Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, May 30, 2009

Taipan dari hati,


Okay baiklah. Sebenarnya dah laamaaa saya nak post benda ni tapi macam takde masa je nak story kan. Sebab cerita ni macam agak complicated sikit KUT. Entahlah kan tapi saya memang kena taip benda ni tapi benda ni sebenarnya tak taip pun takpe. Entah entah ;p



Mari mula. Diminta dimulakan dengan Basmalah. Bimbang apa-apa berlaku selepas baca post ni kangg..



PROLOG;
Saya tidak sabar hendak habis sesi persekolahan tahun 2009 ni. Kadang-kadang saya semakin bosan menghadap manusia-manusia yang agak annoying di sekeliling saya yang mungkin sudah 5 tahun menjadi rakan sekelas saya. Kadang-kadang juga saya terloya sendiri melihat satu, satu manusia yang mungkin sedang dalam proses melangkah ke alam pengakhiran usia keremajaan.

Setakat ini, yang paling saya tidak tahan ada antara mereka yang kerap membuat lawak tidak jadi sehingga saya membuat muka 'jerk' tatkala mereka habis melawak. Kadang-kadang saya berkata, 'Kelakarnyaa' dengan nada toya tanpa perasaan. Lawak mereka itu pun bukan lawak berlesen yakni lawak yang menghiburkan TETAPI sila highlight di sini bahawa bahan lawak mereka adalah dengan cara mengajuk cara seseorang itu bercakap ATAU mengejek cara seseorang itu. Saya juga kerap menjeling tajam mereka-mereka ini dengan mesej yang bermaksud, 'lawak kau tu macam *^%@#%^&&%$@#'

Saya tiba-tiba teringat post Syahmi tentang dia sangat pantang orang-orang yang culture shock. Maksudnya orang yang baru 1st time masuk town dah nak hidung tinggi macam *&^^%$#@. Lebih kurang macamtulah kut. Tetapi, saya pula sangat pantang orang yang ............... (tiada specific word untuk ini tetapi saya tiru Shiro punya ayat lah) yakni; Macam Bagus. Selalunya saya sebut, Orang Kerek je.

Saya punya seorang kenalan yang sebegini. Di sini, saya ingin tekankan bahawa sememangnya hampir kesemua manusia di dunia ini yang mempunyai sikap Macam Bagus ini. Saya juga tidak kurangnya. Ya, akui sajalah kan. Tetapi ya anda semua, adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila seseorang itu asyik-asyik membetulkan percakapan seseorang itu dan mereject fakta-fakta seseorang itu sedangkan fakta masing-masing bukanlah betul pun. Jadi, tidak perlulah hendak mereject percakapan seseorang itu dengan ayat;
'Eleh kau ye ye je. Suka hati kau je cakap macamtu. Setahu aku blablabla....'
Mulalah hendak menjadikan nada percakapan sebagai sesuatu yang sangat super duper muper menjengkelkan yakni nada bongkak disertai pakej membuat raut wajah yang sangat kerek. Yelah, saya faham, mungkin anda RASA fakta anda tu BETUL sangat tetapi silalah menegur rakan anda itu dengan nada yang sopan. Elok-elok. Supaya tidak mengecilkan hati siapa-siapa dan membakarkan hati siapa-siapa (???) ;p

Saya tidak pernah diperlakukan demikian oleh orang yang dimaksudkan. Mungkin kerana saya seorang yang malas hendak debate. Dan mungkin juga si pulani ini tidak pernah menentang fakta saya mungkin kerana saya bukanlah sahabat kamceng dia pun. Jadi, pabila dia dengar apa yang saya katakan, dia pun diam sahaja takpun menentang secara diam dan mungkin juga kerana fakta saya sama dengan fakta dia. Yeayy HAHAHA.

Apa gelak-gelak? Serious seriouss. Heihhh...

































Saya juga kadangkala apabila sudah berapi sangat dengan sikapnya yang suka sangat menegur orang dengan nada yang menjengkelkan, saya cepat-cepat membacking orang yang ditegur secara kerek itu. Dan seperti kebiasaan, dia terdiam. Mungkin dia tidak terfikir apa yang telah saya katakan itu. Kerana .......................................
(harap maaf, ayat selepas ini agak kasar sedikit bunyinya),

ilmu yang dia pelajari setakat usia 17 tahun ini tidaklah sebanyak mana sehingga hendak menegur orang cara kerek macam diri sendiri sudah bagus sahaja.

(AGAIN, harap maaf).

Membaca al-Quran dengan teratur pun tidak fasih lagi. Tajwid semua habis dilanggar.

+__________+


Tolonglah, si pulani, muhasabahlah diri anda. Saya merayu. Sudah banyak hati yang terluka kerana anda. Kata-kata anda itu sangat tajam sehingga telah banyak menghiris hati-hati orang sekeliling anda. Make surelah diri anda mungkin sudah setaraf dengan Ustazah Siti Nurbahyah jika hendak menegur orang lagi-lagi tentang isu-isu agama yang anda sendiri pun tidaklah betul mana....

Dan silalah menegur dengan cara yang sopan, elok, berbahasa. Bukan dengan cara kerek seakan-akan andalah yang terhebat, andalah yang teralim, andalah yang terbijak, andalah yang terbaik personalitinya!






























Saya sayang semua rakan sekelas saya. Baik lelaki, baik perempuan. Kebanyakan mereka sudah hampir 5 tahun sekelas dengan saya. Macam Anuar, dari sekolah rendah saya sekelas dengannya. Sorang, sorang saya perhatikan tumbesaran mereka baik dari segi mental dan fizikal. Haha. Pelajar lelaki yang kebanyakannya semasa form 1, mereka kalah dengan ketinggian saya, kini, semuanya sudah lebih sejengkal tinggi daripada saya. Begitu juga dengan sikap masing-masing. Ada yang berubah, ada yang tidak, ada yang okay, ada yang tidak okay..
























EPILOG;
Saya bukanlah hendak kata saya baik, saya elok, saya tak reject orang, saya hebat TETAPI, biasalah hati manusia mana pernah puas kan?
HAHA
(ceh fee tak puas hati dekat orang nak story kat blog en.)

Mendeh awak ni. Haha.


Bak kata saya tadi, saya sayang semua orang jadi apa salahnya saya tegur. Secara baik taw. Saya tak reject atau cakap,
'Kau ni annoying gila sial hitam jelaga karat. Kau pikir kau bagus? Pegi meninggallah kau babi..'
See? Cantik betul bahasa. Isy nyesal betul type ayat atas tuh Eii jap gi delete ah. Ei buat rosak blog je. Ei ei eiiiiii..

HAHAHA

Nak terasa ke tak ke, terpulang. Sendiri makan pizza, sendiri rasa Hawaian Chicken (ni nak story, baru je lepas makan pizza ni, kehkehh) Miahahahaha.




Dahdah, azan maghrib sudah berkumandang, cepat-cepat solat cepat! Dah mandi? Belum? Laaa... Okay-okay kalau dah mandi, and plan nak keluar lepas ni, silalah capai baju@tudung@selendang@seluar@ blablabla berwarna merah kerana mengikut feng-shui, warna merah adalah bersesuaian dengan hari Sabtu. InsyaAllah ianya akan mewujudkan keyakinan dalam diri anda serta semangat yang membuak-buak.
Saya sememangnya mengikuti feng-shui tetapi tidaklah terlalu bergantung padanya semata.
Isy isy tak elok tu..
Tetapi, cukuplah sekadar apabila wujud undang-undang sebegini dan kita mengikutinya, kita akan rasa macam best jee, seronok jee, untuk mengharungi kehidupan seharian kita.
InsyaAllah ;)




Kancing baju bersama suasa,
Suasa dibeli dari pekan,
Andai ada tersasul bahasa,
Harap maaf dinda pohonkan.


Sekian, salam kasih sayang bersama ciuman muahmuahh untuk anda yang sedang membaca.
Weehuu weehuu :D