Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, December 13, 2009

Finally,

Gua mahu,


Mewujudkan sebuah entry baru.


Okaylah, let start with,






Gambar tingkatan lima.
Ceh, sekarang I am seventeen okay tetapi no more tingkatan lima. Harap fahamlah.

Carik gua.
Nak clue?
Penolong ketua tingkatan selalunya duduk mana? Ha, carik-carik.

Dah jumpa?
Baiklah, Farhana kata, 'Qa, kau nampak tembam.'
-__-








Mari lihat foto tingkatan empat pula.

Carik. Aku suruh carik.
Clue, sama seperti gambar di atas.


Carik gua. Takde clue. Haha


Foto darjah 1 pun ada. Tapi aku tak rasa ianya patut diletak di mana-mana entry sekalipon. Sebabnyalah kan, foto tu aku rasa dan lain-lain orang yang pernah menengoknya pun akan turut merasakan bahawa muka aku sumpah badut gila. Okaylah meh cerita sikit.
Masatu aku pakai tudung. Selama darjah 1 tu tak pernah pakai tudung pun, hari-hari pakai pinafore jeh. Tiba pulak masa hari sesi fotografi tu boleh pulak berbaju kurung dan bertudung. Tudung aku masatu kan, aku ingat lagik, memang tak selesa sebab besar gila dan longgar gila jugak kat bahagian muka tu. Pastu bila dah sampai turn nak amek gamba, tanya kat member banyak-banyak kali camni, 'Awak, okay tak tudung kite? Okay tak? Cakaplah betul-betul..' Member sume cakap okay je sedangkan aku tahu diorang sume tipu. Dah desperade sangat, aku bukak anak tudung. Kononnya anak tudung tu punca aku nampak tak comel. Aku bukak anak tudung pastu letak baik-baik dalam kocek baju kurung. Pikir dah comel sangat ah bukak anak tudung dengan tudung besar and longgar pulaktuh. Maka, terhasillah gambar muka penuh kekeliruan bersama tudung yang kebelakang gila sampai nampak rambut kat dalam. Tak comel langsung. Aku rasa muka aku paling badut sekali. Tak terurus lagaknya.

Masuk darjah dua, amek gambar tak pakai tudung bersama sepit rambut beropol-ropol kaler pink terang. Darjah tiga sampailah sekarang terusannya bertudung. Haih, rasanya macam baru semalam je aku mendaftar masuk ke sekolah rendah. :')

Sekarang nih, duduk rumah memang takde kerja apa-apa. Hari-hari bangun lambat, kadang-kadang ibu kejut, 'Tuan puteri berdua, banguunnnn. Dah nak tengahari dah ni.. Alahai tuan puteri sayang...' Masatu kalau nasib baik, terpisat-pisat kejap pastu terus bangun. Kalau tak, kita sambung lagi sampailah rasa pening kepala sebab tidur overdose.

Sepanjang tiga, empat hari internet di rumah mengalami demam cikenpop (chickenpox sebenarnya eja dia), sejenak itu kerja-kerja onlining, blogging, secara otomatisnya terbengkalai. Lalu cepat-cepat pergi kedai game, beli The Sims 3, terus kita install dia. Satu pc, share bersama empat beradik yang sume nya tagihkan entertainment dari permainan Sims neh. Setakat ni, Rah yang paling gila kuasa. Alasan dia, dia baru je pindah rumah, lalu dia kena settle banyak benda blablobleblu. Lebih kurang camtulah. Memang mengannoyingkan.




Ni merupakan salah satu watak yang I mainkan dia. Rose namanya. Rose Dewit Bukater. Ambil sempena nama Kate Winslet di dalam muvee Titanic. Selalu sangat dah aku click kat cermin lepastu suruh dia change appearance. Bosan dengan appearance dia sehari-hari. Kejap rambut pendek, panjang, tengah-tengah dan macam-macam lagi.

Rose adalah wife of Gordon Dewit Bukater. Bikin itu ini tuptup dapat baby yang kita namakan dia Jennifer Dewit Bukater. Masa pregnant, Rose asyik-asyik pergi spa mintak massage sebab badan dia asyik-asyik sakit sebab pregnant lah of course kan.


Jennifer ketika masih seorang toddler.


Daddy ajar Jenna jalan. Comel kut.

Bila Jenna dah besar dah....

Mummy dia pregnant again lalu dapat twin! Girl dedua pulak tu. Kita namakan dia Anastasia Ann Dewit Bukater juga Amanda Ann Dewit Bukater. Macam malas je nak 'mewujudkan' anak lagi selepasni sebab sukar sikit nak uruskan mereka. Tetapi, hubungan antara Gordon & Rose perlu dipereratkan. :'D

Taraa. Nampak kan ada empat buah rumah tu. Cukuplah sebab ada empat beradik jeh. Aku & Rah prefer beli je rumah. Leceh gila nak bina-bina jadah neh. Tapi Fa & adik suka betul membina rumah lepastu sibuk kecoh dekat akak dia bahawa dia punya rumah cool lah kononnya kan.


Tuntasnya, The Sims ini memang fun. Adik beradik aku layan benda ni dah lama dah. Kalau ikut umur aku, dari darjah 2/3 kut aku dah main. Tapi masatu Sims 1 lah. Main hentam-hentam je. Tupun tumpang jiran punya. Hari-hari muka tak malu, pergi rumah dia mintak main Sims. Memang tak malu, haha.






Baiklah, entry seterusnya bakal menyusul. Mari berpamitan.