Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, June 30, 2009

DISPOSAL



'Hey. Kenapa awak letak bag dekat sini? Ingat bilik ni tempat disposal ke?'






-Sambil melihat ke arah saya, sedangkan ramai lagi di situ.
-Dengan bengkengnya saya menjeling dan terus blah dari tempat itu.















Cikgu MUNIR, saya harap cikgu baca blog saya ni. Ameeennnn...

Cikgu, you've to know that you're not supposed to say that.
You're a teacher dont you? MIND THAT. You're using the words that made i HATE you more than everything. So damn rude lah kan.

'Cikgu, pleaselah. CLEAN YOUR MOUTH YANG SEPATUTNYA DAH MCM TEMPAT DISPOSAL DAH. Cikgu tahu tak ni bilik siapa? Bilik cikgu ke? I dont think so. Ni bilik Puan Khairiah. She told us to put our bags here while we're going to Pameran Kerjaya. Get that? HUH?!! And one more thing, bag yang berisi buku yang penuh dengan ilmu-ilmuan ni cikgu panggil DISPOSAL? How excellent of that. Such a good attitude you have, CIKGU.'


I suppose to say that kan? Tapi disebabkan dah marah sangat, I terus blah dari tempat kejadian.
Ergh.
You spoiled my day cikgu.



Monday, June 8, 2009

Congrats Malaysia :)









The media(s)





Malaysia-1 England-0

Congrats lah kan. Tak bazir suara i jerit-jerit ;p
Tapi pada i, dorang menang kali ni pun sebab main dekat padang sendiri & baruu pulak tuh.
Englandians tu mungkin tak biasa kut.

Tapi game semalam (8 june) dengar ceritanya korea mendahului.
Boyfie i kata, masa dia tengok tu, dah 2-0
Ayah pula kata, Korea tu musuh tradisi.
Heheh
Yela kut ;)


Anyway i cuma nak bangga sikit, stadium tu dekat gila dengan rumah i ohkay, HAHA

Sunday, June 7, 2009

I'm just done my KPP


Boring~
Siapa cakap best memang cacat ;p

So saya punya ujian berkomputer next week hari sabtu. Lagi cepat lagi bagus. Legaa..
Lagi cepat boleh drive lagi bagusssssss. Ei ei geram betul. Ibu boleh drive pun kalau dia ada mood, barulah nak hantar kitorang pi mana-mana. Hehehh sorry bu, iqa gurau~

Rah la orang paling happy bila saya dah boleh drive nanti.
'Yeayy nanti kita keluar je kak. Tau-tau je kita dah lesap. Padan muka orang carik kita. Eiii...'













?????










Saya sangat tiada benda nak story. Otak saya sangat kosong, haha. Saya mahu tidur. Saya benci tahan mengantuk semasa ceramah tadi. Haihh nasib baik makcik sebelah mendermakan hacks berperisa lemon kepada saya (alaaaa yang sampul putih kat luar and dalam dia oren tuuu) setelah dia terlihat saya berkali-kali tersengguk-sengguk -,-

HACKS??
Waa saya sangat suka gula-gula itu.
Lagi-lagi yang kaler purple tu. Perisa apa haa?
Blackberry ke blackcurrent?
Eh salah salah! Blackberry tu apaaa... (ceh ada budak tu kan, kan...) :D













Anyway,













Sebab utama saya suka gula-gula hacks adalah.....































HANYA AKU CINTA KAU SEORANG :)





Friday, June 5, 2009

Coretan hari ini sebagai hari Jumaat, penghulu segala hari :)


Permulaan cerita;
Rahang terasa lenguh akibat berjam-jam dok mengunyah bubble yum sampai nak menguap pun sakit haha. Tak best betul, nak gelak pun kena cover ;p


**************************************************


And harini we all adik beradik lepak dengan ayah di Royal Johor Country Club (RJCC). Ada jugak aktiviti akhirnya! Mula-mula thought nak swimming je tapi macam malulah sebab dah besar kan HAHA so saya dengan Rah decide nak pergi gym jelah. Exercise jugak kan.. Adik laki due eko tu macam biasa dorang swimming while ayah pergi golfing. Di gym, saya dan Rah hanya melayan treadmill sebab best gila kut. Saya berjaya mencatat rekod berjalan di atas treadmill dengan jarak 3 kilometer tuuuu. Dan saya juga telah berjaya membakar sebanyak 280 kalori dalam masa 40 minit. YEAY!

Nak tahu tak tadi masa ontheway nak masuk RJCC tu nampak ferrari gila lawa bapak dia ah warna kelabu sumpah gila sporty kereta tu.. Ayah kata tu kawan dia punya kereta nama dia Jaafar. Ayah kata Jaafar ni gila kayaaaaa.. Saya pun automatically teringat seseorang yang dikenali sebagai Fariz Jaafar lalu bertanya,
'Ayah,ayah! Dia duduk dekat area larkin kan? Ayah! Anak dia pun golfing jugak kan? Kan? kan?'
Ayah pun mengiakan. Ya! Saya kenal itu Fariz budak Sekolah Dato Jaafar (nama bapak dia jugak ;p) yang handsome dan kaya raya yang dekat myspace dia ada album tunjuk kereta ferrari bapa dia tuh.. Saya tahu segala tentang dia sebab kawan-kawan saya pernah bercerita tentang dia. Saya kenal girlfriend dia dan dia pernah suka siapa SEMUA saya tahu ohkayyyy.
Kadang kala saya boleh juga digelar mami jarum kerana saya memang tahu SEMUA gosip-gosip liar tapi saya takdelah heboh-heboh dekat orang. Cuma kadangkala TERlepas dekat blog -,-




--------------------------LALOLALALOLA--------------------------




Before pergi RJCC tu singgah office ayah kejap. Sumpah bengang malu-malu sebab staf ayah ramai sedang bekerja. Adik-adik bising buat malu je euw euww.

Memperkenalkan ayah kecintaan saya serta Rah yang *&^%%$@#$ HAHA
(Saya tak mahir langsung main rubic cube, awak?)

Rah sempat online lalu membebel kerana pc ayah tidak terwujud Mozilla Firefox dan membuatkan pagenya kelihatan buruk. Saya sempat mengsyorkan Rah mendownload Mozilla Firefox di pc ayah hahaha.

Ni adik saya yang ketiga. Saya suka buli dia dengan memanggil dia ITAM. Dia tak marah cuma mengamuk sakan lalu mengejar saya sehingga dapat :P Dia suka menjerit. Benci betul sebab suara dia memang sangat membakar hati.

Adik bongsu saya yang sumpah comel pagi tadi kena geletek dengan saya kaw-kaw punya sebab kacau saya dan abangnya menonton TV dengan berdiri di depan TV dengan baju tidur besarnya itu memegang bendera sambil membuat aksi yang sangat annoying. Kadangkala pabila Rah meninggalkan saya pada waktu malam lalu saya ketakutan, saya mengejutkannya,
'Adik,adik, teman akak please. Kakngah tido bilik abanglaa..'
Dia cepat-cepat bangun,mamai-mamai dan berkata,
'Hah apa kak? Em, okay jom..'
Alalala, sangat comel dan nice kan? :D


Dia tak macam adik-adik yang lain. Dia tak kedekut pabila saya mengecek makanan darinya. Dia rajin gelakkan saya. Dia rajin dermakan saya bubble yum. Dia rajin mencucuk pinggang saya dari belakang ketika saya sedang online (haa yang ni annoying -.-). Dia memang sangat baik dan pintar sebab dia boleh main chess dengan sangat hebat dan boleh mengsamakan warna di rubic cube dengan hanya memejamkan mata. Saya tidak reti itu semua. LOL.





Cerita sudah tamat.
Saya mahu menonton Scary Movie 4 di Tv3 sekarang.
Saya mahu bergelak sakan bersama Rah & Itam sebentar lagi.
Adik tiada :(
Keluar dengan ayah & ibu.

Thursday, June 4, 2009

Hari terakhir Biology Extra Class

Takde benda sangat nak cerita TAPI saya sangat suka datang ke extra class biology ni haa sebab Cikgu Khatijah memang sporting habiss! Beliau ada myspace tapi saya segan nak add beliau, hahaha.
Lihatlah gambar-gambar yang telah disnap dengan hanya menggunakan handphone bercamera 3.2 megapixel ;p

Saya sedang berborak dengan Abyll (berbaju merah) tentang seorang minah yang konon-konon hot stuff dengan bercakap di telefon sorang-sorang kononnya ramai oranglah yang call dia kan, sekali je, sedang dia bercakap sorang-sorang di telefon, telefonnya berbunyi betul-betul. Tergamam minah bajet hot itu. Dah kantoi~


Mempersembahkan Shiro punya keychain anjing (pemberian ex boprennya) yang telah dibakar sedikit kakinya menggunakan lighter HOHAHA



Kenapa saya tidak turut bergelak? Adeh adehhhh :p

Memperkenalkan, Syauqi & Nani,hee


Cikgu Khatijah yang mula-mula segan wajahnya disnap lalu candid sajalaahhh ;)

Ini adalah salah satu struktur di dalam human kidney. Struktur ini dipanggil Pyramid ;)

;p





Semalam dapat main kejar-kejar dengan hide & seek tapi harini tak dapat main sebab dorang taknak main. Punyalah Fee & Mila beria nak main,haha.
Pengetua tengok pun tak marah. Haaa bestbestt!













Full of loves, hugs, and kisses,
Fee



Tuesday, June 2, 2009

When We're Hungry


Gila lapar sebab dah banyak hilang tenaga semasa jogging tadi so pabila malamnya mulalah mencipta sesuatu untuk dimakan. Taknak cerita panjang-panjang sebab malas,hahaha

Baiklah. Inilah bahan-bahannya. Ceh. Garlic paste tu kitorang masing-masing takreti nak bukak. Suruh bibik, dia pun takboleh. Tapi tujuan utama beli garlic paste tu adalah untuk sapu pada roti dan bakar dan jadilah ianya garlic bread lalu memakannya bersama mushroom soup. Tetapi, alangkah malangnya apabila kami tidak cukup tenaga untuk membuka penutup garlic paste tu yang masyaAllah punya ketat. Haihhh..

HAHAHA. Okay kenapa gelak? Sebab mushroom soup tu adalah mushroom soup segera! Tak perlu nak letak dalam periuk lalu memasaknya sehingga mendidih blablabla. Baiklah sila beli jenama VONO. Rah kata Vono lagi marvellous dari Campbells. Kakak Rah tatau pape. Dia bedal jenama pape selagi ha lam alif ha.

Bila tak dapat makan dengan garlic paste tu, lalu kami dengan bijaknya menyapu butter pada roti lalu........

Taraaaa membakarnya di dalam toster! Sumpah lemak berkrim serta rangup pulak tu. Eeei pergilah try. Best gilaa. Lagi-lagi untuk seseorang yang mengamalkan diet ;)

Rah punya soup cair sebab dia letak satu packet dalam satu mangkuk. Kakak dia punya souplah terhebat. Dahla mushroom campur ayam. HAHA sumpah sedap sebab pekat sebab letak dua packet tak macam Rah ;p


Esok-esok kami post resepi Rendang Ayam Ala Mexico.
Nak?
Ahhh belum belajar lagi. Rendang ayam Malaysia pun tak lepas :p

Finally, I Feel Better :)


Alhamdulillah. Aku paksa jugak untuk jogging tadi sebab duduk rumah tak buat apa-apa yang boleh menaikkan berat badan so baik kita jogging kan even tengah sakit-sakit..

Separuh pusingan dah mula termengah-mengah, dalam hati, Kenapa sesak sangat nafas nih? Adeh nak pengsan ke aku nih? Eh, okay stop jap, tarik nafas dan terbatuk-batuk sehingga sakit dada. Isy apalah aku ni sakit pun nak exercise. Isy isyy. Apa-apa pun, aku memang teruskan jugak jogging tu. Berpeluh jugaklah kan. Lepastu tiap kali lalu depan taska tu je budak-budak kecik tu mesti try nak ngorat (;p) Aku taktahulah kenapa, mungkin dia pelik kut tiba-tiba je aku selalu jogging kat situ kan. Akak, akak pakai tudung! Akak, nama siapa? Ala akak sombongnyaaa. Sebabnya, aku dengan muka garang terus meneruskan larian. Sebabnya lagi, Rah buat aku bengkeng. Sebab apa dia buat aku bengkeng? Sebab berkira sangat! Nyampah.

Lepastu lagi, nak pergi beli topuplah kononnya. Rah pun nak topup jugak sebab dia punya dah expired (ceh, nak cerita jugakkkk). Aku pun dah bape hari dah kan tak topup maxis tuh. Rinduu Kak Sheepa double triple. Kalau tak, ada je benda dia nak story since dia masuk matrix nih. So aku dengan Rah pun plan nak pergi kedai dekat-dekat situ je tapi risiko sumpah tinggi even kedai tu dekat. Apa risikonya?
ANJING. Berlambak gilalah lah kan bertempiaran semua.

Mula-mula aku cam, Em pergi jelah, dalam rumah je tuuu.
Rah pun, Okayy.. Jom..
Bedebah! Anjing tu kat luar lah. Blah blah!
Kak, kau boleh relax tak? Kang dia nampak, dia kejar laaa
Diam ah, lari bodoo..
Kau ni sengallah!

So aku pun lari. Rah ikut tapi menyumpah seranah. Anjing tu tak kejar punn. Saja buat gimik sikit.. ;p

Atlast, kitorang pun sama-sama berjalan kaki menuju kedai topup yang sumpah jauh lah kan. Risiko nak kena culik pun tinggi. HAHA. Okay bergurau.

Jalan punya jalan Rah asyik membebel je.. Mungkin sebab dia rimas dengan sikap aku yang asyik menggelabah tak tentu pasal ni kan. Weh bawah lori tu kut-kut ada anjing, kau tengok-tengokkan.. WEH! WEH! Keretaaaa.... Weh tengok tu! Eiiii..

Kau ni kenapa kak? Bukan ada pape pun. Rasa tak selamat ah jalan dengan kau ni. Baik ikut jalan tadi even jalan tu banyak anjing. Eii eiiiiii! Rimasnya!

Diam ah. Kau nak ikut kan?

-.-

And atlast, selamatlah credit masing-masing terisi even memang banyak gilalah dugaan -,-



















Haha okay pergi dulu ya. Jumpa di post akan datang tentang cara-cara membikin Mushroom Soup semasa ketiadaan ibubapa dan dua ekor adik lelaki useless di rumah, HAHA. Ha! Lupa nak cerita ni haa, bila kita exercise masa sakit, means buat akitiviti mengeluarkan peluh semasa tidak sihat, tubuh akan cepat berasa okaayyy. Percaya taww. Serious berkesan, alhamdulillah :)

Anyway.....






Tiba-tiba, masa mandi tadi ternyanyi lagu ni. Tiba-tiba terasa menusuk kalbu. Tiba-tiba terasa sayu. Tiba-tiba teringat dia..

:D