Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, February 23, 2009

Ah Mengidam!

Nak ni. Nak ni! Since dorang semua pagi-pagi dah buat aku terliur. Arghh
Dok cerita pasal mende alah tu masa aku tengah kritikal lapar buat apa?

Bila aku dah bawak phone tu, cepat-cepat aku text ibu. Kebetulan masatu cikgu subject biology tak masuk sebab purse dia kena curi masa hari sukan. Mungkin sebab dia nak settle semua lah kan tu yang dia absent tu. Pity cikgu. Yela masa sukan mana ada cikgu-cikgu dekat bilik guru. Tu yang si bedebah tu senang-lenang masuk bilik guru lalu membongkar isi kandungan handbag cikgu lalu terus mencapai purse. Haihh. Yang tak bestnye Nad yang letak handbag cikgu kat meja cikgu masa hari sukan tu. Nad mestilah menjadi suspect utama. Pity Nad juga. Tapi aku percaya 100% bukan Nad yang buat! Gila ke apa dah sah-sah Nad yang hantar handbag tu takkan dia jugak yang curi. Dah sah-sah jugak kalau betul dia ada niat macamtu, memang orang terus suspect dia en. Hadoy. Takpe Nad, Berani kerana benar, Takut kerana salah.


Okay. Back to the story,

Aku pun text ibu ; Ibu, balik ni amek iqa kita singgah Mcd jap boleh? Teringin prosperity burger. Taw? Taw?


Ibu reply ; Aik. Tiba-tiba je. Mimpi apa malam td?

Siot.

Aku ; Entah. Tadi dorang dok cerita, teringin lah pulakk.


Fine. Aku dah happy gila gila punya woy! Memang mood baik gila punya lah kan.

Sekali je, aku pun kepoh la ckp kat Lah yang aku nak makan prosperity balik ni. Lalu dia pun berkata sesuatu yang berkaitan, 'prosperity dah takde lagi. last wujud masa chinese new year haritu. kalau you nak jugak, tunggu next year punya raya cina.'

reaksi aku ; SILA KLIK.

Aku tak puas hati. Aku jerit tanya satu class. 'Eh ada sape-sape tahu pasal prosperity burger kat Mcd tak??'

Ada jugak yang menyahut yakni Byha yang memberi statement yang sama dengan Lah. Okay aku kecewa.

Balik makan nasi goreng kampung dua pinggan :(

Sunday, February 22, 2009

Hi. I'm back babyy

Okay. Dont know how to start actually.


Em, okay.

Dulu saya delete blog bersebab. Bikin balik blog pun bersebab. Delete blog ada beberapa sebab. Buat balik pun ada beberapa sebab. Tak perlu nak heboh-heboh kat sini. Biar saya & Dia saja yang tahu :)


Saya dapat tahu ada seorang kawan di myspace telah mendelete blogspotnya atas sebab yang sama dengan saya. Saya memahami perasaannya even dia punya problem lagi worst sebab blog dia pun memang famous gilagila sebabtu ramai orang busuk hati dengan dia kut. Sabar ya buddy.


Saya ada banyak story ni! Takla banyak sangat tapi since saya closed blog lama, banyak benda yang berlaku (kut) yang hendak saya storykan di blog saya ini. *senyum sikittt*


Esok kut baru saya post eh? Ni dah malam. Waktu di skrin sudah menunjukkan 11.37 p.m waktu Malaysia. Ibu pulak boleh pasang langsir transparent. Ohhhh macam agak scaraayyyyy.


Oh sebelum terlupa!

Saya Afeeqa Hazwany. Nama komersial je tuu. Fee sudah cukup ya? Sekian.



UPDATE
: Kalau ada apa-apa nak habaq mai, pergi je link myspace saya bagi tu. Hantarla message ke comment ke sebab saya TAKKAN wujudkan chatbox mahupun mengaktifkan penghantaran comment di setiap post saya ini. Saya tak tagihkan apa-apa. Yang baik mahupun yang buruk, kedua-duanya tidak. Tolong fahami saya. Terimakasih daun keladi :)