Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, June 5, 2009

Coretan hari ini sebagai hari Jumaat, penghulu segala hari :)


Permulaan cerita;
Rahang terasa lenguh akibat berjam-jam dok mengunyah bubble yum sampai nak menguap pun sakit haha. Tak best betul, nak gelak pun kena cover ;p


**************************************************


And harini we all adik beradik lepak dengan ayah di Royal Johor Country Club (RJCC). Ada jugak aktiviti akhirnya! Mula-mula thought nak swimming je tapi macam malulah sebab dah besar kan HAHA so saya dengan Rah decide nak pergi gym jelah. Exercise jugak kan.. Adik laki due eko tu macam biasa dorang swimming while ayah pergi golfing. Di gym, saya dan Rah hanya melayan treadmill sebab best gila kut. Saya berjaya mencatat rekod berjalan di atas treadmill dengan jarak 3 kilometer tuuuu. Dan saya juga telah berjaya membakar sebanyak 280 kalori dalam masa 40 minit. YEAY!

Nak tahu tak tadi masa ontheway nak masuk RJCC tu nampak ferrari gila lawa bapak dia ah warna kelabu sumpah gila sporty kereta tu.. Ayah kata tu kawan dia punya kereta nama dia Jaafar. Ayah kata Jaafar ni gila kayaaaaa.. Saya pun automatically teringat seseorang yang dikenali sebagai Fariz Jaafar lalu bertanya,
'Ayah,ayah! Dia duduk dekat area larkin kan? Ayah! Anak dia pun golfing jugak kan? Kan? kan?'
Ayah pun mengiakan. Ya! Saya kenal itu Fariz budak Sekolah Dato Jaafar (nama bapak dia jugak ;p) yang handsome dan kaya raya yang dekat myspace dia ada album tunjuk kereta ferrari bapa dia tuh.. Saya tahu segala tentang dia sebab kawan-kawan saya pernah bercerita tentang dia. Saya kenal girlfriend dia dan dia pernah suka siapa SEMUA saya tahu ohkayyyy.
Kadang kala saya boleh juga digelar mami jarum kerana saya memang tahu SEMUA gosip-gosip liar tapi saya takdelah heboh-heboh dekat orang. Cuma kadangkala TERlepas dekat blog -,-




--------------------------LALOLALALOLA--------------------------




Before pergi RJCC tu singgah office ayah kejap. Sumpah bengang malu-malu sebab staf ayah ramai sedang bekerja. Adik-adik bising buat malu je euw euww.

Memperkenalkan ayah kecintaan saya serta Rah yang *&^%%$@#$ HAHA
(Saya tak mahir langsung main rubic cube, awak?)

Rah sempat online lalu membebel kerana pc ayah tidak terwujud Mozilla Firefox dan membuatkan pagenya kelihatan buruk. Saya sempat mengsyorkan Rah mendownload Mozilla Firefox di pc ayah hahaha.

Ni adik saya yang ketiga. Saya suka buli dia dengan memanggil dia ITAM. Dia tak marah cuma mengamuk sakan lalu mengejar saya sehingga dapat :P Dia suka menjerit. Benci betul sebab suara dia memang sangat membakar hati.

Adik bongsu saya yang sumpah comel pagi tadi kena geletek dengan saya kaw-kaw punya sebab kacau saya dan abangnya menonton TV dengan berdiri di depan TV dengan baju tidur besarnya itu memegang bendera sambil membuat aksi yang sangat annoying. Kadangkala pabila Rah meninggalkan saya pada waktu malam lalu saya ketakutan, saya mengejutkannya,
'Adik,adik, teman akak please. Kakngah tido bilik abanglaa..'
Dia cepat-cepat bangun,mamai-mamai dan berkata,
'Hah apa kak? Em, okay jom..'
Alalala, sangat comel dan nice kan? :D


Dia tak macam adik-adik yang lain. Dia tak kedekut pabila saya mengecek makanan darinya. Dia rajin gelakkan saya. Dia rajin dermakan saya bubble yum. Dia rajin mencucuk pinggang saya dari belakang ketika saya sedang online (haa yang ni annoying -.-). Dia memang sangat baik dan pintar sebab dia boleh main chess dengan sangat hebat dan boleh mengsamakan warna di rubic cube dengan hanya memejamkan mata. Saya tidak reti itu semua. LOL.





Cerita sudah tamat.
Saya mahu menonton Scary Movie 4 di Tv3 sekarang.
Saya mahu bergelak sakan bersama Rah & Itam sebentar lagi.
Adik tiada :(
Keluar dengan ayah & ibu.