Sunday, February 7, 2010

Koleksi kecintaan Afeeqa Hazwani dan Nadzirah Hazwani :')

Sejak menjak ni, aku dengan Rah macam kena sampuk. Taktak, hantu Jira tak datang rumah kami, insyaAllah.. He Hee


Kena sampuk sebab tengok sekarang ni ramai naa orang sibuk buat bisnes, lalu kami pun macam sibuk nak buat bisnes gak. Tak lain tak bukan, jual shawls la apa lagii! Ho Ha Ha


Selendangs mendangs dengan tudungs mudungs kami ni memang berlambak sangat dah sampai ayah kata dah boleh bukak kedai dah. Bakul tempat isi segala jenis selendang dan tudung ni pun dah sarat benar sampai menjejeh-jejeh (melimpah ruah) hingga ke tempat suar kecik. Yek ah, beli beli dan beli tapi tak pakai-pakai pun. Duk pakai yang sama je ulang-ulang tak habis-habis tudung ni, tak habis-habis selendang ni. Tudung-tudung lain sume duduk kat bawah-bawah je kena hempap-hempap tu yang malas nak korek tudung yang kat bawah-bawah lalu duk grab yang kat atas jeh.


Tetapi hakikatnya memanglah begitu, hakikatnya lagi, betapa semua selendang dan tudung itu punyai nilai sentimental mereka yang tersendiri. Tak sampai hati nak jual. Sayang sangatt. Antara koleksi yang sangat disayangi oleh kami selain koleksi anak patung Barbie dan Myscene :')





Tudung Ekin atau lebih tepat kalau panggil dia Tudung Malas. HE HE HE. Ye ah, kan sarung je kan, tudung malas ah.. Ada lagi yang tiada dalam gambar, yang Rah letak bersepah, yang ibu pinjam...




Longgokan selendang. Ada gak yang sumbat dalam beg plastik sebab dah takde tempat nak letak sampai dah plan nak bagi orang dah. Tapi kami still simpan mereka dengan tulus sekali :)



Tak pernah pakai langsung! Semua beli dekat Makkah & Madinah. Ada lagi empat helai yang tak masuk dalam gambar. Semua masih tak berkesempatan nak pakai lagi. Sob sob..




Tudung feveret buat masa ini iaitu tudung Syria! Huraayayyayy. Jatuh cinta dengan tudung ni. Tapi aku lebih jatuh cinta dengan anak tudung dia je since aku lebih memilih untuk melilit selendang daripada main sarung pakai je. Kang daripada tudung Syria jadi tudung malas gak kang. He He. So, pakai anak tudung ni tapi lilit selendang dekat luar. Nampak lagi sofistikated. CEH.
Ada order lagi dengan Kak Finaz tapi dia ada kat Bangkok sekarang ni.. Baru nak melaram sakan masa Raya Cina nanti. Huu.
*Lupa nak pakai lip gloss sebelum gambar diambil :P :P








Betapa kami menjaga kesemua tudung dan selendang ini dengan terbaik sekali sampai tiap satu daripada koleksi kami ni tak pernah langsung pun masuk dalam washing machine. TAK PERNAH. Semua hand wash. Betapa sayangnya kan? Basuh pun dengan sangat hati-hati, dengan penuh kasih sayang, siap rendam dengan Downy Antibac takpun Vanish. Biar dia wangi selalu.. Takpayah nak sibuk-sibuk spray perfume banyak-banyak since tudung lagi berbau segar bugar dek Downy mahupun Vanish. Huehue.


Ya, semua tudung kami kongsi bersama. Aku pakai kau punya, kau pakai aku punya. Memang share. Sharing is loving. Tapi tak lama lagi, kalau aku dah pi sambung stadi ke, tudung sume dah tak share dah. Sedih gak ah sebab most of tudung-tudung kami kira cam aku suka, Rah pun suka. Mesti susah dah nak timbang mana aku punya, mana Rah punya. Huu.


















I Love You Rah. HAHA tiba-tiba sangat.

Saturday, February 6, 2010

Histeria Episod 2

Masuk bulan ni, dah empat bulan dah rasanya sejak kes Jira bawak 'kawan' dia balik rumah tuu. Tapi, baru sebulan kebelakangan ini Jira mula berperangai aneh-aneh. Hal ini kerana, mengikut bomoh yang ditemui keluarga Jira, tubuh Jira sebelum ini telah 'dijaga' serta terdapat Jin Islam juga Puteri Bunian di dalamnya. Tu yang 'kawan' dia tu tak berani nak kacau. Aku pun tak tahu ah betul ke tak. Ikut kepala otak, memang tak dapat diterima dek akal langsung pun.


Tapi pikir-pikir balik, kenapa 'kawan' Jira yang duduk dalam almari bilik dia tu baru nak kacau dia sebulan kebelakangan ni. Kenapa tak seminggu lepas dia balik sekolah tu ke, sebulan lepas tu keee. Rupa-rupanya, tubuh Jira ni 'dijaga'. Dan 'kawan' Jira tu pun masatu bosan agaknya lalu dia pun dok sibuk kacau adik Jira yang bongsu sekali. Baby tu asyik meragam lepastu tengah tidur terkejut-terkejut macam ada 'benda' usik.


Bila 'dia' dah bosan, 'dia' pun mungkin buat discussion dengan makhluk yang 'menjaga' tubuh Jira supaya 'dia' pulak yang nak duduk dalam tubuh Jira. Pendekkan cerita, makhluk dari sekolah Jira tu pun berjaya menduduki tubuhnya.....



Jira berperangai aneh. Kerap kali diserang histeria. Selalu sangat menjerit nampak puntianak laa apa laaaa.. Dalam rumah sendiri pulak tu..








Next,


















Jira ada sorang adek perempuan. Okaylah, nama dia Nana. Jira ni tidur sebilik dengan Nana. Kira macam aku dengan Rah la kan.

Satu malam tu, Nana tersedar dalam pukul 2 pagi, tengok-tengok akak dia dah takde kat katil. Dia pun duk carik-carik. Dalam kegelapan malam (ceh), Nana nampak almari dia berkeadaan pelik. Dia pun pergi kat almari tu. Naluri seorang adik agaknya.. Dia pun bukak pintu almari tu.. Tengok-tengok, Jira sedang bercangkung dalam almari sempit tu sambil merenung Nana dengan tajam sekali. Sekali je Jira bersuara, 'TUTOP!' Suaranya kasar dan besar.


Nana cuak. Dia tutup almari tu and terus tidur. Esok pagi baru dia cerita kat ibu dia. Kalau aku jadi Nana, mencicit aku lari pergi bilik ibu malam tu jugak!







Lagi cerita,












Pakcik and makcik Jira tidur rumah dia satu malam tu. Diorang tidur dekat tingkat atas. Malam tu, pakcik dia pun pi dapur, nak minum air, dahaga lah of cos kan. Sekali je, nampak bini dia. Dia tegur, bini dia diam. Dia pelik sebab bini dia sakit, tak boleh bangun. Dia pun buat bangang je ah kut-kut bini dia PMS ke apa kan. Bila naik atas, dia nampak bini dia kat atas katil. Dia pun cakap camni,

'Eh tadi awak kat bawah, sekarang dah kat atas?'

'Mana ada saya turun...'





Well.. Dah banyak naa aku jumpa cerita camni.. Hmm..













Dengar cerita family Jira tak duduk rumah tu sekarang ni. Diorang duduk rumah lama diorang tapi dekat-dekat sini gak ah.. Tak tahan diganggu agaknya.. Sekarang ni mereka masih dalam proses untuk membaik pulih apa yang sedang berlaku. Takut siak.



Cerita betul weh sape tak takut. Terngiang-ngiang suara Jira yang cukup aku kenal sebut TUTOP dengan suara yang besar. Urrghhhhh..


Lain macam je aku tengok rumah Jira tiap kali aku lalu depan rumah dia. Yelaaa, rumah dia tepi jalan besar.. Nak pergi Jusco Tebrau jalan tu, nak pergi class bahasa pun ikut jalan tuuuu..






Tiba-tiba teringat lagi satu kisah benar. Mesti ah cite mistik-mistik gak an.


Beberapa hari sebelum musim persekolahan bermula, adelaa sorang pakcik aku ni datang rumah.. Saje jalan-jalan bersama bini dia dan anak-anak dia dan makcik aku dan atok aku.. Diorang datang petang. Malam dah kelam kabut nak balik, katanya nak tidur kat Pahang malam tu rumah pakcik aku yang satu lagi. Tambah-tambah, lusa dah naik sekolah kan. Macam tulah lebih kurang, katanya lagi, dia dah nazar nak bawak atok aku (ibu dia juga ibu kepada ibu aku) jalan-jalan pergi sume rumah anak-anak atok aku merangkap adik beradik ibu aku dan pakcik aku lah kan.



So, malam tu diorang pergi gak Pahang ikut jalan Segamat-Kuantan. Fuyoh, jalan tu sumpah scary mary weh. Ayah sendiri takut nak lalu jalan tu malam-malam dan sorang-sorang pulak tuh. Sebab ayah tahu kawasan tu sangat 'hard' atau dalam BMnya bermaksud keras.


Jalan punya jalan, dalam pukul 1 pagi camtu kawasan tu dah langsung takde kereta dah. Sunyi.... Sepi.... Hanya ada kereta pakcik aku tu jeh.


Pendekkan ceritaaa (aku dah lenguh nak menaip dah ni haha), ada satu makhluk bersayap dan berwarna putih sedang berada betul-betul atas kereta tu. Duk ketuk-ketuk cermin kereta. Kitorang sume syak mende alah tu kalau tak langsuir pun, cam biase, cik pon..


Dia kacau konsentrasi pemandu. Patutpun kawasan tu banyak eksiden. Hanya arwah-arwah mangsa kemalangan je yang tahu apa yang mereka TELAH nampak sebelum mereka terbabas dan sebagainya..


Pakcik aku nak bukak tingkap kereta (taktau apa motif dia nak bukak tingkap). Makcik aku tak bagi.


Makcik aku cuba berdiplomasi dengan makhluk tersebut.


'Kami tak kacau hang, hang jangan kacau kami.. Hang pi main jauh-jauh..'


Pastu pakcik aku pun duk azan lah, baca ayat kursi lah, dalam 10 minit lepastu baru mende alah tu blah dan mereka pun meneruskan perjalanan dengan aman damai....







Lagi kisah di kawasan yang sama...


Kawan ayah, nama dia Haji Ali. Ikut jalan tu malam-malam buta dan sorang-sorang juga. Tengah-tengah drive ni, ada satu makhluk berbaju putih dengan wajah mengerikan sedang terbang dari arah depan menuju ke kereta yang sedang dipandu oleh Haji Ali.






KALAU KAU, KAU NAK BUAT APA HAH?!


Tapi Haji Ali ni sempat jerit ALLAHU AKBAR sebelum benda tu pun terbang melepasi cermin kereta dan lesap.




-Aku rasa kisah pakcik aku dan kisah Haji Ali ni, aku macam pernah cerita dalam blog ni. Sumpah aku rasa macam aku pernah cerita.. Ke aku mimpi je hah? Adoihh lantaklah dah penat aku taip ni hahh-




Dah ah maleh ah nak layan mood horror-horror neh. Tak kuasa I. Buat aku jadi penakut je sampai mandi pun nak kena bukak pintu. Wakakakaka. Okay bye.

Friday, February 5, 2010

Histeria

First of all, kalau kau rasa kau boleh baca pasal cerita-cerita hantu neh, bolehla teruskan membaca. Kalau rasa macam sekeliling kau sunyi sepi, dengan bulu roma-roma kau dah meremang, better kau jangan baca. Sebabnya, kalau aku sendiri pun, ada cerita hantu-hantu ni biasanya aku tak baca. Walaupun naaakkkk sangat baca, tapi aku ni jenis yang tak berapa berkeyakinan sangatlah. Nadnod pun haritu ada buat entry paranormal yang macam seronok je nak tengok muka hantu tu kan, tapi sampai hari ini aku takdak kekuatan nak baca lagi dan tengok muka hantu tersebut jelas-jelas. Huu.



Okay, cerita yang bakal diperceritakan oleh aku sendiri ini adalah kisah benar. Memang real, sumpah real! Aku takde cerita kat siapa-siapa lagi sebab aku memang memerlukan persediaan yang sangat rapi untuk mempublishkan cerita ini di blog aku sendiri. Tambahan lagi, suasana keliling aku sekarang ni sangat tak sesuai untuk perasaan cam meremang-remang ke apa ke kan, haha, sebabnya jiran baru selang dua buah rumah sebelah kiri rumah aku ni tengah buat renovate rumah dia kut tu yang bising semedang, takdak langsung sound efek seram-seram ke apa ke yang mungkin boleh menerencatkan penulisan aku tika ini. Moga begitulah hendaknya.





Sebagai prolog, sejak menjak hari pertama aku dengar perihal kisah ini, time-time aku cam sorang-sorang ke kan, aku mesti pasang bacaan surah Yasin kuat-kuat. Bacaan surah Yasin tu pun memang ada je dalam henpon ni hah. Pasang dan pasang sampailah bateri aku habis cam semalam. Yelah, mana taknya, surah tu aku setting dia repeat all songs kan, so selagi aku tak tutup, selagi tulah dia ulang-ulang berapa kali suka hati dia selagi bateri henpon tak habis (again, macam semalam). Sebelum tidur, adalah kewajipan untuk berbuat demikian juga sampailah esok pagi aku bangun, tengok-tengok, bateri henpon dah habis (selagi lagi aku ulang). Saje je ulang-ulang cakap mende yang sama supaya kau tahu apa yang nak aku tekankan di sini ialah, surah Yasin tu buat aku rasa sangat tak penakut sangat. Ceh. Lebih kurang macam tulah selain buat aku rasa macam aku sedang tidur dalam iman, hehe, insyaAllah C=








Baiklah, mari ke garisan permulaan.









Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu langsung bahawa terdapat sebuah sekolah dia area-area tempat aku menetap ni, yang pelajar-pelajarnya kerap diserang histeria sampai masuk paper sume. Tahu? Tak tahu? Takpelah, aku nak cerita jugak.



Masatu, cerita-cerita yang aku dengar dah cukup menakutkan, antaranya 'benda-benda' tu ada yang ikut student sampai balik rumah. 'Dia' dah berani ikut-ikut balik rumah en. Ingat 'buat hal' kat sekolah jek..



Beberapa minggu selepas tu, aku dengar sekolah tu senyap dah. Takde lagi dah kes histeria. Mengikut salah seorang member aku yang bersekolah di sekolah tersebut, 'benda' tu sume dah blah sebab dah panggil ustaz suruh halau 'dia', camtu aaa, aku pun tak berapa sure sangat ah. Tapi, memang dah clear lah kaann..





Walaubagaimanapun, disebabkan salah seekor daripada 'mereka' dah takde tempat tinggal, kau tahu dia menetap di mana sekarang ni??


Kat rumah kawan ibu, merangkap anak kawan ibu tu adalah member aku goks. Dia form 4 tahun ini... Aku panggil dia Jira je. Oh ye, Jira bersekolah di sekolah tersebut. (cukup heh keterangan tu? hehek)



Tapi lebih tepat, 'ada' yang tinggal kat dalam almari bilik Jira.......... Almari tempat simpan segala cadar-cadar juga kain-kain langsir.




Suatu hari tu, masa Jira baru balik sekolah, bibik dia yang bukakan pintu. Bibik dia nampak ada 'seseorang' kat belakang Jira berbaju hitam dan berambut panjang. Bibik ni wat dunno jelah since Jira pun selalu bawak member stay ruma dia...

Bila dah petang tu, bibik ni tanyalah ibu Jira merangkap kawan ibu aku tu.

'Eh, Jira tadi bawak kawan. Mana kawannya?' -Bibik.

'Hah? Jira ada bawak kawan ke? Jiraaaaaaa (memanggil Jira). Jira bawak kawan eh tadi?' -ibu Jira.

'Taklah. Mana ada..' Jira menjawab.






Haaaaaaaaaa.......













Siapa yang ikut Jira balik rumah tu??









To be continued....




Penulis belum solat Zohor. He He He..

Friday, January 29, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Semalam, usai je english class, saya pergi teman ibu ke Jusco Tebrau City, JB untuk beli barangan dapur. Well, hari kerja, memang tak ramai orang. Seronok kalau nak window shopping ke apa ke tapi memandangkan saya belum lagi menunaikan solat zohor, so, kita pun buat apa yang dirancang sahaja.


Well, pendekkan cerita, saya sangat kurang puas hati dengan kakak kaunter bayaran tu. Memang tak puas hati. Ikutkan sifat baran saya ni, memang nak sound direct je kakak tu. Rasanya bukan kakak kut. Agaknya ala-ala sebaya saya sahaja memandangkan ramai muka-muka baru yang menjaga kaunter-kaunter bayaran tersebut.


Bila ibu suruh dia masukkan segala barang-barang dalam beg guna semula, dia still masukkan semua barang-barang di dalam plastik. Muka dia memang nak kena makan penampo dengan bibir cebek serta hidung merah seperti malam semalam dia baru je menangis melolong sebab boyfriend dia lari ikut gay.


Rasa macam nak koyakkan je bibir dia tu. Pantang betul manusia-manusia yang suka tayang muka macamtu. Sama macam bibik. Asal saya ada je, mesti dia nak buat muka macam tak puas hati gila. Amboiii dulu masa nak bluetooth lagu dengan saya, kemain baik lagi. Hari-hari dok cari jalan nak berborak. Hari-hari dok amek hati saya. Ni lah namanya hipokrit macam si-al. Dahlah penakut, tidur pasang lampu, suka main air. Dasar menyusahkan orang. Ingat gaji dia yang bayar bil api air agaknya. Lepastu suka sangat ajak ibu shopping. Memang dasar gfgjdye76rt8yhjhstkentot.


Tu satu hal. Ni saya nak tambah sikit, kalau muka tu lawa sangat nak buat muka shit semacam itu, saya memanglah kurang heran. GGRR.


Baiklah. Kisah kakak jusco tu kisah semalam. Kisah hari ini pun masih berkisarkan tentang kisah yang hampir sama. Masih dengan kisah ketidakpuashatian saya!


Siang tadi, saya ke kedai seorang pakcik ni. Ikutkan hati saya dan ibu memang takkan pergi dah kedai suey nih. Tapi disebabkan kedai yang okayokay tu tutup, kami pun memang terpaksa lah pergi kedai suey ni sebab nak fotostat Fa punya i.c. Saya memang banyak kenangan pahit sepanjang saya pernah ke kedai itu sebelum-sebelum ini. Bukanlah pahit mana, tetapi, karakter tokey kedai yang haprak berlagak macam kedai dia bagus gila yang buat saya seakan bersumpah TAKKAN ke situ lagi. Shit habis. *Melayu memang macam ni ke hah? Shit lagi.


So, saya pun masuk ke kedai itu. Tercari-cari kelibat tokey hapghak tersebut (takpun anak-beranak dia yang turut menjaga kedai pun sama hapghak). Okay, nampak sorang pakcik beruban yang memakai songkok berlilit reben putih (kami di Johor masih dalam hari berkabung). Pakcik ni kelihatan macam sesuai pakai title Pak Aji (tapi perangai macam bus-uk).


Lalu saya pun kata ; Pakcik, saya nak fotostat. Satu keping berapa heh?

Dia diam. Buat muka kerek. Lalu dia bergerak ke mesin fotostat.

'Nak berapa??!' Pertanyaan kasar.

'Saya nak cukupkan seringgit nih.' Kata saya sambil menayangkan duit seringgit tersebut.

'Lima.' Nadanya dingin. lalu saya hulurkan i.c Fa dan dia memulakan tugasnya. Hati saya dah bengkeng dah ni.



Siap.



Saya bayar dan ucap TERIMA KASIH. Dia diam (buat muka ketat). Tak cakap apa-apa. Pekak ke orang tua mereng ni? Dalam hati saya berkata. Saya tidak rasa dia pekak. Kut ye pun, patutnya dia yang ucap terima kasih kerana kita bayar dia dan kita menyumbang rezeki kepada dia walaupun tidak seberapa.


Masuk kereta, saya bebel dekat ibu. Ibu pun join sekaki setangan sebab saya sedar, sifat kepala hangin ni saya warisi dari ibu. Ibu kata, 'Kenapa ko tak cakap je, apsal nak berlagak sangat ni? Setakat kedai sememeh macam ni, bapak aku boleh bayar gaji ko sepuluh kali gandalah!' Ibu pesan saya cakap je macamtu lain kali walaupun itu sebenarnya cerita tipu. Saya gelak besar dengan ibu sepanjang perjalanan ke rumah. Ibu pun mula cerita masa dia muda-muda dulu dia pernah menengking seorang pekerja pejabat pos kerana cara dia mintak duit kecik memang sangat annoying. 'Eh, duit kecik takde ke hah?!'
'Woi, sebab aku takde duit kecik lah aku bagi duit beso!! Hey, ko setakat kerja macam ni takyah nak berlagak sangatlah!!'


HA HA HA HA.


Bukannya apa. Berbalik kepada kisah pakcik hapghak itu tadi. Ya. Mungkin dia rasa dia bagus sangat sebab tu kedai dia. Kononnya ramai orang suka pergi kedai dia. Tapi, cara dia memang tak kena langsung! Setelah apa yang pernah saya perhatikan, kebanyakan tokey-tokey melayu ni memang karakter mereka lebih kurang sama. KEREK semacam. Berlagak. Takabbur. Patutlah bisnes mereka selalunya tak kekal lama takpun tak maju-maju.


Bukannya apa lagi sekali. Cubalah contohi tokey-tokey berbangsa cina. Mereka sangat-sangat appreciate para pelanggan yang datang ke kedai mereka. Bila kita dah buat bayaran, dia akan mengucapkan TERIMA KASIH sambil menundukkan sedikit kepalanya. Kalau ada duit baki, dengan kedua-dua belah tangan dia hulurkan duit baki tersebut sambil tersenyum mesra.
Ada juga sesetengah antara mereka yang sangat friendly, sibuk bercerita itu dan ini. Kita pulak bila dah dilayan macamtu, memanglah hari-hari kita akan pergi ke kedai dia. Sebab itulah orang-orang cina cepat maju.






Renung-renungkanlah. Muhasabahlah diri sebelum anda dimuhasabahkan (ceh).









Haih.. Saya memang masih tak puas hati dengan kakak jusco dan pakcik hampeh itu tadi. Terkenang-kenang muka mereka yang memang dasar nak makan kaki bercagu. HAHAHA.


















Okay, end of entry. Bye! And Happy Thaipusam, huhehehe

Wednesday, January 27, 2010

Dah nama pun perempuan!!! Ceh, perlu ke tanda seruan sebanyak tiga kali??

OH memang gila. Sangat gila. Teramat gila. (-__-")




Menyesal sangat sekarang sebab tak pergi interview untuk promoter First Lady sebulan yang lalu. Rm1000k++ tuuuu untuk sebulan! Kalau ada rezeki aku masatu, and aku dapat pulak kerja tu, mesti aku dah dapat shopping sakan sekarang ni!

Boleh buta mata aku kalau hari-hari aku memperhidangkan mata aku ni dengan melawat butik-butik online yang sangat meliurkan. Shit ah shit ah shit ah. Tsk.

Ni ha antara contoh butik-butik online yang selalu buat aku telan je ayaq lioq (orang Kedah kata).

inhouse-boutique.blogspot.com

evergorgeous.webs.com

najjah.com



Dekat Najjah ade la haritu aku beli tudung Syria dia. Tapi aku beli melalui Kak Finaz kat Facebook tu. Lawa dia ni, pembaca berita TV9 kut. Hmmm, tudung tu pun aku hutang Rah. Rah dia kayerrrrr. Sebab dia kurang boros cam aku. Kalau aku cakap dalam purse aku ada 2 hengget je engkau percaya tak? Ha Ha Ha. *Hutang topup kat ibu pun tak bayar lagiii. Sob..sob..sob..


Aku benci betul perasaan camnih! Nak beli takdak duit. Whuttaaaa?? Aku ingat lagi masa aku nak kerja First Lady dulu tu ibu kata camni, 'Alaaa, ko nak keje watpeee.. Ko nak duit, ko mintak je ayah..... Takyah susah-susah ko nak keje.. Lagi keje camtu penaatt taw...' Bila ibu dah KONONNYA sejukkan hati aku kan, aku pon cam, 'OKKAAAYY..'

Last-last, HABUK PON TARAK. Sumpah aku rasa aku nak duit sekarangg! Aza kata ada kerja kosong dan tengah carik orang, dekat-dekat tempat keje dia gak. Aku macam nak dan memang nak pon! Tapi.... Aku dah busy dengan class bahasa aku tuu. Hmmmm..

Sekarang ni engkau tahu tak aku sedang pikir apa? Aku nak join sesuatu ni. Jadi pengedar. Hehehehehe. KLIK. Senang, takyah pikir uniform ke apa ke... :D Patutkah ek? Tapi aku ni malas sikit bab-bab ni haaa. Haha leceh spesies manusia macam aku ni. Tahu NAK je. Usaha tarak. Hampeh hampeh.











Hm, doakan kekayaan aku dalam masa terdekat ni! Kalau ayah bagi aku RM500 sekarang, aku dah terharu sangat dah... Doakan aku dapat durian runtuh! Doakan aku dapat kecek ayah untuk dapatkan contact lens baruu (yang haritu dah expired), huu.


















BY THE WAY,
CONGRATS to Kak Chika sebab dah pregnant 6 bulan dah! Heee comel sangat!
Suka tengok orang pregnant-pregnant niii. Hm :')

Orang kawen-kawen pun aku suka tengok, hehehehe.

Tak lupa, congrats juga buat someone yang dah nak bertunang dah. Takpe sayang, jodoh tak kira usia. Awalnyaa dah orang meminang dah, hehe. Semoga berbahagia ye sayang! Tokleh letak nama dia kat sini, dia kata dia segan tapi nak cakap CONGRATS jugak! He He He







*Title buat saspen je kan? Hohaha.