Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, April 28, 2009

Unbelievable



We got Naib Johan!
Weeeeee
Serious shit memang tak sangka sangatt!

Dahla kelam kabut bagai dengan prop yang terlalu berlambak. Lepastu scene pendekpendek jek.
Macam merepek pun ada.
Tapi i noticed, judges sengih je sepanjang our drama tuu. Kelakar agaknya dengan my dance with V.K. Tehehe. He's my husband dalam cerita ni. Dance ala hindustan gituu :P
Plus, kitorang punya drama dapat marks for moral value kut.
Budakbudak lain punya drama hebat dengan costumes semua tapi takde moral value dalam drama dorang tuu.
Ada satu school tu persembah dua kali en drama dorang dengan alasan masa persembahan pertama tu sound system dorang shot sebab thunder.
Tak menang jugek.
Judges memang akan bagi banyak markah for moral value.

Saingan pulak memang hebathebat gila babas.
Dalam hati; Ni top five pun susah nak dapat ni...

Tapi bila tajuk drama kitorang tak kedengaran dalam senarai saguhati & ketiga, dada dah mula nak meletop.

The second place is the drama title, WHY THE SEA IS SALTY!

Yeay! Yeay! Yeay!
Berjoget kejap.
Huuheee.

Unbelievable! YaAllah alhamdulillah...


























Bytheway, esok kena bersajak lah pulak. I tak study langsung sajak tu. Dapat je terus simpan dalam beg. Haihh.


Monday, April 27, 2009

Alamakkk



Esok Drama Comp.
Place: SMK Pasir Gudang 2.

Hadoy Hadoy
Kusut chaa.

Baju apa nak pakai pun taktahu lah.
Pening.
Tu yang gedik-gedik blogging jap.
Aiyoo machaaa..

Nak menang nih.
Doa-doakanlah yek (;


Sunday, April 26, 2009

Bengkel Kepimpinan


Takde banyak benda best nak story. Hehehh.
Sebab selesai je bengkel tuu, aku banyak injured.
Siku, lutut, tulang peha, tulang bahu, tulang punggung.
Parah betul. Dengan seluar koyak rabak sebab aktiviti dia lasak-lasak belaka.
Tu yang injured sana sini.

Jatuh saham ni chaa.


Pastu canteen makan tak best. Pertama kalinya, aku makan tak habis.
Tiba-tiba terasa diri kuruss. Wee



Yang paling aku rasa serabai sekali masa kena meniarap dekat canteen sebab ramairamai buat bising. Bacin gila. Aku rasa macam nak muntah siak sebab aku pernah banyak kali nampak orang canteen tu mop lantai guna air kotor. Mencarut je aku masa tuu. Sabarlah wahai hati.. Sukalah tuuu makcik canteen tuu kitorang dah tolong 'mopkan' lantai dia tuu. Ggrr




Malam semalam memang tak best. Haha. War Games. Siot. Aku orang pertama yang tersingkir daripada game tuu. Daripada 93 orang, aku orang first yang tersingkir! Ni semua sebab kebodohan dan kenerdan aku. Tulah padahnya jadi budak skema.

Game dia lebih kurang macam ni.

Ingatkan main hantu-hantu. Ahaha. Sebab masatu pukul 11 malam & kitorang diharamkan pakai baju putih & tudung putih. Pastu diharamkan bawak torchlight. Juga dikenakan membuat password untuk group sendiri. Group aku punya password paling islamic kut; Allahu Akbar :)

Menurut penerangan encik-encik fasilitator, lilin akan diletakkan di sekitar kawasan sekolah. Bila kita dah nampak lilin tu, kita kena pergi dekat lilin tu dan meniup lilin tu sampai padam. Tetapi semasa kita ontheway menuju ke lilin tu, akan ada satu halangan di mana, fasi akan menyuluhkan torchlight kepada kita dan kita tidak dibenarkan untuk bergerak. Once you're moving, consider lose. Even kenyit mata pun tak boleh. Macam main AEIOU batang kayu stop pulak. Hee. Bila torchlight dah dilarikan, atau apabila fasi terleka sebentar, cepat-cepat tiup dan kita layak digelar pemenang.

So situasi aku masatu adalah;

Kitorang jalan satu group. Dah planned, jalan separuh tunduk, so bila fasi suluh kat mata kita, takdelah terkenyit kan. TIBA-TIBA, 'Hah awak yang saya suluh tu OUT.' Aku cam, Erk aku ke? Tunduk sekilas, baju aku dah kena suluh. 'Eh awak yang saya suluh tuu, OUT!' Adoi aku cam, Mana ada aku gerak bhai?

AND aku dengan bodohnya,
'Eh saya ke?' Siap jari telunjuk mengarahkan ke dada. 'Hah betul ke saya? Saya tak geraklaahhh.'

Dah dah awak out. Dia gelak.

OH! Baru aku tau tadi dia acah je! Eee geeraaaammmm.. Nasib baiklah muka cam Farid Kamil. Kekeke



Aktiviti malam tu selesai around 1.20 a.m. Fasi kata 1.35 dah takboleh ada movement. So plan nak mandi, tak jadi. Aku pun kelam kabut capai toiletries and chow. Kebetulan class tempat kitorang tidur tu ada dua class kosong di sebelahnya dan kalau nak turun WAJIB lalu situ sebab itu HANYA jalan yang paling cepat & dekat & mudah. Aku pulak tiba-tiba rasa tak sedap hati sebab tingkap class tu terbukak jek. Dahla tengah sorang-sorang. Jengjengg.........

'Kihkihkih. Kihkihkih.' MAPLEY! SIAPA KETAWA CHAAA! Lintang pukang lari turun. Siak. Tak payahlah nak jenguk aku lalu depan tempat kau kan. Dahla kau gelak cam apa je.

Okay fine. Then, malam tu TAKBOLEH tidur. Lepas je call Abang Shahir, ingatkan boleh tidur. Masatu dah 2.45 a.m something kut. Toleh sekeliling, semua budak dah tidur. Shiro punya tangan pulak dah kat perut aku. Konon-konon nak manja-manja lah kan and aku pun landing kaki kat body dia, kira cam saling hugging lah kononnya. Partner lesbo macam nilah. Sekali dengar, macam dia berdengkur. Aku pun tenunglah muka dia yang jaraknya lebih kurang 2 inci je dari muka aku. Sah tidur dah minah ni! Adoi aku nak buat apa ni?? Dahlah sejuk babas. Selimut takde. Baju short sleeve. Tidur bawah kipas yang bervolume 5. Atas tikar. Bantal rendah. Eee tak bestnyaaaaa..

Dah tak tahan sangat aku pun pergilah slow down kipas. Phewwhh cam sama jek. Gila. Confirm aku tak tidur malam ni. Lepas je slow down kipas, nak pergi baliklah tempat baring, sekali je nampak makhluk tengah duduk ala-ala bertapa gitu.

'Bhai, aku ingat kau dah tido?'
'Tak ngantuk siak.'
'Okay jom buat kerja bodoh.'
'Set.'

Shiro tak tidur lagi! Haha. Best! Kitorang pun main rakam-rakam video pastu gelak-gelak sebab muka cam ape je. Dahla gelap, luckily phone Shiro ada torchlight. Haha. Ingat nak tayang vid tu kat sini tapi serious kalau kau tengok, mesti dah taknak kawan dengan aku lagi. Sob sob..

Then memang dengar bunyi macam-macam. Kan sekolah aku tu tet tet tet tetttttt. Dengar orang jalan kat depan class kitorang tidur tu banyak kali. Pastu paling best masa dengar cam orang main jari kat pintu class. Masatu aku & Shiro baru je lepas gelak sakan. Dengar je bunyik tuu, masing-masing terus diam, baring, tutup muka and tahan nafas.

'Bunyik apa chaa?' Suara ala-ala romantis je lah kan.
'Tah. Kaki Fida tendang pintu kut.' Shiro pandai cover takut. Legaa aku. Pastu sambung balik main. Kacau orang tidur blabla. Budak-budak ni tidur berbagai betul. Berdengkur jangan cakap. Haha. Pastu ada gak yang mengigau. 'Eh Ina, janganlaa. Hehehe.'

'Siapa ngigau tu haa? HAHAHA.'
'Babik babik. Buat lawak pagi-pagi buta. HAHA.'

Pastu dah puas jadi gila, aku pun baring. Shiro ikut.

'Erk. Jom kita try tidur.'
'Jom...'

5 minit kemudiann...

'Feeee... Dah tidur ke?....'
'Ha'a. Bye Ro. Nyte..'


1 jam kemudian...

'Shiro bangun. Mandi laaa.'
Farhana kejutkan.
Tiada respon.
Phone aku tiba-tiba berlagu. Oh alarm. Stopkan dan tidur balik.

10 minit kemudian..

Bangun.
Sikat rambut yang cam hagham.
Capai toiletries.

'Ro. Mandi jom. Nanti ramai ah.'
'Errr. Ngantuukkk....'


Siap mandi, solat sume, berkumpullah kitorang dekat dataran bersama fasi yang paling kejam penipu tuh. Lantak kaulah.

Aku sedang khusyuk menekan punat di telefon. Dalam erti kata lain, sedang bermesej. Mungkin ada tersengih-sengih sedikit kut.
Tiba-tiba..
'Hi abang. Morningg..'

'Hah?'
Ro dah gelak-gelak.

'Kau ni blur sial. Dia perli kau lah bhai. Haha.'
Oh. Aku pun tengok muka fasi tu yang kitorang panggil Abang Jam (Nama Zamri panggil Jam. Sakai jek.) Dia sedang tersenyum-senyum.

'Hehehh.'
Tu je aku mampu ucapkan.
Maaaluuu ^.^


Sebelum terlupa Abang Jam kata kitorang punya cheer best! Huu.
Nama group kitorang Fantabulous.
Tiru nama Sigs punya cheerleading. Hehehe.
Fantastic+Fabulous.

So kitorang punya cheer lebih kurang camni,

Kuat makan!
Fantabulous!
Kuat tidur!
Fantabulous!
Kuat kerja!
Fantabulous!

Kuat makan, kuat tidur, kuat kerja,
Fantabulous! Fantabulous! Fantabulous!
Jangan jelesssss....

Ahahaha.


Dah. Fullstop.
Tapi before kitorang semua balik, actually kena lunch dulu. Aku tak ingin nak makan dengan badan berlumpur bagai. Terus call ibu suruh amek.
Btw, muka dah rentung.
SEBAB,
kena baring dekat court tengahari buta. Lamaa pulak tuuu.
Macam udang bakar dol.

So far, best jugaklah cuma bila kena denda, dahsyat betul. Koyak seluar semua. Haihh..
:)

Saturday, April 25, 2009

Argh kalau boleh, memang taknak...


6.40 a.m.
:)

Sementara nak tunggu rambut kering before pakai tudung,
kita post something dulu yaaa..

Fee actually takde mood langsung nak pergi bengkel ni.
Nasib baiklah Shiro and Farhana ada. Plus, dapat certificate.
Kalau tak, Fee dah buat-buat demam lalu tak datang.
TAK PAYAH DATANG.
Tidur lagi bestt.
Ahhh, tengok Rah sedang terbongkar lagi, Fee sangat-sangat cemburuuuu..

Eeee.
Taknakkk
Nak tiduurrr.
Nakk naakk.

Arghhh!
Dahlah pukul 11 sampai 12.30 nanti ada kawad.
Kejadah apa kawad tengahari buta chaa?
Malam ni around 11 ada War Games.
Taktahulah apebende menatang tuh.
Jangan dia main explorace malam-malam kat sekolah berhantu tu sudaaaahh.
Dahla dorang suruh bawak torchlight Fee tak bawak.
Konon-konon tak muat beg.
Ngeh ngeh.

Dah chow.
Nak breakfast jap.
Byebye sayang semuaa
Byebye Feroo.
Nanti kita cerita panjang taww
:)

Friday, April 24, 2009

Egois



I do have bought you a souvenir during my holiday in Australia last 2 weeks.
But after thinking and thinking,
why must i give you that souvenir?
Why must i do care about your feelings?
Why must i do care about your heart?

You dont even try to persuade me.
You dont even try to talk to me during school time.
You dont even try to look at me and gimme your sweet smile.
Just now, i saw your smile. Its too FAKE!

Before the sayang feeling, i do admit that, NOW, aku benci kau.


Wednesday, April 22, 2009

Ohh dear pretty eyes,




I'm soooooo rabun...
Badlyyyy!

I do have a spec.
BUT i hate it! hate it! hate it!
I look ugly when i wore it.
Like so so matured.
Like a lady working in a biology lab. (tibe-tibe je)
Ahhh!
Its so pressure when i cant see anything on the white board!
ANYTHING!
Normally i just asked Shiro to copy the notes first then i'll copy it later.
But Shiro's so LEMbap in copying notes. Ghaha. She's a day dreaming girl.
Chill girl, i know you're cute sometimes.
I said, SOMETIMES.

I've asked ayah to buy me lens. He said, he'll think about it.
BUT to me, lens are quite Leceh coz maybe sleep is one of my hobbies.

Even when the recess time at school, i dont even go to the canteen or what, but i just sat alone in the class and sleep there. Ahh, so peaceful. Btw, i'm not that lazy. There's a reason why i'm sleeping when recess time come over.
Daripada i tidur masa cikgu tengah mengajar kan?kan?
Huuu.

I'll bring my spec tomorrow.
I dont care how ugly i look!
BUT i prefer CAN SEE than CANT SEE.
Haihhhhhhh


Monday, April 20, 2009

Sengsara


Tadi dapat surat kena join Bengkel Kepimpinan Organisasi.
25 & 26 April.
Tidur kat sekolah pulak tu.
Aku dengan Farhana baru taknak datang tapi cikgu kata wajib.
Ei tak bestnyaaa
Dahlaa kat sekolah.
Ei tolonglah. Takkan takde tempat lain kut nak berbengkel pun?

Lepastu kena prepare for Midterm exam.
Ei ei
6 May?
Cepatnyaa!
Ei kenapa? Kenapa?


Semalam Mira called ajak join Parti Mexico kat sekolah dia this 2nd May.
Hope ayah bagi. Dapat jumpa kawan-kawan myspace. Tehehe
I've Nado, Fero, Syikin, Chubby, Yesty, Nuri, Iylia & Ameera Hany there.
Kan best kalau aku masuk Sigs awal-awal? I mean masa form 1 dulu.
Dahla glam. Miahaha
Kenapa girl school mesti glam haa? Lepastu selaaaluuu dapat attention.
Haha.
Bestnya..


Okay. Pergi dulu. Taa.
:D

Friday, April 17, 2009

Gold Coast

Dah seminggu lebih pi baru sibuk nak cerita haha apa daa.
Tapi chek ceritalah jugak naa sebab chek tengah rajin nak bercerita ni. Kehkeh
Rajinlah sangat rupa-rupanya nak upload nalaa punya lembap.
Haihh tapi chek takdalah upload semua.
Hang gila? Sat gi sampai malam tak habeh-habeh.
Chek upload berteraboq. Takdak masa nak susun-susun.
Asai dah upload kira okayyyla tuh naa :D

Bapak chek kata haiwan ni tak layak hidup. Pi mampuih lagi baguih kalau hidup dok tidoq ja kerja.

Tapi chek kata, depa comey apaaa

Chek takdapat zoom lebih apa depa dok buat. Hang pikiaq la sendighi naa


Chek nampak kedai ni dulu pahtu dok getik nak masuk pahtu dalam tu tekinja-kinja nampak tongkat sakti tapi mainan punyalaa hak yang tekan ada lampu-lampu tuu
Toksah belilah kalau gitu en


Huisy meletop. Chek tenganga ja masa ni dok pikiaq lagu mana la depa buat gini, kreatif betui



Chek saspek ni betmen riyel punyaa. Bila chek zoom, tang bibir tu sama bena


Ni si abang nama Marcus. Spoting habeh pujuk adek dia soh tangkap gambaq

Hah duduk naa. 'Duduk duduk.' Tu haa nengok mulut dia dok kata apaa
*Seko korek idong. Lawa benaa la peghangai

Dik oo dikk. Segak nampak? Kehkeh


Bilik kami berdua. Hujung belah sana chek punya katei. Belah sini Rah punyaa. Kerek nak katei sekoq satu


Brisbane International Airport

Dalam flight chek dok layan Twilight ulang-ulang. Tapi bila ada part sensitip sikit ja chek malu nak nengok takot abang kat sebelah ngendap chek tengah tengok apaa. Maluu chek hoiiihh. Sampai part tu ja chek buat-buat tengok tempat lain tapi lamaa la pulak bab tu lalu chek lajukan scene tuh. Pa nama nak sebut pun taktau la aihh

Masa ni chek sebok hacim-hacim. Idung ayaq meleleh tak habeh-habeh. Kena kejutan cuaca. Dah lamaa tak demam, kat sini jugak nak sakit. Haihh

Toksah tengok muka nu haa. Tak segak. Gerun nak mampuih chek habaq hang.. Selendang chek nak terbang ekceli.


Sapa tah nak amek gambaq dia. Dok tengok sapa suroh tah.

Rah kata anak depa mesti comey. Hahaha. Haghap hang tau chek habaq pasai apa

Ha, ni baghu betui-betui comey lote. Kami admire baby ni sungguh.
Tu yang dok tangkap gambaq dia takdak pemisyen

Ayah gatai. Dia yang snap nih

Heli. Jakun sat pes taim naik heli :D


Haaaaa tu diaaaa hang gerun tak gerun. Depa turun gini bapa kali tah. Chek tak beghani bukak mata. Nak mampuih apaa? :P


Muvi Wel
ATAU
Movie World :)


Byebye

Muahmuahhh.
Chek ghindu dah Gold Coast.
Chek habaq kat ayah nak pi lagi.
Ayah kata apa hang tau dak;
'Hang nak pi lagi hang ajak laki hang hanimun naa.'
Apa lagi,
sapa rasa dia bakal laki chek, hang book ticket awai-awai naaa :D



Thursday, April 16, 2009

Tagged

From HANA :)

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
- Fee
- Feeqa
- Qa

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
- 17 April
- 27 November & 20 March
- 9 June

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
- Uplod gambar
- Berangan
- Thinking of him

THREE PERSONS YOU MISS FROM YOUR PAST:
- Arwah nenek
- Abang Shahrul
- Abang Harris
Haha apa ni? :p

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
- Ariani's Shawl
- Perfume
- Cute bedsheet hehe

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
- Snapping pictures
- Singing
- Berangan

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
- Gold Coast again
- United Kingdom
- Paris

THREE FAVORITE DRINKS:
- Milk
- Soya
- Ice Lemon Tea

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
- Handphone
- Handkerchief/ Tissues
- Purse

THREE FAVORITE COLORS:
- Pink
- Black
- Baby blue

TOP THREE U LOVE SO MUCH:
- Family
- Him
- Camera

TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
- Handphone
- Camera
- ^^,

TOP THREE PERSONS YOU HATE MOST:
- Budak pakai tudung kelepet kat sekolah tuuuu haha
- Yang tu haa
- Alaa yang tuuuu

TOP THREE REASONS YOU ANSWER THIS TAG :
- Its from Hana hehe
- Waiting for uploading pictures
- Boringgg

THREE PERSON WHO WILL YOU TAG NEXT
NOBODY hohahaha

Tagged

Oleh Adik Mya.


Upload satu gambar kegemaran anda.


Kenapa anda suke gambar ini?
Sebab pakai kebaya tuh kut.

Bila kali terakhir mkn pizza?
Masa dekat IOI Mall Bandar Putra

Lagu terakhir yg anda dengar?
Aku Dan Dirimu by Ari Lasso & BCL

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Upload video

*Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Adik ooo dik. Haha macam muda je kan

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
Tiada sekian terima kasih.



***********************************


Real Name:
Afiqah Hazwani Binti Md. Nordin

Nickname(s):
Fee,Feeqa,Qa,Iqa

Age:
16 tahun 10 bulan

Horoscope :
Gemini

Male or Female:
Female

Elementary:
Tadika Sri Rumbia

Middle School:
SK Taman Daya

High School:
SMK Taman Daya 3

College School:
Nope

What is your hair color?
Black

Long or Short:
Entah

Loud or Quiet:
Loud

Sweats or Jeans:
Jeans

Phone or Camera:
Both

Health Freak:
Perhaps

Drink or Smoke:
Absolutely nope

Do you have a crush on someone:
Yess :)

Eat or Drink:
Drink

Piercings:
Nope

Tattoos:
Takdelerrrr


Social or Anti- Social:
Social kut. KUT laa

Firsts

First piercing:
3 tahun kut

First relationship :
Darjah enam

First Best Friend:
6 tahun hehe

First Award:
Cant remember

First Kiss:
Tah ekk

First Pet:
Tak pernah ada

First Big Vacation:
Umrah masa form 3 duluu

First Love at first sight :
Form 2

First Big Birthday:
Tak pernah punn,haha

First Surgery:
Tak ingat la dol kejadah betul soklan

First sport you joined:
Tak ingat jugak lah bedebah haha

This or That

Orange or Apple juice:
Both bedal je laa

Rock or Rap:
Tak kisah dua-dua okayy

Country or Screamo:
Sama macam di atas

NSYNC or Backstreet boys:
Bolehla dua-dua. Haihh

Britney spears or Christina Aguilera:
BOTH!

Night or Day:
Night

Sun or Moon:
Moon

TV or Internet:
Absolutely Internet

Playstation or xbox:
Both

Kiss or hug:
Both

Iguana or turtle:
Iguana cute duh

Spider or bee:
Dua-dua TAKNAK

Fall or spring:
Spring

Limewire or iTunes:
Limewire

Soccer or baseball:
Soccer kut

Currently

Eating:
Tidak

Drinking:
Tidak

Excitement level :
Sederhana

I’m about to:
Iron baju. Ngantuk aaa

Listening to:
Bunyik air-con

Plan for today:
Dah malam jap gi tidurrr~

Waiting for:
My wedding hahaha

Energy Level:
Weakkkk

Thinking of someone:
Yeah babyyy

Future

Want kids?:
Yesyess

Want to get married?:
InsyaAllah

When?:
Paling lambat 25

How many kids do you want:
Empat

Any name on the mind:
Aryanna Marisa
Aisya Sumayyah
Dania Rasyiqa

Hee

What did you want to be when you were little:
An actress, hahaha

Careers in mind:
Pengacara Tv

Mellow future or wild :
Tah doh

Something you would never try:
Takut aku nak type wahaha

When do you want to die:
Bila saya bersedia, heheh taklah bila-bila pun boleh

Which is the better in the boy/girl you like (in the future)

Lips or Eyes :
Lips

Romantic or Funny?:
Both

Shorter or Taller?:
Taller!

Protective or Caring?:
Both

Romantic or Spontaneous?:
BOTH! haha

Nice Stomach or Nice Arms?:
Stomach babyyyyyy hahaha

Sensitive or Loud?:
Emm

Hook-up or Relationship?:
Hook-up hehehehehhhh

Trouble Maker or Hesitant?:
Tah

Muscular or normal:
Normal

Have you ever

Kissed a stranger:
Nolah

Broken a bone:
Tulang ikan?

Lost glasses or contacts:
Nope

Ran away from home:
Huisy dasattt

Held a gun/knife for self defence:
Takk

Killed somebody:
Haha nyamuk

Broken some one’s heart:
Yessss :'(

Had your heart broken:
Angguk

Been arrested:
Tak kut

Cried when someone died:
Yesss

Liked a friend more than a friend:
Emmm TAH!

Do you believe in

Yourself:
Yesss!

Miracles:
Yess :)

Love at first sight:
Yesss

Heaven:
yesss

Santa Claus:
Tak percaya langsung

Tooth Fairy:
Bodorrrr

Kiss in the first date :
Yess heh

Angels:
Yes :)






Hah, enough. Penat eden.
Thankss bytheway Mya! :D

Wednesday, April 15, 2009

Nothing. Just a few says



Abang Harris just came back from Manila.
Yesterday, I asked him about his job since I think I'm a bit interested on it.
He told me a little bit about his job.
To me, it looks interesting with great salary.
I told him that I wish I've a chance to be like him.
One of a flight crew. Hoyeahhh.

BUT he said: No dik, kalau boleh belajar, belajar.. Takpayah apply kerja macam ni. It's tiring.

Yelaahh. Then I said, 'Tengoklah dulu. I nak jadi pengacara Tv macam Nurul Syuhada Nurul Ain. Boleh travel jugak. Heee.'

And he replied, 'My ex girlfriend is Tv3 newsreader. Azawate Zainol. She's married with someone early last year.'

Ohhh. Pity Abg Harris.

Bytheway, I do familiar with that Azawate but I can't even remember her face. Shiro & Rah said that she's pretty. I've tried to search her image by google but the result was quite disappointing me. Ceyy. I don't even know why I feel like so busybody that time. Haha.

Anyway, we both start to know each other since the flight from KLIA, to Sydney International Airport.
I met Abang Harris in front of the plane's toilet, and he start the borak-borak first. He love to laugh and ask this and that. Very the kepoh. I was thinking that,it will be the first and last time I met this kepoh steward. But luckily, I met him again the time we're heading back to KLIA. Huuu. But that time, we don't have time to borak-borak since I'm spending most of my time on the flight with sleeepiiinnggggg.


***********************************


3.30 p.m-6.30p.m. today, I went to Jakel Trading with ibu and her friend, Cik Ifah. Searching for baju raya. Waaaaa I was like so so excited perhaps. And our theme this year is Baby Blue. Soft and such a cute colour isn't? Hehe

After that, we went to Ariani Scarf & Shawl Boutique.
I'm so stunning with the varicoloured of shawls.
I begged ibu to buy me one!
The blue one is so adorable!
Ibu didn't want to buy it at first because of the price, but I told her that I reallyy fall in love with the shawl.
Alhamdulillah, i got it at last. One for me & one for Rah. I choosed Rah's the retro polka dots rainbow colour one. So cuutteeeee :D

Thanks ibu. I promise I'll come back to Ariani.
Girls, SUMPAH, the shawls here are all SUPERB! :)


Hee Tata.
*I missed someone anyway.



p/s; Apa mimpi tah tiba-tiba guna English :P

Sunday, April 12, 2009

Penat



Flight delay sampai dua jam setengah.
Tension gila. Orang dahla nak balik Jb cepat.
Dahla cough,flu,sesak nafas semua ada. Package tuuu.

Rah kata pilot yang terbangkan flight dari Kl ke Jb tu drive rendah pastu lambat.
Aku taktahu pulak. Tidur~

Nasib baik sampai Jb siang-siang buta.
Kalau tak, balik terus terbongkang.

Ni pulak ragu-ragu whether nak sekolah ke tak esok.
Semput tak baik lagi. Aunty Shida punya inhaler ada lagi ni dia suruh amek terus. Heheh.


Kalau rajin esok aku post panjang-panjang Gold Coast punya story.
Ayah siot cakap taknak balik Mesia dah sebab takdapat tengok 'free show' macam kat Gold Coast hari-hari dapat cuci mata. Aku tengok takrasa papelah tapi.
Gua stret mayynn.

Bye~


Ni muka budak sakit holiday tak enjoy lepastu sehari suntuk nak masuk dua hari takmandi.
Ngehngeh

Tuesday, April 7, 2009

I'm AWAY





Gold Coast, Australia.
8th April 2009-12th April 2009.

Senai Airport-KLIA: 7.00 a.m
KLIA-Brisbane Airport: 9.00 a.m


ByeBye ByeBye :D














Hugs & Kisses,
Fee

Saturday, April 4, 2009

Tercinta


Yeah dah lama sebenarnya aku nak post pasal beloved foster sister aku ni :)
Iye. Aku akui aku sayang dia tight-tight punyaaa.
Heheh.

Okay pertamanya aku nak story macammana kitorang boleh kenal, jumpa & rapat sampai sekarang.

Masa aku form 3 dulu aku sukaaa sangat-sangat lepak library awam dekat larkin tu (sekarang budak-budak dah tak lepak sini dah semua lari kat library baru kat town tuh. Ngehngeh).
Lepastu adalah one day ni me & the gang tengah studylah kut plus bergosip baek punyaa tiba-tiba terdengar satu group budak perempuan cantik bergelak-gelak lagi kuat dari kitorang. Rasa tergugatlah pulak. Sempat kitorang cakap, Waaa cunnyaa. Kitorang pun asyik tenung dorang je. Haa lepastu sudden je the prettiest among them tu tengok aku & she's smile. Aww manissnyaaa!

Then dia tanya,
'Sekolah mana?'
And I said,
'Taman Daya. Awak?'
'Seta.'
'Ohh i see.'
'Form berapa?'
'Form 3.'
'Ei form 3 ke? Takpercayalah. Hee. Kite form 4.'
:)

Dalam hati, agak dah. Tak Seta mesti Sigs takpun Convent. Tengok muka memang muka budak sekolah famous. Tapi takjangka dorang semua tu tua setahun dari kitorang. Hee lagi-lagi yang paling cantik tuh.

Lepastu masa dah nak balik tu kitorang perhati je budak cantik tu. Atas & bawah termasuk flip flop yang dia pakai. She's so cute with the flip flop. Simple but so so so adorable of KAK SHEEPA.

Okay sampai situ je perkenalan kitorang. Tak sempat nak bermesra dengan lebih mesra lagi. Haihh. Tapi aku tetap berdoa aku dapat jumpa dia lagi. Entah kenapa aku rasa macam kitorang ada chemistry.

Sehinggalah suatu hari aku terjumpa Myspace dia dekat one of my schoolmates. Kira cam senior aku gak ah. Budak Tunas Bistari. Setelah aku stalk comment dorang, rupa-rupanya Kak Sheepa & senior aku tu agak kamceng sebab dorang sama-sama budak TB.
Satu je perkataan yang sesuai untuk mendescribe perasaan aku masatu setelah terjumpa Myspace Kak Sheepa,
TERUJA.

Aku apa lagi!
Cepat-cepat add & alhamdulillah Kak Sheepa cepat approve.
Yang bestnya, dia still ingat aku. Yeay!
Kitorang rapat & rapat sehinggalah dia secara rasminya menjadi kakak angkat aku.
Tarikh bila eh? Tak sempat save dekat calendar laa.
Yang pastinya, dah 2 tahun perkenalan kitorang kan Kak Sheepa kan? :)

Sejak dari tu, baru dua kali kitorang jumpa face to face tapi tak sempat lagi nak lepak sama-sama sebab selama 2 tahun tu masing-masing ada komitmen masing-masing.
Tapi kitorang dah plan, once Harry Potter & The Half Blood Prince keluar je, WAJIB untuk kitorang lepak sama-sama.
Tak lupa juga yang menariknya dekat Kak Sheepa ni sekali imbas dia ada iras Dynaz. Terutama, dari segi kepohnya & gaya gelaknya. Hee.

Serious, i'm so in love with you my dearest Kak Sharifah Nabilah alias Sheepa :D

Muchas Gracias

Gracias Shazzy
Hehe