulan-bulan lamanya sebelum tarikh 26 September tersebut. Sebab masa you bagitahu I first-first dulu, terus I save dia dalam calendar henpon I. Comel kan I Mie?





Okay mari kita ke point-point yang menarik tentang Muhammad Syahmi Bin Ruhaizat.



• I pernah nak panggil you Mimie tapi you marah.
• Masa pertama kali berborak, you kata,'Fee kenapa you cakap macam pengacara tv ni..'
• You call I menyamar jadi budak penghantar pizza. Eh salah, McDonalds. Bodoh gila I rasa masa tu. Bila fikir balik, McD ada delivery ke?
• You cipta nama comel untuk I. ---> piqawany & feeny HEHEHE
• You punyai cara & gaya percakapan yang full with sense of humour. :D
• You nampak macam tinggi. I tak percaya you baru menginjak ke usia 19 tahun, HEHE.
• Point di atas menunjukkan you memang tak awet muda HAHAHAHA
• You suka Lisa Surihani. I pun suka dia Mie sebab dia bakal peguam lalu gaya cakap dia sedap macam I kan? Kan Mie kan?
• Tapi I tahu you lebih suka Amirah Liyana Binti Aminuddin. Fewiitttttttt ^.^
• Setiap kali I pergi Melaka, I banyak kali nampak plat number start with MBS lalu I terus ingat Mazda Baru Syahmi. HEHEHE
• I dah taktahu nak cakap apa lagi. Yang I tahu, you best Syahmi. Siapa yang tak kawan dengan you memang ah rugi. Betul I cakap. Tak tipu. Nah, amek link blog Syahmi lalu jadi kawan dia. Dia dah takde account MySpace dah so baca jelah blog dia okay? Ewah (:
















Mogaan bahagia selalu ye Syahmi. You handsome macam adik I. HEEE :)















Happy Birthday!









Lotsa Love ♥
Feee :) :)

Friday, September 25, 2009

Aidilfitri 2009 part 1

Banyak betul benda nak cerita rasanya macam tak tercerita! Macam biasa, trademark saya, kalau dah terlalu banyak sangat nak cerita, kita simplify dia menggunakan gambar-gambar saja okkeh.


Sehari sebelum raya, famili saya wajib membikin ketupat bersama rakan-rakan ketupat yang lain contohnya seperti ayam masak merah, rendang, kuah lodeh, kuah kacang dan berbagai lagi!
Tapi sorry ah photo rakan-rakan ketupat tersebut tak dapat nak masuk dalam blog malah tak sempat juga diambil gambarnya oleh kerana tuan punya blog neh rasa malas masa tu.



Ayah saya jadi tukang ketatkan ketupat jah. Ibu yang tukang anyam. Saya tukang ambil gambar dan tukang tengok. Rah tukang anyam jugak tapi tukang anyam super amatur sebab ketupat dia tak jadik-jadik kahkahkah.

Uulalalala..





Selamat Hari Ghayer!

Tema tahun ni adalah pink. Eh bukan pink lah sebab siapa kata warna tema kat atas ni adalah pink memang ah dia suka pink. Eh salah, memang ah dia buta warna HAHAHAHAHAHAHA (kelakarnya)
(tapi ibu tak cakap kelakar taw, ibu cakap 'lucu' dan saya berasa pelik dengan perkataan 'lucu' tersebut sebab pada saya lebih baik perkataan 'kelakar')



Masani ibu dah tak larat dah sebab baru lepas balik beraya lalu dia pergi berehat, mungkin dia penat sangat. Saya pun penat jugak tengok ah muka pun siap berminyak dah. Patutnya bergambar dulu baru beraya kan tapi masatu rushing kut. Sudahnya balik beraya baru menjalankan sesi photoshoot. Err, hari yang sama pergi beraya rumah Cik Yah merangkumi rumah Abang Zaini si teman sepermainan semasa kecil. Teringin nak snap muka comel dia lalu tayang kat blog tapi masa datang rumah dia itu hari dia cuma memakai tee bersama seluar baju melayu dia kut. Muka selenge je. Cik Yah sempat mengusik kami, HEEEEEEEEEE. Taktak, dia tak usik pasal ehem-ehem, dia cuma cakap,
'Adik, adik, kerinting dik...'
Ye ah masa kecik dia panggil saya kenteng. Dan saya terkejut gak ah umur dia dah 23 kut tapi mak dia panggil dia adik. Nak kata anak bongsu, dia ada adik. Hehe macam cute kut panggil dia adik.

Beradik tercomel sekali. (tercomel SEKALI je)










Malam syawal pertama :)

Macam biasa, inilah dia budak dua orang kegilaan saya. Yang kiri itu Safiyyah dan yang kanan adalah si adik yang dipanggil Naurah. Masa saya baru saja tiba di kampung, Naurah nampak saya je terus tersengih dan tergedik-gedik minta saya dukung dia. Dia kenal saya, tu yang terharu tu ;)

Cousins lelaki semua pakat main benda pom pang pom pang yang annoying tuh hahaha.

While, kita-kita duduk atas beranda melihat budak lelaki bermain pom pang pom pang tersebut. Lepastu macam biasa, menjalani sesi photoshoot.



Disebabkan oleh flash.

Eeii dia tengah pakai kain! Eeeiii alu alu... :P
(alu adalah sebutan pelat bagi malu)





Kesemua gambar Fee & Rah di atas yang ada gelagat dukung mendukung ni semua macam layak digelar baby sitter jah. Memang baby sitter kut. Parent diorang relax ja tapi anak mereka terutamanya Naurah asyik mintak didukungi oleh saya & Rah. Sikit-sikit, nak kokong, nak kokong. Nasib baik dia tau nak kokong je, kalau nak benda lain habislah saya & Rah nak carik kat mana benda alah tuh HAHAHAHAHAHAHAHA suka kau heh.





Ayah kata dia dan adik-beradik dia mengshare membeli bunga api ini yang berharga Rm600 sekotak. Macam tak logik jah. Tapi quite worth it sebab dia sangat beautiful. Ewah.

Aunty-aunty saya yang comel-comel bersama anak-anak mereka yang comel-comel juga. Fewitttttt..
















Syawal kedua :)


Fee with the ibu of Safiyyah & Naurah, hee

Memperkenalkan cousin saya bertudung biru yang berumur 23 tahun dan sedang membuat master di UKM, Bangi. Dia single lagi fewittt. Dan dia kata dekat UKM takde hantu HAHAHA even ada cerita budak jatuh dari tingkat empat di Kolej Pendeta Zaaba, UKM tersebut sebab kena kejar lembaga.
Apa-apa je ah.


Geletek dia!

Kucing tu yang takut dengan dia. Nyiaouuwww nyiaoouuwww tak habis-habis si comel Naurah neh.

Muka carik kucing hilang. Kucing lari dah kerana takut mati kena picit dek Naurah.

Rumah Nek Su saya di Senggarang (area Batu Pahat ah gitu)


Jumpa dah kucing yeayyyyyy!

:)



Rumah seterusnya je, muka dia jadi camni sebab penat sangat agaknya kasihan dia.

Sangat cute terbaring di situ.

Kakak dia pun sama hehe

Macam marah je Kakak Iqa ambil gambar dia tengah mamai.


Penat-penat pun masih mahu duduk di ribaan kakak saudara kecintaan dia ni, hehehehehehehehehehehehehee




Syawal ketiga :)




Suasana sunset di kilometer berapa tak ingat ah tapi rasanya dekat-dekat Penang camtu ah.


Muka baru bangun tidur. Masa ni dah penat sangat sebab lama sangat dalam kenderaan dah malas nak ikat-ikat selendang. Biaq pi bak kata orang kedah.


Setibanya di penginapan, Swiss Inn Hotel, Sungai Petani, Kedah. Muka memang ah pale semacam without make up. Bak kata orang Kedah again, Biaq Pi!


Keesokkan harinya. EWAH haha


Fewit. Comel siot ibu I. Fiwiittt


Adik saya yang bungsu nehhh

Dia comel kut sebab sporting bila kita nak ambil gambar dia.

Yang ni memang ah annoying gak kadangkala Kahkahkah

Psp nya hanya satu lalu sering menjadi barang rebutan sehingga lebam calar sanasini. Kasihannn..

Waffle dia sedap wok.






Petang harinya.




Ugly, ye ah, aku tahu, diam kau.
Okay ni yang nak cerita ni.
Saya boleh sakit la pulak semasa di Kedah. Doktor kata saya kena asthma attack. Peh, memang tak outgoing langsung! Sikit-sikit sakit. Semasa di Australia dulu pun asthma attack jugak. Memang alah dengan cuaca yang tak menentu dan habuk bilik hotel yang tebal kut lepastu nak bukak tingkap tapi dia kunci.
Tu yang muka kat atas ni macam lain macam jek. Very the pale.

Ubatan saya. Alhamdulillah, lebih kurang setengah jam lepas makan ubatan tersebut, asthma saya reda sikit-sikit.



Nak balik JB daaaa

Ibu marah saya snap gambar belakang dia kahkahkah

Bertudung biru gelap, di belakang ibu adalah tuan punya rumah merangkumi kakak ibu saya dan mak andak saya adik beradik. Kedah ni bukan ah kampung saya. Saya takdak kampung kat Kedah cuma kalau atok saya (berbaju oren) ada dekat rumah mak andak saya ni, memang ah kami pakat dok mai Sungai Petani.
Tapi atok macam dah tak lama... Saya sedih gila. Macam berat sangat nak balik. Tak macam raya sebelum-sebelum ni.. Dia cakap kat ayah macam ni, 'Din jangan lupa belikan mak buah-buah kat sana naa.. Tupun kalau mak tak mati lagi...'
Atok kirim buahan arab dari ayah memandangkan ayah bakal menunaikan haji pada bulan 11 nanti. Mata mak andak dah berkaca. Empangan air mata dia bakal pecah. Saya cuma tahan sebak di dada. Saya macam rasa sesuatu. Tapi takpe, kita sama-sama doakan kesihatan buat atok saya yaa..

Tanjung Piandang, Perak.
Atok saya ada tanah di sini tapi kena ceroboh. Kojiaq betui. Kalau tak, saya sekeluarga dah ada kampung yang very peaceful and beautiful.

Saya nak sewa baju pengantin perempuan yang kembang-kembang like Cik Siti Wan Kembang lalu main photoshoot dekat sini. Saya nak jadik objek gambar tersebut okeh. Kehkeh.

Kita snap gambar daripada dalam kereta jelah. Takkan nak parking dekat highway kut hahahha. Perkampungan nelayan by the way taw. Sangat indah.

;)


Setibanya di Tangkak, Johor kita singgah di rumah baru Pak Ngah saya.

Ibu and Mak Ngah

Famili saya dengan famili Pak Ngah.
(tapi saya je takde iskkk..)

Ha, itu saya!













Sumpah saya rasa macam boring je entry neh hahaha. Buat asal boleh dan tangkap muat. Dahla buat sikit-sikit, simpan je dalan draft dulu. Harini baru nak publish. Gambar-gambar raya pun tak upload lagi dekat Facebook mahupun MySpace. Memang sibuk kut. Dengan kita beraya rumah orang, orang beraya rumah kita. Tu pun, semasa di Kedah, sibuk orang duk bermesejan, nak raya rumah laaa, nak ajak beraya sama laa, apalaaa. Huih, untuk hari esok macam dah ada plan mahu beraya ke rumah rakan-rakan. Ewah kedengaran macam best je tapi Isninnya dah sekolah! Ah, tamau tamau tamau. (-_-")


Saya mahu close entry dah. Saya rasa blur sekarang sebab baru bangun tidur lepastu terus sibuk nak siapkan entry yang hampir expired di dalam draft kahkahkah.


(^.^)