Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, December 13, 2009

Bunga-bunga Cinta

Ayah dah balik dah! Sepatutnya lah kan, ikut travel, dia balik 27hb ni, tapi ayah telah memohon untuk pulang lebih awal yakni pada 10hb yang lepas :)

So, siapa yang paling happy sekarang? All of us. Sangat sangat gembira sampai dah taknak buat apa-apa melainkan main Sims. Haha

Tiba di senai airport about 6++ p.m, buat maths kejap, rasanya flight ayah macam dah landing. Apa lagi, dari tempat parking, dengan heel lebih kurang 3 inci kut, lari-lari anak untuk tiba ke balai ketibaan secepat mungkin. Terpelecok entah dah berapa kali dah. Haih. Tengok tengok je, flight ayah memang dah landing. Oh my, seboleh mungkin taknak ayah keluar dulu selagi muka kitorang tak terpacak betul-betul depan balai ketibaan. Tunggu punya tunggu, dekat 10 minit ada kut, wajah yang dinanti masih tiada munculnya. Aku dah gelisah dah. Peluh akibat berlari yang tadi hampir nak kering, muncul semula. Fuh fuh. Rah dah cakap awal-awal, siapa nampak ayah dulu dia menang!

So, aku masih berusaha sedaya mungkin terjengah sana sini mencarik kelibat ayah tercinta. Seperti yang you all mungkin menjangka, hahaha, ya, mestilah aku yang nampak ayah dulu kan! There! Senang je nak carik ayah yang mana satu. Yang paling tinggi dan besar dan tegap, thats my dad. Masa tu jugak aku menjerit, Akak nampak ayah! Akak nampak ayah!

Dipendekkan cerita, ayah sampai je dekat kami empat beradik, muka dia dah macam tacing-tacing sikit lah, peluk cium jangan cerita. Lepastu baru tanya ibu. Ibu sedang bermain hide & seek, kononnya nak buat surprise.



Camera mencemburui kegembiraan kami. Sob, sob..







And ayah, thanks for all those shawls yang sangat-sangat mencantikkan. :')







Adorable & exclusive. AYAM ZAMAN :'P


Tak puas lagi aku melaram kesemuanya. Tiada apa yang mendamaikan diri ini selain kepulangan ayah yang dirindui bersama cenderahati yang sangat menerujakan. HUHEHEHE (: