Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, March 30, 2009

Countdown






8th April 2009

Counting daysss
Can't wait darling...
:D




Saturday, March 28, 2009

Earth Hour





Setengah jam pertama:
Bergelap dengan Rah serta melayan lagu jiwang masing-masing di earphone.

Setengah jam kedua:
Keluar berjalan-jalan bersama family melihat-lihat whether Malaysians ni dengar kata ke tidak.

And sangat disappointing bila keadaan sama je.
Banyak rumah terang-benderang.
Untuk menyedapkan hati,
Mungkin dorang ni tak tahu kut. Umpama kodok di bawah tempurunglah katakaannn.

Haihhh kenapalah Malaysians macam ni..





Friday, March 27, 2009

Esok Hari Sabtu

Esok ada Majlis Tadarus al-Quran dan Aktiviti Maal Hijrah,
Smk Taman Molek Johor Bahru Johor.

So aku cam biasa kena bertanding untuk Syarahan Agama.
Dah tiga tahun berturut-turut aku join tapi tak pernah menang laa doh.
Kalau bertanding dalam sekolah sendiri senanglah dapat johan en sebab masa bersyarah tu tengok muka-muka orang yang dah kenal so tak malu langsung.
Tapi bila pergi sekolah lain, tengok muka orang lain, tiba-tiba aku jadi pemalu lah pulak.
Gabra tiba-tiba sampai terbang segala text yang dah hafal lalu masuk text merepek meraban yang takde kena mengena dengan tajuk langsung!


Serious, aku memang takde bakat sangat kalau aktiviti kena sorang-sorang kat depan ni. Melainkan kalau benda tu aku minat contohnya menjadi juruacara sesuatu majlis atau menyanyi. Heheh. Aku paling kurang berminat dengan syarahan, pidato & public speaking.
Adoilaaa


Biasanya aku tak pernah menang kalau join pertandingan macamtu. Kalau ianya melibatkan kerjasama sesuatu pasukan contohnya macam berpantun, choral speaking, debate, drama, forum, perbentangan syarikat tunas bistari ke, hah memang boleh lah kut sebab ada member kan. So taklah segan sangat. Peluang nak menang pun mungkin cerah.
Nampaknya aku masih perlu memupuk keyakinan diri aku.


Doa-doa aku okay laa esok. Aku macam malas nak hafal text sebab budak tahun lepas yang dapat johan tu baca text boleh je? Ggrrr.
Sebab kalau hafal pun bila dah gabra kau pikir kau boleh ingat semua balik lalu terus dapat tempat pertama ke ha?
Nono.
Haha.


Bytheway dapat jumpa Rah jugak esok. Sebab dia bertanding untuk tilawah al-Quran. Budak sekolah aku yang pergi esok takde perempuan so aku lepak dengan kau jelah eh Rah?
Haiihh
Kenapalah kita sekolah lain-lain?
Iskk.




Doakan aku dapat bertenang esok.
Haisy
Bukannya buat kat sekolah aku pun.
Bila terlihat muka pelik-pelik yang aku takpernah nampak, penyakit gelabah aku mula menyerang.
Eeeiii!

Sunday, March 22, 2009

Tagged




By Shazzy



Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan
*Nikon D 80 (dapat D 700 laaaaaaagiiii cool).
*Lappy tercanggih dalam dunia!
*Nak shawl corak polka dots banyak-banyak. Varicoloured. Taknak kain sutera, susah pakai.
*Tee yang ada tulisan, 'Hi semua. Comel kan saya?' Haha
*Tongkat sakti.


Alasan terhadap pilihan tersebut
*Aku dah gilakannya separuh meninggal.
*Sebab aku tak rasa aku dapat benda ni.
*Aku cari lama dah tak jumpa-jumpa.
*Boleh perasan jap.
*Waa ni lagi hebak. Apa aku nak semua dapat.


5 impresi terhadap orang yang diminati
*Suara dia best
*Friendly gila babas
*Suka buat aku gelak
*Gentle
*Bijak berimaginasi


5 perkara hebat yang pernah dilakukan
*Cakap 'I love you' kat sorang budak laki masa form 1 sebab kena cabar.
*Tak bawak buku Seni masa form 1 jugak bila cikgu suruh keluar class aku cakap, 'Saya cakap taknak tu taknaklah.' Aku lagi rela nama masuk card merah. (hebat ke? bhahaha)
*Habiskan berbuah-buah buku latihan Sejarah sebab nak PMR.
*Nyanyi lagu Perwira masa form 2 without minus one waktu perhimpunan sekolah. Argh malu aku masatu hanya Tuhan yang tahu. But, I did it well :)
*Tinggal sorang-sorang kat rumah masa umur lingkungan 2 tahun sebab taknak duduk dengan Nanny yang pilih kasih dan tak syg aku. Miahaha. Ibu yang rewind ni.


5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi)
*Meoww
*Angin dan udara
*Babies
*Shawl corak cute-cute
*Myspace. Hihi


5 perkara yang dibenci
*Smokers
*Makhluk yang perasan bagus
*Bersepah sana sini
*Habuk
*Lemak



5 orang yang nak ditag
Takde. Takde. Takde.
Heheh



Bytheway, Shazzy thanks taw. Shazzy suka bagi tag best-best. Seronok jawab even terpaksa korek otak jap. Hihi

Tuesday, March 17, 2009

Tagged

Oleh Shazzy Si Comel Mel Mel.



Adakah anda suka blogging? Kenapa?
* Suke suke. Sebab hobi.


Blog siapa yang anda selalu skodeng. Nyatakan lima.
*Syahmi
*Cato
*Lulu
*Shazzy
*Lah

#Sebenarnya ada lagi due tige orang tapi die nak lima je. Plus, yang lima ni la yang top :)


Upload lima gambar follower yang anda suka. And describe it.
*Saya tiada mewujudkan ruangan untuk followers jadi saya assume bahawa saya tiada follower. I mean follower rasmi :D


Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapakah orang itu?
*Top friend kedua di myspace.


Taken or single. Mana lagi bagus?
*Both. Saya tiada jawapan pasti.


Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
*Emm pernah kut masa darjah lima saya minat abang darjah enam lepastu dia reject saya. Ngee


Ciri-ciri idaman gf/bf anda? Nyatakan lima.
*Bijak
*Lebih tinggi dari saya
*Soleh
*Manis
*Cool


Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
*Sebelum Due Puluh Enam.


Nak berapa anak?
*Paling ramai 4 sudah mencukupi. Haha.


10 orang bertuah yang anda ingin tag:
*Nobody. Hihi

Monday, March 16, 2009

Tagged

Actually i rasa i dah buat benda alah ni KUT. Erk. I mean kat blog lama tapi entahlah tak lagi kut. Hehe. Tapi for Ustat Syahmi, i buat jugaklah even i ketandusan idea gila-gila punya.



1. List this rules on your blog.
2. Share 7 facts about you on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people by leaving their names as well as links to their blog.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave comment for each blogger you have tagged.


7 Facts;

-I LOVE when people call me FEE. Macam manja gitu.
-Actually i'm specky. I'm a short-sightedness person.
-I suka makan.
-Bila suka makan automatically erk em em, i do admit yang i'm quite Fat.
-Tapi i tak kisah sebab i still kelihatan pelik pakai L or XL apatahlagi dabel XL. *eleh podahhhh*
-I suka tidur sampai budak kerempeng gelar i kaki tido. Sambil duduk pun i boleh tidur, berdiri juga apatah lagi baring.
-I tak suka lelaki yang cepat gelabah & nerd gila. Badlyyyyy!


6 Unspectacular Quirks;

-I ada banyak seluar tidur. Tapi i suka pakai yang paling buruk.
-I tidur mesti ada sekurang-kurangnya 4 bantal.
-Kalau cuti sekolah i mandi erk erk bila i nak solat zohor.
-I punya jerawat jenis yang kalau tak picit dia tinggalkan parut so i memang picit jerawat i.
-I ada resdung kritikal punya.
-I tak suka merajuk tapi i suka merajuk. Haha geli.


I nak tagged;

Takpayahlah. Tagged ni jenis kena korek idea. Kesian korang. HAHA.

Thursday, March 12, 2009

Aku Seorang Perempuan

Kenapa awak buat saya seperti saya hanya sebuah patung tanpa perasaan?
Saya sedar saya sudah melukai awak.
Tapi saya masih punya hati.
Di mana timbangrasa awak?

Apakah dengan mengungkit cerita-cerita lama awak fikir
awak dapat memulang paku buah keras kepada saya?

Awak HINA saya.
Awak memandang rendah terhadap saya.
Awak seperti menyamakan saya dengan perempuan tak berguna yang senang diperkotak-katikkan.

Awak mengatakan bahawa ada orang yang mengatakan,
kita tidak secocok.
Ya.
Awak kacak. Saya hodoh.
Awak bijak. Saya bodoh.
Awak hebat. Saya tidak.
Awak popular. Saya hanya menumpang.

Siapalah saya yang hendak bergandingan dengan awak.
Padanlah selama ini awak kerap menyuruh saya mengubah diri saya.
Ya. Fizikal saya tidak setanding dengan apa yang awak impikan.
Saya tidak secantik seperti apa yang awak idam-idamkan.

Kenapa awak tidak boleh menyayangi saya seadanya diri saya?
Saya cuba menjadi yang terhebat di mata awak.
Tetapi,
saya kalah tanpa bertanding dengan siapa-siapa.
Saya tetap dianggap perempuan yang tiada harga bagi awak.

Pergilah awak mencari seorang yang setanding dengan awak.
Yang dipuji apabila bergandingan.
Yang membanggakan awak apabila dia berjalan di sebelah awak.
Yang menyenangi mata awak tanpa sebarang kekurangan pada dirinya.

Awak,
Saya tetap Afiqah Hazwani yang tidak punya apa-apa pada pandangan awak sebagai seorang lelaki yang sangat sempurna di mata saya suatu ketika dahulu.





Salam Pergi.

Monday, March 9, 2009

Family Day

7 March- 9 March 2009.

Tak tahu pulak aku Family Day kali ni buat dekat satu tempat di Janda Baik yang pada aku penuh dengan suasana kampung. Jauh sama sekali dengan hiruk pikuk kota, asap kenderaan & sebagainya. I was thought yang memanglah ianya adalah chalet kan tapi seriously tak sangka chalet ni chalet yang paling tak berapa nak chalet aku pernah jumpa. Ngee.

Sebab pada aku tempat ni sekali pandang dah nampak cam scary jek sebab jauh di dalam kawasan hutan & aku terfikir gak kalau tempat-tempat macamni sebulan sekali pun mesti susah orang nak datang so 'makhluk-makhluk' tu mesti jadi penghuni tetap kat sini kan? Hee. Alhamdulillah so far takde pape pun even aku selamba je dengan Rah round kawasan tu malam-malam.



Kitorang sampai je dah around 7.30p.m sebab bertolak from JB dalam 2.30 kut. Dapat bilik je aku dah quite cam,'Ala takbestnyee..' Haha. Bilik ni dah sah-sah jarang orang duduk kan tu yang cam aku kata tadi, S C A R Y. Berhabuk,cicak sebesar dua jari lelaki dewasa banyak berkeliaran (dah seakan spesies iguana kut), tikus, tak lupa juga spesies pacat yang kurus tuh. Very the kurang selesa tapi alhamdulillah menatang-menatang tu tak kacau manusia cam kitorang ni. Cuma sekali sekala mereka menonjolkan diri apalah salahnya. Mereka sebahagian daripada makhluk Tuhan juga :)

Sampai je solat Maghrib, siap-siap untuk dinner. Tapi aku dan Rah keluar jap & duduk kat satu bangku berdekatan dengan pokok sundal malam. Waahhh kebetulan bunganya memang wangi malam-malam je & pada aku harumnya sangat memikat. Berlambak rupanya pokok tu kat situ. Kalau ada kat rumah aku satu best niyh.

Masa tengah lepak-lepak ni la terserempak dengan Abang Moon buat pertama kalinya. Ngehngeh. Nampak macam nerd gila tapi sumpah dia ni lawak habis sebab masa malam pembahagian kumpulan tu dia ni paling takboleblah skali. Muka ala-ala Nabil Mentor, attitude pulak copy paste dengan Nabil Raja Lawak. HAHA kitorang memang tak stop gelak ah tengok dia ni.

Malam tu dapat satu group dengan ayah. Tak best kut sebab macam tak gempak je. Ngaha. Pastu esoknya atas rayuan ibu, aku,Rah & adik masuk group ibu. Best! Sebab ada Abang Moon yang selenge dengan Abang Shahrul. Abang Shahrul pulak muka copy paste dengan Abang tangan lawa beloved aku tuh. Aku ingat aku sorang je yang perasan rupa-rupanya Rah pun mengakuinya. CUMA, Abang Shahrul tembam duh. Serta agak buncet mungkin. Abang lagi satu slim je. Lepastu nama pun kalau boleh nak dekat-dekat en. Shahrul & Shahir. :D


Pagi ni nak start aktiviti pertama. Tema adalah hijau. Kat sini makan superb-superb. Kalau ada nasik goreng, ada mee gorenglah pulak. Tak sah tak amek dua-dua. Lol.
Yeah get ready to the games!



Abaikan :D


Ni pulak masa tarik tali JB verses Bangi. Okay. Ayah ada dua office rupanya. Satu di Skudai,Johor & satu lagi di Bangi. Mende tah aku tak tahu en. Baru haritu tahu. So yang join ni memang raaamaaii. Happening gila lah! Hah yang best,JB banyak menang ehh termasuk tarik tali. Mungkin sebab staf-staf di JB ni body mantap-mantap punyaa.


Ceycey ayah. Disebabkan aku yang menjadi cheerleader untuk tarik tali ni, JB menanggg okaayyy. Kehkeh.


Ni pulak game penentu untuk menentukan whether group ayah or group Uncle Zali yang menang. Quite menyesal kut sebab group ayah yang tak gempak tu agak terror juga ahli-ahlinya. Wahwah takpe Abang Moon & Abang Shahrul ada di group saya :P


Hihi takde kerja macamnilah ^.^


WOI! Ni part yang paling takpuashati. Cemane niyh Rah? Boleh pulak kau naik dengan Abang Shahrul? Kau pergi dengan Abang Moon tak bole ke hah?


Uncle Zali siap jerit : 'WOI Din! Shahrul peluk anak kau Din!'
Ngehngeh Abang Shahrul sengih je.
Rah dah suka en. Okay sejak aktiviti tu, diorang adalah scandal.
Ngee


Muka gembira scandal Abang Shahrul. Menyammmm. Haha.
Btw, sungai ni memang tempat aku & Rah feeling-feeling kalau tengah bosan.
Sejukkk. Besttt.


Sukaneka kanak-kanak bawah 13 tahun. Ingatkan nak join. Tapi dah melebihi had umur lah pulak. Seriously aku tak pernah main tiup-tiup tepung dapat gula niyh.
Iskkk.


Bangga la tuh. Podaahhh.


Ibu, i love you. Rah, erk.
Abang belakang tu aku gelarkan Abang Over sebab dia kerap terover-acting. Lol :D


Muka pemenang tarik tali. Gedik gila ayah. Muahaha


Nak jugak buat tangan macamtu. Euwww ;)


Seusai segala games, masa untuk berkubaannggg. Okay air ni takde chlorine eh. Natural water gituu. Bersih sebersihnya. Tapi aku tak join. Segan gila. Ngaha.
Oh maak. Uncle Zali menyerlahnya bhai. Takbo Takbo Takbo :D


Alalalala~


--------------------


Oraite. Malam terakhir tu malam ape tah. Lupa. Ada pertandingan karaoke segala bagai. Sampai-sampai aku tengok semua orang pakai gila formal ah! Aku tanya ayah,'Ayah, malam ni pakaian ada tema ke? I mean tema formal. Tengok semua orang pakai lawa-lawa je'. Ayah cakap dia pun tak tahu. Family kitorang je pakai simple-simple en. RUPANYA malam tu memang kena pakai lawa-lawa sebab kalau bernasib baik boleh dapat King Of The Night takpun Queen Of The Night. Podaahh. Aku pakai tee dengan track suit je. Miahaha. Selendang tak lupa hehh.

Tapi aku peduli apa? Aku siap join karaoke doh. Untuk warming up aku nyanyi Selamat Jalan Romeo. Phewwhhh Abang Shahrul bagi bunga tuu. Sorry Rah! Ngahah. Tapi lagu untuk pertandingan aku bawak lagu Menghitung Hari by Kris Dayanti. Okay. I can feel the song sebab erk em em adelaa sebab apa. Luckily, aku dapat 2nd place. Kalah dengan Uncle Zali yang suara ala-ala Awie gituu. Ngeee~

Abang MOONNNNN! Hehe dia bawak lagu Def Gab C yang ada lirik, 'Namamu meraahhhh'. Mende tah. Superbbb! Sebab dia joget ala michael jackson gituu. Comel la Abang Moon :)




Suasana malam terakhir.


Ya. Bunga sundal malam. Harum seharum harumnyaa. Kalau orang bagi bunga ni kat aku alangkah smartnya. Ngeahaha.


--------------------


Tiba dah hari terakhir. Berkumpul di dewan untuk majlis penyampaian hadiah & sebagainya. Takde kerja, snap gambar budak-budak comel jap.

Tak tahu apa nama budak ni. Tapi comelll & nottyy sangatt.


Ni adik dia. Nottyyy & Cuteee jugaakk. Hihi


Ha, ni budak yang paalinggg aku berkenan. Dia baikk je tak banyak ragam. Aku perhati je dia masa dia nyanyi twinkle twinkle little star :) Dia ni bukan setakat comel tapi kecik-kecik dah terserlah kecantikan dia. Aku confirm punya dah besar nanti muka dia ala-ala Diana Danielle.

Nama dia IMAN NAZURAH. Gebu gilaa. Kalaulah anak aku ni. Wahaha.


Saja je nak tayang Abang Moon dengan Abang Shahrul.
Ngehngeh


Abang sebelah Abang Shahrul tu quite good looking gak tapi muka ala-ala kasanova je. Gerunnn. :P


With Us. Cariklaa Cariklaa.


Without Us.


Elleh tak jealous punnnn


Konon-konon dogwalk lah tuh. Ehh silapp :D


Yay. Nak balik dah. Rindu katil,bantal,bantal peluk dan sebagainya!
Family kitorang yang paling lambat sampai dan paling awal balik. Ngehngeh.
Tata.





p/s; Unfortunately balik je dari Janda Baik, mulut aku sakit-sakit.
Thought kena ulser mulut tapi rasa macam nak tumbuh gigi terakhir je.
I mean gigi graham terakhir.
Kat gusi atas belah kanan.
Bapak ah sakit dia takboleblah.
Otak belah kanan, telinga kanan & tekak kanan menderita.
Iskk.
Shiro pulak asyik melawak.
Saje nak buat aku gelak.
Sakittt dol.
Kongajo mungg.


Friday, March 6, 2009

No Title

Kelmarin aku dapat script drama. Agak banyak script aku tu memandangkan watak aku adalah salah seorang sebagai watak utama. Drama kali ni simple je. Costume segala tak perlu sarat-sarat rather than masa drama waktu aku form 3 dulu. Dah cerita pasal Cinderella tu yang costume agak berbagai-bagailah kan lepastu jalan ceritanya agak meleweh mungkin wataknya banyak sangat. Para pemegang watak pun ada yang terlupa script dan sebagainya. Tapi kitorang still dapat number 3 kut tak silap. Tapi takde hadiah. Aku TAKKAN lupa tu. Haha.

Alhamdulillah tahun ni aku dapat join lagi dengan drama yang quite simpe Tittle : Why The Sea Is Salty (Based on Japanese Folktale).

Aku memegang watak sebagai Sizuka yakni ; Who was pretty but selfish & greedy. She married a rich businessman named Akino. Although they lived in luxury, they had no children.


Sizuka: Oh! Dont you know I am the fairest and richest lady in this village!

Ahh sudahhh. Haha watak ni watak antagonis. Rah mesti suka aku pegang watak jahat en. Mesti dia cakap ; 'Sesuailah dengan kau.'

Pfftt.

Ada 5 scene je tak banyak. Tak complicated. Teacher cakap competitionnya between 14 April-19 April 2009. Lame lagilah kut latihan start minggu depan.

Sunday, March 1, 2009

Tekad




Start esok adalah minggu berdiet habis-habisan buat aku.
Sabtu Ahad pula adalah hari menggemukkan diri habis-habisan buat aku jugak.
Selesai Ahad diet balik lepastu habis Jumaat makan balik.

&

SO ON.

Macammana kau nak dapat body cam Hally Berry Feeqa?


Okay
Tekad baru
Nak turun AT LEAST 5 kilogramme

I REPEAT,

AT LEAST hehh,

Kalau boleh 10 kilo baru cun.
Kerempeng pun kerempeng ah.


LOL.