Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, April 26, 2009

Bengkel Kepimpinan


Takde banyak benda best nak story. Hehehh.
Sebab selesai je bengkel tuu, aku banyak injured.
Siku, lutut, tulang peha, tulang bahu, tulang punggung.
Parah betul. Dengan seluar koyak rabak sebab aktiviti dia lasak-lasak belaka.
Tu yang injured sana sini.

Jatuh saham ni chaa.


Pastu canteen makan tak best. Pertama kalinya, aku makan tak habis.
Tiba-tiba terasa diri kuruss. Wee



Yang paling aku rasa serabai sekali masa kena meniarap dekat canteen sebab ramairamai buat bising. Bacin gila. Aku rasa macam nak muntah siak sebab aku pernah banyak kali nampak orang canteen tu mop lantai guna air kotor. Mencarut je aku masa tuu. Sabarlah wahai hati.. Sukalah tuuu makcik canteen tuu kitorang dah tolong 'mopkan' lantai dia tuu. Ggrr




Malam semalam memang tak best. Haha. War Games. Siot. Aku orang pertama yang tersingkir daripada game tuu. Daripada 93 orang, aku orang first yang tersingkir! Ni semua sebab kebodohan dan kenerdan aku. Tulah padahnya jadi budak skema.

Game dia lebih kurang macam ni.

Ingatkan main hantu-hantu. Ahaha. Sebab masatu pukul 11 malam & kitorang diharamkan pakai baju putih & tudung putih. Pastu diharamkan bawak torchlight. Juga dikenakan membuat password untuk group sendiri. Group aku punya password paling islamic kut; Allahu Akbar :)

Menurut penerangan encik-encik fasilitator, lilin akan diletakkan di sekitar kawasan sekolah. Bila kita dah nampak lilin tu, kita kena pergi dekat lilin tu dan meniup lilin tu sampai padam. Tetapi semasa kita ontheway menuju ke lilin tu, akan ada satu halangan di mana, fasi akan menyuluhkan torchlight kepada kita dan kita tidak dibenarkan untuk bergerak. Once you're moving, consider lose. Even kenyit mata pun tak boleh. Macam main AEIOU batang kayu stop pulak. Hee. Bila torchlight dah dilarikan, atau apabila fasi terleka sebentar, cepat-cepat tiup dan kita layak digelar pemenang.

So situasi aku masatu adalah;

Kitorang jalan satu group. Dah planned, jalan separuh tunduk, so bila fasi suluh kat mata kita, takdelah terkenyit kan. TIBA-TIBA, 'Hah awak yang saya suluh tu OUT.' Aku cam, Erk aku ke? Tunduk sekilas, baju aku dah kena suluh. 'Eh awak yang saya suluh tuu, OUT!' Adoi aku cam, Mana ada aku gerak bhai?

AND aku dengan bodohnya,
'Eh saya ke?' Siap jari telunjuk mengarahkan ke dada. 'Hah betul ke saya? Saya tak geraklaahhh.'

Dah dah awak out. Dia gelak.

OH! Baru aku tau tadi dia acah je! Eee geeraaaammmm.. Nasib baiklah muka cam Farid Kamil. Kekeke



Aktiviti malam tu selesai around 1.20 a.m. Fasi kata 1.35 dah takboleh ada movement. So plan nak mandi, tak jadi. Aku pun kelam kabut capai toiletries and chow. Kebetulan class tempat kitorang tidur tu ada dua class kosong di sebelahnya dan kalau nak turun WAJIB lalu situ sebab itu HANYA jalan yang paling cepat & dekat & mudah. Aku pulak tiba-tiba rasa tak sedap hati sebab tingkap class tu terbukak jek. Dahla tengah sorang-sorang. Jengjengg.........

'Kihkihkih. Kihkihkih.' MAPLEY! SIAPA KETAWA CHAAA! Lintang pukang lari turun. Siak. Tak payahlah nak jenguk aku lalu depan tempat kau kan. Dahla kau gelak cam apa je.

Okay fine. Then, malam tu TAKBOLEH tidur. Lepas je call Abang Shahir, ingatkan boleh tidur. Masatu dah 2.45 a.m something kut. Toleh sekeliling, semua budak dah tidur. Shiro punya tangan pulak dah kat perut aku. Konon-konon nak manja-manja lah kan and aku pun landing kaki kat body dia, kira cam saling hugging lah kononnya. Partner lesbo macam nilah. Sekali dengar, macam dia berdengkur. Aku pun tenunglah muka dia yang jaraknya lebih kurang 2 inci je dari muka aku. Sah tidur dah minah ni! Adoi aku nak buat apa ni?? Dahlah sejuk babas. Selimut takde. Baju short sleeve. Tidur bawah kipas yang bervolume 5. Atas tikar. Bantal rendah. Eee tak bestnyaaaaa..

Dah tak tahan sangat aku pun pergilah slow down kipas. Phewwhh cam sama jek. Gila. Confirm aku tak tidur malam ni. Lepas je slow down kipas, nak pergi baliklah tempat baring, sekali je nampak makhluk tengah duduk ala-ala bertapa gitu.

'Bhai, aku ingat kau dah tido?'
'Tak ngantuk siak.'
'Okay jom buat kerja bodoh.'
'Set.'

Shiro tak tidur lagi! Haha. Best! Kitorang pun main rakam-rakam video pastu gelak-gelak sebab muka cam ape je. Dahla gelap, luckily phone Shiro ada torchlight. Haha. Ingat nak tayang vid tu kat sini tapi serious kalau kau tengok, mesti dah taknak kawan dengan aku lagi. Sob sob..

Then memang dengar bunyi macam-macam. Kan sekolah aku tu tet tet tet tetttttt. Dengar orang jalan kat depan class kitorang tidur tu banyak kali. Pastu paling best masa dengar cam orang main jari kat pintu class. Masatu aku & Shiro baru je lepas gelak sakan. Dengar je bunyik tuu, masing-masing terus diam, baring, tutup muka and tahan nafas.

'Bunyik apa chaa?' Suara ala-ala romantis je lah kan.
'Tah. Kaki Fida tendang pintu kut.' Shiro pandai cover takut. Legaa aku. Pastu sambung balik main. Kacau orang tidur blabla. Budak-budak ni tidur berbagai betul. Berdengkur jangan cakap. Haha. Pastu ada gak yang mengigau. 'Eh Ina, janganlaa. Hehehe.'

'Siapa ngigau tu haa? HAHAHA.'
'Babik babik. Buat lawak pagi-pagi buta. HAHA.'

Pastu dah puas jadi gila, aku pun baring. Shiro ikut.

'Erk. Jom kita try tidur.'
'Jom...'

5 minit kemudiann...

'Feeee... Dah tidur ke?....'
'Ha'a. Bye Ro. Nyte..'


1 jam kemudian...

'Shiro bangun. Mandi laaa.'
Farhana kejutkan.
Tiada respon.
Phone aku tiba-tiba berlagu. Oh alarm. Stopkan dan tidur balik.

10 minit kemudian..

Bangun.
Sikat rambut yang cam hagham.
Capai toiletries.

'Ro. Mandi jom. Nanti ramai ah.'
'Errr. Ngantuukkk....'


Siap mandi, solat sume, berkumpullah kitorang dekat dataran bersama fasi yang paling kejam penipu tuh. Lantak kaulah.

Aku sedang khusyuk menekan punat di telefon. Dalam erti kata lain, sedang bermesej. Mungkin ada tersengih-sengih sedikit kut.
Tiba-tiba..
'Hi abang. Morningg..'

'Hah?'
Ro dah gelak-gelak.

'Kau ni blur sial. Dia perli kau lah bhai. Haha.'
Oh. Aku pun tengok muka fasi tu yang kitorang panggil Abang Jam (Nama Zamri panggil Jam. Sakai jek.) Dia sedang tersenyum-senyum.

'Hehehh.'
Tu je aku mampu ucapkan.
Maaaluuu ^.^


Sebelum terlupa Abang Jam kata kitorang punya cheer best! Huu.
Nama group kitorang Fantabulous.
Tiru nama Sigs punya cheerleading. Hehehe.
Fantastic+Fabulous.

So kitorang punya cheer lebih kurang camni,

Kuat makan!
Fantabulous!
Kuat tidur!
Fantabulous!
Kuat kerja!
Fantabulous!

Kuat makan, kuat tidur, kuat kerja,
Fantabulous! Fantabulous! Fantabulous!
Jangan jelesssss....

Ahahaha.


Dah. Fullstop.
Tapi before kitorang semua balik, actually kena lunch dulu. Aku tak ingin nak makan dengan badan berlumpur bagai. Terus call ibu suruh amek.
Btw, muka dah rentung.
SEBAB,
kena baring dekat court tengahari buta. Lamaa pulak tuuu.
Macam udang bakar dol.

So far, best jugaklah cuma bila kena denda, dahsyat betul. Koyak seluar semua. Haihh..
:)