Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, July 3, 2009

Tolonglah kenapa sedap sangat neh?

I'M THE LUCKY ONE by Anuar Zain. Yeah, its my lullaby song dua tiga hari nih. HAHAHA. Tak tak. INI SERYES. Okay, get it? Ianya memang lullaby song saya :D


Entah kenapa macam sedap sangat je lagu ni kenapa tah eh? Rah cakap tak best langsung. Mungkin tengah mood sentimental so lagu ni jadik best pula pada pendengaran tuan punya blog nih.

Taktak. Once, aku cakap sedap, maknanya sedap lah kan. Siapa tak download lagu nih after baca Fee punya blog ni siap dia.

Okay lama rasanya tak bercerita panjang ya sesama kita. Ni rasanya dah 2 minggu lebih aku berpuasa selain daripada berpuasa sunat bulan Rejab, puasa untuk menurunkan berat badan juga termasuk sebagai salah satu sebab mengapa aku rajin berpuasa kebelakangan ini. Selain itu, nak prektis perut ni haaa lagi berapa minggu je nak puasa Ramadhan. Okay tiada motif apa-apa pun pasal puasa ni CUMA nak cakap bahawa semalam ayah menegur aku dengan comel sekali,

'Eh apsal montel sangat ni? Puasa pun montel jugak'

Aku hanya tersengih sambil berbuat pekak dan bangang. Ayah pun bergelak. Kemudian berkata,

'Takdelah gemuk mana pun. Okaylaaa. *&^%$#@!+}'

Ade lagi yang dia cakap ayat kat belakang tu cuma segan pulak nak pampang kat sini. Malulah sikit...... Tu yang kita letak simbol-simbol, konon-konon lah kan, haha.
(mengidam nak makan Chicken Mcnuggets, isk isk)

Tak mengapa. Tiada banyak kerisauan tentang bentuk tubuh badan ketika ini. KERANA pelajaran adalah segalanya buat masa ini. Lantaklah nak jadi apa pun dengan tubuh ini, aku REDHA selagi tidak dijangkiti penyakit berbahaya pembawakan babi durjana. Nauzubillahhimin zaliq..
(semalam mimpi satu taman daya kena H1N1. Sedih aku sampai nangis-nangis dalam mimpi tuh)

Minggu ini juga sudah bermulanya tuition express. Maknanya tuition yang last minute lah sebab SPM tinggal beberapa minggu je neh. Kehkeh tak ah jangan gabra, jangan gabra. Lagi lebih kurang 3 bulan lebih je agaknya. Masih sempat nak pulihkan apa yang TIDAK A1, apa yang fail, dan sebagainya. Pucuk pangkalnya diri sendiri.

Aku memilih private tuition kerana aku tidak boleh belajar seperti tuition macam class tu. Nanti kalau ada yang tak faham je jadi malu nak tanya. Dah orangnya pemalu nak buat cemane kan. Jadi, langkah terbaik adalah dengan mengambil tuition persendirian (eh betul ke perkataan nih?)

Alhamdulillah setakat ini, Cikgu Hadi selaku cikgu Matematik dan Matematik Tambahan telah memberi tunjuk ajar yang sangat baik sehingga terasa bahagia sebab dah rasa macam pandai sikit. Sikit pun jadilaa kan kerana mungkin ramai yang sudah merasa betapa tak senang duduknya apabila menyedari diri tidak pandai atau dalam bahasa kasarnya, bodoh bangang. Korang semua mesti pernah rasa kan? Lepastu lagi tak best kalau musuh-musuh kita result dorang lagi hebat. Eih, takleh jadik neh, dalam hati berkata. Tidak mengapa, cemburu yang sihat. Selamat maju jaya kepada anda yang mahu menyaingi musuh-musuh durjana anda.


Sesungguhnya minat aku pada masa hadapan, langsung takde kena mengena dengan bidang sains even sekarang berada di dalam science stream dan mengambil subjek-subjek paling tough SPM (yelah kut, pada akulaaaa). Haritu pergi Pameran Kerjaya pun banyak isi borang, tick dekat course yang berkaitan dengan Hospitality & Tourism, Communications dan Computer Science. Ahaha. Medic ke, pharmacy ke tak pandang pun. (ceh, berlagaknyaaaa..)

Bukannya apa, dah tuan empunya body sudah berminat ke arah tu kan jadi tokleh nak kata apaa aaa... TETAPI, setelah sudah mahir sedikit subjek Matematik, terasa macam nak jadi Quantity Surveyor. Kerja macam ayah, kira-kira itu dan ini. Seperti seronok. Selepas grad, terus masuk ke company ayah dan duduk di kerusi director. Betapa masyuknya hidup. Tidak perlu risau soal bulan depan nak shopping apa sebab otak dah kata awal-awal, harini nak shopping apa haaa. Ha boutique tu haritu tak masuk lagi nih.
HAHAHAHA asal paragraph nih seperti sangat meluatkan haaaa?


Kadangkala seperti tidak mahu ke matrix memandangkan ilmu sains empunya diri tidaklah sehebat mana MALAH tidak hebat langsung. Tak macam Muzamir (budak terpandai sekolah), tiap kali exams, sume subjek sains kau pegang A1 takpun A2. Apsalla kau ni annoying sangat haa? (takpe takpe, cemburu yang sihat) :p

Tetapi, aku tetap memohon matrix memandangkan kita manalah tahu rezeki kita di mana bukan? Kut-kut tiba-tiba dapat matrix and tiba-tiba jadi pelajar yang paling tercemerlang sume subjek di matrix. Wah wahh amin ya rabbal 'alamin.... :)


Walaubagaimanapun, ayah dan ibu mahu anak sulungnya ini menjadi seorang pengacara TV suatu hari nanti. Tak kisahla glamour ke tak sebab niat sebenar mahu menjadi seorang pengacara tv adalah demi kepuasan diri apabila BERJAYA bercakap dengan penuh keyakinan diri ketika berada di depan khalayak. Ianya sememangnya satu kepuasan yang tidak terhingga. Kau pun kagum kan bila tengok Farah Deeba mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O dengan begitu elegan sekali selain Nurul Syuhada Nurul Ain yang mengacarakan rancangan Majalah 3 yang pada aku, rancangan tu agak adventure sikit sebab kena banyak berjalan merentas benua itu dan ini dan memerlukan stamina yang cukup demi menyempurnakan sesebuah episod itu.


Tuntasnya, dalam masa 3 bulan lebih ini, aku hanya perlu melakukan satu anjakan paradigma demi masa depan yang diingini. Semogaa perjalanan diberkati dan dirahmati Allah. Ameenn :D
























Entry takde kena mengena dengan tajuk. Eihh annoyingnyaaaaaa...
:)