Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, August 27, 2009

Oh bulan, enggan melayan diriku lagi

Oraite darling harini kita buat entry pendek jek ah. Sebab rasanya, ada entry lain yang bakal menyusul. First of all, saya nak you all baca dulu entry seorang gadis cantik yang pada saya sangatlah fotogenik wajahnya like model-model antarabangsa. Ewah. Mesti bangga gila gadis itu membaca ayat ini bukan? Saya kata macamtu because now saya letakkan tempat saya di tempat dia yang kononnya sedang membaca ayat mengorat sebentar tadi. Kehkeh. Okay baca ini.



Dah baca darling? Okay good. Ya. Saya ingin memperkatakan tentang soal pemakaian selendang. Kita pun tahu kan lately memang ramai gila ah gadis-gadis yang semuanya kalau boleh pergi mana-mana mesti nak berselendang. Bezanya, yang reti pakai, yang sesuai pakai, yang tak reti pakai and yang tak sesuai pakai. Dan kita juga secara automaticnya terus kata camnih, baiklah, pengaruh Yuna. Memang ah kadang-kadang saya dengan Rah macam bingit gak ah kut kalau pergi mana-mana, ada mamat lalu sebelah je tiba-tiba nyanyi lagu Dan Sebenarnya. Like semalam, pergi bazar. Saya and Rah pakai selendang kaler hitam yang simple je kut takde pusing sana sini macam Yuna selalu buat tu yela kan pergi bazar je. Lepastu ada pulak segerombolan peniaga lelaki of course ah masa kami lalu je, terus dia nyanyi kuat-kuat and memekik nama Yuna,Yuna,Yuna. Lepastu nak buat sound mengorat yang sangat menjengkelkan sambil nyanyi lagu Yuna. Kuat pulak tu. Malu gila I tell you. Tak tahu nak letak muka kat mana. Dengan ibu saya sekali dingoratnya. Memang tak tahu hormat bulan Ramadhan betul ah.



Tak tahu hormat bulan Ramadhan tu satu hal ah.



Hal yang keduanya, memang saya dengan Rah tak berapa senang sangat orang kata kami punya cara pemakaian macam Yuna. I mean, cara berselendang tu. Kami mula berselendang masa tahun 2007 tak silap, lepas menunaikan umrah. Yuna ada lagi ke masa tu? Takde lagi kan? Err, I mean, di dalam dunia hiburan. Zaman tu seingat saya, dekat Myspace yang pakai selendang hanya saya, Rah (tupun, Rah masih belum sepenuhnya berhijab) and seorang kakak ni saya panggil Eja je. Yang kami pakai masatu pun, selendang hitam yang beli dekat Makkah and Madinah. Eja punya selendang pun dibeli di sana. Kat Malaysia memang takde langsung jual selendang masatu. Kalau ada pun, selendang getah yang nipis and jarang tu. Tu pun mula dijual sejak 2008 tak silap. Selendang Arab besar and senang pakai. Kalau perasan, saya kerap menggayakan (ewah) selendang hitam sebab saya miliki banyak selendang tersebut and selesa nak pakai. Perempuan Arab tutup kepala mereka sangat simple. Tak pakai anak tudung, tak pakai brooch pun dah cantik and elok je dekat kepala mereka. Tiba-tiba teringat dekat seorang guru wanita di sekolah saya yang memakai selendang, dia punya brooch sampai lima. Saya kira, satu di bawah dagu, satu di atas kepala, tiga di dada. Peh peh. Saya ingat lagi semasa di dalam Masjidil Haram untuk bersolat Zohor, saya perhatikan beberapa wanita Arab yang sedang bersedia untuk bersolat. Selendang dia macam tak betul sikit, dia betulkan je, peh, advance gila dia punya cara pakai selendang. Pusing-pusing je lepastu terus okay, anggun pulak tuh tanpa anak tudung dan tanpa brooch. Peh peh. Lepastu, habis solat Asar je ajak ibu ayah pusing-pusing around Masjidil Haram nak shopping selendang and jubah. Kalau dekat sana, memang selepas solat Asar ah waktu paling sesuai nak shopping.



Dah jelas dah saya dan Rah memang tak tiru Yuna langsung ah. Bak kata entry gadis fotogenik yang you all dah baca tadi, kami bukannya tak suka Yuna. Suka, suka. Tapi tulah. Tak best ah kalau orang kata, kita tiru dia ni, kita tiru dia tu.



Saya suka berselendang. Menjelaskan bentuk muka. Lagipun, saya tak reti pakai tudung biasa tu. Ceh, tipulah kalau cakap tak reti kan. Reti. Cuma muka macam tak sesuai jeh. Selendang pun, saya kurang suka yang crowded sangat corak dia. Buat diri nampak tua dari usia. Cukuplah yang plain atau bercorak sikit-sikit. Tak sabar pulak nak shopping selendang untuk raya. Dekat Angsana banyak jual yang plain and warna-warni. Murah pulak tu around RM20-RM30. Kain dia pun bagus serta senang nak pakai taw. Bukan sutera lah of course. Sutera memang senang pakai tapi kena brooch je habis tercarik. Macam yang dijual dekat Ariani. Kahkah. Ariani jugak eh. Corak dia ada gak ah yang lawa tapi most memang corak crowded lepastu 100% silk. Memang ah rosak selendang bagi mereka yang ganas. Kahkah. Harga pun semua tak silap saya, RM99++. Memang ah, sebab 100% silk kan. Tapi kalau nak yang classy sikit, sila pergi Suria KLCC tingkat berapa entah tak ingat, ada butik turki, jual tudung and selendang lawa-lawa! Nama dia ARZU. Memang ah saya jadi gila masuk dalam butik tersebut. Tudung and selendang dia around dalam RM299++++ (berapa plus entah)


Harga dia memang ah tercekik kejap tapi puas hati. Dekat Arzu, kita nak beli, dia bagi nasihat and siap ajar cara nak pakai macam mana. Dia kata, selendang sutera TAK BOLEH pakai brooch. Dia ada sediakan sepit khas untuk kemaskan selendang. Satu dia jual RM15. Sebenarnya bukanlah tak boleh sangat pakai brooch dekat selendang silk, tapi tulah, karang cacat pulak selendang dah lawa-lawa beli kan... Lepastu masa pergi Ariani, saya tanya akak tu whether the selendang boleh brooch or not, selamba je dia kata boleh sedangkan, bila pakai brooch je habis berlubang selendang tersebut. Tapi kan, I wanna tell you that, even pekerja Arzu tu kata selendang dia tak boleh brooch, bila saya belasah je pakai brooch, selendang dia tak lah kritikal berlubang sangat. Bila basuh, lubang dia kecut balik. Kahkah macam comel je dia kecut balik kahkahkah.


Moreover (cewah), dekat Arzu, dia punya selendang memang banyak pilihan! Plain ada, crowded ada, bling bling pun ada. Huisy, macam nak shopping raya di situ je nanti.


Anyway, saya rasa macam saya tengah buat essay budak UPSR subjek English bahagian, I would choose blablabla tuh. Miahahahaa.



Walaubagaimanapun, selendang bukan sutera yang dijual di Angsana RM20-RM30 tetap di hati. HEHEHEHE. Penat je puji Arzu tadi. Anyway, kalau nak pastikan selendang tu senang pakai atau tidak, raba dulu selendang tersebut sebelum beli. Raba dia, nikmati dia, and selami dia. Macam saya and Rah selalu buat and ternyata berkesan.



Okay enough ah entry yang pada saya macam mengarut sedikit. Jauh tersasar daripada Yuna sehingga ke cara-cara memilih selendang. HAHA. Takpe, ni petua penting sempena Aidilfitri bagi gadis-gadis cantik si pemakai selendang ;)

p/s; pendeknya entry neh? *perli neh, perli, perli.