Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, June 2, 2009

When We're Hungry


Gila lapar sebab dah banyak hilang tenaga semasa jogging tadi so pabila malamnya mulalah mencipta sesuatu untuk dimakan. Taknak cerita panjang-panjang sebab malas,hahaha

Baiklah. Inilah bahan-bahannya. Ceh. Garlic paste tu kitorang masing-masing takreti nak bukak. Suruh bibik, dia pun takboleh. Tapi tujuan utama beli garlic paste tu adalah untuk sapu pada roti dan bakar dan jadilah ianya garlic bread lalu memakannya bersama mushroom soup. Tetapi, alangkah malangnya apabila kami tidak cukup tenaga untuk membuka penutup garlic paste tu yang masyaAllah punya ketat. Haihhh..

HAHAHA. Okay kenapa gelak? Sebab mushroom soup tu adalah mushroom soup segera! Tak perlu nak letak dalam periuk lalu memasaknya sehingga mendidih blablabla. Baiklah sila beli jenama VONO. Rah kata Vono lagi marvellous dari Campbells. Kakak Rah tatau pape. Dia bedal jenama pape selagi ha lam alif ha.

Bila tak dapat makan dengan garlic paste tu, lalu kami dengan bijaknya menyapu butter pada roti lalu........

Taraaaa membakarnya di dalam toster! Sumpah lemak berkrim serta rangup pulak tu. Eeei pergilah try. Best gilaa. Lagi-lagi untuk seseorang yang mengamalkan diet ;)

Rah punya soup cair sebab dia letak satu packet dalam satu mangkuk. Kakak dia punya souplah terhebat. Dahla mushroom campur ayam. HAHA sumpah sedap sebab pekat sebab letak dua packet tak macam Rah ;p


Esok-esok kami post resepi Rendang Ayam Ala Mexico.
Nak?
Ahhh belum belajar lagi. Rendang ayam Malaysia pun tak lepas :p