Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, September 17, 2009

Tahun ni puasa 29 hari

Baiklah. Entry kali ni memang macam nak buat panjang jek. Kahkah. Hal ini kerana, hari ini saya sudah membikin cuti sendirik. Takde nak kejar masa, kejar tidur ke, makan ke.. HEHEHE.


Okay ah setakat ni saya berpuas hati ah gak dengan persiapan raya tahun nih. Macam Rah kata, semua baju raya dia adalah perfect sebab memang dia puas hati ah lagi-lagi dia punya kurung pahang bercorak bunga-bunga kecil kaler pink yang dia rasa comel sangat la tu? Euwrghh.


Ingat lagi kecik-kecik dulu ibu yang pilihkan baju. Apa yang ibu beli pakai je. Saya dan Rah apa tahu. Kedai baju dah jadi macam playground dah. Sebab boleh main sorok-sorok dengan kejar-kejar. Seronok gila. Dulu ketinggian setakat lebih kurang 120-130 cm je kan so senang ah nak main sorok-sorok di celahan kain-kain ela. Ibu nak carik dah kena jerit-jerit sebab tengah main dekat kedai kain ela sebelah. Lepastu semua kena pakai sama-sama. Saya dan Rah. Konon macam boria lah. Euw memang ah disgusting. Kasut pun nak sama. Accesories pun nak sama. Memang geli. Lepastu masa umur saya dalam darjah enam kut baru saya protes kata saya taknak dah baju sama dengan Rah. Malu. HAHA.


Masa duduk dekat apartment dekat jalan sagu dulu, kami ada jiran ah dia tiga beradik, dua pompuan. Kami suka sangat main lumba-lumba siapa punya baju raya and kasut raya paling cantik. Selalunya diorang menang. Kenapa entah. Lepastu duit raya diorang pun banyak jugak. Menyampah betul. Walaubagaimanapun, tak dapat dinafikan ah memandangkan masing-masing dah membesar, saya dan Rah pun dah ada taste, rasanya kalau main lumba lagi dengan diorang, chance untuk menang tu memang ade ah. HEHEHEHEHE.


Balik kampung pulak, fight dengan cousin-cousin kasut siapa paling vogue. KALAH AGAIN. Nampak sangat takde taste masatu. Sekarang, cousins semua takde yang pakai shawl. Kira majulah kami sekarang. Dulu lain, sekarang lain. Konon pakai shawl canggih sangat ah? CEH.


Okay tang kuih raya. Err, jujurnya, saya tak suka makan kuih sangat. Tak memuaskan nafsu makan saya. Tapi tak dapat jugak dinafikan bahawa saya suka tart nenas dan juga sarang semut. Eh, kuih sarang semut. Yang lain-lain tu memang tak layan. Ceh. Yang dapat memuaskan nafsu makan saya pada hari raya adalah CUMA ketupat bersama ayam masak merah bersama kuah lodeh bersama kuah kacang. AWWWWWWww :D

Tahun lepas saya kurus semasa raya pertama. Means, masa puasa tahun lepas, saya puasa betul-betul. Means again, saya puasa memang diet habis. HUH. Tu yang pagi raya pertama tahun 2008 body cut memang cun gila ah siap pakai kebaya pink tanpa rasa ragu. Bangga dengan keyakinan diri yang tinggi sebab rasa kurus dengan berat badan lebih kurang 55 kilogram. HAHA 55 kilogram berat kau kata? Dengan ketinggian 164 sentimeter kau nak assume berat aku 40 kilogram? Gila dol. I hate anorexia nervosa.

Puasa tahun ni makanan favourite sama ada sewaktu sahur mahupun berbuka adalah ayam goreng dua atau tiga ketul bersama nasik bersama kuah asam pedas. Sahur pun makan bertambah. Memang loser ah HOHAHAHA. Lalu berat badan naik mendadak tanpa rasa segan. Hanya ada satu peluang untuk menurunkan berat badan dengan mendadak juga iaitu kena cepat-cepat keluar belajar jauh-jauh biar tak makan ibu's cook yang mengancam nyawa, jiwa juga raga serta zahir dan batin. Memang ah slim mlim lepastu mengidam nak makan laksa penang ibu sampai rasa macam nak masuk dalam batu belah batu bertangkup sebab dah mengidam sangat. (bukan kempunan telur tembakul okeh)

Memang ah my mum's cook takde tandingannya. Orang utara memang masak sedap-sedap kut even my auntie-auntie yang duduk dekat Perak, Kedah & Penang sana memang masak super marvellous. Tak pernah saya pergi sana makan tanpa bertambah. Tu yang asyik-asyik nak beraya dekat sana. Nasib baik tahun ni balik Kedah. Aww, saya rindu rendang kerang mak andak. Banyak kelebihan kalau kawen dengan orang utara ni lagi-lagi anak mami. Sebab saya ada dengar satu fakta yang saya pun tak berapa sure kefaktaannya bahawa anak mami ni kalau dia kawen, dengan SORANG je dia kawen even dia ada lagi TIGA free of charge. Kira macam setia pada yang satu ah. Ratio dia lebih kurang kalau ada 1000 anak mami, yang cuba-cuba nak bukak another cawangan mungkin dalam 1:1000 ah. Tapi kalau Melayu, memang ah 1000:1000. Means, kalau ada 1000 lelaki Melayu, SEMUA nak pasang cawangan lebih daripada satu. Annoying gila BAHAHA. Saya rasa kan, anak mami dia macamtu mungkin sebab dia kan keturunan India and saya pernah tanya ada sorang rakan India seclass dengan saya;


'India boleh poligami tak? I mean kan, kawen lebih daripada satu?'
Dia kata,
'Tak boleh!' Macam hukumnya haram ah. Like orang Islam TAK BOLEH makan babi.



So, memandangkan anak mami ni memang ah beragama Islam tapi mereka masih berpegang kuat pada adat, tu yang chance untuk bini-bini diorang dapat madu memang takde kut. Saya punya taste kebetulan anak mami. Eventhough mereka gelap sikit and arwah nenek saya pernah bilang, kalau nak anak yang cantik, comel, kena kawen dengan lelaki berkulit putih, saya tetap tak kisah! Asalkan bakal laki saya tak gatal nak hadiahkan madu buat saya. Moreover, nanti anak saya mesti macam Aishwarya Rai. Phewitt phewitt. Nanti anak saya, nak letak nama Nur Aishwarya Madhuri Dixit Khan. PEH! Lepastu kalau nak buat nametag sekolah, kita letak Dixit. Glamour gila my daughter. KAHKAH apa aku meripik pun tidak tahu entah apa-apa je entah. Err, ibu pun suka yang indian-look. Mungkin sebab ibu ada darah anak mami. Begitu juga dengan saya lah kiranya. Darah keling memang kuat lagi dalam badan nih tu yang kuat ratah cili sampai nampak cili mata jadi berpinar, rasa macam nak kunyah cili tu macam kunyah kacang.


Tahun depan saya dah tak beraya di Taman Daya lagi dah! Sedih. Rah kata, Taman Daya macam taman syurga bagi dia. Plus, dia kata dia dah duduk Taman Daya sedari dia kecik-kecik lagih. Memang banyak kenangan manis bagi dia. Bagi saya, Taman Daya best sebab alamat dia macam ni, Taman Daya, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR. JOHOR BAHRU OKAY! Tahun depan saya bakal pindah ke another taman yang alamat dia akan jadi camni mungkin, TAMAN IMPIAN EMAS,(poskod taktahu) SKUDAI, JOHOR. I LOVE JB! Kenapalah saya takde T-Shirt I LOVE JB tersebut hah? Iskkkkk...
As an addition, Taman Daya dekat sangat dengan Jusco Tebrau City kesayangan. Dekat Skudai ada Sutera Mall yang takkan jadi sama taraf dengan Jusco Tebrau City saya! (-__-")












Okay ah malas gila kalau dah start buat cerita sedih. Rasa macam nak close entry now. Dekat bawah tu dah bising-bising dengan lagu raya sambil ibu dan bibik kemas-kemas. Saya? Duduk atas, berblogging while berangan-ing. Loser gila HAHA. Kejap lagi Rah and adik-adik balik. Tiba-tiba rindu adik. Saya suka tanya dia. 'Dik,dik, akak cantik tak?'


'TAK!'



(-__-")







'Dik,dik, akak gemuk tak?'



Kalau mood baik, 'Tak gemuk cuma buntut besar je.' -_____-

Kalau mood macam siak, 'Gemuk macam gajah.' T___________T






Tak sedih tak sedih. Kena terima hakikat bahawa diri tidak layak dipanggil slim. Paling-paling pun homosapiens lain akan bilang, montel. Montel macam comel. Gemuk macam hina gila. Kecik hati I kadang-kala. -__-

HAHA dah ah suka sangat buat cerita sedih dekat blog sendiri. Cukup-cukuplah mintak simpati tuu Fee.. :D




Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Saya tahu saya banyak melakukan dosa dengan anda takpun anda. Terngumpat mulut ke, dalam hati ke, haghap diampunkan. Kita hidup tak lama mana. Maniskanlah kehidupan dengan sentiasa bermaafan.
Siapa-siapa yang agak-agak ada terngumpat saya pun, takpe. Saya maafkan. Macam biasalah hukum karma, aku ngumpat kau, kau takkan tak ngumpat aku kut. HEHEHE..