Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, October 14, 2009

Alangkah seksa menjadi pungguk yang rindukan bulannya

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Lama gak ah tiada entry dalam blog ni kan. LAMA JUGAK AH. Ini disebabkan oleh (dalam karangan Bahasa Melayu, jangan sesekali mulakan ayat dengan ini). Okay kita teruskan ayat.... Ini disebabkan oleh mood untuk berblogging memang ah zero, kata pemilik blog kepada pembacanya. Mood memang tiada I TELL YOU. YES YOU! Apsal pandang belakang pulak? DUH.

Sekarang rasa macam sakit kepala. Berdenyut-denyut like tet tet tet tet tettt. (mungkin sound effect dia macam ni, aku hentam je). Sekarang pulak aku rasa macam bosan dengan blog nih. Hampir je expired tumbuh kulat cendawan sume sebab dah lama tak bukak dia.

Boringnya ibu takde.. Hampir seminggu dah ayah jadi bapa tinggal sementara. Tak sure ah ibu balik bila lagi. Atok sakit kuat. Badan dah tak mampu membuat apa-apa termasuk makan. Asyik-asyik kena cucuk, lama-lama takde tempat dah nak cucuk. *Sedih. Sebab tu ibu pergi Sungai Petani and jaga atok. And kitorang pun kat rumah terkontang-kanting menelan apa yang bibik masak. Macam sedap, macam tak sedap. Aku bedal je, asalkan boleh telan ah.

Beberapa hari sebelum hari ini, masa aku baru nak mandi and masatu maghrib, aku dapat message dari Auntie Yana.

Naurah rindu iqa. Asyik tengok iqa je dalam gambar. Dia da kenal iqa kat gambar.

Masatu aku dah rasa sebak gila dah sebab aku memang sentiasa merindui budak comel adik saudara aku yang sorang neh. Aku pun balas lah apa adanya. And Auntie Yana replied.

Dia asyik sebut kakak iqa je. Cik Yana pelik..

Masani lah aku dah mula menangis macam waterfall. Rah tengah mengaji tiba-tiba dia tengok aku macam PEH, APSAL KAKAK AKU NI NANGIS MACAMNIH?! Tersedu-sedu. Muka dah merah, sana sini merah macam apa entah. Kelopak mata dah tebal sebab mata tersembab dengan pantasnya.

Naurah tengok dalam majalah ada muka ala-ala iqa pun dia kata kakak iqa..

Ayat kat atas ni lagilah buat aku menangis macam orang gila. Embarassing gila ah nangis camtuh. EUW. Lepastu aku replied lah message yang kedengaran macam menyentuh hati. Bagi touching-touching sikitt..

Mungkin tadi Naurah tidur, dia mimpi iqa peluk cium dukung dia kutt..

Lepas je aku balas macamtu, Cik Yana terus call and tiba-tiba dengar suara Naurah, KAKAK IQA!!! Dia sebut dengan pelat sekali tapi memang jelas sebutan tu. Cik Yana kata, dia asyik keluarkan album yang ada gambar aku. Asyik sebut-sebut je Kakak Iqa tak habis-habis. Memang comel ah dia ni. Sayang, I Love You..






Naurah kena tahu, Kakak Iqa and Kakak Zeera sampai beli sabun and syampu Carrie Junior and minyak yuyi cap limau biar hari-hari bau Naurah taw. Masa Kakak Safiyyah awak tu baby-baby dulu pun korang punyai bau yang sama. Hari-hari Kak Iqa and Kak Zeera rindu taw. Tak dapat peluk cium korang, dapat bau korang pun jadik. Kak Zeera lagilah, tiap-tiap mandi mesti pakai sabun carrie junior. Kak Iqa tau sebab bau sabun tu kuat sangat. Datanglah ruma Kak Iqa yek, nanti Kak Iqa mandikan, lepastu korang boleh bedal make up Kak Iqa sampai ibu korang marah pun takpe. HEHEHE. *Teringat Safiyyah patahkan eyeliner maybelline Kak Iqa :P






Okay close cerita sedih ni.


Ada lagi cerita sedih ah lupa pulak.




Jealous nya dengan bebudak PMR yang dah boleh freely move like gases particle. Boleh bernyanyi riang seriangnya. Ingat lagi an, masa last day PMR, camera digital aku kena rampas. Padanlah cikgu suruh tinggal bag dekat dataran perhimpunan before start paper Geografi masatu. Tuptup, dah habis paper lalu menuju ke bag yang diletak di dataran tadi, tengok-tengok camera dah takde. MEMANG GELABAH AH GUA. Tau cikgu amek je, aku punya ah mengamukkan diri. Tak professional gila tiba-tiba je buat tindakan poyo macamtu. Meragut kegembiraan aku untuk menyambut kemerdekaan. Masatu je aku amuk, sekarang aku cool je. HEHEHE. Nani best ah. Dia bawak masuk camera dia dalam dewan. Tinggal sarung camera je dalam bag. Nasib baik ah camera dia digital je. Kutnya dia bawak Nikon D60, D80 ke, macam-macam D lagi, nak sorok kat mana siak. HAHA. Melainkan kalau kau cukup berani dengan relaxnya masuk dewan dengan camera tergantung di leher. Okay, tak comel buat macamtu. Muahahaha.






SPM cepat ah kau datang. Derita gila batin aku. Meronta-ronta nak kau blah dari hidup aku. Dengan berambusnya kau, aku akan bahagia sebahagianya. Walau bagaimanapun, dengan berambusnya kau juga, kau telah menghadiahkan aku sekeping kegembiraan yang mahal semahalnya! Terima kasih SPM. Kerana kau juga nanti, aku bakal masuk terus universiti. Amin..... Aku taknak matrix. Paham-paham lah kau. Kahkah.


:)