Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, August 2, 2009

Sabtu, 1 August 2009


Larian perdana juga Hari keusahawanan.


Memang gila betul ah larian kali ni aku tak paham betul apsal ah dia buat sampai 8 km haaaa. Gila. Sekarang ni kau kena tahu betapa sakitnya aku punya tapak kaki, betis, peha, punggung, pinggang, lengan. SEMUANYA. Paling seksa kalau nak berjalan dengan betul. Ni berjalan pun dah macam kokang. Tau kokang tu apa? Kau pergi search sendirik ah. Malas betul aku nak letak link. Kahkah. Tapi tadi aku dah search. Macam takde jek. Tapi untuk pengetahuan, kokang ni sepupu sepapat dengan ungka, lotong, monyet sume tu ah. Eii gila annoying bila cakap jalan macam kokang. Tak ayu betul ah euw.


Mula-mula lari je aku rasa aku pelari yang ke 20+ something. Kira cool gak ah kan. Mungkin sebab dah sapu minyak apatah di betis lepastu pakai kasut yang ada toink toink. Tu yang lari cepat je. Eii tak mature betul ah cakap toink toink. Kita cakap bounce ohkay. Itu kasut adalah kasut bounce. Khas untuk berjogging sebenarnya.


We're in group actually. Me, Maira, Eyma, Abyll and Farhana. I mean, kitorang jelah yang pergi lari. Kalau ikut ranking, aku dalam yang ketiga ah terkuat HAHAHA. First sekali, of course ah Farhana. Olahragawati tuu. Aku kadang-kadang rasa macam nak sula je dia ni tiap kali sukan tahunan sekolah. Gila annoying. HAHA. No ah Hana, I gurau je :D


Around 7.30 a.m. Belum start apa-apa lagi..


Stretching time baby! Hohaha



Farhana, Abyll, Maira, Eyma and Kokang


*Nak lari daaa. Nampak I? HEHE

Start of the day je, dah happy sakan semua. We sat in a group and buat gila kejap. Eyma,Abyll and Maira ask me to make 'Jambu Face' since dorang dah lama tak nampak aku buat. KAHKAH. Dorang kata, itu muka terhodoh yang dorang pernah jumpa. Dorang punya gelak, I told youuuuuuu gila dahsyat. All the juniors semua dah macam aneh-aneh (bangga jadi senior untuk tahun ini). Tapi kalau that Jambu Face untuk tayangan umum di blog misalnya, you have to pay me first. Tak kurang dari 6 angka ohkay. HUHEE.


Ikutkan hati, aku taknak join larian neh since aku kena jadi emcee for the whole day! Teacher Yazian pagi-pagi dah call tapi aku tak angkat so dia text and kata,

Salam. Fieka,for slot santai pagi ni jumpa Cikgu Erzal yek. I'm not around today. Tq! -Pn Yazian


Aku macam agak terkejut ah. Teacher Yazian should be the emcee that day. Tapi dia takde. Means, untuk keseluruhan hari, I, ME, lah emceenya. Aku dah mula fikir, bahawa aku kena lari cepat-cepat and sampai sekolah cepat-cepat sebab nak uruskan majlis (cewah macam majlis kahwin je). Besides, our class ada bukak booth untuk songs dedication. Kira macam booth untuk dedicate-dedicate lagu ah. Luckily ada Naddy :)


UNLUCKILY! Akulah pelajar yang paling TERAKHIR daripada beratus-ratus pelajar yang join larian! Tapi tadi bukan ke aku kata, starting je, aku orang yang ke 20+ something? Memang ah. Dah namanya STARTING. Tapi BUKAN sebab aku pancit ke apa heh. Sebabnya sangatlah mensadiskan. Tapi actually bukan aku sorang je yang last. There're also Abyll & Eyma. Bila terjadinya tragedi tu, kitorang dah mula insaf. Tulah akibatnya bila sambil lari, sambil reject orang. Haihs. Kitorang lari bersama-sama dalam 6 km terakhir kut. Track larian tahun ni memang mencabar keimanan. SUNGGUH. Melalui ladang kelapa sawit yang belum diterokai, yang sungguh merata tahi-tahi lembu, semak samun yang scaraaayyy and macam-macam lagi ah..


Sehinggalah tinggal about 3 km perjalanan, dah keluar dah dari ladang scary tu, sedang melalui sebidang tanah yang besar yang macam bakal nak buat sebuah perumahan di situ. Dekat situ je, kitorang dah confuse dah nak lalu mana. Semua orang ikut shortcut. Ada gak yang ikut unshort cut tapi tak ramai. Dah siap bincang dah, nak jadi nerdy dengan ikut jalan tak short cut OR sebaliknya. At last kitorang ikut jalan tengah-tengah. Tak tau ah kenapa boleh terfikir camtu. Ikut short cut sudahh laa kann..


Berjalan lah kami bertiga dengan megahnya. Dipendekkan cerita, tanah kat situ macam lembik semacam je. Tapi still boleh jalan dengan selamat lah kan. Aku macam dah tak sedap hati. Dorang sibuk mempersoalkan tanah jenis apa itu, whether its selut ot sembut (haha abyll niii).. Suddenly, aku terpijak sesuatu yang SANGAT SANGAT LEMBIK I TOLD YOU! Dorang pun terpijak sekali lah of course! And sedikit demi sedikit aku mula tenggelam. Eyma pun. Abyll sempat menyelamatkan diri. ITS TANAH JERLUS. Eyma berjaya naik ke atas tanah yang keras and aku macam terpaku taktau nak buat apa, hanya tau jerit Tolong aku woi! Tolong!

A few seconds lepas tu aku mula sedar yang aku kena naik atas tanah yang keras tuh. Dah naik dah, kasut tertinggal pulak dah! Dalam masa yang sama, aku dengar Eyma jerit camnih, 'kasut Nike aku wehhhhh kasut akuuuuuuuu..' Aku pun baru sedar lalu, 'eh! Adidas aku wehhh. Tolong aku wehhh mahal ni wehhh baru beli niiiiii. Waaaaaa' *dah macam nak nangis.


Dengan sedayanya, aku pun korek kasut aku tu balik. Sehingga ke paras siku tangan kanan aku berlumpur. Aku tak tipu. Habis ah kasut Adidas bounce pink putih tersebut :( Dah takde rupa pink dah. Cantik je kaler baru dia ala-ala oren kecoklatan. Kiranya, hampir separuh tubuh aku berlumpur. Aku ah yang paling teruk di dalam kemalangan terbabit. Dah boleh masuk ICU op cos. Yang buat lambat tu sebab singgah jap rumah Cikgu Kamarudin, basuh apa yang patut and mintak plastik sebab nak isi kasut disaster tersebut. Lepastu jalan terkengkang-kengkang dengan hanya memakai stoking sebab kasut dah haprak dah. DISASTER. Jalan kengkang sebab kaki sakit jalan di atas jalan berturap tar yang panas. Stoking Eyma dah koyak kat depan. Lagi tambah-tambah sakit. Abyll kasut dia selamat gak ah cuma kaler oren kecoklatan jugak. Kasut aku dengan Eyma je dahsyat. Maka berjalan lah kami sepanjang 3 km itu dengan keadaan yang memalukan. Baru je plan masa dalam hutan tu, bila keluar je dari hutan, nak pecut. Tapi apa boleh buat mehhh..


Plan nak terus pergi rumah aku sebab Eyma nak pinjam slipper. Abyl pun. Aku pulak nak tukar baju. Nasib baik rumah dekat je. Dahla event yang aku kena handle tu dah sejam berlalu. Isk. On the way nak sampai rumah tu, ternampaklah pulak seorang jiran yang handsome yang dah lama aku tak nampak dia. Gila betul ah time aku cun-cun tak pernah pulak nampak dia. Time-time ni dengan selekeh serabai maha dahsyat ni baru nak nampak. Dari jauh, aku nampak dia tersengih-sengih melihat keadaan kami. Handsome sumpah, HAHAHA. Pastu je tiba-tiba,

Baru balik sawah apa?

Dalam hati, Kongajo betul. Tengok-tengok je rupanya adik dia yang cakap. Aku sound direct, Abang dia ajar la tuh. Aku hentam keromo je budak kecik tu adik si handsome tuu. Tah aaa... Abyll kata cute gila ah mamat tu. Aku cuma cakap, Ha'ah cute. :D


Dipendekkan cerita, here we are. Dah sampai sekolah dengan keadaan yang sihat walafiat. Sume orang risau rupanya. Kahkahkah. Terus aku menuju ke khemah PA system dan melakukan apa yang patut.

My form teacher. Ni lah booth class kitorang. Macam-macam ada..

Nani khusyuk layan customer :)


Naddy!

Hodoh betul kokang ni makan.




Malas dah nak cerita apa-apa. Memang penat betul ah. Its more to deejay actually rather than emcee. Potpet potpet. Guna ayat pun sembarang je. Tak macam masa perhimpunan mingguan. Ahahh..




I dah mula terasa perit menaip. Lets finish it asap!


Oraite. Malam pulak ada kenduri di kampung sebelah ayah. I memang MALAS gila nak pergi. Petang tu ayah dah ajak balik. I dahla penat tak hilang lagi taw. I pun fikir dan fikir. Dalam hati, I akan pergi kalau my beloved Safiyyah and Naurah pun pergi jugak. I hantar sms dekat their mum. Tak reply. Tak sabar sangat, I call. OKAY. YEAYY. Diorang pergi. I pergi HANYA kerana my anak-anak tu pergi. Dah rindu sangat punya pasal I tak kisah I punya penat lagi dahh..


Bila kereta yang I nanti-nantikan tiba di perkarangan kampung (cewah), I dengan pantasnya menyambut mereka. Naurah ketawa nampak I and I terus dukung dia. Safiyyah baru bangun tidur. Blur-blur lagi. Naurah sangat comel sebab dia sangat friendly. HEHE. Safiyyah macam sombong sikit mungkin sebab dia cantik. Heheh.


I taktau ah kenapa kampung semalam sangat riuh rendah. Setelah I investigate, rupanya betapa ramainya babies and budak kecik dekat situ. Baru I sedar, my cousins dah beranak pinak. Haihhh.. Baby Aunty Ct comel gila ah putih melepak. Tapi meragam sebab mengantuk tapi takboleh tidur sebab ramai sangat orang. Kenapa aahh anak aunty-aunty I ni putih-putih belaka. I nak tanya dorang makan apa masa dorang pregnant tapi I segan. Nanti ah, I dah nak ada baby baru I tanya HAHAHAHAHA. Biasanya, kena minum banyak susu kan? Ada logik di situ :)


Lama-lama Safiyyah dah tak sombong dengan I. Sebab I umpan dia dengan make-up. Girls, semua sama. Haha. Dia asyik datang je dekat I sebab nak I pakaikan compact powder dengan lip gloss. I mandikan dia semua sebab dia dah mula sayang I. HUHEE. Dia tembam sangat. Last time I jumpa dia, dia cekeding je. Ayah dia kata dia suka sangat makan nasi goreng, telur and kicap. Tu je dia makan sampai badan jadi gebu comel begitu. Nak dukung je masyaAllah. Tapi I suka sebab I sayang dia more than everything ;)

Naurah!



Safiyyah :)

Safiyyah and Naurah :)
Bila Safiyyah tengok gambar ni, dia kata,
Kak Iqa! Adik lawi! (lari) :P

I Love You Naurah mwahhs mwahhs! :)

I YOU BOTH!




































Banyak jam dah aku buang masa depan pc neh. I've to siap-siap for my driving class. Ada setengah jam saja lagi. Nervous bytheway -__-




BYE! ♥ ♥ ♥