Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, March 27, 2009

Esok Hari Sabtu

Esok ada Majlis Tadarus al-Quran dan Aktiviti Maal Hijrah,
Smk Taman Molek Johor Bahru Johor.

So aku cam biasa kena bertanding untuk Syarahan Agama.
Dah tiga tahun berturut-turut aku join tapi tak pernah menang laa doh.
Kalau bertanding dalam sekolah sendiri senanglah dapat johan en sebab masa bersyarah tu tengok muka-muka orang yang dah kenal so tak malu langsung.
Tapi bila pergi sekolah lain, tengok muka orang lain, tiba-tiba aku jadi pemalu lah pulak.
Gabra tiba-tiba sampai terbang segala text yang dah hafal lalu masuk text merepek meraban yang takde kena mengena dengan tajuk langsung!


Serious, aku memang takde bakat sangat kalau aktiviti kena sorang-sorang kat depan ni. Melainkan kalau benda tu aku minat contohnya menjadi juruacara sesuatu majlis atau menyanyi. Heheh. Aku paling kurang berminat dengan syarahan, pidato & public speaking.
Adoilaaa


Biasanya aku tak pernah menang kalau join pertandingan macamtu. Kalau ianya melibatkan kerjasama sesuatu pasukan contohnya macam berpantun, choral speaking, debate, drama, forum, perbentangan syarikat tunas bistari ke, hah memang boleh lah kut sebab ada member kan. So taklah segan sangat. Peluang nak menang pun mungkin cerah.
Nampaknya aku masih perlu memupuk keyakinan diri aku.


Doa-doa aku okay laa esok. Aku macam malas nak hafal text sebab budak tahun lepas yang dapat johan tu baca text boleh je? Ggrrr.
Sebab kalau hafal pun bila dah gabra kau pikir kau boleh ingat semua balik lalu terus dapat tempat pertama ke ha?
Nono.
Haha.


Bytheway dapat jumpa Rah jugak esok. Sebab dia bertanding untuk tilawah al-Quran. Budak sekolah aku yang pergi esok takde perempuan so aku lepak dengan kau jelah eh Rah?
Haiihh
Kenapalah kita sekolah lain-lain?
Iskk.




Doakan aku dapat bertenang esok.
Haisy
Bukannya buat kat sekolah aku pun.
Bila terlihat muka pelik-pelik yang aku takpernah nampak, penyakit gelabah aku mula menyerang.
Eeeiii!