Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, December 3, 2009

Belum Huray Lagihh

Aku memang pantang tiap kali bukak blog sendirik, masih terpampang entry yang lama. Kita anggap lah, entry aku ni cam susu murah yang cepat basi. Tak habis-habis bukak, asyik entry lama yang terpampang lalu melihatnya je rasa loya nak muntah sebab ianya DAH BASI.

Okay sudah. Tak mahu mensabotaj blog sendirik. Cukup-cukuplah sudah disabotaj oleh makhluk lain...... Ha! Ha! Aku tak cakap makhluk lain itu adalah manusia hehh. Ha, fragile sangat, cepat sangat terasanya.
Urghh.

Oh Tuhan. Kenapa evil mode aku tetiba on neh? Oh insaflaahh. Tak cukup ke dengan eksiden semalam? Nampak sangat Allah nak bagi aku insaf. Ohhhh.

Seluar tragedi eksiden sudah siap dibasuh dan aku sedang memakainya sekarang. Sayang gila dekat seluar ini. Biarpun sudah koyak besar di lutut, masih lagi aku bernafsu nak pakai dia. SANGAT SAYANG. Tapi, sesekali kesan koyakan seluar bergesel dengan lutut yang koyak omaigod juga, terasa berdenyut pedihnya. Ah, ahh. Pedih wo.

Memang musim dilanda eksiden agaknya. Semasa petang sebelum paper Bahasa Melayu berlangsung, kira cam dua minggu lepaslah, basikal kemasukan longkang. Nasib baik tuan punya body sempat handle ketidakseimbangan tersebut menggunakan kakinya yang belum cukup panjang lagih. Lalu akibat penghandelan tersebut, lebamlah kawasan ibu jari kaki lalu menyukarkan diri nak buat duduk tahiyat akhir. Haihh..

Eksiden lama belum pulih, sudah muncul eksiden yang baru yang menyebabkan LANGSUNG tak boleh nak solat secara biasa. Memang Allah duga aku betul-betul. Try nak solat secara biasa semalam, semasa sujud & duduk antara dua sujud, sakit dia masyaAllah.. Aku tahan dulu.. Jeling sikit kat kawasan lutut, telekung sudah ada kesan darah. Banyak tak banyak tapi cukup buat aku rasa ngilu. Batalkan solat, lalu tukar telekung dan solat secara duduk. Islam itu agama yang memudahkan :-)

Ah, patur bersyukur, sekurangnya aku masih boleh berjalan & berlari-lari anak. Haha.










Tinggal lagi satu subjek. Chemistry. Lepastu baru kita boleh HURAY betul-betul. Alhamdulillah, aku tak sangka aku boleh jawab Biology & Physics dengan agak baik. Alhamdulillah ya Allah.. Mungkin sebab sepanjang exam berlangsung, aku takde nafsu nak tidur. Tak macam semasa trial dan lain-lain peperiksaan. Even masa PMR dulu pun aku tidur. Dah hobi kecintaan nak buat cemane kan, redha jelah. Bila aku tidur, aku rasa cam lagi seronok tidur daripada jawab soalan. Tu dah semestinya lah kan? Huhaha.




Aku rasa cam dah lama sangat aku duduk kat sini. Rah sampai tertidur tunggu turn dia. Rasa cam nak amek je gambar dia tidur lalu post kat entry ni sekarang juga! HAHA









Anyway, I would like to present you my buruk campur lawa punya gambar. Aku curik kat fesbuk makcik aku.


Itu dia muka hitam campur badan kurus milik aku. I hope you'll recognize me. Sebab tu la nama dia buruk campur lawa equal to tak sure. HAHA
Aku rasa aku hitam masatu sebab masa tu bulan dua taw. Kat sekolah tengah sibuk dengan aktiviti sukan semua kan. Masatu pulak, bolehlah dikatakan aktif jugak sukan sebab yelaaaa badan kurus so kalau marathon tu memang syok ah.
Okay, its buruk kan? Buruk-buruk pun, ada gak sorang mamat ni cuba nak ngurat masa tu. HAHA lucu gilo.

Hemph, I am missing my kurus body figure. About 54-56 kilogramme maybe?


:')