Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, May 26, 2009

Super Rindu

Okay. Saya sangat merinduinya. Saya dan rah. Saya gian mahu ke sana lagi. Sumpah saya mahu. Rah siap cakap dekat ayah yang dia mahu ke high school di sana kerana tidak mahu menduduki PMR dan SPM. Hehehh. Mendeh tah. Saya pula belum puas berjalan di sana. Saya belum puas menjelajahi setiap pelosok dunia di sana. Kerana semasa saya bercuti di sana, saya demam teruk. Teruk ke awak? Err teruk jugaklah sampai muntah-muntah saya. Yeke? Taklah janganlah percaya, saya demam biasa je. Tapi kira demamlah jugak.

Actually banyak benda di belakang tabir yang saya tidak cerita di entry Gold Coast saya itu. Baanyaakkk KUT. Gambar pun memang banyak sampai 400 keping tapi beberapa je sempat ditayangkan di blog. Haihh. Baiklah mari kita mengenang kembali saat-saat manis saya sepanjang di Gold Coast, Australia.


*************************************************

-Esok nak bertolak, harini baru nak basuh kasut. Cool tak? Cool lah sangat sebab kasut tu tak kering-kering! Haha. Sampailah hari ketiga kat sana baru kering sebab jemur kat balkoni hotel. Ingatkan pergi Movie World nak pakai kasut tu. At last, pakai flip flop je. Saya start memakai kasut tu semasa melawat Sea World (hari ketiga). Paling best, kasut tu berbau sangat harum. Maksud saya, kata berlawanan bagi harum kerana ianya tidak kering selama 3 hari.

-Baru beberapa jam dalam flight dah mula mengidam Laksa Penang. Mula merengek dengan ayah kat seat belakang mengadu lapar laksa,ahahaha. Lepastu badan tiba-tiba sejuk sampai pakai selimut double. Merengek jugak kat ayah mintak selimut lagi satu. Ayah dengan hati mulia, membagi saya selimut Mas yang berkaler purple itu.

-Flight transit di Sydney Airport selama satu jam kut sebelum bertolak ke Brisbane Airport. Kemudian dari Brisbane, kami beramai-ramai menaiki bas ke Gold Coast. Perjalanan lebih kurang 80 km.

-Sesampai sahaja kami di hotel penginapan, masing-masing kelaparan. Saya lagilah! Dahla sepanjang penerbangan terbayang laksa. Dalam hati, ni dapat maggie pun jadiklaaa.
Akhirnya saya dan Rah dan ayah bersama-sama mengharungi kedinginan malam di Surfers Paradise ituu mencari 7 Eleven dan kedai-kedai yang sewaktu dengannya. Akhirnya selamat juga kami membeli beberapa paket maggie curry yang tak berapa nak curry sebab ianya tidak mempunyai rasa curry malah saya terlebih meletak air sehinggakan rasanya tak ubah seperti sup sayur kosong. HAHAHA.

-Yeaayyyy esok paginya saya dan keluarga buat pertama kali breakfast di hotel. Menunya sangat simple tetapi, saya ulangi, TETAPI, sangat superb! Saya rindu scrambled eggnya, pancakenya yang mempunyai rasa lemak-lemak manis dan dimakan dengan madu, dan apebenda alah tah macam nugget tapi entahlah ergghhh nak buat breakfast macamtu tapi takde machine nak buat pancake automatic tuh.

-Esok dan esoknya saya dan Rah mula membuat negara itu seperti negara sendiri. Ah apakah? Bukan bukaann. Maksudnya, kami sering berdua-duaan kemana saja kami pergi. Macam dah biasa. Breakfast berdua.... Tiba-tiba teringat amoi jaga kaunter tu. Eh ehh amoi pulak! Minah saleh cantik yang jaga kaunter cafe tuu.
'Good morning, did you have a great day today? Room number please?'
Sambil tersenyum dengan senyuman manis super mesra.

-Tak lupa, kami juga sering menggunakan khidmat internet di lobby hotel. Selesai je dinner, terkedek-kedek ke lobby hotel dan menuju ke reception. (sempat lagi bernafsu nak online)
'Nak guna internet boleh? Kami berdua taw. Setengah jam 6 dollar kan?'
'Yeah boleh. Sila ambil pin code ini dan type pin code untuk mengactivekan pc.'
'Terima kasih.'

Ceh. Macamlah Australians boleh cakap Melayu.
(Ada kisah lucu di sini. Semasa kali pertama saya online, saya hanya sempat online 15 minit pertama sahaja, KERANA, saya pergi menyahut seruan alam yang meronta-ronta serta memulaskan perut saya. Isy, story dalam kelambu niyh! :p Dan saya banyak rugilah kan kerana 6 dollar tu dahla lebih kurang Rm15. Adoy. Takpe, seruan alam punya pasal.)

-Sama juga semasa berjalan-jalan di pasar malam di situ.(Pasar malamnya sangat suci ya tanpa sebarang bau rokok seperti di Malaysia. Eh apani hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri bukan? hehe) Tiba-tiba ternampak gerai cupcake yang sangat cute berwarna pink! Awwww mesti best kan cupcake dia!
Secara spontan dan terujanya,
'Ibu! Nak cupcake tuuuuuuu..'
Serentak saya dan Rah berkata.
Ibu membuat muka ragu-ragu. Tetapi saya terus menarik tangan ibu menuju ke gerai tersebut.
Saya faham perasaan ibu lalu saya terus berkata;
'Sangat comel! Boleh saya tahu kandungannya?'
Perempuan berkulit putih berketurunan mat saleh (WTF?!) itu tersenyum mesra dan mula menerangkan isi kandungan cupcake itu..

Beberapa minit selepas itu, saya dan Rah seperti kera mendapat bunga. ^.^

-Dan mungkin untuk pengetahuan semua, warga Australia sangat berhemah tinggi! Mereka sangat mesra. Tidak membuat raut wajah mengumpat apabila ternampak orang-orang yang pelik lalu di hadapan mereka. Tidak memandu kereta dengan laju dan dengan sopannya, memberhentikan kereta pabila saya dan Rah baaaruuu sahaja hendak melintas jalan. Yeah they are too humble. Tambahan lagi, bagi lelaki-lelaki miang yang gemar membuat aktiviti mencuci mata, saya berkata dengan hati yang luhur, tulus, serta ikhlas, silalah berkunjung ke Australia kerana mereka menyimpan berjuta HOT CHICKS. Miahaha. Saya sebagai perempuan pun kadangkala turut mencuci mata saya. Menyorot mata tatkala mereka lalu di hadapan saya adalah sesuatu yang menyeronokkan (WTH?!) sehinggalah ayah di sebelah berkata sesuatu yang menjengkelkan. Lalu saya menjawab begini,
'Eeei serabailah ayah ni.'
Jadi fikir sendiri apa yang telah ayah katakan. Kahkahhh.

-Tetapi sebelum apa-apa, saya ingin memberitahu, berdasarkan kajian saya dan ayah yang gemar melepak di tepi-tepi jalan sambil memerhatikan Australians, 70++% daripada mereka mempunyai masalah OBESITI. Tahu apa itu obesiti? Tidak tahu? Sila ke google sekarang! Sekaranglaaaaa... -,- Kerana itulah mereka mempunyai tubuh yang montok serta gebu serta menggiurkan. Ah enough, apa ni cerita pasal perempuan. Nak cerita pasal hero Autumn In My Heart laaaa... ;)
So, bagi mereka yang hanya menyukai wanita-wanita kurus, silalah tukar persepsi anda terhadap wanita tidak kurus atau dalam bahasa lainnya, gemuk, bahawa, once you come to Australia, you'll find that fat lady are much much HOT rather than slim lady. Mind that!
Ceh. Cancel jogging petang nih. :D

-Bytheway! Haa nak ceritaa niyh! Sesampai sahaja kami di Malaysia, means KLIA lah kan, masatu pagi taw. Tahu tak apa saya dan Rah buat? Kami mencari kedai menjual Laksa penang! Yuhuuu ada bhai adaaa... Tapi sedikit malang apabila laksa itu dimakan bersama sambal kicap. Deyyy, lu pikir mi sup ke? Ke soto?
Adehh tapi mengidam punya pasal, telan jugak. Not badd.. *Senyum sikitttt :)


^________^



Wah bangga taw bendera negara sendiri berkibar megah di pintu masuk Movie World. Atas dasar apa, saya kurang pasti kerana tidak sempat membelek sejarah pembukaan Movie World dan apa perkaitannya dengan Malaysia. Eceh.

Semasa persembahan Looney Tunes. Sumpah Comel, kihkih

Wajah sebelum bertolak ke Aussie. Raut yang hampir kepada tidak berapa sihat.

Wajah betul-betul tidak sihat. Sedang menahan sakit yang terasa kronik. Arghh.
Baiklah, saja tipu. Masa ni memang demam tapi dah baik sikit. Rah yang tak sihat kritikal masa tu, sampai dia kata,
'Aku rasa seseme aku ni boleh bawak kepada kematian je...'

Eeii comel comel! Haiwan yang TERpaling kuat plessing yang pernah saya jumpa!

Eii comel comel. Malangnya saya sudah 17... Eh belum! Lagi beberapa hari sahaja lagi.. ;)

Budak demam sempat posing lagih..

Ni jerung kan?

Seaworld. Gambar ikan-ikan saya ambil sampai penuh satu album. Muahaha.
Ikan-ikan ni sangat cutelaahh. Rasa macam nak berenang je dalam tangki tuh.

Eii Patrick! Eii Patrick! Ujar Fee kepada adik-adiknya :)





Tamatlah kisah basi Gold Coast saya. Saya bukan apa. Rindu saya terhadap Gold Coast semakin membuak-buak. Saya kadangkala seperti mahu tinggal dan menetap di sana pula. Tak kisahla Gold Coast ke, Perth ke, as long as it is Australia. Yeaahhh i do fall in love with that country. Tahun lepas, Korea merupakan destinasi percutian kami. Tetapi Korea tetap tidak menandingi Australia di hati luhur saya ini. I promise (kut), I'll be there again one day, insyaAllah.. :)