Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, July 27, 2009

Bagai pinang tak terbelah-belah

Today is Monday bukan? Macam biasa, kalau kita dah enjoy dengan weekends, tiba-tiba Monday je ada class, automatically jadi boring lepastu mengantuk semacam sampai nak pegang pen salin latihan bio cikgu bagi pun tak larat even malam tadi dah tidur kira awal dah tuh. Akibatnya, terlentoklah si budak sekor ini di atas meja laboratory. Sangatlah mengantuk tahap tak-tahu-nak-kata-apa. Macam baru lepas telan pil tidur berketul-ketul pun ada. ERGH. Lepastu tak habis-habis jeling dekat jam sebab tak sabar nak recess sebab nak sambung lentok atas meja class puas-puas. Tepat 9.50 a.m, budak ini juga menjadi orang pertama yang keluar dari lab bio, melangkah dengan pantas dan bermayanya (ceh, kata tadi tak larat buat apa-apa even pegang pen?) lalu menuju ke class. Buku bio serta pencil case lantas dicampakkan ke atas meja, tarik kerusi, dan terlentoklah si budak itu dengan kemas dan comelnya di atas meja. Tidurlah budak itu dengan aman dan nyamannya dikelilingi persekitaran yang sejuk macam nak hujan renyai di luar. ROMANTIS! I LIKE. Lepastu bangun je sakit kepala berdenyut-denyut sebab tidur tak selesa. Adeh. Okaylah enough pasal cerita yang hampir kepada bodoh ini.


Tujuan tak berapa utama entry ini adalah untuk menpertonton (lebih kurang mentayang aaa) gambar petang sabtu yang lepas. Bukan saja-saja nak tayang heh. SEBABNYA, buat pertama kalinya Rah telah berlaku garang terhadap seseorang sebelum gambar ini diambil. HAHA. Takut juga orang dewasa itu terhadap kanak-kanak berusia 13 tahun 9 bulan itu. Gambar diambil bersama latar tempat; Gymnasium Royal Johor Country Club (RJCC). Latar masyarakat; entah nyonya mana entah yang tengah pakai treadmill favourite aku tuh.





Kisahnya macam pendek je sebab abang (entah, pakcik agaknya aku belasah jelah abang) yang jaga gym tu tiba-tiba seperti tidak mempercayakan kewujudan kami di situ. Pakcik yang jaga sebelum ni memang dah recognise kitorang dah siap tepuk tampar sume (tipu). Tu yang aku rasa yang abang ni orang baru kut tu yang dia macam taknak terima hakikat yang kami berada di tempat kejadian. Lalu Rah dengan bengkengnya mengeluarkan suara amarahnya kepada abang tersebut serta terus masuk ke gym tanpa rasa bersalah apa-apa. HAHA sangat comel. Lepastu abang tu macam takut-takut lalu dia panggil aku pulak sebab nak tahu umur. Dengan bangganya aku cakap 17 sebab under 15 memang tak boleh masuk. Dia tak tanya Rah pulak. Takut la tuuu HAHAHA. Kalau dia tanya, confirm Rah dihalau secara sopan.


Baiklah itu sahaja cerita untuk petang sabtu yang comel. Cuba I cerita pasal petang Ahad yang membahagiakan pulak. Sebabnya I dah bawak kereta on the road dengan bantuan abang instructor yang pandai bermadah bicara sehingga I terasa melayang sebentar sehingga kereta yang dipandu seperti ular kena palu. HAHAHA. Dah aaa dah aa I bergurau. Abang instructor memang suka mengejek saya ketika saya memulas stereng (should be memusingkan stereng KUT). 'Alahai alahai... Tak makan ke tadi...' Mungkin dia nampak saya termengah-mengah agaknya. Saya dengan jengkelnya mengatakan dia jahat sebab macam kata saya lembik. HEY. Saya superwoman okay. Cuma haritu tak makan nasi lagi. Tu yang agak lemah SEDIKIT. Tengok aa nanti bila saya drive masa baru lepas makan nasi. Haaa setakat stereng je, Hak elaaaaa. Satu jari pun boleh okkaayy! Tapi takpe, abang instructor tu comel kadang-kadang. -___-


Okay ar lets stop this entry coz I macam terdengar suara katil cadar pink I dah panggil kata rindu. Awww terharu I sampai tak sabar-sabar menggelitis serta menggedik-gedik dah ni sebab katil kesayangan panggil punya pasal. I Love You lah katil. My life would suck without you.. (ewah ni dah mcm Kelly Clarkson's neh)


Anyway, I sangat lapar harini sebab hujan tambah-tambah I puasa sunat-nak-kurus. Adehhh. TAMBAH-TAMBAH lagi ibu I masak ayam paprik. ERGH. MY FAVVY sejak lahiriah lagi!




Salam Kasih Mesra. Assalamualaikum w.b.t :)