Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, August 25, 2009

I'm in love ♥

Saya baru sahaja selesai menyebut perkataan menggiurkan dengan banyaknya di dalam hati sebentar tadi. Nak cakap kuat-kuat segan pulak mungkin kerana belum menggosok gigi. Err, menggosok gigi semasa berpuasa adalah makruh ya harap maklum. HEHE. Macam biasa, rutin harian saya adalah semestinya, sebelum berbuat apa-apa, wajib membuka blog kegemaran saya yakni nurulism.com. Tak tahu ah why lately Kak Chika suka sangat post benda-benda yang buat saya geram hingga terasa nak pergi Jusco Tebrau City and shopping now! I mean, shopping benda alah itu. I mean, benda alah yang I letak banyak-banyak kat bawah ni ler (kasut berplatform serta bertumit tinggi) Cewah. And dia boleh pulak menjual sepasang kasut yang err KENAPALAH PANAS SANGAT HAA. I mean, kasut tersebut sangat HOT. Baiklah, you pergi link ini, dan cari sepasang kasut berwarna pink with black stripe. PHEWWHHH. Berkali-kali saya urut dada suruh bertenang and berkali-kali juga menelan air liur yang hampir expired neh. Kahkah I mean, belum gosok gigi ah. Nak cakap air liur basi macam tak humble je kan.

Aww, so stunning meh this one.


Saya lagi prefer kasut yang takde strap. Senang. Sarung terus. :)

Okay. This one haaa so so so .... *taktahu nak kata apa.

Fuyo Fuyo like candy kan. GERAM.

Ini untuk bride only. Waktu saya search pun, dia kata cam bridal-bridal something aa. Ewah.

Platform tinggi sangat. Habis ah orang ingat saya Amber Chia kang habis aaa HUHEE

Ini pun sama. But nanti mesti semua ular kejar saya sebab they thought I stole their skin. KAHKAH

Awesome baby :-)

Macam sesuai pakai time jalan-jalan window shopping. Kut-kut takde transport nak balik rumah lalu jalan kaki lepastu kalau kena kejar anjing je memang selamat ah because kasut takkan tertanggal dari kaki. Huiyooo. Selamat ke macamtu? Haha

Kalau saya pakai, saya nak jadi Angelina Jolie dalam Lara Croft Tomb Raider.
Gerek bebeh.

This one is sweet.

This one is err ayu kut kalau pakai but heel dia too high.

Nanti masa umur saya 22 tahun, saya nak kahwin pakai kasut neh. Siapa pakai dulu daripada saya, saya tahu je, memang ah dia kena saman. Anyway, saya target kahwin around 22 tahun itupun kalau saya masuk matrix. Kalau saya sambung diploma, memang ah kahwin around 24 kut. Tapi saya nak ada anak around 26 paling lambat okay. Tapi semua itu di tangan Tuhan, saya redha je ah kan. Semua itu bergantung kepada siapa yang cepat meminang saya lalu saya cepat terima. KAHKAHKAH.

Saya bergurau.
Siapa anggap serious, memang ah dia tak puasa pada hari ini.
Yang seriousnya, saya nak kahwin selewatnya umur 20 tahun.




Okay yang tu pun bergurau. Miahahaha*ketawa perli like, tak kelakar punn.. HEHEHH*ni namanya sengih oraite sayang..


HEY! Berbalik kepada perihal kasut hot & gorgeous tersebut, pada hari raya Aidilfitri tahun ini, saya mahukan kasut seperti design yang telah dipertonton tadi. Lebih kuranglah. Saya maksudkan, yang berplatform plus heel. Huih, mesti masatu orang ingat saya Nasha Aziz pakai shawl kan. Huihhh. *macam nak letak HAHAHA di sini tapi segan so kita diam je ah.


Saya tetap mahukannya. Dengar tak? Saya kata, TETAP MAHUKANNYA. Saya tak dapat, memang nak kena ah siapa yang jadi obstacle tersebut. Memang tak raya ah dia okay. Kasihan dia, masuk penjara, tak pakai spender, polis ketawa. *sorry ah, spell spender camtukan? Erk. Malu ah, nak padam ah spender tu jap gi.


Okay! Selamat Hari Selasa! Jangan lupa pakai mask jika hendak ke bazar okay! Bukan mask SK-II untuk facial treatment tu, ni mask yang ... Err susah ah nak explain, alaa yang tutup hidung dan mulut tuh. Apatah nama scientific dia entah.


Salam kasih mesra :)