Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, December 29, 2009

Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan ku bawa.. Lagu fevret neh.


I had just switched on the light just now.

Malam masih terlalu baby tapi saya sudah terasa-rasa suatu macam perasaan penuh kenikmatan yang diberi nama mengantuk memenuhi segenap inci tubuh saya. Lalu saya pun sudah menutup lampu, plan ingin mentidurkan diri sebentar. Err salah info, mengantuk tu tak nikmat tapi, tidur itu nikmat. Teringat pula akan kisah seorang kenamaan yang gemar makan rasuah sehingga Allah tarik nikmat tidur daripadanya. Dia rasa mengantuk, extreme punya mengantuk tapi dia tidak boleh tidur. Kasihan.. Bayangkanlah! Kadang-kadang bila teringat akan kisah itu semasa saya dalam kelas Sejarah dan sedang mengantuk tahap mahu gantong diri*haha, saya cuba untuk tahan mata saya lalu cuba menempatkan diri seperti orang kenamaan itu tadi. At last, saya tertidur jua dengan enaknya kadang-kadang sampai termimpi-mimpi apa hentah...
Allah Maha Besar..

Semata-mata mengswitched on semula lampu yang sebelum itu telah diswitched off sebentar tadi, saya rasa saya perlu bercerita sesuatu. Terasa perlu meluahkan sesuatu. Terasa seperti dipanggil-panggil. Laptop yang diberi gelaran Ryan ini menggamit saya dengan riang sekali. 'Cik! Jangan tidur cik! Marilah share something dengan saya! Ketuk-ketuklah keyboard saya ini!' *Katanya mungkin, saya kira begitulah..

Saya rasa pening-pening lalat sekarang. Saya tidak boleh terlalu lama berada di hadapan skrin. Sememangnya cahayanya sangat berbahaya untuk mata. Huh huh. Atau kerana saya mengantukkah? Mungkin. Kemungkinan yang besar.. Saya rasalah kut...


Baiklah, mari bercerita.
Azza dan Kecik lepak di rumah saya tadi. Besstt macam biasa. Hehe. Kecik nak pergi PLKN dah Isnin depan. Dia dapat di Kem Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia tak rela. Sungguh tak rela, katanya. Pathetic, hahahaa. Tapi dia dapat first batch, kira okayla tuu. Still boleh lepak dengan kitorang after dia habis program on 11 March heh? Tak berapa sure sangat ah. Tapi ye, still ada 3 bulan lagi sebelum sebarang kemasukan (form 6, colleges, unis, etc).
Tadi lepak-lepak, sambil makan pizza (delivery). Yeah, Stuffed Crust Hawaiian Chicken is my favourite. Selalunya saya suka koyak cheese dia saja. Sedap, lemak-lemak manje rasa dia. :') Oh, si penghantar pizza masih orang yang sama. Orang yang dahulu tiba-tiba text saya, usha saya tengah makan apalah, itulah, inilah. Bila saya paksa dan tanya siapa dia yang nak sibuk-sibuk berkenaan hal peribadi saya, haha, dia pun akui bahawa dia adalah abang yang menghantar pizza sebentar sebelum itu. Mungkin dia dapat number saya dari rekod Pizza Hut tersebut. Sebab dalam rekod tersebut, saya bubuh nama saya Fee. Selalunya operator tu sebut, 'Cik Fee ya?' Sah, memang sudah direkodkan sebab abang penghanta..rr..... Eh, geli ah panggil abang-abang. Er... sebab pakcik penghantar pizza tu panggil saya Fee.

Hey, saya ke Carrefour semalam. Alaa yang sebelah McD yang dekat-dekat dengan Pasar Borong Smart tuu.. Er, orang Johor Bahru mungkin tahu.. Ke sana atas sebab teman ibu carik barang-barang dia *saya turut carik barang saya juga. :)

Selesai semua, nak balik dah ni, suddenly ibu stop kat satu kiosk yang selalunya jual jamu-jamu apa entah, kadangkala mereka turut jual produk untuk kurus badan seperti contoh Jus Mate 5. Tapi saya hairan bila ibu kata, 'Pergi jauh-jauh.' Saya tak dengar. Do I look care? Haha. Saya ikut punggung ibu. Saya tengok apa yang ibu beli. Saya cuba dengar apa yang ibu borakkan dengan kakak kiosk tu. Saya nampak ibu pegang something yang pada saya pelik. Atas sifat inkuiri saya yang tinggi, cepat saja saya tanya, 'Ape tu bu?' Ibu pandang saya sesaat. 'Engkau budak lagi. Tak payah tahu. Budak-budak lagi..' Lepastu kakak kiosk tu turut berkata yang sama. Budak-budak. Budak-budak. Budak-budak. Saya buat muka macam, 'Eleh, do I look so care?' HAHA. Saya pun blah. Dalam hati rasa hangat sebab kakak kiosk tu ketawakan saya tadi. Serasanya dan seiingatnya, saya ni bukan kanak-kanak lagi kut. Terasa diperkotak-katikkan sungguh! Hohaha. Dalam diam, saya mungkin faham apa maksud di sebalik kata ganda 'budak-budak' itu tadi. Err, kata ganda ke? Haha. Ye, saya faham. Maksudnya, saya belum berumahtangga lagi! HAHAHA. Teka jelah.. Sebab saya rasa, errr.... Saya rasaa.. Apa-apa pun yang dibincangkan oleh ibu dan kakak kiosk itu tadi, ianya pasti sangat berkait rapat dengan alam rumahtangga juga lakibini. Huh, lebih kurang macam tulah. Malas nak explain lebih. Nanti kamu semua ingat otak saya kaler kuning dan mungkin juga biru bukan merah jambu mahupun kelabu asap.

Saya berlegar menyorong trolley yang hanya suku penuh di kawasan yang sama. Mengerling-ngerling butik First Lady di situ. Ada dua orang budak perempuan di hadapan butik itu dalam lingkungan tingkatan 3 dan 4 berpakaian ala gig (kononnya) dengan skinny juga t-shirt berstatement juga paling annoying bershades. Pandang-pandang saya dan Rah macam dulu sekolah rendah sama dengan dia je. Kalau dia tak sibuk pandang-pandang, biasanya saya buat lakonan sikit. 'Oh, panasnya! Terbakar kulit I! Awh, cahaya kat sini tajam sungguh! Tak terdaya I! Oh! Panas! Panas!' Dengan tangan-tangan sekali saya lakonkan. Tapi, dalam pada masa itu, saya buat tak endah jelah. Nanti dia tiba-tiba tacing pulak an lepastu mara di hadapan saya lalu..... 'Kamu kena tahu saya kena sakit mata!*sambil mula buka shadesnya. Sebabtu bershades! Apa kamu pikir kamu bagus sangatkah? Saya terasa disindir tahu??' (-_-")

Okay ah fine. Fine! Tujuan entry ini dipostlajukan cuma nak bagitahu! Bahawa! *excited gila letak tanda seru. Haha.

Ok.. Ok..... :)

Cuma nak beritahu.. First Lady tersebut perlukan pekerja. Sempatlah jugak saya terlihat dia ada menampal lebih kurang macamnilah kan;


VACANCY
MALE/FEMALE
SALARY: RM1XXX


Malangnya, ibu tak benarkan saya bekerja di butik tersebut. Melihatkan empat angka tersebut, saya jadi teruja. Tiba-tiba terbayang gladiator wedges yang bakal tersarung di kaki saya, haha memang sangat tiba-tiba. Saya ada tanya akan salah seorang pekerja di situ. Dia kata kena isi borang dahulu...then, esok-esok dia panggil untuk interview..then esok-esok lagi, mungkin dah boleh start bekerja. Secara teorinya macamtulah. Ya! Mari lepasan SPM....mari-mari..yang tinggal di area Johor Bahru only..mari-mari...siapa cepat dia cepat! Eh, siapa cepat dia dapat!
Dah setel sume, dapat gaji, half bagi I heh. Jangan jadi tak kenang budi heh.













Kejap,
Sedut hingus, hembus balik. Siapa terkena hingus, nasib.




Okay Bye!