Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, July 31, 2009

Happy Friday Everyone!

Lapa ah. Eihh. Lapa. Lapa. Dah lama berlapar nih, tubuh terasa seperti sudah hilang sekurangnya 3 kilogram. HAHA. Tak ah. Ni sebenarnya perasaan semata. Jangan percaya. Jangan perasan kurus. Jangan perasan gemuk. Perasan gemuk lagi merbahaya. Padahal tak gemuk langsung. Sangat menyampahkan apabila tengok seseorang yang kurus slim lagi ramping (size 30-24-28-), mengaku bahawa dirinya gemuk. Ergh. Tak faham betul ah. Lepastu mula ah jadi anorexia nervosa, bulimia nervosa. PATHETIC. Tak lama lepastu, menderita masuk spital lepastu masuk kubur pulak dah sebab dah tak dapat diselamatkan lagi dah. DOUBLE PATHETIC. HUHEE

Janganlah menjadi sedemikian rupa ya. Sekurang-kurangnya, masih ada yang menjealous terhadap tubuh badan seperti anda. Sebagai contoh, saya selalu menjealous terhadap perempuan kurus. Tapi taknak ah 30-24-28. Paling-paling pun, 36-26-30. Taknak ah nampak macam melayang je bila dia tengah buat catwalk en. NGERI. Kalau ada isi sikit, mantap sikit dia jalan kan. Stabil je. Muka ala-ala Jelina Jali pulaktu. Lawa-lawa. Cun-cun. Jealous-jealous.


Teringat pulak kat sorang budak pompuan kat sekolah tuh. Sama umur dengan saya gak ah. Suka betul saya tengok body shape dia. Kelihatan perfect. Muka pun lawa gak ah. Saya bagi 8/10 (sebenarnya nak bagi 9 tapi jealous punya pasal, KAHKAH). Taknak ah bagitau nama dia siapa sebab mana tau ada schoolmates yang baca entry ni kang habis ah saya. Kalau sampai ke telinga budak pompuan tuh, lagi habislah saya. Habislaa dia tau saya jealous kat dia. Habis ahhhhhh.. T__T


Lepastu jealous gak kat Cikgu Zilawani. Bakal ajar saya kimia sebab Cikgu Hana cuti bersalin. Cikgu Zila ni punya body figure pun cun gila. SEBAB dia pakai korset. HUHEE. Saya pernah peluk pinggang dia, tiba-tiba je terasa macam satu perasaan yang 'tebal'. Saya pun cakap, Ooooo korset yaaaa.. Dia senyum lepastu kata, 'saya gemuk aaa..' Padahal body punya ah cun siap melentik lagi. Haaa.. Kalau esok saya dapat jumpa dia, saya snap gambar dia okkayy. Papehal, saya nak cakap, dia baru je kahwin dengan Farid Kamil 2 bulan yang lepas. Saya maksudkan, laki dia muka spesies Farid Kamil. AHAH. Sebijik kut. Tak sabar pulak nak tengok dia pregnant. :D


Tadi dekat sekolah, saya tak berapa masuk class sangat. Cuma masuk semasa subjek Bahasa Malaysia lepastu keluar and masuk bilik pengawas sebab malas nak pergi physic's lab. Saya bukan pengawas heh. Saja je masuk lepastu duduk dekat kerusi cikgu-cikgu lepastu main tarik-tarik kerusi. Kau bayangkan lah kan, bila duduk dekat kerusi yang boleh ala-ala melentur ke belakang tu, tiba-tiba ada orang tarik kerusi tu ke belakang again, tak ke kau rasa macam kau bakal terlentang? Sangat mengelakarkan. Lepastu bila diri sendiri kena, terasa macam ERRR hard-to-explain. Tapi still ketawa sampai sakit tekak, perut, pankreas, dan sebagainya.


Bakal menghentikan taipan beberapa minit dari sekarang. Sebelum itu, lets watch this!




*gambar kedua ni macam agak tak sopan sedikit.


Lukisan by Chombi saya, dalam kurungan Shiro. Start from this week, dia panggil saya Tuti, saya panggil dia Chombi. Taktau kenapa entah dia tu. Pagi tadi pun, dia text saya macamni, Ti, jangan lupa bawak phone. Saya tak rela tapi tak mengapalah. Nama Tuti tu macam gadis ayu from JAWA BARAT. By the way, ini lukisan memang by her, tapi snap by saya. Mana tau ada siapa-siapa yang tanya, siapa yang snap ni? So, dah pun dijawab oleh saya awal-awal. HUHEE.

Motif sebenar gambar ini diambil, adalah kerana Chombi ingin menakluki hati seseorang kembali. KAHKAH. Pathetic betul ah. Hidung mende alah ni tanggal pun, sanggup dia pinjam gam uhu from saya. Aduhaii..

















Okay! Selamat Hari Jumaat buat semua! FEE :)