Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, August 24, 2009

Fine. Okay fine!


Last night kan, sebelum pergi tarawih kan, saya ngomong sama Rah bahawasanya, SPM telah menghalang saya daripada memikirkan tentang sesuatu yang happy. Once nak fikir benda yang happy je, SPM tu automatically jadi obstacle. Very boring ohkay. Permasalahannya sekarang, tiada masalah apa-apa cuma saya sedar, sebagai salah seorang calon SPM, saya memang tidak patut berhappy-happy sekarang. Kecuali selepas tamatnya paper terakhir kelak. Very boring again!
Baiklah, paragraph ni sangat menyedihkan.



Saya tidak sihat hari ini. Selesema. I don't know lah selesema jenis apa. Hopefully bukan yang 'itu'. Tetapi, saya mula tidak sedap badan selepas pulang dari bazar semalam. Tekak tidak selesa, pening-pening, selesema, dan sedikit batuk-batuk. Bazar tu tempat ramai orang. Potensi untuk ke arah yang tidak bagus untuk kesihatan memang amat tinggi. Semalam, semasa solat tarawih pun rasa macam nak tumbang. Kurang daya keseimbangan. Sekarang, I mean, semasa sedang menaip ini, hidung saya sangat tak comfy. URGH.



Ibu ayah tiada di rumah hari ini. Petang ini bakal order pizza hut~~ (ewah, sebut ala-ala dalam iklan ohkay!) Nak masak? Kurang kemahiran. Bibik masak? Tak best. Pizza? THE BEST. KAHKAH.



Eih, saya dah mula dah takde idea nak taip apa. Mungkin sebab tak breakfast lagi. HEHEHE. Hey, fikir apa tu? Buang jauh-jauh now! Saya puasa okay. Takde cuti-cuti. Apa ni cakap Fee tak puasa neh. Not goodlah youu..


Hadirin dan hadirat sekalian,
Dengan dukacitanya ingin dimaklumkan bahawa, facebook saya telah hilang entah ke mana. I mean, MY LOVELY FACEBOOK dah hilang! Tiba-tiba je tak boleh log in. Lepastu, korek punya korek, dekat facebook sang kekasih sanubari takkan lupa di ingatan pun tak jumpa saya. I mean again, nama saya tiada di dalam friendlist dia! Tak percaya? Okay. Bagi siapa yang ada facebook tu, sila on facebook dia now and try cari saya. Default name; Afiqah Hazwani. Ha, tak jumpa kan? Dah cakap daaa.. Saya rasa kan, tuan punya facebook tu terdelete saya dalam friendlist dia. Dia cuma TERDELETE barangkali. Okay, tidak baik prasangka buruk. Saya sayang facebook tersebut. Sebabnya, game sorority life saya dalam tu dah advance taw. Kaya taw. Senang saya punya avatar nak shopping baju baru, kasut baru, aksesori baru. Pathetic betul okayy.


Minggu yang sangat boring. Dari tadi saya tak henti-henti mengonyeh-ngonyeh hidung yang asyik-asyik hingus meleleh. Mata dah gatal-gatal. SANGAT UNCOMFY dan saya bukan dalam mood yang baik sekarang. Siapa datang rumah carik Fee siap dia saya bagi makan murtabak semalam punya. Tak sure whether dah basi or not. Nak try, datang ah. Shah tau alamat rumah saya. I mean, Shah sang kekasih sanubari tak lupa di ingatan tersebut. KEKEKE. *ketawa buatan.













Terima kasih kerana membaca entry merepek yang tiada faedah ini. Kalau virus boleh post melalui blog, kasihan semua yang baca entry ni kan. Pathetic, pathetic. Habis ah semua dah jangkit Fee dah.


Okay, masa untuk mandi sambil bermain buih! HUHEE HUHEE *ketawa malas.