Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, July 31, 2009

Happy Friday Everyone!

Lapa ah. Eihh. Lapa. Lapa. Dah lama berlapar nih, tubuh terasa seperti sudah hilang sekurangnya 3 kilogram. HAHA. Tak ah. Ni sebenarnya perasaan semata. Jangan percaya. Jangan perasan kurus. Jangan perasan gemuk. Perasan gemuk lagi merbahaya. Padahal tak gemuk langsung. Sangat menyampahkan apabila tengok seseorang yang kurus slim lagi ramping (size 30-24-28-), mengaku bahawa dirinya gemuk. Ergh. Tak faham betul ah. Lepastu mula ah jadi anorexia nervosa, bulimia nervosa. PATHETIC. Tak lama lepastu, menderita masuk spital lepastu masuk kubur pulak dah sebab dah tak dapat diselamatkan lagi dah. DOUBLE PATHETIC. HUHEE

Janganlah menjadi sedemikian rupa ya. Sekurang-kurangnya, masih ada yang menjealous terhadap tubuh badan seperti anda. Sebagai contoh, saya selalu menjealous terhadap perempuan kurus. Tapi taknak ah 30-24-28. Paling-paling pun, 36-26-30. Taknak ah nampak macam melayang je bila dia tengah buat catwalk en. NGERI. Kalau ada isi sikit, mantap sikit dia jalan kan. Stabil je. Muka ala-ala Jelina Jali pulaktu. Lawa-lawa. Cun-cun. Jealous-jealous.


Teringat pulak kat sorang budak pompuan kat sekolah tuh. Sama umur dengan saya gak ah. Suka betul saya tengok body shape dia. Kelihatan perfect. Muka pun lawa gak ah. Saya bagi 8/10 (sebenarnya nak bagi 9 tapi jealous punya pasal, KAHKAH). Taknak ah bagitau nama dia siapa sebab mana tau ada schoolmates yang baca entry ni kang habis ah saya. Kalau sampai ke telinga budak pompuan tuh, lagi habislah saya. Habislaa dia tau saya jealous kat dia. Habis ahhhhhh.. T__T


Lepastu jealous gak kat Cikgu Zilawani. Bakal ajar saya kimia sebab Cikgu Hana cuti bersalin. Cikgu Zila ni punya body figure pun cun gila. SEBAB dia pakai korset. HUHEE. Saya pernah peluk pinggang dia, tiba-tiba je terasa macam satu perasaan yang 'tebal'. Saya pun cakap, Ooooo korset yaaaa.. Dia senyum lepastu kata, 'saya gemuk aaa..' Padahal body punya ah cun siap melentik lagi. Haaa.. Kalau esok saya dapat jumpa dia, saya snap gambar dia okkayy. Papehal, saya nak cakap, dia baru je kahwin dengan Farid Kamil 2 bulan yang lepas. Saya maksudkan, laki dia muka spesies Farid Kamil. AHAH. Sebijik kut. Tak sabar pulak nak tengok dia pregnant. :D


Tadi dekat sekolah, saya tak berapa masuk class sangat. Cuma masuk semasa subjek Bahasa Malaysia lepastu keluar and masuk bilik pengawas sebab malas nak pergi physic's lab. Saya bukan pengawas heh. Saja je masuk lepastu duduk dekat kerusi cikgu-cikgu lepastu main tarik-tarik kerusi. Kau bayangkan lah kan, bila duduk dekat kerusi yang boleh ala-ala melentur ke belakang tu, tiba-tiba ada orang tarik kerusi tu ke belakang again, tak ke kau rasa macam kau bakal terlentang? Sangat mengelakarkan. Lepastu bila diri sendiri kena, terasa macam ERRR hard-to-explain. Tapi still ketawa sampai sakit tekak, perut, pankreas, dan sebagainya.


Bakal menghentikan taipan beberapa minit dari sekarang. Sebelum itu, lets watch this!




*gambar kedua ni macam agak tak sopan sedikit.


Lukisan by Chombi saya, dalam kurungan Shiro. Start from this week, dia panggil saya Tuti, saya panggil dia Chombi. Taktau kenapa entah dia tu. Pagi tadi pun, dia text saya macamni, Ti, jangan lupa bawak phone. Saya tak rela tapi tak mengapalah. Nama Tuti tu macam gadis ayu from JAWA BARAT. By the way, ini lukisan memang by her, tapi snap by saya. Mana tau ada siapa-siapa yang tanya, siapa yang snap ni? So, dah pun dijawab oleh saya awal-awal. HUHEE.

Motif sebenar gambar ini diambil, adalah kerana Chombi ingin menakluki hati seseorang kembali. KAHKAH. Pathetic betul ah. Hidung mende alah ni tanggal pun, sanggup dia pinjam gam uhu from saya. Aduhaii..

















Okay! Selamat Hari Jumaat buat semua! FEE :)

Tuesday, July 28, 2009

Al-Kisah Si Loser

Ada budak ni loser sebab dia tak reti addmaths (nak cakap bodoh sebenarnya tapi hormatlah diri sendiri sikit kaann). Sedih sebab tak pandai additional mathematics tersebut! SEDIH! Ye aa I tau aa you all semua yang tengah baca entry ni mesti cakap cam ni en, Hak elaa Fee ni add maths very small the keping laaaa.. Okay la mari buat perumpamaan. Bagi sape-sape yang tak suka subject Est atau English contohnya. Dia pun tulis ah kat blog dia yang dia benci English dengan Est tahap super punya benci la kan, kalau I baca pun I cakap camnih, Hak elaaa dia ni setakat English dengan Est tu very tiny miny punya problemlaaaa... Camtu aa lebih kurang kan. I saje je bagi perumpamaan. Taknak orang pandang rendah sangat bila I cakap I bongok add maths. T__T


I memang rasanya macam takde inisiatif nak dapat cemerlang dalam subjek tersebut memandangkan I dengan selambanya tak amek pun tuition subjek itu. Homework pun buat tak buat. Dasar loser betul ah. Lempang muka sendiri ah kejap lagi.

Dalam class add maths je mesti kena aim dengan teacher. Specially I dengan Shiro sebab teacher tak faham feeling kitorang bila teacher suka SANGAT bagi penerangan dekat white board sebelah sana yang kitorang memang tak nampak langsung memandangkan kitorang menetap di hujung sebelah sini. Nampak tingkap punya biasan sahaja di situ. Bila tak nampak, I fed up lalu buat cengkerama sendiri di sebelah sini bersama Shiro gila tersebut. Tiba-tiba nama I dipanggil dan diminta menjawab soalan yang diajukan. *tak dapat jawab macam biasa. Nasib baik sistem denda bila tak dapat jawab soalan sudah tidak diguna pakai KAHKAH.


Begitu juga semasa subjek Mathematics. I tak faham betul kenapa dua-dua cikgu subjek ni suka sangat menconteng di white board sebelah sana. I macam nak jerit bagi satu sekolah tau yang I TAK NAMPAK APA YANG CIKGU TERANGKAN TU! I macam biasa, naik fed up ah lalu hilang mood rasa macam nak campak kerusi kat orang belakang lepastu amek balik kerusi campak kat orang sebelah depan pulak. (TIBA-TIBA. Tak payah layan dah)


Okay ar stop ah cerita yang menyedihkan dan mensadiskan ini. Cuma I baru sedar yang Shiro ni perangai macam baby. I mean, bayi baru berapa bulan yang asyik uwek uwek tuh. Sebab dia suka buat perangai, taknak layan I sume, bila dia mengantuk. Sumpah, I rasa macam nak lempang je dia masa dia buat perangai tu. Kalau baby I macamtu, I pass je kat laki I suruh diamkan baby tersebut. I nak tidur. Tak diam baby tu, siap lah orang yang I pass kan baby tadi. HEHE

Okay kemudian, bila dia dah tidur selama DUA MASA waktu sejarah, I mean SATU MASA kan 35 minit kan. So sila buat kira-kira kalau dua masa. THEN, OMG, bila dia bangun, dia punya hyper perh I pun mula jadi culture shock. Eh minah ni dah kenapa siak tadi SIKIT punya moody, sekarang dah mula jadi gila. I pun terfikir. Okay. Dia ni memang like bayi-bayi gitu. Belum tidur, mengantuk sume, buat perangai, muka merah-merah, merengek-rengek. Bila dah cukup tidur, like bayi-bayi kan bila dorang bangun tidur je habeh aaa alas meja mak, alas TV, kerusi meja sume HABEHH. Again, kalau baby I camtu, I buat cage dekat rumah. Duduk diam-diam. Habeh aaa I punya set pinggan mangkuk buatan LONDON kangg.


Oraite. I ada cerita happy buat I. Bukan buat you all. Malam ni I takde tuition Chemistry memandangkan cikgu mintak postpone. So, I boleh enjoy la neh. Takdela asyik balik pukul 11 p.m je. Mensadiskan. Cuma tuition Biology yang sampai pukul 9.30 itu masih dijalankan seperti biasa. Ewahh.





Mengundurkan diri dahulu.
Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibah :)

Monday, July 27, 2009

Happy Birthday Kekasih Lama


Sukacita dimaklumkan bahawa beliau adalah kekasih lama saya!
Selamat Hari Ulangtahun ke taktau berapa sayang! HEHE
27 Julai tarikh yang takkan ku lupa sehingga akhir hayat ini :)

Semoga berbahagia bersama Dr. Hallina kesayangan...










Dengan penuh rasa rindu,
KEKASIH LAMA :)
(tak habis-habis, haha)

Bagai pinang tak terbelah-belah

Today is Monday bukan? Macam biasa, kalau kita dah enjoy dengan weekends, tiba-tiba Monday je ada class, automatically jadi boring lepastu mengantuk semacam sampai nak pegang pen salin latihan bio cikgu bagi pun tak larat even malam tadi dah tidur kira awal dah tuh. Akibatnya, terlentoklah si budak sekor ini di atas meja laboratory. Sangatlah mengantuk tahap tak-tahu-nak-kata-apa. Macam baru lepas telan pil tidur berketul-ketul pun ada. ERGH. Lepastu tak habis-habis jeling dekat jam sebab tak sabar nak recess sebab nak sambung lentok atas meja class puas-puas. Tepat 9.50 a.m, budak ini juga menjadi orang pertama yang keluar dari lab bio, melangkah dengan pantas dan bermayanya (ceh, kata tadi tak larat buat apa-apa even pegang pen?) lalu menuju ke class. Buku bio serta pencil case lantas dicampakkan ke atas meja, tarik kerusi, dan terlentoklah si budak itu dengan kemas dan comelnya di atas meja. Tidurlah budak itu dengan aman dan nyamannya dikelilingi persekitaran yang sejuk macam nak hujan renyai di luar. ROMANTIS! I LIKE. Lepastu bangun je sakit kepala berdenyut-denyut sebab tidur tak selesa. Adeh. Okaylah enough pasal cerita yang hampir kepada bodoh ini.


Tujuan tak berapa utama entry ini adalah untuk menpertonton (lebih kurang mentayang aaa) gambar petang sabtu yang lepas. Bukan saja-saja nak tayang heh. SEBABNYA, buat pertama kalinya Rah telah berlaku garang terhadap seseorang sebelum gambar ini diambil. HAHA. Takut juga orang dewasa itu terhadap kanak-kanak berusia 13 tahun 9 bulan itu. Gambar diambil bersama latar tempat; Gymnasium Royal Johor Country Club (RJCC). Latar masyarakat; entah nyonya mana entah yang tengah pakai treadmill favourite aku tuh.





Kisahnya macam pendek je sebab abang (entah, pakcik agaknya aku belasah jelah abang) yang jaga gym tu tiba-tiba seperti tidak mempercayakan kewujudan kami di situ. Pakcik yang jaga sebelum ni memang dah recognise kitorang dah siap tepuk tampar sume (tipu). Tu yang aku rasa yang abang ni orang baru kut tu yang dia macam taknak terima hakikat yang kami berada di tempat kejadian. Lalu Rah dengan bengkengnya mengeluarkan suara amarahnya kepada abang tersebut serta terus masuk ke gym tanpa rasa bersalah apa-apa. HAHA sangat comel. Lepastu abang tu macam takut-takut lalu dia panggil aku pulak sebab nak tahu umur. Dengan bangganya aku cakap 17 sebab under 15 memang tak boleh masuk. Dia tak tanya Rah pulak. Takut la tuuu HAHAHA. Kalau dia tanya, confirm Rah dihalau secara sopan.


Baiklah itu sahaja cerita untuk petang sabtu yang comel. Cuba I cerita pasal petang Ahad yang membahagiakan pulak. Sebabnya I dah bawak kereta on the road dengan bantuan abang instructor yang pandai bermadah bicara sehingga I terasa melayang sebentar sehingga kereta yang dipandu seperti ular kena palu. HAHAHA. Dah aaa dah aa I bergurau. Abang instructor memang suka mengejek saya ketika saya memulas stereng (should be memusingkan stereng KUT). 'Alahai alahai... Tak makan ke tadi...' Mungkin dia nampak saya termengah-mengah agaknya. Saya dengan jengkelnya mengatakan dia jahat sebab macam kata saya lembik. HEY. Saya superwoman okay. Cuma haritu tak makan nasi lagi. Tu yang agak lemah SEDIKIT. Tengok aa nanti bila saya drive masa baru lepas makan nasi. Haaa setakat stereng je, Hak elaaaaa. Satu jari pun boleh okkaayy! Tapi takpe, abang instructor tu comel kadang-kadang. -___-


Okay ar lets stop this entry coz I macam terdengar suara katil cadar pink I dah panggil kata rindu. Awww terharu I sampai tak sabar-sabar menggelitis serta menggedik-gedik dah ni sebab katil kesayangan panggil punya pasal. I Love You lah katil. My life would suck without you.. (ewah ni dah mcm Kelly Clarkson's neh)


Anyway, I sangat lapar harini sebab hujan tambah-tambah I puasa sunat-nak-kurus. Adehhh. TAMBAH-TAMBAH lagi ibu I masak ayam paprik. ERGH. MY FAVVY sejak lahiriah lagi!




Salam Kasih Mesra. Assalamualaikum w.b.t :)

Friday, July 24, 2009

SPM, datanglah kepadaku secepat mungkin!


Once kau datang lalu mula melangkah pergi, hidup aku akan bahagia sebahagianya!



Tah ah sebenarnya tu saja aku pikir lately. Awh awh. Tak sabarnya! Sungguh! Haihh. Dah aa takmoh cakap pasal ni lagih. Stress pula rasanya. Tambahan, tengah dok pikiaq lagu manaa nak habaq dengan ayah pasai tuition's FEE. Gila tak reasonable. I thought paling mahal pun mungkin dalam 300+ keee. Rupanya, adeh berganda-ganda daripada sangkaan aku.


Rasanya kena tukar tempat tuition neh. TAKPUN, kurangkan subjek TAKPUN, kurangkan pengambilan class. Sedih betul. Erghhh


Okay ah. Tak sabar untuk driving class seterusnya. Driving is fun sebenarnya bagi orang yang dah pandai sikit macam aku. KAHKAH. Okay serious.


Chiaoww :)


Friday, July 17, 2009

Bersama Cik Fee yang comel lagi kerek dan busuk


Tipu ah tu. Mandi empat kali sehari impossible busuk lagi kut. Cologne berbotol-botol impossible busuk lagi kut. Kahkah. Yang comel itu sudah pasti. -___- Kerek tu tak pasti sangat ah tapi kerek sikit kut... Tengok orang gak ahhh.. Weehuuu

Last nite gua chat dengan sorang mamat neh kat Fb aa kan. Gua macam malas nak layan since tak kenal sangat so taktau nak cakap apa memandangkan gua macam malas nak main chat-chat neh. Sekali je dia tanya gua duduk mana, gua pun jawab seadanya dan sejujurnya. Gua dah cakap dalam otak, lepas ni dia tanya pape, gua memang wajib confirm taknak reply dah sebab nak logout. Sekali je gua cakap macamtu, dia terus cakap, dia cam kenal gua. Gua pun cam, ah suka hati kau ah, aku tau aa aku punya pelanduk berserupa-serupa dalam dunia ni dah lebih dari tujuh orang... Pastu dia boleh tanya, 'tuition dekat pusat tuition persada ke?' Gua dah mula menggelabah tak pasal-pasal. Gua bukan boleh orang kenal gua neh. Habeh aaaa. Kahkah. Gua pun jenis jujur, gua cakap je aahhh 'YA'. Rupa-rupanya, dia ni tukang penghantar guru-guru tuition. Maknanya cam dia yang amek cikgu-cikgu tu & dia hantar cikgu kat tempat tuition and pastu hantar cikgu-cikgu pulang ke rumah masing-masing. HEHE. Pastu gua tak jadi nak logout, gua pun borak ah dengan dia pasal Cikgu Hadi aaa kakak kerani mata biru aaa blablabla. Sampai aa dia tanya gua something neh, 'asal malam tu muka awak kerek hah?' Gua pun dah mula cam wondering. Gua pun seperti biasa, jawab seadanya, 'muka saya memang spesies kerek. HAHA'
Pastu malam tadi tuition, gua terjumpalah pulak mamat nih (perkataan terjumpa tu cam TERJUMPA di tepi jalan mahupun tepi selekoh je kan). Gua taktau nak buat muka apa lalu gua hanya tersengih cam gini, HEHEHH.


Kerek sangat ke hah gua? Gua sedar muka gua sememangnya begitu. Muka bengis, garang, kerek, sume ada ah. Tu yang orang tak berani ngorat gua bila gua jalan dengan ayah gua (tiba-tiba). Gua suka jalan-jalan dengan ayah gua. Pegang tangan, loving-loving sume. Biar sume orang ingat ayah gua tu sugar daddy gua. Biar orang tak ngorat gua. Biar ah orang tertanya-tanya, 'tu pakwe dia ke?' KAHKAH

Ayah pun suka introduce gua as girlfriend dia bila pergi jumpa kawan-kawan dia. Ibu gua pulak jenis jarang ikut ayah gua so gua pun mengambil alih tempat ibu gua. Pastu biar sume pompuan tak berani ngorat ayah gua sebab gua lagi muda & comel dari dorang sume. HAHA. Pastu bila ada pompuan tengok ayah gua, gua jeling dia sambil keluar lidah and buat muka tak senonoh. Pastu bila ayah gua try nak ngorat pompuan tak lawa (jealous neh), gua dengan madu gua (RAH) pun mula membebel kat ayah ala bini-bini gitu. Gua suka buat camtu sebab gua nak practise buat kat laki gua nanti. Lagi dahsyat gua act nanti, siap dia!


Gua kuat jealous sebab bila gua potong bawang, gua menangis. HAHA. Orang kata kalau potong bawang pastu keluar air mata, maknanya dia kuat jealous. Tah aaa gua bukan percaya sangat mitos-mitos ni sebab gua still suka nyanyi kat bilik air, nyanyi kat dapur, ratah lauk yang masih berada di dalam periuk walaupun orang kata, ketiga-tiga aktiviti tu boleh menyebabkan seseorang anak dara tu nanti dijodohkan dengan orang tua. Gua tak kisah pun asalkan jodoh gua tu, tak lagi tua dari ayah gua yang handsome tuh. I Love You ayah :)


Gua suka hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Lagi-lagi kalau gua ada aktiviti cam shopping ke apa ke asalkan keluar rumah. Gua rasa gemuk kalau asyik duduk rumah even gua tak makan. Perasaan TERASA gemuk tu sangat menyakitkan even gua tau body gua fit baikkk punya ala-ala Halle Berry. Miahaha. By the way, petang ni gua nak pergi kedai gambar sebab gua nak gambar passport yang ada muka gua. Lu tak faham lu diam. Gua ni, kalau insan yang lampi-lampi ni, gua simpati sikit. Very pathetic. KAHKAH. Okay ah. Gua punya lesen L punya gambar tu ada error. Apsal tah. Mesti sebab gua comel sangat takpun sebab gua pakai tudung belang-belang tu pasal dia ada error masa nak upload. Gua taktau ah apa dosa gua sampai kena pergi kedai gambar lalu mengambik gambar passport yang ada muka gua. Pathetic! -__-


Tadi dekat sekolah waktu English, teacher suruh gua satu class bincang pasal isi-isi essay tentang report yang hendak dihantarkan kepada principal oleh sebab canteen yang bermasalah (apsal berterabur neh ayat gua neh?). Tapi camtu ah lebih kurang. Pastu teacher pun mula tanya apende isi-isinya. So bila bab mereject orang memang number one! Budak-budak class gua apa lagi, semua kekurangan canteen sekolah sendiri diburukkannya. Antaranya;

-makanan asik yang sama je, takde variety.
-dalam makanan ada kaki lipas.
-lantai kotor.
-sink tersumbat.
-abang canteen kaki ngorat, miang & pervert pastu tak handsome.
-banyak burung gagak.
-banyak taik burung gagak.
-harga jualan tak reasonable.
-pekerja dia kuat sweating.
-canteen surrounding busuk.


Bila dah terkantoi sume mende tuh, gua pun mengucap syukur bahawa nasib baik gua ni jenis student yang tak gemar sangat canteen's foods. Gua tak kebulur sangat ah nak makan. Hahaha. Seronok betul mereject dan mengutuk ni ya. Ye aaarrr, perbuatan berdosa ni memang sedap je dibuatnya. -___-










Okay ar. Salam perpisahan buat entry kali ini. Sila jangan lupa beri salam kerana saya sedia menjawabnya.

Waalaikummussalam :)



:)



Sunday, July 12, 2009

*Kihkihkih


Last night, my beloved lovey dovey Kak Shepa called me.

Seronok!
Ya! Sangat-sangat. HAHA.
Sebab sedap dok bercerita tentang seseorang.


Okay we've new topic today!
(berdasarkan topik I dengan Kak Shepa malam semalam)




Betul ke lelaki TAK SUKA berkawan dengan lelaki yang bajet market alias bajet handsome alias nerdy alias BUKAN seorang yang hu-ha hu-ha (istilah I dengan Kak Shepa semalam).

I dengan Kak Shepa sebenarnya sama-sama mengenali lelaki itu.
Kak Shepa actually terkejut bila i describe more about that guy.
Kak Shepa mula-mula macam, Ah malas ah nak cakap dengan Feeqa pasal ni, since, kut-kut Feeqa punya thoughts lain keee....



But atlast, we've the same thought about that guy okay!
Dia wondering, patutlah that guy tak ramai kawan lelaki.
SEBAB i pun cakap, masa dekat sekolah dulu, dia takde bestfriends langsung!
Malahan, semua budak lelaki macam kurang berkenan dengan dia.
Tambahan lagi, ACTUALLY, budak-budak lelaki semua gelar dia 'straight'.
Sangat funny sebab straight kan maknanya LURUS. Atau lebih tepat, LURUS BENDUL.


That guy ni sumpah kacak. SUMPAH gua cakap.
Tapi dia punya species en, once girls nampak dia sume cam,
Omaigod! So charming! *gila bayang.
(except i & Kak Shepa hehhh, HAHA)

TAPI,
once mana-mana LUCKY girl (lucky lah sangat) dapat mamat nih, dia akan WAJIB mula rasa,
Omaigod, apsalla balak aku ni gila annoying. Sikit-sikit bagi ceramah. Pergi mana-mana aku kena control ayu sebab mamat ni siikiiiitttt punya control macho. Harap muka je deadly handsome tapi kerja control macho dopopatjam, baik aku angkat kaki camnih. Dahla kerja control macho, pahtu, suka bagi ceramah pelik-pelik yang boleh buat semua orang annoying. Taknak aku!


Okay, kita pendekkan cerita since i dah mula tak sabar nak angkat punggung,




That guy ni JUGA sangat suka menarik perhatian orang.
Salah satu caranya adalah dengan mengambil bahagian di dalam parti politik di dalam KMJ, supaya sume orang boleh kenal dia and sume girls boleh jadi gila bayang dekat dia.




Eh apa ni? Ni dah jadi entry mengumpat neh.






















----------------------------------------------------------------------



Takdelah. Back to the main point, adakah lelaki sememangnya tidak suka bermember-memberan dengan lelaki begini?
Tapi i rasa, lelaki yang kepala hu-ha hu-ha je yang malas nak layan lelaki kepala nerdy macamnih.
I rasa laaa....
Sebab, i dah ada bukti dan saksi.
I juga dah lama buat kajian.
I juga dah lama buat pemerhatian.


Okay, senang-senang, i buat hobi i ah cam biasa, i suka sangat put myself on others shoes.




Kalau i, i suka kawan dengan perempuan yang camnih.
SEBAB, boleh tumpang glamour. HAHAHAHAHA












And lupa pulak nak beritahu,
i dengan Kak Shepa punya taste, (ewah ewah)
WAJIB yang kepala tak berapa nak betul @ hu-ha hu-ha.
Nerdy-nerdy, control-control macho nih dah tolak masuk loji kumbahan dah.


TAPI,
ha, ada tapi neh....

Nerdy tu biarlah berpada-pada. Lu nak nerd-nerd in rules ke, studies ke, okay ah kan. Tapi dengan awek pun lu nak nerd-nerd, control macho bagai, jangan sampai gua seret muka lu kat jalan tar (jalan BERTAR heh, bukan Jalan Tunku Abdul Rahman) masa tengahari pukul dobelas hehh (wah, alergik sungguh nampaknya?)









Walaubagaimanapun, kadang-kadang, kalau nerd-nerd tapi penuh dengan humor, omaigod, sangat comel aahhhhh :D
*tetibe terbayang budak medic sebab................

(omaigod, MY TASTE! HAHA)



Friday, July 3, 2009

Tolonglah kenapa sedap sangat neh?

I'M THE LUCKY ONE by Anuar Zain. Yeah, its my lullaby song dua tiga hari nih. HAHAHA. Tak tak. INI SERYES. Okay, get it? Ianya memang lullaby song saya :D


Entah kenapa macam sedap sangat je lagu ni kenapa tah eh? Rah cakap tak best langsung. Mungkin tengah mood sentimental so lagu ni jadik best pula pada pendengaran tuan punya blog nih.

Taktak. Once, aku cakap sedap, maknanya sedap lah kan. Siapa tak download lagu nih after baca Fee punya blog ni siap dia.

Okay lama rasanya tak bercerita panjang ya sesama kita. Ni rasanya dah 2 minggu lebih aku berpuasa selain daripada berpuasa sunat bulan Rejab, puasa untuk menurunkan berat badan juga termasuk sebagai salah satu sebab mengapa aku rajin berpuasa kebelakangan ini. Selain itu, nak prektis perut ni haaa lagi berapa minggu je nak puasa Ramadhan. Okay tiada motif apa-apa pun pasal puasa ni CUMA nak cakap bahawa semalam ayah menegur aku dengan comel sekali,

'Eh apsal montel sangat ni? Puasa pun montel jugak'

Aku hanya tersengih sambil berbuat pekak dan bangang. Ayah pun bergelak. Kemudian berkata,

'Takdelah gemuk mana pun. Okaylaaa. *&^%$#@!+}'

Ade lagi yang dia cakap ayat kat belakang tu cuma segan pulak nak pampang kat sini. Malulah sikit...... Tu yang kita letak simbol-simbol, konon-konon lah kan, haha.
(mengidam nak makan Chicken Mcnuggets, isk isk)

Tak mengapa. Tiada banyak kerisauan tentang bentuk tubuh badan ketika ini. KERANA pelajaran adalah segalanya buat masa ini. Lantaklah nak jadi apa pun dengan tubuh ini, aku REDHA selagi tidak dijangkiti penyakit berbahaya pembawakan babi durjana. Nauzubillahhimin zaliq..
(semalam mimpi satu taman daya kena H1N1. Sedih aku sampai nangis-nangis dalam mimpi tuh)

Minggu ini juga sudah bermulanya tuition express. Maknanya tuition yang last minute lah sebab SPM tinggal beberapa minggu je neh. Kehkeh tak ah jangan gabra, jangan gabra. Lagi lebih kurang 3 bulan lebih je agaknya. Masih sempat nak pulihkan apa yang TIDAK A1, apa yang fail, dan sebagainya. Pucuk pangkalnya diri sendiri.

Aku memilih private tuition kerana aku tidak boleh belajar seperti tuition macam class tu. Nanti kalau ada yang tak faham je jadi malu nak tanya. Dah orangnya pemalu nak buat cemane kan. Jadi, langkah terbaik adalah dengan mengambil tuition persendirian (eh betul ke perkataan nih?)

Alhamdulillah setakat ini, Cikgu Hadi selaku cikgu Matematik dan Matematik Tambahan telah memberi tunjuk ajar yang sangat baik sehingga terasa bahagia sebab dah rasa macam pandai sikit. Sikit pun jadilaa kan kerana mungkin ramai yang sudah merasa betapa tak senang duduknya apabila menyedari diri tidak pandai atau dalam bahasa kasarnya, bodoh bangang. Korang semua mesti pernah rasa kan? Lepastu lagi tak best kalau musuh-musuh kita result dorang lagi hebat. Eih, takleh jadik neh, dalam hati berkata. Tidak mengapa, cemburu yang sihat. Selamat maju jaya kepada anda yang mahu menyaingi musuh-musuh durjana anda.


Sesungguhnya minat aku pada masa hadapan, langsung takde kena mengena dengan bidang sains even sekarang berada di dalam science stream dan mengambil subjek-subjek paling tough SPM (yelah kut, pada akulaaaa). Haritu pergi Pameran Kerjaya pun banyak isi borang, tick dekat course yang berkaitan dengan Hospitality & Tourism, Communications dan Computer Science. Ahaha. Medic ke, pharmacy ke tak pandang pun. (ceh, berlagaknyaaaa..)

Bukannya apa, dah tuan empunya body sudah berminat ke arah tu kan jadi tokleh nak kata apaa aaa... TETAPI, setelah sudah mahir sedikit subjek Matematik, terasa macam nak jadi Quantity Surveyor. Kerja macam ayah, kira-kira itu dan ini. Seperti seronok. Selepas grad, terus masuk ke company ayah dan duduk di kerusi director. Betapa masyuknya hidup. Tidak perlu risau soal bulan depan nak shopping apa sebab otak dah kata awal-awal, harini nak shopping apa haaa. Ha boutique tu haritu tak masuk lagi nih.
HAHAHAHA asal paragraph nih seperti sangat meluatkan haaaa?


Kadangkala seperti tidak mahu ke matrix memandangkan ilmu sains empunya diri tidaklah sehebat mana MALAH tidak hebat langsung. Tak macam Muzamir (budak terpandai sekolah), tiap kali exams, sume subjek sains kau pegang A1 takpun A2. Apsalla kau ni annoying sangat haa? (takpe takpe, cemburu yang sihat) :p

Tetapi, aku tetap memohon matrix memandangkan kita manalah tahu rezeki kita di mana bukan? Kut-kut tiba-tiba dapat matrix and tiba-tiba jadi pelajar yang paling tercemerlang sume subjek di matrix. Wah wahh amin ya rabbal 'alamin.... :)


Walaubagaimanapun, ayah dan ibu mahu anak sulungnya ini menjadi seorang pengacara TV suatu hari nanti. Tak kisahla glamour ke tak sebab niat sebenar mahu menjadi seorang pengacara tv adalah demi kepuasan diri apabila BERJAYA bercakap dengan penuh keyakinan diri ketika berada di depan khalayak. Ianya sememangnya satu kepuasan yang tidak terhingga. Kau pun kagum kan bila tengok Farah Deeba mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O dengan begitu elegan sekali selain Nurul Syuhada Nurul Ain yang mengacarakan rancangan Majalah 3 yang pada aku, rancangan tu agak adventure sikit sebab kena banyak berjalan merentas benua itu dan ini dan memerlukan stamina yang cukup demi menyempurnakan sesebuah episod itu.


Tuntasnya, dalam masa 3 bulan lebih ini, aku hanya perlu melakukan satu anjakan paradigma demi masa depan yang diingini. Semogaa perjalanan diberkati dan dirahmati Allah. Ameenn :D
























Entry takde kena mengena dengan tajuk. Eihh annoyingnyaaaaaa...
:)


Wednesday, July 1, 2009

PLKN

HAHA.

Budak class dah 5 orang yang dapat pergi. Dorang semua non-malay.
Kitorang semua ni pun pakat ramai-ramai check guna sms memandangkan Nani & Ro bawak phone. Habis dah credit dorang en sebab satu class kalau boleh nak check.

Dah tu, semuanya tak dapat. Macam tak percaya sebab takkanlah sorang daripada kami-kami ni langsung takde yang dapat? So, memandangkan si Yvonne tu memang dia dah check dulu kat internet bahawa dia diterima ke PLKN, kitorang pun mintak Yvonne punya ic number. SAH sms tu tak tipu. FEE DAN KAWAN-KAWANNYA bebas daripada PLKN buat masa ni. Huhee

Feeling?
Biasa jee. Macam nak pergi, tapi taknak. Kira macam, kalau pergi tak kisah, tak pergi pun alhamdulillah. Wahaha

Ingat nak check dekat khidmat negara punya website je. Nak kepastian lanjut, tapi takboleh masuk en. Mesti raaamaaaiiii sangat yang online website tu. Ergh.

Takpe takpe. As long as, buat masa ni, Fee masih boleh menarik nafas lega :)




.Rindu.
Malangnya, kita tidak dirindui, jadi sila jangan bersikap,
hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong ;p