Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, December 23, 2009

Hey adik manniisss

Harini merupakan hari rabu. Kalau time sekolah dahulu (ceh dahulu ehhh), saya paling nyampah dengan hari rabu. Memang tak tahu sebab apa. Tapi memang paling suka dengan hari khamis walaupun ada Add Math pada hari itu. Huhehe. And today, Rah yang demam dah pergi beli buku sekolah dah. Tak sangka saya boleh relax je pada time di mana semua budak dah sibuk nak beli baju sekolah yada yada. Dah takpayah nak leceh-leceh beli baju sekolah dan tudung sekolah yang saya sangat cerewet akannnya. Yelaaa, mana taknya, baju sekolah pilihan memang nak yang brand Canggih tu je tapi size dia macam aneh sedikit. Contohnya kelebaran baju tersebut tak setanding dengan ukuran panjang baju. Kira macam tinggi macam saya pakai size 17 1/2 tapi dia punya lebar macam saya punya ukur lilit punggung dalam 60cm. HAHA. Nak pilih 15 1/2 atau 16 1/2 dah sah-sah tak berapa nak sesuai sebab cam pelik je baju kurung sekolah setakat paras atas lutut. Jadi, memang dah jadi trend di sekolah saya dan mungkin di beberapa sekolah lain, baju sekolah mesti kita cutting dia atau dalam bahasa mudah, kecilkan dia. Nak bentuk dia jadi kebaya pun boleh kalau sekolah engkau tiada rules langsung atau engkau jenis yang tak pedulik renungan tajam guru-guru perempuan yang lepastu asyik tarik-tarik baju engkau lepastu kata, 'Kecilnyaa baju awaakk. Tunjuk body kee.. Lawa sangat ke body shape awaakk..' (~,^")

Lepastu kalau bab tudung memang ah saya paaalinggg cerewet. Tudung ready made yang cantik shape dia, tak besar, tak kembung, tak lebar, memang susah nak carik! Macam biasa, pergi kedai jahit, kita mintak adjust size tudung jua. Memang cerewet saya. Kerana itulah saya dah tak sanggup nak pergi sekolah lagi. Cukuplah, saya kata, cukuplah, hahaha.













Err, apakah kena mengena tajuk entry dengan entry ini yek? Baiklah mari sini kita story sikit perihal dua adik manis milik saya. Eh, adik kah? Ouh yaa, kakak manis milik saya ^.^



Ini dia Farida. Famous dengan nama Eda. Ke ADE? Haha

Ouh ini dia Shazea. Famous juga, hehe. Saya bedal panggil dia Shazzy.


Malam semalam memang happening screen Ryan saya dengan wajah ceria Shazzy dan Eda. Saya takboleh stop ketawa dengan adegan lucu mereka. Even mula-mula Shazzy cam serious je muka dia, lama-lama dia pula terkepoh sekali while Kak Eda kerap berada dalam dunia sendirik lepastu sengih-sengih berangan apa entah, haha kan Shazzy kan? Eda momok kuat berangan, huhehe..

Their so cuuteee! Walaupun masing-masing muka pukul 1 pagi haha, muka nak tidur, seghabai-seghabai, baju tidur, rambut semebeh semua-semualah! Tapi masih comel. Sangat comel dan tercomel. Kecomelan asli dan semulajadi. Kahkahkah.

Mari webcamming lagi ye di lain hari. Bikin malam-malam saya ceria sekalik! Ketawa sorang-sorang di hadapan Ryan merupakan satu terapi yang enak untuk awet muda, hahaha.







Selamat Hari Rabu Guys :')