Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, August 26, 2009

Padah apabila kita terlalu friendly


PROLOG:


Gua ni dahla memang muka jenis kurang tahu malu. Spesies muka tembok juga terkadangnya. Tapi tak jugak dapat dinafikan bahawa, terkadangnya, gua juga seorang yang tahu malu. Lu cakap baik sikit ah gua perempuan normal dan masih punya rasa malu. Gua juga, kalau mood gua baik en, memang ah semua orang gua nak member. Kalau sebaliknya, lu pikir ah sendiri baby. Memang ah gua taknak bukak mulut langsung. Masatu ah pipel akan label gua kerek.


Okay kita pergi straight tanpa belok kepada tujuan utama gua post entry neh. Semalam, habis je tuition, mood gua biasanya memang bling bling like angel ah. Sebab gua nak balik, landing atas darling gua lagi best ah. Hey, I mean, darling tu katil ah. Pikir baik sikit ah baby.


And keluar je bilik tuition tuh, gua nampak satu muka yang gua rasa cam gua kenal ah. GUA RASA JE. So, dengan mood yang bling bling like angel neh, gua pun tegur dia.

Me: Hey, macam kenal ah.
Him: Memang kenal pun. *dia senyum.
Me: Eh, sorrylah akaun facebook saya dah takde. Haritu nak login tiba-tiba takboleh ah so sekarang memang dah takde facebook. Memang tak dapat online ar. Isk
Him: Ha.. Ha.. *mengiyakan apa yang gua cakap. So sekarang memang tak boleh online lagi ah?
Me: Ha'ah. Sedih en. Er, okay ar bye nak balik. :)
Him: Bye bye.

Lepastu je, masa on the way balik rumah je, gua macam dah lain macam. Hati gua tak sedap. Gua cepat-cepat message cikgu tuition gua.

Cikgu, siapa nama driver tadi tu? Nazeem ke?


6 minutes lepastu kut, cikgu gua reply. Peh, sentap gila ah gua baca.

Taktak. Nama dia Rasyid. Hehe.

Gua punya malu I told you! Gua rasa macam dah taknak tuition dah. Wahaha. Okay cerita dia macamni, dekat pusat tuition tu, memang ada driver yang kerja dia hantar ambil cikgu-cikgu kat situ. Cikgu-cikgu kat situ most of them student UTM Skudai. Para driver pun tak silap gua memang ah student UTM gak sebab si Nazeem yang gua kenal dekat facebook tu student UTM. Kiranya, tempat gua tuition neh, memang kalau boleh, semuanya student UTM yang involved. Gua pulak memang tak ingat sangat muka si Nazeem tu sebab dua kali je gua terserempak dengan dia. Dengan mata OKU gua neh, lagilah gua kurang daya penglihatan en. Tu yang gua main sebat je tegur si Rasyid neh. Pulak tu, dia boleh layan gua en. HAHAHA. So gua pun reply message cikgu gua tuh,

ALAMAK SALAH ORANG LA. HAHA. Kirim salam dia ah. HAHA.


Memang sumpah ah gua malu. Memang padah okay baby.













EPILOG:

Err, anyway I missed my facebook. I missed my sorority there! Honestly, I love facebook rather than myspace. HAHA. Myspace boring. Apa ada entah. Isy, very not good ah kata myspace boring. Dah terang lagi nyata, dengan Myspace ah gua kenal Shah gua okay. Tanpa myspace, siapalah kita kan sayang? HAHA jarang gila gua bercengkerama di entry bukan? Cewah, jaranglah sangat.

Oraite ah baby, salam perpisahan buat sementara. Muahmuahmuah. Ewah :p