Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, August 28, 2009

Di hati ini, hanya Tuhan yang tahu


Wajah-wajah tercinta. Ewah. Adik laki dua ekoq malaih plak nak upload gambaq depa. Sayang tetap sayang kehkeh.









Anyway, harini tak dull ah life saya. Dengan kehadiran dua sahabat tercinta yakni Kecik and Aza ke rumah. Study group kononnya. We were hoping that Eysma si pelajar SSP tu dapat join sama tapi dia busy. Isk. Hope dapat study dengan si pintar itu one day. Menyeronokkan ah I tell you. Study tu memang ah tapi bercengkerama antara satu sama lain itu wajib. Although kan, kitorang memang jarang jumpa sebab sekolah lain-lain tapi, chemistry and hubungan yang dah lama wujud tu memang kuat and tak pernah ah jumpa tak gelak like orang terhappy dalam dunia. I am happy with them. I love them. Kawan dari darjah satu tuuu. Bila jumpa macamni, memang ah cerita pasal zaman dulu-dulu en. Memang comel ah Aza kata saya dulu suka sangat tarik tudung dia. Dia kata dulu saya jahat. Eh taktak, nakal. Haha. And diorang kata next reunion maybe venue dia kat Cherating after SPM kelak. Pasti mengexcitedkan saya. I'm lovin it


White shirt; Kecik

Green shirt; Aza

Calculator saya. I love you ah Calcy. Without you, I am nothing. Kahkah

Kecik main-main henpon saya.

Aza termenung. Saya kata Calcy dia canggih. Terkial-kial saya nak tekan-tekan. HAHA jakun biasalaaa..

Kecik cuba lari daripada disnap gambar mukanya hahaha.



Er atas permintaan mereka, tiada wajah dapat dipertontonkan kecuali wajah dia ni,





HAHA. Okay ar wajah dia ni mesti ar ada.







Diorang ada story about sekolah diorang yang kecoh histeria itu. Sangat scary, terjerit-jerit saya dengar diorang bercerita macam saya pula terkena histeria dah. Ada masa saya story ah, sekarang dah malam, saya takut ah. Tadi nak ambil wuduk pun Kecik teman saya kat depan toilet. Saya suruh masuk toilet, dia tak mahu haha.




Saya mahu close entry sekarang. Selamat malam buat awak yang sedang membaca. Assalamualaikum (salam sejahtera ke atas kamu). So, jawab now.













Di hati ini, hanya Tuhan yang tahu,
Di hati ini, aku rindu padamu,
Tulus sanubari, menantikan hadirmu,
Hanyalah kau gadis pilihanku..

Lagu saya buat awak.
Ya. Awak.

Thursday, August 27, 2009

Oh bulan, enggan melayan diriku lagi

Oraite darling harini kita buat entry pendek jek ah. Sebab rasanya, ada entry lain yang bakal menyusul. First of all, saya nak you all baca dulu entry seorang gadis cantik yang pada saya sangatlah fotogenik wajahnya like model-model antarabangsa. Ewah. Mesti bangga gila gadis itu membaca ayat ini bukan? Saya kata macamtu because now saya letakkan tempat saya di tempat dia yang kononnya sedang membaca ayat mengorat sebentar tadi. Kehkeh. Okay baca ini.



Dah baca darling? Okay good. Ya. Saya ingin memperkatakan tentang soal pemakaian selendang. Kita pun tahu kan lately memang ramai gila ah gadis-gadis yang semuanya kalau boleh pergi mana-mana mesti nak berselendang. Bezanya, yang reti pakai, yang sesuai pakai, yang tak reti pakai and yang tak sesuai pakai. Dan kita juga secara automaticnya terus kata camnih, baiklah, pengaruh Yuna. Memang ah kadang-kadang saya dengan Rah macam bingit gak ah kut kalau pergi mana-mana, ada mamat lalu sebelah je tiba-tiba nyanyi lagu Dan Sebenarnya. Like semalam, pergi bazar. Saya and Rah pakai selendang kaler hitam yang simple je kut takde pusing sana sini macam Yuna selalu buat tu yela kan pergi bazar je. Lepastu ada pulak segerombolan peniaga lelaki of course ah masa kami lalu je, terus dia nyanyi kuat-kuat and memekik nama Yuna,Yuna,Yuna. Lepastu nak buat sound mengorat yang sangat menjengkelkan sambil nyanyi lagu Yuna. Kuat pulak tu. Malu gila I tell you. Tak tahu nak letak muka kat mana. Dengan ibu saya sekali dingoratnya. Memang tak tahu hormat bulan Ramadhan betul ah.



Tak tahu hormat bulan Ramadhan tu satu hal ah.



Hal yang keduanya, memang saya dengan Rah tak berapa senang sangat orang kata kami punya cara pemakaian macam Yuna. I mean, cara berselendang tu. Kami mula berselendang masa tahun 2007 tak silap, lepas menunaikan umrah. Yuna ada lagi ke masa tu? Takde lagi kan? Err, I mean, di dalam dunia hiburan. Zaman tu seingat saya, dekat Myspace yang pakai selendang hanya saya, Rah (tupun, Rah masih belum sepenuhnya berhijab) and seorang kakak ni saya panggil Eja je. Yang kami pakai masatu pun, selendang hitam yang beli dekat Makkah and Madinah. Eja punya selendang pun dibeli di sana. Kat Malaysia memang takde langsung jual selendang masatu. Kalau ada pun, selendang getah yang nipis and jarang tu. Tu pun mula dijual sejak 2008 tak silap. Selendang Arab besar and senang pakai. Kalau perasan, saya kerap menggayakan (ewah) selendang hitam sebab saya miliki banyak selendang tersebut and selesa nak pakai. Perempuan Arab tutup kepala mereka sangat simple. Tak pakai anak tudung, tak pakai brooch pun dah cantik and elok je dekat kepala mereka. Tiba-tiba teringat dekat seorang guru wanita di sekolah saya yang memakai selendang, dia punya brooch sampai lima. Saya kira, satu di bawah dagu, satu di atas kepala, tiga di dada. Peh peh. Saya ingat lagi semasa di dalam Masjidil Haram untuk bersolat Zohor, saya perhatikan beberapa wanita Arab yang sedang bersedia untuk bersolat. Selendang dia macam tak betul sikit, dia betulkan je, peh, advance gila dia punya cara pakai selendang. Pusing-pusing je lepastu terus okay, anggun pulak tuh tanpa anak tudung dan tanpa brooch. Peh peh. Lepastu, habis solat Asar je ajak ibu ayah pusing-pusing around Masjidil Haram nak shopping selendang and jubah. Kalau dekat sana, memang selepas solat Asar ah waktu paling sesuai nak shopping.



Dah jelas dah saya dan Rah memang tak tiru Yuna langsung ah. Bak kata entry gadis fotogenik yang you all dah baca tadi, kami bukannya tak suka Yuna. Suka, suka. Tapi tulah. Tak best ah kalau orang kata, kita tiru dia ni, kita tiru dia tu.



Saya suka berselendang. Menjelaskan bentuk muka. Lagipun, saya tak reti pakai tudung biasa tu. Ceh, tipulah kalau cakap tak reti kan. Reti. Cuma muka macam tak sesuai jeh. Selendang pun, saya kurang suka yang crowded sangat corak dia. Buat diri nampak tua dari usia. Cukuplah yang plain atau bercorak sikit-sikit. Tak sabar pulak nak shopping selendang untuk raya. Dekat Angsana banyak jual yang plain and warna-warni. Murah pulak tu around RM20-RM30. Kain dia pun bagus serta senang nak pakai taw. Bukan sutera lah of course. Sutera memang senang pakai tapi kena brooch je habis tercarik. Macam yang dijual dekat Ariani. Kahkah. Ariani jugak eh. Corak dia ada gak ah yang lawa tapi most memang corak crowded lepastu 100% silk. Memang ah rosak selendang bagi mereka yang ganas. Kahkah. Harga pun semua tak silap saya, RM99++. Memang ah, sebab 100% silk kan. Tapi kalau nak yang classy sikit, sila pergi Suria KLCC tingkat berapa entah tak ingat, ada butik turki, jual tudung and selendang lawa-lawa! Nama dia ARZU. Memang ah saya jadi gila masuk dalam butik tersebut. Tudung and selendang dia around dalam RM299++++ (berapa plus entah)


Harga dia memang ah tercekik kejap tapi puas hati. Dekat Arzu, kita nak beli, dia bagi nasihat and siap ajar cara nak pakai macam mana. Dia kata, selendang sutera TAK BOLEH pakai brooch. Dia ada sediakan sepit khas untuk kemaskan selendang. Satu dia jual RM15. Sebenarnya bukanlah tak boleh sangat pakai brooch dekat selendang silk, tapi tulah, karang cacat pulak selendang dah lawa-lawa beli kan... Lepastu masa pergi Ariani, saya tanya akak tu whether the selendang boleh brooch or not, selamba je dia kata boleh sedangkan, bila pakai brooch je habis berlubang selendang tersebut. Tapi kan, I wanna tell you that, even pekerja Arzu tu kata selendang dia tak boleh brooch, bila saya belasah je pakai brooch, selendang dia tak lah kritikal berlubang sangat. Bila basuh, lubang dia kecut balik. Kahkah macam comel je dia kecut balik kahkahkah.


Moreover (cewah), dekat Arzu, dia punya selendang memang banyak pilihan! Plain ada, crowded ada, bling bling pun ada. Huisy, macam nak shopping raya di situ je nanti.


Anyway, saya rasa macam saya tengah buat essay budak UPSR subjek English bahagian, I would choose blablabla tuh. Miahahahaa.



Walaubagaimanapun, selendang bukan sutera yang dijual di Angsana RM20-RM30 tetap di hati. HEHEHEHE. Penat je puji Arzu tadi. Anyway, kalau nak pastikan selendang tu senang pakai atau tidak, raba dulu selendang tersebut sebelum beli. Raba dia, nikmati dia, and selami dia. Macam saya and Rah selalu buat and ternyata berkesan.



Okay enough ah entry yang pada saya macam mengarut sedikit. Jauh tersasar daripada Yuna sehingga ke cara-cara memilih selendang. HAHA. Takpe, ni petua penting sempena Aidilfitri bagi gadis-gadis cantik si pemakai selendang ;)

p/s; pendeknya entry neh? *perli neh, perli, perli.

Wednesday, August 26, 2009

Padah apabila kita terlalu friendly


PROLOG:


Gua ni dahla memang muka jenis kurang tahu malu. Spesies muka tembok juga terkadangnya. Tapi tak jugak dapat dinafikan bahawa, terkadangnya, gua juga seorang yang tahu malu. Lu cakap baik sikit ah gua perempuan normal dan masih punya rasa malu. Gua juga, kalau mood gua baik en, memang ah semua orang gua nak member. Kalau sebaliknya, lu pikir ah sendiri baby. Memang ah gua taknak bukak mulut langsung. Masatu ah pipel akan label gua kerek.


Okay kita pergi straight tanpa belok kepada tujuan utama gua post entry neh. Semalam, habis je tuition, mood gua biasanya memang bling bling like angel ah. Sebab gua nak balik, landing atas darling gua lagi best ah. Hey, I mean, darling tu katil ah. Pikir baik sikit ah baby.


And keluar je bilik tuition tuh, gua nampak satu muka yang gua rasa cam gua kenal ah. GUA RASA JE. So, dengan mood yang bling bling like angel neh, gua pun tegur dia.

Me: Hey, macam kenal ah.
Him: Memang kenal pun. *dia senyum.
Me: Eh, sorrylah akaun facebook saya dah takde. Haritu nak login tiba-tiba takboleh ah so sekarang memang dah takde facebook. Memang tak dapat online ar. Isk
Him: Ha.. Ha.. *mengiyakan apa yang gua cakap. So sekarang memang tak boleh online lagi ah?
Me: Ha'ah. Sedih en. Er, okay ar bye nak balik. :)
Him: Bye bye.

Lepastu je, masa on the way balik rumah je, gua macam dah lain macam. Hati gua tak sedap. Gua cepat-cepat message cikgu tuition gua.

Cikgu, siapa nama driver tadi tu? Nazeem ke?


6 minutes lepastu kut, cikgu gua reply. Peh, sentap gila ah gua baca.

Taktak. Nama dia Rasyid. Hehe.

Gua punya malu I told you! Gua rasa macam dah taknak tuition dah. Wahaha. Okay cerita dia macamni, dekat pusat tuition tu, memang ada driver yang kerja dia hantar ambil cikgu-cikgu kat situ. Cikgu-cikgu kat situ most of them student UTM Skudai. Para driver pun tak silap gua memang ah student UTM gak sebab si Nazeem yang gua kenal dekat facebook tu student UTM. Kiranya, tempat gua tuition neh, memang kalau boleh, semuanya student UTM yang involved. Gua pulak memang tak ingat sangat muka si Nazeem tu sebab dua kali je gua terserempak dengan dia. Dengan mata OKU gua neh, lagilah gua kurang daya penglihatan en. Tu yang gua main sebat je tegur si Rasyid neh. Pulak tu, dia boleh layan gua en. HAHAHA. So gua pun reply message cikgu gua tuh,

ALAMAK SALAH ORANG LA. HAHA. Kirim salam dia ah. HAHA.


Memang sumpah ah gua malu. Memang padah okay baby.













EPILOG:

Err, anyway I missed my facebook. I missed my sorority there! Honestly, I love facebook rather than myspace. HAHA. Myspace boring. Apa ada entah. Isy, very not good ah kata myspace boring. Dah terang lagi nyata, dengan Myspace ah gua kenal Shah gua okay. Tanpa myspace, siapalah kita kan sayang? HAHA jarang gila gua bercengkerama di entry bukan? Cewah, jaranglah sangat.

Oraite ah baby, salam perpisahan buat sementara. Muahmuahmuah. Ewah :p

Tuesday, August 25, 2009

I'm in love ♥

Saya baru sahaja selesai menyebut perkataan menggiurkan dengan banyaknya di dalam hati sebentar tadi. Nak cakap kuat-kuat segan pulak mungkin kerana belum menggosok gigi. Err, menggosok gigi semasa berpuasa adalah makruh ya harap maklum. HEHE. Macam biasa, rutin harian saya adalah semestinya, sebelum berbuat apa-apa, wajib membuka blog kegemaran saya yakni nurulism.com. Tak tahu ah why lately Kak Chika suka sangat post benda-benda yang buat saya geram hingga terasa nak pergi Jusco Tebrau City and shopping now! I mean, shopping benda alah itu. I mean, benda alah yang I letak banyak-banyak kat bawah ni ler (kasut berplatform serta bertumit tinggi) Cewah. And dia boleh pulak menjual sepasang kasut yang err KENAPALAH PANAS SANGAT HAA. I mean, kasut tersebut sangat HOT. Baiklah, you pergi link ini, dan cari sepasang kasut berwarna pink with black stripe. PHEWWHHH. Berkali-kali saya urut dada suruh bertenang and berkali-kali juga menelan air liur yang hampir expired neh. Kahkah I mean, belum gosok gigi ah. Nak cakap air liur basi macam tak humble je kan.

Aww, so stunning meh this one.


Saya lagi prefer kasut yang takde strap. Senang. Sarung terus. :)

Okay. This one haaa so so so .... *taktahu nak kata apa.

Fuyo Fuyo like candy kan. GERAM.

Ini untuk bride only. Waktu saya search pun, dia kata cam bridal-bridal something aa. Ewah.

Platform tinggi sangat. Habis ah orang ingat saya Amber Chia kang habis aaa HUHEE

Ini pun sama. But nanti mesti semua ular kejar saya sebab they thought I stole their skin. KAHKAH

Awesome baby :-)

Macam sesuai pakai time jalan-jalan window shopping. Kut-kut takde transport nak balik rumah lalu jalan kaki lepastu kalau kena kejar anjing je memang selamat ah because kasut takkan tertanggal dari kaki. Huiyooo. Selamat ke macamtu? Haha

Kalau saya pakai, saya nak jadi Angelina Jolie dalam Lara Croft Tomb Raider.
Gerek bebeh.

This one is sweet.

This one is err ayu kut kalau pakai but heel dia too high.

Nanti masa umur saya 22 tahun, saya nak kahwin pakai kasut neh. Siapa pakai dulu daripada saya, saya tahu je, memang ah dia kena saman. Anyway, saya target kahwin around 22 tahun itupun kalau saya masuk matrix. Kalau saya sambung diploma, memang ah kahwin around 24 kut. Tapi saya nak ada anak around 26 paling lambat okay. Tapi semua itu di tangan Tuhan, saya redha je ah kan. Semua itu bergantung kepada siapa yang cepat meminang saya lalu saya cepat terima. KAHKAHKAH.

Saya bergurau.
Siapa anggap serious, memang ah dia tak puasa pada hari ini.
Yang seriousnya, saya nak kahwin selewatnya umur 20 tahun.




Okay yang tu pun bergurau. Miahahaha*ketawa perli like, tak kelakar punn.. HEHEHH*ni namanya sengih oraite sayang..


HEY! Berbalik kepada perihal kasut hot & gorgeous tersebut, pada hari raya Aidilfitri tahun ini, saya mahukan kasut seperti design yang telah dipertonton tadi. Lebih kuranglah. Saya maksudkan, yang berplatform plus heel. Huih, mesti masatu orang ingat saya Nasha Aziz pakai shawl kan. Huihhh. *macam nak letak HAHAHA di sini tapi segan so kita diam je ah.


Saya tetap mahukannya. Dengar tak? Saya kata, TETAP MAHUKANNYA. Saya tak dapat, memang nak kena ah siapa yang jadi obstacle tersebut. Memang tak raya ah dia okay. Kasihan dia, masuk penjara, tak pakai spender, polis ketawa. *sorry ah, spell spender camtukan? Erk. Malu ah, nak padam ah spender tu jap gi.


Okay! Selamat Hari Selasa! Jangan lupa pakai mask jika hendak ke bazar okay! Bukan mask SK-II untuk facial treatment tu, ni mask yang ... Err susah ah nak explain, alaa yang tutup hidung dan mulut tuh. Apatah nama scientific dia entah.


Salam kasih mesra :)

I wish my name is Sumayyah








Saya pun taktahu ah why video lagu dia macam agak annoyed sikit tapi okay ah neh. Kehkeh.


Monday, August 24, 2009

Fine. Okay fine!


Last night kan, sebelum pergi tarawih kan, saya ngomong sama Rah bahawasanya, SPM telah menghalang saya daripada memikirkan tentang sesuatu yang happy. Once nak fikir benda yang happy je, SPM tu automatically jadi obstacle. Very boring ohkay. Permasalahannya sekarang, tiada masalah apa-apa cuma saya sedar, sebagai salah seorang calon SPM, saya memang tidak patut berhappy-happy sekarang. Kecuali selepas tamatnya paper terakhir kelak. Very boring again!
Baiklah, paragraph ni sangat menyedihkan.



Saya tidak sihat hari ini. Selesema. I don't know lah selesema jenis apa. Hopefully bukan yang 'itu'. Tetapi, saya mula tidak sedap badan selepas pulang dari bazar semalam. Tekak tidak selesa, pening-pening, selesema, dan sedikit batuk-batuk. Bazar tu tempat ramai orang. Potensi untuk ke arah yang tidak bagus untuk kesihatan memang amat tinggi. Semalam, semasa solat tarawih pun rasa macam nak tumbang. Kurang daya keseimbangan. Sekarang, I mean, semasa sedang menaip ini, hidung saya sangat tak comfy. URGH.



Ibu ayah tiada di rumah hari ini. Petang ini bakal order pizza hut~~ (ewah, sebut ala-ala dalam iklan ohkay!) Nak masak? Kurang kemahiran. Bibik masak? Tak best. Pizza? THE BEST. KAHKAH.



Eih, saya dah mula dah takde idea nak taip apa. Mungkin sebab tak breakfast lagi. HEHEHE. Hey, fikir apa tu? Buang jauh-jauh now! Saya puasa okay. Takde cuti-cuti. Apa ni cakap Fee tak puasa neh. Not goodlah youu..


Hadirin dan hadirat sekalian,
Dengan dukacitanya ingin dimaklumkan bahawa, facebook saya telah hilang entah ke mana. I mean, MY LOVELY FACEBOOK dah hilang! Tiba-tiba je tak boleh log in. Lepastu, korek punya korek, dekat facebook sang kekasih sanubari takkan lupa di ingatan pun tak jumpa saya. I mean again, nama saya tiada di dalam friendlist dia! Tak percaya? Okay. Bagi siapa yang ada facebook tu, sila on facebook dia now and try cari saya. Default name; Afiqah Hazwani. Ha, tak jumpa kan? Dah cakap daaa.. Saya rasa kan, tuan punya facebook tu terdelete saya dalam friendlist dia. Dia cuma TERDELETE barangkali. Okay, tidak baik prasangka buruk. Saya sayang facebook tersebut. Sebabnya, game sorority life saya dalam tu dah advance taw. Kaya taw. Senang saya punya avatar nak shopping baju baru, kasut baru, aksesori baru. Pathetic betul okayy.


Minggu yang sangat boring. Dari tadi saya tak henti-henti mengonyeh-ngonyeh hidung yang asyik-asyik hingus meleleh. Mata dah gatal-gatal. SANGAT UNCOMFY dan saya bukan dalam mood yang baik sekarang. Siapa datang rumah carik Fee siap dia saya bagi makan murtabak semalam punya. Tak sure whether dah basi or not. Nak try, datang ah. Shah tau alamat rumah saya. I mean, Shah sang kekasih sanubari tak lupa di ingatan tersebut. KEKEKE. *ketawa buatan.













Terima kasih kerana membaca entry merepek yang tiada faedah ini. Kalau virus boleh post melalui blog, kasihan semua yang baca entry ni kan. Pathetic, pathetic. Habis ah semua dah jangkit Fee dah.


Okay, masa untuk mandi sambil bermain buih! HUHEE HUHEE *ketawa malas.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan :)

Tak pergi tarawih kut malam nih. Semua Nur Kasih punya pasal. Haihh.. Malam esok baru pergi agaknya. Tarawih ni seronok I Told You. Tak tahulah apa sebab utama tarawih ni seronok tapi, memang seronok ah. Memang susah nak describe. Very calmful. Ewah. Lepastu boleh membakar kalori yang banyak itu setelah berbuka puasa. Especially bila kita tarawih jalan kaki je like Fee & family lah sebab rumah dekat je dengan surau. I lupalah macam mana nak solat tarawih. Esok nak tanya ayah. Mungkin sebab once a year je buat so lupalah pulak dah.


I nak cerita ni. You all taknak dengar sudah tapi dengar jelah I penat mengarang neh.
Tadi petang, I, ibu dengan Rah pergi jalan-jalan cuci mata. Tempat biasa ah, Jusco Tebrau. Tak ramai orang. Bagus jugak lah kan sebab potential nak dapat H1N1 pun probably rendah. InsyaAllah. Before tu, singgah sebentar di kedai gambar Kodak. Mahu mengambil gambar untuk lesen P. Lesen P I siap selasa minggu depan tapi I dah ada job pada hari Isnin iaitu mungkin kena hantar ambil si Fa sebab dia ada kelas tambahan sebab lagi beberapa hari je mahu UPSR. Fa merupakan; (adik lelaki I yang nombol tigaa ohkay). Parent tiada di rumah kerana ke Kuala Lumpur menjenguk atok sakit lalu ibu tinggalkan kereta dia di rumah lalu I bakal pakai. I suka. HOYEAH. Tapi I tak suka sangat. I tetap mahu Satria Neo. Mungkin sebab comel. I tak berani kendali kenderaan yang like ibu-ibu or ayah-ayah yang pakai. Err, motif I cerita pasal kedai gambar tadi tu adalah untuk menceritakan bahawa, apek kedai gambar tu tanya I dah kawen ke belum. I macam kecik hati dah. Tua sangat ke I look? HAHA. Okay tak ah. Cuba ah kita anggap dia nak ngorat kita. Even he's just an apek (HAHA), dia ada perniagaan kedai gambar and anak dia yang snap gambar I tu pakai Nikon D60 just like mine. HEE. I tak tahu apa kena mengena dia entah.


I nak pendekkan cerita. Nur Kasih dah start kut.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




I teringin Green Apple Kasturi. Terdapat di Secret Recipe only. Lalu menyinggah di restaurant tersebut. I tak faham why must gambar budak atas nih yang masuk blog. Why not gambar I? Kahkah. I hodoh kut masa ni. Pengcahayaan tak sempurna. KAHKAH again. Dah hodoh, hodoh jugak. Dont blame the cahaya tak baguslah, camera rosaklah, blablobla. DONT DONT.


Ibu terpengaruh dengan iklan ice cream Walls Double Dutch kut. Tapi gambar di atas macam tunjuk I yang macam nak angkut semua. Haih. Pengaruh bulan puasa betul. Tapi not good ah salahkan bulan puasa. HEHE.

Kalau pergi shopping barang dapur, I taktau ah why I suka jadi pentolak troli. Sumpah suka!



I memang suka tolak troli! Baiklah, hobi baru neh.



Suka snap gambar di tempat awam juga di hadapan cermin fitting room. Miahaha.
















Okay chow.
I nak makan ice-cream double dutch sambil tonton Nur Kasih.
Nikmat betul ah, I suka! ;)



HEY!

Selamat Menyambut Ramadhan :)

Sunday, August 9, 2009

Malam semalam yang sedikit best,

Pun taktahu nak cerita apa. Lack of ideas sebenarnya sebab bakal laki pergi berkursus berhari-hari. Sangat tidak menghappykan diri yang montel ini. (apetah)

Okay ar okay ar. Semalam birthday adik I yang last. I mean, dia yang bongsu. I mean lagi, dia yang paling terakhir ibu I beranakkan. Tapi should be ada gambar dia kan? Lihat sekali imbas, entry ni macam full of his kakak-kakak pictures jek. HEHEHHH. *Dia tak suka diambil gambarnya, depends on mood jugak kut.

















I singgah MNG sebentar semalam. Mencarik tees. TETAPI, perkara yang paling I benci telah berlaku di mana I paling benci terbeli size besar! Patutnya tengok size dekat European kut tapi I tertengok dekat American, agaknyalah. ERGH. Tapi bersyukurlah sikit size tu muat jugak ah tubuh montel I neh. Mengada sangat lah tuh dahlah montel lepastu terbeli size besar pun nak merungut. Memang mengada la tu kaaaannnnnnn..


Okay. I macam terasa lapar nak breakfast. Pukul 1 ada class modelling. Tak sabarnya I!
(Oraite tipu. Mana ada model yang montel, melainkan model pakaian triple XL)







Nak makan sekarang! Saya maksudkan, 2 minutes dari sekarang! Entry seterusnya menyusul petang nanti :)
♥ ♥ ♥

Sunday, August 2, 2009

Sabtu, 1 August 2009


Larian perdana juga Hari keusahawanan.


Memang gila betul ah larian kali ni aku tak paham betul apsal ah dia buat sampai 8 km haaaa. Gila. Sekarang ni kau kena tahu betapa sakitnya aku punya tapak kaki, betis, peha, punggung, pinggang, lengan. SEMUANYA. Paling seksa kalau nak berjalan dengan betul. Ni berjalan pun dah macam kokang. Tau kokang tu apa? Kau pergi search sendirik ah. Malas betul aku nak letak link. Kahkah. Tapi tadi aku dah search. Macam takde jek. Tapi untuk pengetahuan, kokang ni sepupu sepapat dengan ungka, lotong, monyet sume tu ah. Eii gila annoying bila cakap jalan macam kokang. Tak ayu betul ah euw.


Mula-mula lari je aku rasa aku pelari yang ke 20+ something. Kira cool gak ah kan. Mungkin sebab dah sapu minyak apatah di betis lepastu pakai kasut yang ada toink toink. Tu yang lari cepat je. Eii tak mature betul ah cakap toink toink. Kita cakap bounce ohkay. Itu kasut adalah kasut bounce. Khas untuk berjogging sebenarnya.


We're in group actually. Me, Maira, Eyma, Abyll and Farhana. I mean, kitorang jelah yang pergi lari. Kalau ikut ranking, aku dalam yang ketiga ah terkuat HAHAHA. First sekali, of course ah Farhana. Olahragawati tuu. Aku kadang-kadang rasa macam nak sula je dia ni tiap kali sukan tahunan sekolah. Gila annoying. HAHA. No ah Hana, I gurau je :D


Around 7.30 a.m. Belum start apa-apa lagi..


Stretching time baby! Hohaha



Farhana, Abyll, Maira, Eyma and Kokang


*Nak lari daaa. Nampak I? HEHE

Start of the day je, dah happy sakan semua. We sat in a group and buat gila kejap. Eyma,Abyll and Maira ask me to make 'Jambu Face' since dorang dah lama tak nampak aku buat. KAHKAH. Dorang kata, itu muka terhodoh yang dorang pernah jumpa. Dorang punya gelak, I told youuuuuuu gila dahsyat. All the juniors semua dah macam aneh-aneh (bangga jadi senior untuk tahun ini). Tapi kalau that Jambu Face untuk tayangan umum di blog misalnya, you have to pay me first. Tak kurang dari 6 angka ohkay. HUHEE.


Ikutkan hati, aku taknak join larian neh since aku kena jadi emcee for the whole day! Teacher Yazian pagi-pagi dah call tapi aku tak angkat so dia text and kata,

Salam. Fieka,for slot santai pagi ni jumpa Cikgu Erzal yek. I'm not around today. Tq! -Pn Yazian


Aku macam agak terkejut ah. Teacher Yazian should be the emcee that day. Tapi dia takde. Means, untuk keseluruhan hari, I, ME, lah emceenya. Aku dah mula fikir, bahawa aku kena lari cepat-cepat and sampai sekolah cepat-cepat sebab nak uruskan majlis (cewah macam majlis kahwin je). Besides, our class ada bukak booth untuk songs dedication. Kira macam booth untuk dedicate-dedicate lagu ah. Luckily ada Naddy :)


UNLUCKILY! Akulah pelajar yang paling TERAKHIR daripada beratus-ratus pelajar yang join larian! Tapi tadi bukan ke aku kata, starting je, aku orang yang ke 20+ something? Memang ah. Dah namanya STARTING. Tapi BUKAN sebab aku pancit ke apa heh. Sebabnya sangatlah mensadiskan. Tapi actually bukan aku sorang je yang last. There're also Abyll & Eyma. Bila terjadinya tragedi tu, kitorang dah mula insaf. Tulah akibatnya bila sambil lari, sambil reject orang. Haihs. Kitorang lari bersama-sama dalam 6 km terakhir kut. Track larian tahun ni memang mencabar keimanan. SUNGGUH. Melalui ladang kelapa sawit yang belum diterokai, yang sungguh merata tahi-tahi lembu, semak samun yang scaraaayyy and macam-macam lagi ah..


Sehinggalah tinggal about 3 km perjalanan, dah keluar dah dari ladang scary tu, sedang melalui sebidang tanah yang besar yang macam bakal nak buat sebuah perumahan di situ. Dekat situ je, kitorang dah confuse dah nak lalu mana. Semua orang ikut shortcut. Ada gak yang ikut unshort cut tapi tak ramai. Dah siap bincang dah, nak jadi nerdy dengan ikut jalan tak short cut OR sebaliknya. At last kitorang ikut jalan tengah-tengah. Tak tau ah kenapa boleh terfikir camtu. Ikut short cut sudahh laa kann..


Berjalan lah kami bertiga dengan megahnya. Dipendekkan cerita, tanah kat situ macam lembik semacam je. Tapi still boleh jalan dengan selamat lah kan. Aku macam dah tak sedap hati. Dorang sibuk mempersoalkan tanah jenis apa itu, whether its selut ot sembut (haha abyll niii).. Suddenly, aku terpijak sesuatu yang SANGAT SANGAT LEMBIK I TOLD YOU! Dorang pun terpijak sekali lah of course! And sedikit demi sedikit aku mula tenggelam. Eyma pun. Abyll sempat menyelamatkan diri. ITS TANAH JERLUS. Eyma berjaya naik ke atas tanah yang keras and aku macam terpaku taktau nak buat apa, hanya tau jerit Tolong aku woi! Tolong!

A few seconds lepas tu aku mula sedar yang aku kena naik atas tanah yang keras tuh. Dah naik dah, kasut tertinggal pulak dah! Dalam masa yang sama, aku dengar Eyma jerit camnih, 'kasut Nike aku wehhhhh kasut akuuuuuuuu..' Aku pun baru sedar lalu, 'eh! Adidas aku wehhh. Tolong aku wehhh mahal ni wehhh baru beli niiiiii. Waaaaaa' *dah macam nak nangis.


Dengan sedayanya, aku pun korek kasut aku tu balik. Sehingga ke paras siku tangan kanan aku berlumpur. Aku tak tipu. Habis ah kasut Adidas bounce pink putih tersebut :( Dah takde rupa pink dah. Cantik je kaler baru dia ala-ala oren kecoklatan. Kiranya, hampir separuh tubuh aku berlumpur. Aku ah yang paling teruk di dalam kemalangan terbabit. Dah boleh masuk ICU op cos. Yang buat lambat tu sebab singgah jap rumah Cikgu Kamarudin, basuh apa yang patut and mintak plastik sebab nak isi kasut disaster tersebut. Lepastu jalan terkengkang-kengkang dengan hanya memakai stoking sebab kasut dah haprak dah. DISASTER. Jalan kengkang sebab kaki sakit jalan di atas jalan berturap tar yang panas. Stoking Eyma dah koyak kat depan. Lagi tambah-tambah sakit. Abyll kasut dia selamat gak ah cuma kaler oren kecoklatan jugak. Kasut aku dengan Eyma je dahsyat. Maka berjalan lah kami sepanjang 3 km itu dengan keadaan yang memalukan. Baru je plan masa dalam hutan tu, bila keluar je dari hutan, nak pecut. Tapi apa boleh buat mehhh..


Plan nak terus pergi rumah aku sebab Eyma nak pinjam slipper. Abyl pun. Aku pulak nak tukar baju. Nasib baik rumah dekat je. Dahla event yang aku kena handle tu dah sejam berlalu. Isk. On the way nak sampai rumah tu, ternampaklah pulak seorang jiran yang handsome yang dah lama aku tak nampak dia. Gila betul ah time aku cun-cun tak pernah pulak nampak dia. Time-time ni dengan selekeh serabai maha dahsyat ni baru nak nampak. Dari jauh, aku nampak dia tersengih-sengih melihat keadaan kami. Handsome sumpah, HAHAHA. Pastu je tiba-tiba,

Baru balik sawah apa?

Dalam hati, Kongajo betul. Tengok-tengok je rupanya adik dia yang cakap. Aku sound direct, Abang dia ajar la tuh. Aku hentam keromo je budak kecik tu adik si handsome tuu. Tah aaa... Abyll kata cute gila ah mamat tu. Aku cuma cakap, Ha'ah cute. :D


Dipendekkan cerita, here we are. Dah sampai sekolah dengan keadaan yang sihat walafiat. Sume orang risau rupanya. Kahkahkah. Terus aku menuju ke khemah PA system dan melakukan apa yang patut.

My form teacher. Ni lah booth class kitorang. Macam-macam ada..

Nani khusyuk layan customer :)


Naddy!

Hodoh betul kokang ni makan.




Malas dah nak cerita apa-apa. Memang penat betul ah. Its more to deejay actually rather than emcee. Potpet potpet. Guna ayat pun sembarang je. Tak macam masa perhimpunan mingguan. Ahahh..




I dah mula terasa perit menaip. Lets finish it asap!


Oraite. Malam pulak ada kenduri di kampung sebelah ayah. I memang MALAS gila nak pergi. Petang tu ayah dah ajak balik. I dahla penat tak hilang lagi taw. I pun fikir dan fikir. Dalam hati, I akan pergi kalau my beloved Safiyyah and Naurah pun pergi jugak. I hantar sms dekat their mum. Tak reply. Tak sabar sangat, I call. OKAY. YEAYY. Diorang pergi. I pergi HANYA kerana my anak-anak tu pergi. Dah rindu sangat punya pasal I tak kisah I punya penat lagi dahh..


Bila kereta yang I nanti-nantikan tiba di perkarangan kampung (cewah), I dengan pantasnya menyambut mereka. Naurah ketawa nampak I and I terus dukung dia. Safiyyah baru bangun tidur. Blur-blur lagi. Naurah sangat comel sebab dia sangat friendly. HEHE. Safiyyah macam sombong sikit mungkin sebab dia cantik. Heheh.


I taktau ah kenapa kampung semalam sangat riuh rendah. Setelah I investigate, rupanya betapa ramainya babies and budak kecik dekat situ. Baru I sedar, my cousins dah beranak pinak. Haihhh.. Baby Aunty Ct comel gila ah putih melepak. Tapi meragam sebab mengantuk tapi takboleh tidur sebab ramai sangat orang. Kenapa aahh anak aunty-aunty I ni putih-putih belaka. I nak tanya dorang makan apa masa dorang pregnant tapi I segan. Nanti ah, I dah nak ada baby baru I tanya HAHAHAHAHA. Biasanya, kena minum banyak susu kan? Ada logik di situ :)


Lama-lama Safiyyah dah tak sombong dengan I. Sebab I umpan dia dengan make-up. Girls, semua sama. Haha. Dia asyik datang je dekat I sebab nak I pakaikan compact powder dengan lip gloss. I mandikan dia semua sebab dia dah mula sayang I. HUHEE. Dia tembam sangat. Last time I jumpa dia, dia cekeding je. Ayah dia kata dia suka sangat makan nasi goreng, telur and kicap. Tu je dia makan sampai badan jadi gebu comel begitu. Nak dukung je masyaAllah. Tapi I suka sebab I sayang dia more than everything ;)

Naurah!



Safiyyah :)

Safiyyah and Naurah :)
Bila Safiyyah tengok gambar ni, dia kata,
Kak Iqa! Adik lawi! (lari) :P

I Love You Naurah mwahhs mwahhs! :)

I YOU BOTH!




































Banyak jam dah aku buang masa depan pc neh. I've to siap-siap for my driving class. Ada setengah jam saja lagi. Nervous bytheway -__-




BYE! ♥ ♥ ♥