Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, March 12, 2009

Aku Seorang Perempuan

Kenapa awak buat saya seperti saya hanya sebuah patung tanpa perasaan?
Saya sedar saya sudah melukai awak.
Tapi saya masih punya hati.
Di mana timbangrasa awak?

Apakah dengan mengungkit cerita-cerita lama awak fikir
awak dapat memulang paku buah keras kepada saya?

Awak HINA saya.
Awak memandang rendah terhadap saya.
Awak seperti menyamakan saya dengan perempuan tak berguna yang senang diperkotak-katikkan.

Awak mengatakan bahawa ada orang yang mengatakan,
kita tidak secocok.
Ya.
Awak kacak. Saya hodoh.
Awak bijak. Saya bodoh.
Awak hebat. Saya tidak.
Awak popular. Saya hanya menumpang.

Siapalah saya yang hendak bergandingan dengan awak.
Padanlah selama ini awak kerap menyuruh saya mengubah diri saya.
Ya. Fizikal saya tidak setanding dengan apa yang awak impikan.
Saya tidak secantik seperti apa yang awak idam-idamkan.

Kenapa awak tidak boleh menyayangi saya seadanya diri saya?
Saya cuba menjadi yang terhebat di mata awak.
Tetapi,
saya kalah tanpa bertanding dengan siapa-siapa.
Saya tetap dianggap perempuan yang tiada harga bagi awak.

Pergilah awak mencari seorang yang setanding dengan awak.
Yang dipuji apabila bergandingan.
Yang membanggakan awak apabila dia berjalan di sebelah awak.
Yang menyenangi mata awak tanpa sebarang kekurangan pada dirinya.

Awak,
Saya tetap Afiqah Hazwani yang tidak punya apa-apa pada pandangan awak sebagai seorang lelaki yang sangat sempurna di mata saya suatu ketika dahulu.





Salam Pergi.