Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, May 30, 2009

Taipan dari hati,


Okay baiklah. Sebenarnya dah laamaaa saya nak post benda ni tapi macam takde masa je nak story kan. Sebab cerita ni macam agak complicated sikit KUT. Entahlah kan tapi saya memang kena taip benda ni tapi benda ni sebenarnya tak taip pun takpe. Entah entah ;p



Mari mula. Diminta dimulakan dengan Basmalah. Bimbang apa-apa berlaku selepas baca post ni kangg..



PROLOG;
Saya tidak sabar hendak habis sesi persekolahan tahun 2009 ni. Kadang-kadang saya semakin bosan menghadap manusia-manusia yang agak annoying di sekeliling saya yang mungkin sudah 5 tahun menjadi rakan sekelas saya. Kadang-kadang juga saya terloya sendiri melihat satu, satu manusia yang mungkin sedang dalam proses melangkah ke alam pengakhiran usia keremajaan.

Setakat ini, yang paling saya tidak tahan ada antara mereka yang kerap membuat lawak tidak jadi sehingga saya membuat muka 'jerk' tatkala mereka habis melawak. Kadang-kadang saya berkata, 'Kelakarnyaa' dengan nada toya tanpa perasaan. Lawak mereka itu pun bukan lawak berlesen yakni lawak yang menghiburkan TETAPI sila highlight di sini bahawa bahan lawak mereka adalah dengan cara mengajuk cara seseorang itu bercakap ATAU mengejek cara seseorang itu. Saya juga kerap menjeling tajam mereka-mereka ini dengan mesej yang bermaksud, 'lawak kau tu macam *^%@#%^&&%$@#'

Saya tiba-tiba teringat post Syahmi tentang dia sangat pantang orang-orang yang culture shock. Maksudnya orang yang baru 1st time masuk town dah nak hidung tinggi macam *&^^%$#@. Lebih kurang macamtulah kut. Tetapi, saya pula sangat pantang orang yang ............... (tiada specific word untuk ini tetapi saya tiru Shiro punya ayat lah) yakni; Macam Bagus. Selalunya saya sebut, Orang Kerek je.

Saya punya seorang kenalan yang sebegini. Di sini, saya ingin tekankan bahawa sememangnya hampir kesemua manusia di dunia ini yang mempunyai sikap Macam Bagus ini. Saya juga tidak kurangnya. Ya, akui sajalah kan. Tetapi ya anda semua, adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila seseorang itu asyik-asyik membetulkan percakapan seseorang itu dan mereject fakta-fakta seseorang itu sedangkan fakta masing-masing bukanlah betul pun. Jadi, tidak perlulah hendak mereject percakapan seseorang itu dengan ayat;
'Eleh kau ye ye je. Suka hati kau je cakap macamtu. Setahu aku blablabla....'
Mulalah hendak menjadikan nada percakapan sebagai sesuatu yang sangat super duper muper menjengkelkan yakni nada bongkak disertai pakej membuat raut wajah yang sangat kerek. Yelah, saya faham, mungkin anda RASA fakta anda tu BETUL sangat tetapi silalah menegur rakan anda itu dengan nada yang sopan. Elok-elok. Supaya tidak mengecilkan hati siapa-siapa dan membakarkan hati siapa-siapa (???) ;p

Saya tidak pernah diperlakukan demikian oleh orang yang dimaksudkan. Mungkin kerana saya seorang yang malas hendak debate. Dan mungkin juga si pulani ini tidak pernah menentang fakta saya mungkin kerana saya bukanlah sahabat kamceng dia pun. Jadi, pabila dia dengar apa yang saya katakan, dia pun diam sahaja takpun menentang secara diam dan mungkin juga kerana fakta saya sama dengan fakta dia. Yeayy HAHAHA.

Apa gelak-gelak? Serious seriouss. Heihhh...

































Saya juga kadangkala apabila sudah berapi sangat dengan sikapnya yang suka sangat menegur orang dengan nada yang menjengkelkan, saya cepat-cepat membacking orang yang ditegur secara kerek itu. Dan seperti kebiasaan, dia terdiam. Mungkin dia tidak terfikir apa yang telah saya katakan itu. Kerana .......................................
(harap maaf, ayat selepas ini agak kasar sedikit bunyinya),

ilmu yang dia pelajari setakat usia 17 tahun ini tidaklah sebanyak mana sehingga hendak menegur orang cara kerek macam diri sendiri sudah bagus sahaja.

(AGAIN, harap maaf).

Membaca al-Quran dengan teratur pun tidak fasih lagi. Tajwid semua habis dilanggar.

+__________+


Tolonglah, si pulani, muhasabahlah diri anda. Saya merayu. Sudah banyak hati yang terluka kerana anda. Kata-kata anda itu sangat tajam sehingga telah banyak menghiris hati-hati orang sekeliling anda. Make surelah diri anda mungkin sudah setaraf dengan Ustazah Siti Nurbahyah jika hendak menegur orang lagi-lagi tentang isu-isu agama yang anda sendiri pun tidaklah betul mana....

Dan silalah menegur dengan cara yang sopan, elok, berbahasa. Bukan dengan cara kerek seakan-akan andalah yang terhebat, andalah yang teralim, andalah yang terbijak, andalah yang terbaik personalitinya!






























Saya sayang semua rakan sekelas saya. Baik lelaki, baik perempuan. Kebanyakan mereka sudah hampir 5 tahun sekelas dengan saya. Macam Anuar, dari sekolah rendah saya sekelas dengannya. Sorang, sorang saya perhatikan tumbesaran mereka baik dari segi mental dan fizikal. Haha. Pelajar lelaki yang kebanyakannya semasa form 1, mereka kalah dengan ketinggian saya, kini, semuanya sudah lebih sejengkal tinggi daripada saya. Begitu juga dengan sikap masing-masing. Ada yang berubah, ada yang tidak, ada yang okay, ada yang tidak okay..
























EPILOG;
Saya bukanlah hendak kata saya baik, saya elok, saya tak reject orang, saya hebat TETAPI, biasalah hati manusia mana pernah puas kan?
HAHA
(ceh fee tak puas hati dekat orang nak story kat blog en.)

Mendeh awak ni. Haha.


Bak kata saya tadi, saya sayang semua orang jadi apa salahnya saya tegur. Secara baik taw. Saya tak reject atau cakap,
'Kau ni annoying gila sial hitam jelaga karat. Kau pikir kau bagus? Pegi meninggallah kau babi..'
See? Cantik betul bahasa. Isy nyesal betul type ayat atas tuh Eii jap gi delete ah. Ei buat rosak blog je. Ei ei eiiiiii..

HAHAHA

Nak terasa ke tak ke, terpulang. Sendiri makan pizza, sendiri rasa Hawaian Chicken (ni nak story, baru je lepas makan pizza ni, kehkehh) Miahahahaha.




Dahdah, azan maghrib sudah berkumandang, cepat-cepat solat cepat! Dah mandi? Belum? Laaa... Okay-okay kalau dah mandi, and plan nak keluar lepas ni, silalah capai baju@tudung@selendang@seluar@ blablabla berwarna merah kerana mengikut feng-shui, warna merah adalah bersesuaian dengan hari Sabtu. InsyaAllah ianya akan mewujudkan keyakinan dalam diri anda serta semangat yang membuak-buak.
Saya sememangnya mengikuti feng-shui tetapi tidaklah terlalu bergantung padanya semata.
Isy isy tak elok tu..
Tetapi, cukuplah sekadar apabila wujud undang-undang sebegini dan kita mengikutinya, kita akan rasa macam best jee, seronok jee, untuk mengharungi kehidupan seharian kita.
InsyaAllah ;)




Kancing baju bersama suasa,
Suasa dibeli dari pekan,
Andai ada tersasul bahasa,
Harap maaf dinda pohonkan.


Sekian, salam kasih sayang bersama ciuman muahmuahh untuk anda yang sedang membaca.
Weehuu weehuu :D

Wednesday, May 27, 2009

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya :)


Saya dengan bangganya ingin mengatakan di sini bahawa;
Saya baharu saja selesai berjogging!
Ceh baru je kata perempuan yang banyak lemak adalah HOT. Kuhkih Kuhkihh
Bukannya apa, saya berjogging adalah kerana saya sendiri berasa tidak selesa dengan tubuh yang mungkin bersepah-sepah lemaknya. Terasa kurang keyakinan diri mungkin? Ya, mungkin.
Ada orang yang selesa malah ada juga sebaliknya.

Selain daripada itu, saya juga mahukan kaki yang cantik bak Nicole Kidman. Waaa pasti adorable memakai skinny berwarna-warni. HAHA. Eleh kata dah taknak pakai skinny dah (Rah yang kata). Rah kata dia hendak menutup aurat dengan sepenuhnya selepas ini. Tidak mahu pakai skinny ketat dan tee ketat. Miahaha. Malahan, dia mengajak saya untuk meggayakan sesuatu seperti long dress & mungkin harem pants. Saya teruja juga. Sekali-sekala menukar cara berpakaian apalah salahnya? Bahkan kita diwajibkan untuk menjadi seseorang yang bertambah baik & elok dari hari ke hari. Bukannya bertambah hodoh fi'ilnya. Alolo, jadi Ustazah Siti Norbahyah sebentar. Ingin dikongsikan di sini, saya merupakan peminat setia ustazah anggun itu.

Berbalik kepada long dress dan harem pants tadi, jikalau digayakan dengan boot pasti lagi anggun bukan? Waaa :p (Dalam hati, nak kena kumpul elaun setahun ni.) WAHAHA
Bilalah nak kerja ni? Takpun, bilalah ayah bermurah hati nak belanja we all shopping nih? Adeh adehhh.. ;p

Ha! Sudah hampir jauh kita meninggalkan topik jogging tadi ya. Baiklah sambung,sambung..
Btw, saya hanya sempat berjogging setengah jam je kut tadi. Memandangkan saya terserempak dengan abang yang semasa saya bertingkatan 1, dia bertingkatan 5. Semasa saya tingkatan 1 itulah dia kerap play eyes dengan saya. Baiklah sila MEmelayukan dua perkataan itu. Saya segan dengan abang-abang super senior nih. Abang lain takpeeee...... *Senyum miang.

Sebelum itu, ada juga terserempak dengan budak junior form 3. Si Amirul Kusyairi dan rakannya si genius, Noor Mohd Noh itu. Dia sempat menegur saya dan bertanya soalan yang sering juga ditanya kepada saya, 'Eh Kak Feeqa, adik mana?' Saya yang blur menjawab, ada kat taman tu yang baju kuning tengah main boomerang tuu (dia menoleh ke arah taman dan membuat muka pelik.) Saya tersedar sesuatu! 'Oh! Adik yang mana? Yang perempuan ke?' Amirul mengangguk dan tersenyum. Noor si rakan pula berkata,' Alaa yang Nadzirah tuu..' Saya tergelak dan berkata bahawa Nadzirah berada di dalam rumah. Amirul kemudian berkata byebye kepada saya dan dia pun pulang. Dia ni agak comel juga tetapi dia form 3 lah pulakk. Haha okay saya bergurau. Dia tetap tidak secomel dia.

Sebenarnya, saya 50-50 saja berjogging nih. Lagi-lagi pada waktu petang yang panas dan berdebu dengan asap-asap bas sekolah dan kenderaan lain. Sabar jelahh... Untuk menguatkan semangat, semasa berjogging itu, saya menjerit di dalam hati;
'Saya mahu kaki yang cantik! Kaki yang cantik! Kaki yang cantik!'
;)

Ohhh secara tulusnya saya berkata bahawa saya inginkan berat saya kini turun mendadak sehingga sekurang-kurangnya 6 kilogram. Yeaahh.. Mungkin anda sudah bosan dengan statement saya yang asyik ingin kurus ini. Tetapi apakan daya, nafsu makan saya memang sangat dont know how to say. HAHA

Walaubagaimanapun, saya amat berharap agar saya berjaya melakukan anjakan paradigma yang hebat pada tahun ini. InsyaAllah.. :)
















Seperti biasa, saya ingin mempromote bedtime song saya. Huhee Huheee..

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...
Oh...Kasih

Bersabarlah Sayang.. Saat Indah Kan Menjelma Jua..
Kita Akan Disatukan Dengan Ikatan Pernikahan...
Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia..
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi..
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan..



Amin Ya Rabbal 'Alamin..











Eeii anak siapa ini?
Saya dengan tenangnya berkata, anak saya. Eh salah! Bakal anak saya laahh..
Boleh ke cakap macamtu?
Bolehkan je okayhh? :D



Tuesday, May 26, 2009

Super Rindu

Okay. Saya sangat merinduinya. Saya dan rah. Saya gian mahu ke sana lagi. Sumpah saya mahu. Rah siap cakap dekat ayah yang dia mahu ke high school di sana kerana tidak mahu menduduki PMR dan SPM. Hehehh. Mendeh tah. Saya pula belum puas berjalan di sana. Saya belum puas menjelajahi setiap pelosok dunia di sana. Kerana semasa saya bercuti di sana, saya demam teruk. Teruk ke awak? Err teruk jugaklah sampai muntah-muntah saya. Yeke? Taklah janganlah percaya, saya demam biasa je. Tapi kira demamlah jugak.

Actually banyak benda di belakang tabir yang saya tidak cerita di entry Gold Coast saya itu. Baanyaakkk KUT. Gambar pun memang banyak sampai 400 keping tapi beberapa je sempat ditayangkan di blog. Haihh. Baiklah mari kita mengenang kembali saat-saat manis saya sepanjang di Gold Coast, Australia.


*************************************************

-Esok nak bertolak, harini baru nak basuh kasut. Cool tak? Cool lah sangat sebab kasut tu tak kering-kering! Haha. Sampailah hari ketiga kat sana baru kering sebab jemur kat balkoni hotel. Ingatkan pergi Movie World nak pakai kasut tu. At last, pakai flip flop je. Saya start memakai kasut tu semasa melawat Sea World (hari ketiga). Paling best, kasut tu berbau sangat harum. Maksud saya, kata berlawanan bagi harum kerana ianya tidak kering selama 3 hari.

-Baru beberapa jam dalam flight dah mula mengidam Laksa Penang. Mula merengek dengan ayah kat seat belakang mengadu lapar laksa,ahahaha. Lepastu badan tiba-tiba sejuk sampai pakai selimut double. Merengek jugak kat ayah mintak selimut lagi satu. Ayah dengan hati mulia, membagi saya selimut Mas yang berkaler purple itu.

-Flight transit di Sydney Airport selama satu jam kut sebelum bertolak ke Brisbane Airport. Kemudian dari Brisbane, kami beramai-ramai menaiki bas ke Gold Coast. Perjalanan lebih kurang 80 km.

-Sesampai sahaja kami di hotel penginapan, masing-masing kelaparan. Saya lagilah! Dahla sepanjang penerbangan terbayang laksa. Dalam hati, ni dapat maggie pun jadiklaaa.
Akhirnya saya dan Rah dan ayah bersama-sama mengharungi kedinginan malam di Surfers Paradise ituu mencari 7 Eleven dan kedai-kedai yang sewaktu dengannya. Akhirnya selamat juga kami membeli beberapa paket maggie curry yang tak berapa nak curry sebab ianya tidak mempunyai rasa curry malah saya terlebih meletak air sehinggakan rasanya tak ubah seperti sup sayur kosong. HAHAHA.

-Yeaayyyy esok paginya saya dan keluarga buat pertama kali breakfast di hotel. Menunya sangat simple tetapi, saya ulangi, TETAPI, sangat superb! Saya rindu scrambled eggnya, pancakenya yang mempunyai rasa lemak-lemak manis dan dimakan dengan madu, dan apebenda alah tah macam nugget tapi entahlah ergghhh nak buat breakfast macamtu tapi takde machine nak buat pancake automatic tuh.

-Esok dan esoknya saya dan Rah mula membuat negara itu seperti negara sendiri. Ah apakah? Bukan bukaann. Maksudnya, kami sering berdua-duaan kemana saja kami pergi. Macam dah biasa. Breakfast berdua.... Tiba-tiba teringat amoi jaga kaunter tu. Eh ehh amoi pulak! Minah saleh cantik yang jaga kaunter cafe tuu.
'Good morning, did you have a great day today? Room number please?'
Sambil tersenyum dengan senyuman manis super mesra.

-Tak lupa, kami juga sering menggunakan khidmat internet di lobby hotel. Selesai je dinner, terkedek-kedek ke lobby hotel dan menuju ke reception. (sempat lagi bernafsu nak online)
'Nak guna internet boleh? Kami berdua taw. Setengah jam 6 dollar kan?'
'Yeah boleh. Sila ambil pin code ini dan type pin code untuk mengactivekan pc.'
'Terima kasih.'

Ceh. Macamlah Australians boleh cakap Melayu.
(Ada kisah lucu di sini. Semasa kali pertama saya online, saya hanya sempat online 15 minit pertama sahaja, KERANA, saya pergi menyahut seruan alam yang meronta-ronta serta memulaskan perut saya. Isy, story dalam kelambu niyh! :p Dan saya banyak rugilah kan kerana 6 dollar tu dahla lebih kurang Rm15. Adoy. Takpe, seruan alam punya pasal.)

-Sama juga semasa berjalan-jalan di pasar malam di situ.(Pasar malamnya sangat suci ya tanpa sebarang bau rokok seperti di Malaysia. Eh apani hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri bukan? hehe) Tiba-tiba ternampak gerai cupcake yang sangat cute berwarna pink! Awwww mesti best kan cupcake dia!
Secara spontan dan terujanya,
'Ibu! Nak cupcake tuuuuuuu..'
Serentak saya dan Rah berkata.
Ibu membuat muka ragu-ragu. Tetapi saya terus menarik tangan ibu menuju ke gerai tersebut.
Saya faham perasaan ibu lalu saya terus berkata;
'Sangat comel! Boleh saya tahu kandungannya?'
Perempuan berkulit putih berketurunan mat saleh (WTF?!) itu tersenyum mesra dan mula menerangkan isi kandungan cupcake itu..

Beberapa minit selepas itu, saya dan Rah seperti kera mendapat bunga. ^.^

-Dan mungkin untuk pengetahuan semua, warga Australia sangat berhemah tinggi! Mereka sangat mesra. Tidak membuat raut wajah mengumpat apabila ternampak orang-orang yang pelik lalu di hadapan mereka. Tidak memandu kereta dengan laju dan dengan sopannya, memberhentikan kereta pabila saya dan Rah baaaruuu sahaja hendak melintas jalan. Yeah they are too humble. Tambahan lagi, bagi lelaki-lelaki miang yang gemar membuat aktiviti mencuci mata, saya berkata dengan hati yang luhur, tulus, serta ikhlas, silalah berkunjung ke Australia kerana mereka menyimpan berjuta HOT CHICKS. Miahaha. Saya sebagai perempuan pun kadangkala turut mencuci mata saya. Menyorot mata tatkala mereka lalu di hadapan saya adalah sesuatu yang menyeronokkan (WTH?!) sehinggalah ayah di sebelah berkata sesuatu yang menjengkelkan. Lalu saya menjawab begini,
'Eeei serabailah ayah ni.'
Jadi fikir sendiri apa yang telah ayah katakan. Kahkahhh.

-Tetapi sebelum apa-apa, saya ingin memberitahu, berdasarkan kajian saya dan ayah yang gemar melepak di tepi-tepi jalan sambil memerhatikan Australians, 70++% daripada mereka mempunyai masalah OBESITI. Tahu apa itu obesiti? Tidak tahu? Sila ke google sekarang! Sekaranglaaaaa... -,- Kerana itulah mereka mempunyai tubuh yang montok serta gebu serta menggiurkan. Ah enough, apa ni cerita pasal perempuan. Nak cerita pasal hero Autumn In My Heart laaaa... ;)
So, bagi mereka yang hanya menyukai wanita-wanita kurus, silalah tukar persepsi anda terhadap wanita tidak kurus atau dalam bahasa lainnya, gemuk, bahawa, once you come to Australia, you'll find that fat lady are much much HOT rather than slim lady. Mind that!
Ceh. Cancel jogging petang nih. :D

-Bytheway! Haa nak ceritaa niyh! Sesampai sahaja kami di Malaysia, means KLIA lah kan, masatu pagi taw. Tahu tak apa saya dan Rah buat? Kami mencari kedai menjual Laksa penang! Yuhuuu ada bhai adaaa... Tapi sedikit malang apabila laksa itu dimakan bersama sambal kicap. Deyyy, lu pikir mi sup ke? Ke soto?
Adehh tapi mengidam punya pasal, telan jugak. Not badd.. *Senyum sikitttt :)


^________^



Wah bangga taw bendera negara sendiri berkibar megah di pintu masuk Movie World. Atas dasar apa, saya kurang pasti kerana tidak sempat membelek sejarah pembukaan Movie World dan apa perkaitannya dengan Malaysia. Eceh.

Semasa persembahan Looney Tunes. Sumpah Comel, kihkih

Wajah sebelum bertolak ke Aussie. Raut yang hampir kepada tidak berapa sihat.

Wajah betul-betul tidak sihat. Sedang menahan sakit yang terasa kronik. Arghh.
Baiklah, saja tipu. Masa ni memang demam tapi dah baik sikit. Rah yang tak sihat kritikal masa tu, sampai dia kata,
'Aku rasa seseme aku ni boleh bawak kepada kematian je...'

Eeii comel comel! Haiwan yang TERpaling kuat plessing yang pernah saya jumpa!

Eii comel comel. Malangnya saya sudah 17... Eh belum! Lagi beberapa hari sahaja lagi.. ;)

Budak demam sempat posing lagih..

Ni jerung kan?

Seaworld. Gambar ikan-ikan saya ambil sampai penuh satu album. Muahaha.
Ikan-ikan ni sangat cutelaahh. Rasa macam nak berenang je dalam tangki tuh.

Eii Patrick! Eii Patrick! Ujar Fee kepada adik-adiknya :)





Tamatlah kisah basi Gold Coast saya. Saya bukan apa. Rindu saya terhadap Gold Coast semakin membuak-buak. Saya kadangkala seperti mahu tinggal dan menetap di sana pula. Tak kisahla Gold Coast ke, Perth ke, as long as it is Australia. Yeaahhh i do fall in love with that country. Tahun lepas, Korea merupakan destinasi percutian kami. Tetapi Korea tetap tidak menandingi Australia di hati luhur saya ini. I promise (kut), I'll be there again one day, insyaAllah.. :)



Sunday, May 17, 2009

At last...



I choosed to perform drama.
Also without any costume.

Lantaklah. Pakai je baju sekolah.
Malas nak tukar-tukar.
Takde mood langsung for tomorrow!

Mulanya, they asked me to sing with Nad.
Izat will play the guitar while me & Nad singing the song by Yuna, Dan Sebenarnya.

But, i cancelled the plan even i've text Izat that i'll go to his house around 5 p.m in the evening.

Malassss...

Drama pun takde mood lagilah bab singing jadah nih..
Dahla practise last minute. Nyampah.
















Anyways,
there's one thing yang buat aku nyampah,
haha

Its more to STATEMENT actually.
A fact!
Tak ingat lah baca dekat mana, tapi...
Fakta tu lebih kurang macam ni,












Peratusan perempuan yang curang: 90.0%
Peratusan lelaki yang curang: 99.9%


Mana gua nak cekau yang 1% tuh? Hope you're the one sayangg :)
Adehhhhhhh..


Cupcake :)

Tadi petang amek cupcakes dekat rumah Fero.
I beli dua je (untuk sendiri makan) :]
Rah beli dua kali sepuluh sebab dia nak bagi cikgu dia esok.
Tapi dia nak bagi cikgu dia around 3 cupcakes je.
Selebihnya dia nak makan sorang, haha.

Senang je cari rumah Fey ni,hee.
Bila nampak dia keluar rumah je,
1st thing yang dia kata,sorry sebab cupcake tu dia buat ter taklawa sebab kelam kabutlah apalah,
BUT
i dengan Rah punya opinion,those cupcakes by Fey ni COMEL & So So nyummy sayangs :)
Fey ni orangnya kurus jee. Cantik of course. Ibu said the same thing also, hehe.



Thankss Fey. Its cute and marvellous!
Un grand merci mon cher :)

Thursday, May 14, 2009

In memories..

Saya tak berani masuk tempat ni. Nanti habis baju sekolah saya yang putih bersih tuh.
Untuk pengetahuan, saya hanya mengsnap gambar dari tingkap yang terbuka.
Mujur tangan saya slim :P
Saya dah cerita ini story. Sila klik.


Nampak tingkap itu? Ya. Di situlah si pengkhianat memecahkan salah satu tingkap di situ lalu membakar langsir.
Aircon itu cair lalu mengeras.


Di kanan itu tempat cikgu Biology saya tidak silap!
Cikgu kata kalau PEKA Bio kitorang hangus, kitorang kena buat balik daripada PEKA form 4 punya. Gilaa...



Even ni bahagian yang boleh dikira terselamat daripada kebakaran, tapi debu & jelaga dia memang dahsyat.


Punca kebakaran adalan di tempat ni. Saya snap di tingkap yang kena pecah tuh.
Tidak dikemas lagi kerana polis tidak membenarkan. Mereka mahu mencari bukti. Nahaslah si pengkhianat.


Masih basah dek pancutan air bomba. Sudah 5 hari berlalu, tetapi airnya masih tidak kering. Bayangkan betapa tebalnya api ketika itu.
Kalau perasan, ada kasut Cikgu Sakdiah kat situ. Kaler pink. Haha. Cikgu-cikgu perempuan memang suka simpan kasut bawah meja. Ngee




Nani tergelak sakan ketika melihat aircon yang mencair paling dahsyat ini. Ya. Bentuknya pabila diperhatikan sangat mencuit hati. HAHA.


















'Woi! Blah blah. Laki Anita Baharom datang!'
Hah? Mana? Mana? Saya kelam kabut simpan phone dalam pencil case.

Ohhh Cikgu Amir. Kongajo betul Shiro kata muka Cikgu Amir cam Anita Baharom punya laki.


Cikgu: Hello girls. Buat apa kat sini? Melihat-lihat tempat kejadian?

Me: Erk yeahh. Tengok-tengok. Sadis betul kan cikgu? Isy, siapa yang nak bersihkan ni? Kalau buat gotong-royong pun belum tentu saya nak datang cikgu!

Cikgu gelak.

Cikgu: Pihak sekolah panggil kontraktor bersihkan. Awak jangan risau. Cikgu-cikgu menderita sekejap jek.

Nadd: Habistu cikgu-cikgu duduk mana? Bersepahlah?

Cikgu: Yeah. Saya duduk surau. Ada yang dekat bilik exam, bilik kh, bilik kaunseling, library.. Haihh..

Me: Tapikan cikgu, kat situ punca kejadian kan? Cermin tu memang belum fix lagi ke before kejadian? Tu yang dorang amek kesempatan kut..

Cikgu: Eh nono. Cermin yang pecah duluu tu dah fix pagi jumaat tu dah cantik dah. Malamnya je dorang pecahkan balik..

Me: Kejam betul kan? Haihhh..
Eh okaylah cikgu, we all ada paper ni. Byeee, thank you cikgu sebab sudi share informations dengan kitorang!

Cikgu: Yeah hehe its okay. Good luck paper physic ya!







And kitorang pun menuju ke class and ready for physics paper.
Bytheway kan, hari-hari saya and Shiro melawat bilik guru. Sedihhh..
And tadi jumpa aunty cleaner..

'Eh you tengok-tengok kenapa? Tolonglah aunty.. Tengok tangan aunty ni..'
Sambil mengunjurkan tapak tangannya yang hitam belegam dek jelaga.
'Erk hehe. Sorryla aunty kitorang memang nak tolong tapi.....'
'Apa? You nak bedak tak? Tak mainlah muka kaler macam you. Meh sini aunty nak sapu bedak kat muka you.'
Mengunjurkan lagi tapak tangan berdebu busuk bau karbon itu!
'Aunty kejaammmmmm! Haha'



Kasihan aunty cleaner. Bila tengok bilik guru, larat ke orang nak bersihkan? Isy banyak benda rosak, nak tukar itu ini.


I wish i'm a millionnaire.....


Sunday, May 10, 2009

I Missed Youu


Currently,
I MISSED ALL OF YOU.
Haha
Saya tak bergurau. I mean it okayyyyyyyyyyyyyyyyy.

Mungkin sebab lama sangat dah tak borak dekat comments.
Tak lupa juga,
si Syahmi yang injured tuu.
Adeh, salam takziah ya Mie.
I tau you cool jek :)

Kepada Kak Shepa, sorry tak reply text haritu..
Fero juge, sorry TER tak reply text youu...
Kak Eda, Shazzy, Afeeqa, Intan Farhana, yang saya rindui MOST!
AND
SEMUA yang berada di dalam topfriends saya :(

Fee sangat merindui yuu ols.

Cuma ingin memberitahu,
Fee sedang menyibukkan dirinya dengan pelajaran KUT.
Fee sudah TERLALU jarang bermain comment di Myspace.
Kalau dulu, bercomment sehingga tak ingat dunia.
Tetapi, sekarang tidak lagi :'(
Eee, sedihnyaaaaaaaaaaa..