Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, May 27, 2009

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya :)


Saya dengan bangganya ingin mengatakan di sini bahawa;
Saya baharu saja selesai berjogging!
Ceh baru je kata perempuan yang banyak lemak adalah HOT. Kuhkih Kuhkihh
Bukannya apa, saya berjogging adalah kerana saya sendiri berasa tidak selesa dengan tubuh yang mungkin bersepah-sepah lemaknya. Terasa kurang keyakinan diri mungkin? Ya, mungkin.
Ada orang yang selesa malah ada juga sebaliknya.

Selain daripada itu, saya juga mahukan kaki yang cantik bak Nicole Kidman. Waaa pasti adorable memakai skinny berwarna-warni. HAHA. Eleh kata dah taknak pakai skinny dah (Rah yang kata). Rah kata dia hendak menutup aurat dengan sepenuhnya selepas ini. Tidak mahu pakai skinny ketat dan tee ketat. Miahaha. Malahan, dia mengajak saya untuk meggayakan sesuatu seperti long dress & mungkin harem pants. Saya teruja juga. Sekali-sekala menukar cara berpakaian apalah salahnya? Bahkan kita diwajibkan untuk menjadi seseorang yang bertambah baik & elok dari hari ke hari. Bukannya bertambah hodoh fi'ilnya. Alolo, jadi Ustazah Siti Norbahyah sebentar. Ingin dikongsikan di sini, saya merupakan peminat setia ustazah anggun itu.

Berbalik kepada long dress dan harem pants tadi, jikalau digayakan dengan boot pasti lagi anggun bukan? Waaa :p (Dalam hati, nak kena kumpul elaun setahun ni.) WAHAHA
Bilalah nak kerja ni? Takpun, bilalah ayah bermurah hati nak belanja we all shopping nih? Adeh adehhh.. ;p

Ha! Sudah hampir jauh kita meninggalkan topik jogging tadi ya. Baiklah sambung,sambung..
Btw, saya hanya sempat berjogging setengah jam je kut tadi. Memandangkan saya terserempak dengan abang yang semasa saya bertingkatan 1, dia bertingkatan 5. Semasa saya tingkatan 1 itulah dia kerap play eyes dengan saya. Baiklah sila MEmelayukan dua perkataan itu. Saya segan dengan abang-abang super senior nih. Abang lain takpeeee...... *Senyum miang.

Sebelum itu, ada juga terserempak dengan budak junior form 3. Si Amirul Kusyairi dan rakannya si genius, Noor Mohd Noh itu. Dia sempat menegur saya dan bertanya soalan yang sering juga ditanya kepada saya, 'Eh Kak Feeqa, adik mana?' Saya yang blur menjawab, ada kat taman tu yang baju kuning tengah main boomerang tuu (dia menoleh ke arah taman dan membuat muka pelik.) Saya tersedar sesuatu! 'Oh! Adik yang mana? Yang perempuan ke?' Amirul mengangguk dan tersenyum. Noor si rakan pula berkata,' Alaa yang Nadzirah tuu..' Saya tergelak dan berkata bahawa Nadzirah berada di dalam rumah. Amirul kemudian berkata byebye kepada saya dan dia pun pulang. Dia ni agak comel juga tetapi dia form 3 lah pulakk. Haha okay saya bergurau. Dia tetap tidak secomel dia.

Sebenarnya, saya 50-50 saja berjogging nih. Lagi-lagi pada waktu petang yang panas dan berdebu dengan asap-asap bas sekolah dan kenderaan lain. Sabar jelahh... Untuk menguatkan semangat, semasa berjogging itu, saya menjerit di dalam hati;
'Saya mahu kaki yang cantik! Kaki yang cantik! Kaki yang cantik!'
;)

Ohhh secara tulusnya saya berkata bahawa saya inginkan berat saya kini turun mendadak sehingga sekurang-kurangnya 6 kilogram. Yeaahh.. Mungkin anda sudah bosan dengan statement saya yang asyik ingin kurus ini. Tetapi apakan daya, nafsu makan saya memang sangat dont know how to say. HAHA

Walaubagaimanapun, saya amat berharap agar saya berjaya melakukan anjakan paradigma yang hebat pada tahun ini. InsyaAllah.. :)
















Seperti biasa, saya ingin mempromote bedtime song saya. Huhee Huheee..

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...
Oh...Kasih

Bersabarlah Sayang.. Saat Indah Kan Menjelma Jua..
Kita Akan Disatukan Dengan Ikatan Pernikahan...
Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia..
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi..
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan..



Amin Ya Rabbal 'Alamin..











Eeii anak siapa ini?
Saya dengan tenangnya berkata, anak saya. Eh salah! Bakal anak saya laahh..
Boleh ke cakap macamtu?
Bolehkan je okayhh? :D